Thursday, June 30, 2011

Day 11: 5 facts about me

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! setelah sekian lama saya tinggalkan 30 days challenge saya, hari ni saya nak mula balik gara2 taktau nak update apa kat blog ni. hahaha.. hari tu punyalah semangat ajak semua orang join challenge ni. alih2, saya yang banyak ketinggalan. orang lain dah jauh ke depan, saya baru terkedek2 kat hari ke 11 ni. fuhh.. kesian tak? kesian tak? kesian tak?

eh2.. sebelum saya semakin mengarut, adalah baiknya kita teruskan dengan agenda hari ni. hehehe... 5 facts about me. sebelum tu, apa yang anda nak tau sangat pasal saya ni? hobi? makanan kegemaran? err, ok dahlah tu mengarut. jom proceed *dari tadi kata nak proceed, tak proceed pun. huhu*



SANGAT SUKA MENYANYI

kepada kawan2 yang kenal rapat dengan saya, mereka mungkin dah tau pasal ni. tapi actually, tak ramai yang tau asal ni. even family saya pun ada yang tak tau. saya suka menyanyi. tapi saya segan bila orang suruh saya menyanyi kat tempat awam. sebab suara saya tak semerdu dan selunak siti nurhaliza atau yuna atau yuni atau yuno atau yang sewaktu dengannya. saya lebih suka menyanyi bila saya sorang2 buat kerja rumah, study, masak atau apa2 jelah yang selain daripada berenang *boleh ke menyanyi time berenang?*



PEMALU

ops.. ye saya pemalu. pemalu dengan orang yang saya tak kenal atau tak biasa berbual dengan saya. tapi bila dah kenal, kecohlah dunia. haha.. tak percaya? tanyalah cik AIDA, SYAHIRAH, TEA, TUAN DAN MIRA *wey korang!! aku dah promote ni, belanja makan ek. :)* semestinya mereka akan cakap saya pemalu tak tau malu. kenapa? sebab mereka dah kenal lama dengan saya. dan saya dah biasa dengan mereka, maka, tanduk pun dah keluar meyh. hahahahahaha.. *evil laugh* 





SUKA KUCING DAN HAIWAN2 YANG COMEL :3
ok yang ni memang tak boleh nak dinafikan. biarlah orang nak cakap arnab tu pengotor ke, kucing tu ada aids ke, burung tu kurap ke, tak kisah3.. janji comel. dan saya sangatlah anti kepada orang2 yang suka buli kucing ni. rasa macam nak cekik2 je orang tu. kesian kucing tu tau tak? *emo tiba2*
kucing sape ek
*comel kan? :D*


CEPAT JUDGE ORANG MELALUI IMEJ LUARAN

ok2. yang ni tak bagus kan? saya selalu cakap kat orang "don't judge a book by its cover" tapi saya sendiri pun buat. haha.. contohnya, kalau nampak orang selekeh sikit, dalam hati mesti cakap ish, kenapa dia macam tu? selekeh bagai. kalau nampak orang pakai vogue2, hati mesti cakap, ish mesti berlagak dia ni. teruk kan? memang sejak kecik macam tu. kadang2 rasa horrible dengan diri sendiri sebab ada perangai macam tu. macam mana nak ubah? boleh bagi tips? please.. *separuh merayu* 
*caption sama dengan ayat kat gambar.. :D*

CEPAT RINDU KAT ORANG

ni lagi satu habit saya. saya cepat rindu kat seseorang walaupun pada hakikatnya dia tu musuh saya. hahaha.. pelik? memang pelik. sampai ayah saya pun cakap, "angah ni asyik nak rindu orang je. orang tu tak rindu dia pun. tak faham ayah dengan kau ni" ops, nak buat macam mana. dah hati ni pemurah sangat nak rindu orang tu, rindu orang ni, rindu family, rindu kawan2, rindu encik fahrin, eh2 abaikan yang akhir sekali tu ye. hehe..
*sekadar gambar hiasan ye.. hehe.. comel kan hearts ni? ngee..*


oh ok. dah sampai lima rupanya. fuhh.. siap dah cabaran hari kesebelas. hari keduabelas entah bila saya akan buat. wahh.. sungguh tak konsisten ye kau deeya. eh2, oklah. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..

p/s: maaf sebab entry kali ni agak tak kemas.
berterabur sana sini gambarnya kan?
segala kesulitan amatlah dikesali.. :D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

blogspot yang menyakitkan hati..

