Sunday, July 31, 2011

cemburu itu normal kan?

ASSALAMUALAIKUM..

hahaha.. tajuk nak bikin gempak. and yes, in case any of you guys wondering, memang aku tengah berada dalam ke'jealous'an yang nyata sekarang ni. huhuhu.

tapi, sebagai seorang manusia yang tak sempurna, aku memang ada hak nak jealous. betul tak? tapi tak payah nak jealous lebih2 lah kan. sampai nak bomoh2 orang bagai ni.

*ok yang ni kelakar. hahaha*


aku nak nasihat sikit kat korang yang kuat jealous macam aku ni:
  • bila kita rasa jelaous kat seseorang, cuba fikir hikmah yang kita perolehi bila kita tak dapat apa yang dia dapat tu. eh korang faham tak ni? contohnya, kalau korang jealous sebab kawan korang selalu pergi dating dengan pakwe dia, korang fikirlah, betapa korang bertuah sebab terhindar daripada melakukan maksiat. kan untung tu. insya ALLAH jealous tersebut akan berkurang.
  • cuba berusaha untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk korang. tak semestinya yang terbaik untuk orang lain tu terbaik untuk korang jugak kan?
  • cuba tak payah fikir pasal perasaan jealous korang tu dan fokus kat benda lain. bagi ayam makan ke, tengok kucing bertelur ke
insya ALLAH dengan cara2 di yang telah disebutkan tadi, rasa jealous tu dapat dikurangkan dan korang boleh hidup dengan lebih selesa dan aman.

tak payahlah nak berdengki dengkot dengan kelebihan orang lain. korang pun ada kelebihan jugak. tapi korang buat2 tak nampak je. cuba bukak mata dan cari kelebihan korang, mesti korang bersyukur dengan apa yang korang ada. eh jangan sampai riak pulak dahlah ye.


jealous ni ada yang baik dan ada yang tak baik. kurangkanlah jealous tak baik korang tu kerana sesungguhnya ia tak baik untuk kesihatan. dah nama pun tak baik kan. lebih bagus korang hilangkan terus dari jiwa suci murni semurni minyak masak sri murni korang tu.

aku nak share something dengan korang. tapikan, aku tak reti nak edit videolah. hahaha.. macam mana ek?

eh oklah. aku nak cerita benda lain tadi. termelalut masuk benda lain pulak. till the, assalamualaikum..

p/s: ye aku memang kuat
jealous. ada masalah?

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Saturday, July 30, 2011

belum ramadhan dah shawal

ASSALAMUALAIKUM..

cakk!! deeya datang, dengan lenggang lenggoknya. hahaha.. oklah entry kali ni berbaur kritikan sikit ye. err, sikit ke? banyak kot. kalau agak2 macam taknak makan dalam tu, tak payahlah baca. tapi kalau curious jugak nak tau apa yang bakal dikerepekkan dimerepekkan oleh aku, maka sila scroll ke bawah lagi ye.

aku perasan benda ni dah lama actually. since aku form berapa entah. tapi time tu takde blog lagi nak kritik2 bagai ni. haha.. so, sekarang dah ada blog, meh sini aku kritik habis habisan.

ok enough merepek. korang perasan tak masyarakat kita yang beragama islam sekarang seolah2 dah ter'skip' satu bulan dalam kalendar hijriah. lepas syaaban terus shawal? mana ramadhan?



ramadhan tak sampai lagi, lagu raya dah berkumandang sana sini. ramadhan tak sampai lagi, baju raya 10 pasang dah siap beli dah. siap plan nak beli lagi 10 pasang baju raya tu.

ramadhan tak sampai lagi, tapi dah buat ucapan selamat hari raya maaf zahir dan batin kat semua orang. apakah erti semua ini?

*ok aku tau lukisan aku buruk. jangan kutuk ye :P*


mana penghayatan ramadhan kita? tahukah korang yang bulan ramadhan adalah bulan yang lebih mulia berbanding bulan shawal. dalam bulan ramadhan nilah yang kita perlu ambil kesempatan untuk meningkatkan amal kita. bukan mengosongkan poket kita untuk belanja raya.



kan lebih elok kalau kita menyiapkan diri menyambut ramadhan instead of raya. lagipun korang boleh jamin ke puasa ramadhan korang tu sempurna?

persiapkanlah diri kita untuk menyambut ramadhan, bukan menyambut raya. kalau bulan ramadhan dah berbaki 7 hari tu acceptable lah jugak kalau korang nak excited terlebih sampai muntah darah sebab nak raya. ni puasa pun belum lagi, dah excited nak raya.

entry  ni tak lain tak bukan turut ditujukan kepada aku sendiri yang tak sempurna sebagai hambaNYA. ya, aku pun ada jugak nafsu nak beraya ni. tapi, apa kata kita selesaikan ibadah puasa dulu before fikir pasal raya. boleh?

renung2kan dan selamat beramal. senyum tak perlu kata apa2. :)

till then, assalamualaikum..