ASSALAMUALAIKUM..
hai semua!! akhirnya, dapat pun saya update blog ni. fuhh.. puas mencari jalan macam mana nak login. korang ada masalah yang sama jugak ke? atau hanya segelintir blog je yang kena macam saya ni? dahlah hari ni bosan gilersss tak tau nak buat apa, boleh pulaklah dia buat hal hari ni. thanks a lot to my dear TEA yang suruh connect guna server selain google crome. kalau tak, rasanya sampai bila2 pun takkan dapat update blog ni.



eh2, tu je nak cakap untuk entry ni. nanti sambung dengan entry yang terbantut nak update petang tadi. tunggu tau.. hehehehehehehe.... i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..



p/s: terima kasih kepada yang sudi
follow blog saya yang tak seberapa ni..
jangan follow je ye, komen sekali
entry2 saya ni. hahaha
:D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

spontaneous thursday - #3

ASSALAMUALAIKUM..

kenapa hari ni bosan sangat?
pfffftttt....

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

dulu lain, sekarang lain..

ASSALAMUALAIKUM..

p/s: amaran kementerian kesihatan!! entry ni agak meloyakan tekak. so kepada yang tak sanggup nak muntah hijau, sila jangan baca.. :D

*     *    *

hai semua!! tak tidur lagi ke? hari ni nak cerita pasal satu gambar ni. gambar wordless wednesday tadi. haha.. saya sepatutnya tak payah cerita pun kan pasal tu, tapi, entah kenapa hati ni meronta2 nak jugak. so, maafkanlah ye.. :D

*hah.. pasal gambar nilah.. nak cerita sikit*

kakak saya upload a few pictures time kitorang semua kecik2. ops.. bukanlah kecik sangat. tapi dalam lingkungan umur sekolah menengahlah.. gambar waktu saya form3 kot. i'm quite sure about it. tapi tak taulah kalau salah. haha.. eh2, ok, balik topik!! tengok gambar atas tu, ada perbezaan tak? gambar sebelah kiri is gambar time form3 yang saya cakap tadi, yang sebelah kanan, gambar paling terkini yang disnap last week. dah takde yang lagi terkini saya boleh bagi. haha..

i've asked everyone pasal perbezaan gambar ni, tapi most of them cakap, "takde beza pun. sama je" is that so? kalau betul takde perbezaan maknanya mata saya ada problemlah nampaknya. huhu.. saya nampak banyak sangat perbezaan dalam gambar ni *not that much pun actually..* firstly, dulu saya gelap sikit, dan sekarang dah cerah sikit. semua ni effect cahaya or what?

secondly, dulu tembam, sekarang pipi dah susut sikit. tapi berat dulu lagi ringan dari sekarang. rasanyalah. kakak saya cakap pipi tu nampak lain sebab cara saya pakai tudung dah lain. oh yeke? entahlah labu. tapi yang paling ketara, mata saya. oklah mengaku awal2 yang mata saya memang sepet. tapi dulu, senyum sikit je pun, dah tak nampak mata dah. sekarang ni nampaklah sikit matanya tu. heheheheehehe.. so, kepada encik fahrin, mata saya dah tak sesepet dulu ok? jangan ejek lagi. cepuk kang nak? :D

adik saya kata, "takde beza pun gambar ni ngah. bibir je yang lain sikit" bibir lain? saya tengok sama je. makcik saya pulak cakap, gambar sekarang lebih muda 5tahun daripada yang dulu.. ouch.. :D

oklah guys i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..

p/s: terasa macam diri saya yang
sekarang lagi comel dari yang dulu..
ok sila muntah sekarang.