p/s: dalam tv asyik promote
jualan mega raya lah,
jualan maggots reput lah.
kalau tolong promote blog aku
takpe jugak. :D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

jiran yang beradab a.k.a adab dengan jiran tetangga

ASSALAMUALAIKUM..

i'm going back to my hometown today. so, probably ini satu2nya entry untuk hari ni. hehehe.. jangan rindu tau. :P

hari ni aku nak share dengan korang pasal adab dengan jiran tetangga. korang ada jiran? jiran korang ada tangga? haa... itulah maksud jiran tetangga. hahaha.. ok abaikan kemerepekan aku itu.

beradab dengan jiran tetangga adalah sangat dituntut dalam islam. so, janganlah kita sakitkan hati jiran kita. kalau dah tersakitkan hati tu, raya nanti jangan lupa mintak maaf ye.

korang perlu ingat, jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita kat rumah. kalau apa jadi kat kita, siapa yang nak datang tolong? jiran jugak. maka amatlah penting ye tuan2 untuk menjaga keharmonian hidup berjiran. janganlah nak fikir diri kita je. jiran kita kita abaikan.

janganlah suka sangat parking kereta, motor, lori dan van kat depan rumah jiran kita sedangkan depan rumah kita terkangkang ruang kosong yang sangatlah luas untuk kita parking kapal terbang sekali pun.

janganlah bila jiran menghadiahkan senyuman, kita buat tak nampak lantas terus berpura2 bercakap dengan telefon.

janganlah nak mengumpat jiran. tak baik. berdosa tau makan daging menganyam ketupat ni.

so, moral of the story, jagalah jiran kita baik2. takut kena kebas dek orang nanti. eh apa aku merepek ni. takut nanti kalau kita susah takde siapa nak bantu. siapa susah nanti? kau jugak. padan muka. muahahaha..



renung2kan dan selamat beramal. senyum tak perlu kta apa2.. :)
till then, assalamualaikum..

p/s: jiran tu orang yang
tinggal selang 40 rumah ke kiri, kanan,
depan, belakang, atas dan bawah rumah kita.
:D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:) 

Friday, July 29, 2011

ramadhan kali ini part 2

ASSALAMUALAIKUM..

entry ni bukan sambungan entry ramadhan kali ni yang dulu tu. ni lain. 100% lain. kalau entry dulu tu pasal personal life aku, yang kali ni mungkin lebih kepada teguran dan nasihat untuk semua orang termasuk saya *tadi aku, ni saya pulak. memang sah ada penyakit kecelaruan identiti*

selama ni mungkin kita selalu beranggapan macam ni,

"ish.. kenapalah dia buat aku macam ni. kesian aku dianiaya"

"selfishnya dia ni. tak fikir orang lain langsung"

"dia selalu sakitkan hati aku. asyik2 aku je yang kena"

dan lain lain

guys, apa kata kita tukar semua tu kepada,

"ish.. aku ni dok kutuk dia, aku baik sangat ke?"

"tadi adik menangis lepas kena marah dengan aku. ish.. bukan salah dia pun. kenapalah aku terburu2 sangat nak marah"

dalam erti kata mudah, fikirkan apa kesilapan kita yang kita pernah buat pada orang lain dan berhenti fikirkan kebaikan kita terhadap orang lain. pertimbangkan semua perbuatan baik seseorang terhadap kita, bukan tumpukan pada perbuatan jahatnya pada kita. dengan cara ni, insya ALLAH kita dapat hindarkan perasaan dendam tu daripada bermaharajalela dalam hati. 



sempena ramadhan yang bakal menjelang tiba ni, apa kata kita kurangkan sikit amalan 'makan daging' yang selalu kita buat. bukan kurangkan ye, tapi hentikan. korang faham tak makan daging tu apa? mengumpatlah. apa lagi.



bersihkanlah hati kita dari segala perasaan hasad dan dendam. sedangkan nabi pun ampunkan umat. takkan korang taknak ampunkan salah kawan2 korang yang seciput tu je.

sebenarnya, sikap macam ni bukan untuk diamalkan pada bulan ramadhan je. patutnya sentiasa diamalkan dalm kehidupan seharian. bukannya tertumpu pada bulan puasa je. habis bulan puasa, habislah sifat baik kau ye? ada expiry date pulak sifat mahmudah kau tu.



tapi, di bulan yang mulia nilah yang kita perlu ambil kesempatan sebaiknya untuk beramal. sebab musuh ketat kita kan dah kena ikat. so, bonuslah kepada kita untuk beramal dengan sebaiknya tanpa gangguan dan godaan makhluk tu.



diharap sifat2 mahmudah yang kita amalkan dalam bulan ramadhan tu kekallah hingga ke akhir hayat kita. tanamkanlah sifat2 mahmudah dalam diri kita, dan buangkanlah jauh2 sifat mazmumah tu. bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. kalau kau ambil yang keruh jugak buat mandi, basuh baju, masak dan minum, agak2 apa yang jadi?

dan lagi satu, senyumlah sentiasa. senyum, tak perlu kata apa2..

entry ni ditujukan kepada semua orang termasuk diri aku sendiri. bukannya nak tuding jari kat dia, dia atau dia. tapi ini teguran untuk semua. so, kalau ada yang terasa hati atas kekasaran bahasa saya, maaflah banyak2 diucapkan.

selamat menyambut ramadhan semua! assalamualaikum..

suka sangat lagu ni. lirik dia menusuk kalbu.

p/s: maaf atas kecelaruan identiti
yang berlaku banyak kali.
haha..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Thursday, July 28, 2011

aku suka..