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Wednesday, June 29, 2011

wordless wednesday- dulu vs sekarang

ASSALAMUALAIKUM..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

wordless wednesday-mimpi

ASSALAMUALAIKUM..



thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! hari ni nak cerita pasal peribahasa lagi sekali. eh2, sebelum tu, anda semua sihat? dah makan? dah mandi? dah minum? ada yang puasa tak hari ni? salam israk mikraj saya ucapkan kepada semua pembaca yang beragama islam. hari ni sunat berpuasa. so, eloklah kalau korang semua puasa.

*caution!! kartun ni takde kaitan dengan tajuk ek.. saja je nak letak sebab kartun ni menarik. hahahah*

eh2, balik topik!! balik topik!! peribahasa hari ni ialah kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. maksud peribahasa ni ialah tak akan  tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. dalam bahasa yang lagi senang, kalau kita tak berusaha, kita takkan dapat apa yang kita hajatkan tu.

contohnya, kalaulah si deeya *promote nama sendiri. haha* ni nak sangatlah kan dapat 4 flat, tapi dia berusaha ala kadar je. assignments semua tak buat. tutorial tak siap. melawan cakap cikgu. gaduh dengan roommates, classmates, checkmates, cek mek molek bagai. pastu pantang ada masa free, bergayut je kerja dia. tak study langsung. dalam pemerhatian anda semua, mungkinkah akan terjadi dia akan dapat 4 flat? *nyanyi ikut rentak lagu mungkinkah terjadi. spider nyanyi tau!!*



jawapannya, tak!! kecuali dia tukar jadi harry potter kejap and ubah result dia. tapi itu semua mustahil kan? semua benda yang kita hajatkan, perlulah disertakan dengan usaha. bak kata pepatah, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. eh2. dah masuk pepatah lain pulak. pepatah ni nanti kita kupas next week pulak ek. huhu.. tapi disebalik usaha, jangan lupa selitkan jugak doa dan tawakal ye. kalau usaha je, takde doa, tak guna jugak. betul tak?

so, kesimpulannya, semua hasrat dan azam kita yang kita nak capai, takkan tercapai kalau takde usaha dan kesungguhan. tak kiralah nak jadi jutawan ke, nak kurus ke, nak belajar memandu ke, nak buat kek ke, nak merompak ke *ok, yang ni jangan buat. siapa buat, aku pancung kepala* nak apa2 jelah. asalkan berkaitan dengan hasrat dan azam. alahh.. korang faham2 sendirilah. susah den nak terangkan satu2. 

*usaha + tawakal = kejayaan.. :)*

tapi, kalau korang dah berusaha dan bertawakal tapi tak dapat jugak apa yang korang nak, janganlah putus asa. ALLAH sayang korang tu. sebab tu dia uji korang. sabarlah. dan terus mara ke depan!! :D *semangat tiba2*

oklah guys. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..

p/s: apa pendapat korang tentang
segmen peribahasa yang saya buat
tiap2 minggu ni? korang suka tak?
:D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

happy birthday!!

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! ni cuma entry ringkas. nak mintak tolong kat anda semua yang baca blog ni, tak kisahlah sesiapa pun, pergi kat blog cik AMIRA RAMLI ni, and wish her happy birthday, ok? :D

*nah birthday cake untuk kau mike!!*
happy birthday to you!! happy birthday to you!! bla.. bla.. bla.. kau nyanyilah sendiri mike. tak laratlah nak nyanyi. hahahaha.. so, kepada cik amira ramli, walaupun kita ni takdelah kamceng sangat kan, hahaha.. aku takde hadiah nak bagi kat kau. amek jelah hadiah ni buat kenangan. have a blast!! rindu gilersss kat kau mike!!! rindu budak2 batch kita semua.. insya ALLAH nanti ada rezeki kita jumpa ramai2 ek..

oklah semua. i'll end this here for now.. chow.. tata.. assalamualaikum..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

wordless wednesday- dah jatuh cinta la pulak!! :D

ASSALAMUALAIKUM..



thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Monday, June 27, 2011

senyuman awak mahal sangat ke?

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua! saya muncul lagi. dan menulis lagi. dan merepek lagi. dan melalut lagi. dan memenuhkan dashboard follower2 saya sekalian lagi sekali. hehe.. eh2 oklah. straight to the point. kali ni saya nak share a few thoughts about cashier yang tak friendly. cashier/penjaga kaunter/pelayan kedai makan/kasut/buku/kain etc. etc. yang tak friendly ni bukanlah bermakna bila anda datang nak bayar kat dia, dia diam je tak cakap apa2 sambil buat muka malu2 kucing. eh tak2.. bukan itu maksud saya dengan perkataan tak friendly tu.

cashier tak friendly ni means seorang cashier yang akan buat muka mintak kaki penampar bila dia tengah serve para pelanggan dia. saya sangatlah anti dengan sikap cashier yang macam ni. rasa macam nak sepak betul2 pun ada. rasa macam nak marah pun ada. senang cerita, kalau nampak muka cashier yang macam ni, boleh hilang mood terus untuk sehari tu. duhh~~ oklah maybe mereka penat kerja sehari. tapi apalah salahnya senyum sikit? senyum nipis pun takpelah. tak rugi apa pun kalau senyum wahai cik kak/abang. jangan dibuat muka taik masam tu.



anda pernah kena situasi macam ni? saya dah banyak kali jugaklah terkena macam tu. tapi yang saya paling ingat, waktu saya keluar outing dengan family saya kat pekan kuala pilah. ni kes masa zaman matrik dululah ni. saya outing sebab nak pergi cari kasut baru bagi menggantikan kasut kuliah saya yang dah jadi macam mulut buaya tu. ternganga seluas 120 darjah celcius. so, kami pun pergilah kat satu kedai kasut kat depan econsave ni. waktu tengah pilh2 kasut tu, ada seorang akak yang jual kasut tulah yang dok mengekor saya ke sana ke sini dengan muka masam mencuka dia tu. mula2 saya tak kisah lagilah kan. eh2, baca jelah situasi dialog kat bawah ni. susahlah nak terangkan guna ayat panjang.

saya: akak, nak kasut ni saiz 8.

akak tu: kasut ni dah takdelah dik. tinggal yang ni je. *dengan muka masam dan mata pandang tempat lain*

saya: kalau macam tu, bagi kasut nilah kak. saiz 8 ye.

maka akak tu pun panjatlah tangga sebab nak ambik kasut yang kat atas rak tu. tapi bila saya tengah try menery kasut tu, saya perasan sesuatu, lantas saya cakap kat ibu saya.

saya: ibu, kenapa kasut ni ketat sebelah ek?

ibu: biasalah tu. kaki manusia kan besar sikit belah kanan.

saya: tapi yang ketat ni belah kiri bu. ketat sangat pulak tu.

saya pun tanggal kasut yang ketat tu dan tengok saiznya. cuba teka akak tu bagi saiz berapa? saiz 4!! pergh... menyirap betul. sebelah kanan dah betul dah dia bagi saiz 8, sebelah kiri yang dia bagi saiz 4 tu apa kejadahnya? tak reti nak tengok nombor? ish.. rasa macam nak cepuk2 je akak tu. bila saya tanya kat dia kenapa macam tu, dia boleh buat muka tak bersalah sambil alihkan pandangan ke tempat lain pastu cakap, "kasut tu dah takde dah. tinggal tu je." *sambil menyusun2 kasut yang memang dah kemas tersusun kat atas rak tu.* kalau ikut hati time tu, nak je cakap kat akak tu macam ni, "hello akak! semua kasut takde saiz ke? nampak sangat malas buat kerja" tapi nasib baik iman dalam dada ni menggesa supaya saya bersabar. tapi lepas tu memang saya terus angkat kaki keluar dari kedai tulah. buat dosa je duduk lama2 dalam kedai tu.

fuhh.. teremo sekejap. haha.. memanglah ni cerita lama. tapi bila teringat balik rasa marah geram tu datang balik. haha.. last2 saya beli kasut kat kedai bata je. lagi senang. takde sakit2 hati, sakit jantung, sakit limpa, sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi etc. etc.

satu lagi kes melibatkan cashier pulak. kejadian ni berlaku kat giant dan baru je berlaku petang tadi. so disebabkan kejadian tulah saya timbul idea nak tulis pasal cashier yang tak friendly ni. akak tu masam je mukanya, pastu bila bercakap dengan customer dia buat muka. pergh.. geram2. ayah saya pun geram jugak dengan akak tu. ingatkan saya je yang emo. huhu..

so, pengajarannya kat sini, kepada para cashier/penjaga kaunter/penjaga tol atau apa2 jelah yang berkaitan, silalah murahkan senyuman anda ye? tak rugi apa pun kalau kita senyum. malah kita untung lagi. dapat pahala bersedekah. kan senyum tu sedekah? bukan tu je yang kita dapat, dapat mengurangkan kedut2 halus kat muka lagi, awet muda wa cakap sama lu. so, anda untung ke rugi kalau selalu senyum? lu pikirlah sendiri..

eh oklah. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum.

*senyum tak perlu kata apa2.. :D*


p/s: mungkin mereka tak senyum
sebab mereka penat kot.
ataupun tension ke, ataupun sakit
perut ke..
who knows kan? :D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Sunday, June 26, 2011

anda guna banyak otak kanan atau kiri?

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua! wahaha.. lama kot tak update. err.. lama ke? adalah dalam dua hari kan. fuhh... baru dua hari, tapi bila tengok dashboard tadi, semua rakan2 blogger saya dah update 40 entry setiap seorang *ok ni tipu* haha.. takdelah sampai 40 entry. tapi adalah setakat 5 entry setiap seorang. banyaklah tu kan? amekau.. nak baca entry baru mereka pun tak tau nak baca mana satu dulu. tapi yang saya perasan blogger yang rajin gilersss update blog dia, AIDA NAZIB. humangaih, budak ni, semangat gilerss update blog dia, sampai satu hari 5 entry. kencang giler lah kan? so, anda semua apa lagi? pergilah terjah blog beliau tu.. kesian dia kang tulis penat2 tapi takde orang baca *aida, kau kena belanja aku makanlah!! haha* eh2, oklah. melencong jauh pulak. balik topik!! balik topik!!

hari ni, saya nak cerita pasal otak manusia. ye, otak anda, otak dia dan jugak otak saya. anda cenderung guna otak sebelah kanan atau kiri? anda tau apa fuction each part of our brain? tau? kalau tau, ce cite ce cite. haha.. oklah, rasanya semua orang dah tau kan, otak kiri function dia lebih kepada pengiraan, nombor, bahasa, logik, perbezaan, matematik, sistematik dan tersusun. so, pendek kata, otak kiri ni lebih kepada pembelajaranlah kan. manakala otak kanan pulak fungsi dia adalah apa2 je yang berkaitan dengan kreativiti, muzik dan warna, persamaan, khayalan, bentuk dan ruang. so means that, orang2 yang berjiwa seni ni, lebih cenderung guna otak kanan. dan saintis2 pulak cenderung guna otak kiri. betul kan? correct me if i'm wrong. kalau anda nak tau lebih lanjut pasal fungsi otak ni, klik sini ok? ngee~~

*ni summary dia. sila rujuk kalau tak faham. kalau dah rujuk tak faham2 jugak, tak dapek den nak nolong*
so, sekarang ni anda tengah baca blog saya kan? haa.. anda pakai otak mana agak2? kanan atau kiri? lu pikirlah sendiri.. 

tujuan sebenar entry  ni ditulis actually kan, nak cerita pasal kecenderungan otak saya time cuti ni. yela kan.. cutilah derr.. kau pegang buku biology dengan maths jugak ke derr cuti2 ni? *tiba2 keluar suara mael lambung. haha* sepanjang pengamatan saya, saya rasa saya agak cenderung guna kedua2 belah otak saya sepanjang waktu cuti ni. kenapa? oklah saya bagi contoh perkara2 yang saya buat sepanjang dua bulan cuti ni ek,

  • update blog
  • ajar maths
  • berfikir pasal macam2 benda
  • mengait
  • menjahit
  • buat croos stich
  • menyanyi
  • dengar lagu
  • baca novel
  • tonton tv
  • tengok maharaja lawak *nak mention jugak tu*
  • mandi
  • tidur
  • makan
  • tidur
  • makan
  • tidur
  • dan makan lagi
saya guna otak kiri saya bila saya berfikir, buat maths, update blog *kecuali entry wordless wedenesday* baca novel etc. etc. otak kanan saya pulak berfungsi bila saya buat benda2 yang lain daripada benda2 yang saya dah sebut untuk otak kiri tu.

*cikgu maths budak2 kecik yang cantik manis. ok sila muntah sekarang*
adoiyai.. nak cerita benda yang lari dari tajuk kejaplah. saya rasa dah ramai yang tau bahawasanya sepah dah jadi juara maharaja lawak musim pertama ni kan? wohooo... i loike!! dalam maharaja lawak ni, ada tiga kumpulan/orang je yang saya minat. sepah, jozan dan nabil. tapi actually saya paling suka jozan. tapi it's oklah kan jizan *jizan pun bolehlah kan?* dapat nombor dua. yang penting kumpulan yang jadi juara tu, kumpulan yang saya minat. manisnya kurma ini. apa2 pun tahniahlah kepada ketiga2 pemenang ye. *nak tau satu rahsia tak? mael lambung tu boyfriend baru saya. haha..*

*hensem tau, mata garang.. :p*


eh2, anda percaya ke kata2 mimpi di siang hari saya tu?oh, tolong jangan percaya ye. encik fahrin saya nak campak mana pulak? apa2 pun terjadi, encik fahrin tetap di hati *eceh kau, jiwang karat pulak ye deeya*

eh2 oklah. makin mengarut melalut mencarut pulak saya ni. tadi cerita pasal otak, ni dah pergi masuk simpang tiga kampung mana entah ni. sesat lagi menyesatkan. oklah guys. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..

p/s: anda cenderung otak
kanan atau kiri? :D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Thursday, June 23, 2011

nak lawan dengan aku?

ASSALAMUALAIKUM..

takde apa nak tulis pun, cuma nak share satu quote yang sangat best *bagi sayalah* tengok kat bawah ni....

eh oklah, chow.. tata.. assalamualaikum..

p/s: tajuk takde kaitan dengan
isi entry ni ye kawan2.
sekadar dijadikan ajinomoto je.
nak menyedapkan entry. haha..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

spontaneous thursday - #2

ASSALAMUALAIKUM..


facebook bosan!!
apa pendapat anda?

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

kita bersaudara..

ASSALAMUALAIKUM..




ha.. ni nak cerita sikit pasal persaudaraan ni. eh sebelum tu, hai semua!! apa khabar?sihat? dah makan? dah mandi? dah minum? dah solat? dah cuci baju? eh ok2 stop. banyak pulak dah soalan. macam yang semua orang dah tau kan, setiap orang islam itu adalah bersaudara. dan bagi saya semua kawan2 yang rapat dengan saya, saya dah anggap macam adik beradik saya. so, this song is dedicated to all of you guys. untuk semua yang baca blog ni. tak kiralah anda silent readder ke, follower ke, stalker ke, hacker ke, sleepwalker ke, tak kisahlah mana satu pun. pilih2. 2 pilihan seringgit ye.

sebenarnya saya nak buat entry ni semalam, tapi internet connection saya macam nak kena lambung laju2 je semalam. menyebabkan mood untuk mengupdate blog hilang entah ke mana. so, sorry guys sebab tak update for a few days. to be honest, saya agak kekeringan idea these past few days. bila ada idea, internet pulak buat hal. sepak laju2 nak?

eh2.. ya ALLAH, jauhnya melencong. ok back to the topic. kita semua ni bersaudara ye kawan2. so, diharap janganlah ada apa2 sengketa yang boleh memutuskan persaudaraan kita sesama manusia *ayat buku* ok? saya sayang anda. anda pun sayang saya kan? apa? tak sayang? ok fine. pergi main jauh2.

bak kata peribahasa melayu, air dicincang takkan putus. maksud peribahasa ni saya rasa semua tau kot. Perbalahan antara saudara mara tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula. tapi kan, anda pernah terfikir tak bahawa air kalau kita cincang memang takkan putus. tapi, bila air dah tukar jadi ais, ia akan jadi lebih senang untuk dipecah2kan. cuba kita apply dalam persaudaraan. kalau hubungan kita dengan saudara kita segar macam air, gaduh sikit2 tu biasalah kan? siapa yang tak pernah gaduh dengan kakak, abang atau adik dia, angkat tangan. eleh, ingat saya percaya? mesti pernah gaduh sekali or dua kali kan?

*cantik kan? ok caption takde kena mengena dengan tajuk entry*


kalau hubungan kita dengan saudara kita dah dingin beku macam ais batu, perkara kecik pun boleh jadi besar. contohnya, si polan A ni tak bagi si polan B ni hadiah hari jadi yang ke-100. so, keciklah hati si polan B ni. just because tak dapat hadiah hari jadi je. 10 tahun tak bertegur sapa, hanya disebabkan perkara yang sangatlah remeh. anda nampak tak kaitannya? kalau tak nampak, sila baca ayat kat atas tu banyak kali sampai faham. haha.. 

*ais umpama hubungan persaudaraan yang dingin beku yang mudah untuk dipecah2kan*


walaupun ais senang untuk dipecah2kan, tapi bila ia dah cair, ia tetap akan bercantum menjadi air, betul tak? so, samalah jugak dengan persaudaraan. walau macam mana pun kita gaduh, at the end, bila semua perkara dah selesai, kita tetap akan berbaik.

so guys, moral of the story, janganlah selalu gaduh2 dengan adik beradik, sepupu sepapat, anak beranak, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai, cindailah mana etc. etc. ok?

oh kita bersaudara,
kena selalu mengalah,
tak guna marah2,
nanti berbaik juga,
oh kita bersaudara,
tak guna gaduh2,
kerna air dicincang tidak akan putus.

oklah murid2. habis dah kelas bahasa malaysia untuk minggu ni. kita sambung minggu depan pulak untuk peribahasa yang lain pulak. haha.. ingat semua, jangan gaduh2. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum

*ukhuwah fillah abadan abada.. :)*


p/s: apa pendapat anda tentang entry ni?
leave your comments in the spaces provided ek?
tq..

p/s: blog saya berat tak?

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

hilang mood!!

ASSALAMUALAIKUM..

hilang mood nak update blog hari ni..
internet connection buat hal,
macam nak kena penyepak laju2.
so, tak dapat nak update hari ni. fuhh..
sadissss...

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Wednesday, June 22, 2011

wordless wednesday- merindu

ASSALAMUALAIKUM..










thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Tuesday, June 21, 2011

mengait vs menaip part 2

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! haha.. hari ni nak cerita pasal mengait lagi sekali. kalau hari tu saya kongsi pasal kekerasan tangan saya yang agak menyusahkan saya untuk mengait, hari ni saya kongsi pasal ke.. ke apa pulak ek hari ni.. err, keberjayaan *ada ke ayat ni?* saya untuk menguasai skill2 mengait tu. alhamdulillah.. walaupun agak mencabarlah jugak, tapi bak kata pepatah, nak seribu usaha, taknak seribu alasan kan? *pepatah manalah aku cedok ni..* 

entry kali ni tak panjang pun. sebab mata saya dah mula berat plus esok saya dah start kerja, so tak boleh tidur lewat macam selalu *sigh* nasib baik kerja 2 hari seminggu je. haha.. so, hari2 yang tak kerja tu bolehlah tidur lambat2. eh ok, ni dah melencong jauh dari tujuan ni. ehem.. so, i would like to thank auntie kedai jahit kat depan rumah saya ni sebab sudi mengorbankan masa beliau mengajar saya mengait *dahlah dua tiga kali ajar asyik buat salah yang sama je* memang memerlukan kesabaran yang tinggilah kalau mengajar saya ni. huhu.. dan jutaan terima kasih turut saya kalungkan buat keluarga saya dan kawan2 yang telah banyak menyokong hobi saya ni *dah macam nak buat page penghargaan dalam folio sejarahlah pulak* dan tak lupa kepada anda semua yang sudi membaca. apa? tak sudi baca? ok fine. pergi baca blog orang lain *nada merajuk*

oklah. ngantuk sudah. tidur dulu ye. sok nak kerja!! tengah semangat ni *padahal dalam hati...*  chow.. tata.. assalamualaikum..

*bila bangun dari tidur nak  jadi macam makcik sleeping beauty yang comel loteh ni boleh tak?*


p/s: harap2 encik fahrin sudi
mengejutkan diri ini pagi esok..
kalau tidak, terlajaklah jawabnya...

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Monday, June 20, 2011

fairy tale..

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! agak lama saya biarkan blog saya sunyi tanpa apa2 post yang ada isi *lama ke?* ada sesiapa rindu saya? haha.. hari ni, saya nak meneruskan kerjaya merepek saya. jeng3.. nampak tajuk kat atas tu? kenapa saya pilih tajuk tu? entahlah. saya sendiri pun tak tau nak terangkan macam mana. baca jelah sampai entry ni habis. senang cerita kan? :)

ada tak antara anda semua yang nak hidup macam dalam fairy tale? ada tak? ada tak? ada tak? selalunya cerita fairy tale ni kan, mesti mula macam ni, "once upon a time.." dan diakhiri dengan ayat ni, "and they live happily ever after" selalunya cerita fairy tale ni mesti heroin dia cantik2 dan selalunya hero pun handsome2. walaupun pada awalnya hero tu harimau jadian pun, di akhir cerita mesti hero tu jadi handsome kan?

tapikan, dalam banyak2 fairy tale, saya paling suka cerita "beauty and the beast". cerita yang original ye. bukan cerita "zati dan si mawas" ataupun cerita "si cantik dan si buruk rupa" ataupun cerita "sifu dan tongga" *ada kaitan ke?* kenapa saya suka cerita ni? sebab bagi saya jalan ceritanya lain daripada fairy tale lain. heroin tu bukannya princess dan bukannya datang dari keluarga yang kaya. dan dia sanggup berkorban untuk ayah dia bila dia sanggup menggantikan tempat ayah dia sebagai prisoner si beast tu *touch.. sob2..*

*her name is belle.. :)*

cerita ni unik daripada fairy tale lain sebab cerita ni menekankan bahawa cinta yang sejati tu, bukanlah berdasarkan paras rupa. tengoklah, buruk2 si beast tu pun, belle ni tetap sayang kat dia. how sweet.. 

*i love this part.. comel!!*
so guys, motif entry ni ditulis adalah kerana saya bosan dan tak tau nak taip apa kat blog ni. lagi satu motif adalah kerana saya rasa ada beberapa part dalam hidup saya yang agak sama dengan cerita ni. cuma kalau nak buat jadi versi fairy tale, kena tukar tajuk jadi macam ni, "not-so-pretty and the not-so-beast". kenapa? biarlah rahsia. hehe.. 

anda pulak? apa fairy tale pilihan hati anda? share2 lah sikit dengan saya. bak kata pepatah korea, sharing is caring. oklah guys. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..

thanks for reading guys!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)