ASSALAMUALAIKUM..

*Aku suka nombor ni. kenapa? adalah. hehehe*

tu je. thanks to you all yang sudi follow blog ni ye. dah baca undang2 negara isketambola? :D

special thanks to annur selaku follower nombor cantik ni. aik, korang tengok je ke? pergi terjah blog dia cepat.

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

it's okay. i still love you

ASSALAMUALAIKUM..

semua rakyat malaysia dah tau berita ni. tak perlu aku nak ulang tayang lagi. tapi aku tetap bangga dengan malaysia. seriously. well, memang defend malaysia agak lousy. tapi still, at least they had try their best kan?

and well, at least kita original. 100% original without foreigners. dan kita tak perlu berlakon sakit kaki, lutut, perut, dada atau buat2 pengsan kat tengah padang.

walaupun kita tak dapat melayakkan diri diri untuk world cup 2014, tapi tahun2 lain banyak lagi kan? still ada 2018, 2022 dan lain2. 

so, conclusion, i love malaysia. ikhlas dari hati. majulah sukan untuk negara.



till then, assalamualaikum..

p/s: this entry was inspired from
all the status updates in facebook.
thanks ye kepada yang memberi idea. :D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Contest : Tagline Kreatif by AlyaEsprezzo

ASSALAMUALAIKUM..

holla! tengah menyurutkan debaran di dada sebab tengok football match ni. aduilaa.. ni yang aku tak suka ni. berdebar semacam. tapi defend malaysia lemahlah. apa macam ni?

eh2 ok. entry ni bukan nak cerita pasal bola okeh? nak cerita pasal contest ni. contest tagline kreatif cik alya ni.

*cik akak dan cik abang yang comel loteh, meh sini pijak sini laju2 untuk join*

kreatifkah tagline aku? hehehe.. entahlah, tengok jelah nanti. 


kenapa nama blog aku you are the music in me? sebab aku suka dengar lagu dan menyanyi. muzik dah macam jiwa aku. walaupun aku memang tak tau nak main apa2 alat muzik melainkan rekoder yang aku belajar kat sekolah rendah dulu. so, blog ni adalah di mana aku luahkan segala yang terlintas kat minda aku. bersamaan dengan aku meluahkan jiwa aku kat sini. dan semua pembaca2 blog ni adalah ibarat muzik yang melengkapi jiwa.

tagline blog aku, macam yang korang nampak kat atas tu,


minda berirama, hati menyanyi, jemari menari. kenapa saya guna tagline tu? sebab idea yang saya curahkan dalam blog ni selalunya berlegar2 dalam minda saya.

bila dah berlegar2 dalam minda, hati saya berkata2 sendiri. berfikir tentang kenapa perkara tu macam tu, kenapa macam ni. mencari sebab kukuh kenapa saya nak tulis entry tu. bila dah dapat alasan kukuh, maka jari pun menari atas keyboard. ehehehe..

oklah. itulah antara sebab2 saya pilih tagline dan nama tu untuk blog saya. korang jomlah join sekali!! nak baca korang punya tagline pulak. join tau.. :) contest ni berakhir pada 30 julai pukul 3 petang. bersamaan dengan hari lahir cik penganjur. hehehe *ketawa takde motif*

till then, assalamualaikum..

p/s: entry yang dapat komen terbanyak
akan dapat bonus tau. apa lagi,
meh sini komen entry ni banyak2.
^_____^

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

nak seribu daya, taknak seribu dalih

ASSALAMUALAIKUM..

minggu lepas aku ada buat peribahasa tak? tak hengatlah. huhu.. minggu ni nak sambung lagi pasal peribahasa lagi sekali. hehehe.. ish.. susahlah update blog depan tv ni. 5 minit sekali baru timbul satu ayat. huhuhu


oklah. peribahasa minggu ini ialah nak seribu daya, taknak seribu dalih *jeng3* apakah maksudnya? takkan tak tau kot. cepuk nak? lepas kena cepuk mesti korang tau apa maksud peribahasa ni.


maksud peribahasa ni ialah *drum rolling* kalau kita nakkan sesuatu, kita akan berusaha berusaha bersungguh2 untuk mencapainya. ehehe.. oklah. ish.. susah2. tv kacau aku nak update bloglah!! waaaaa....


contoh situasi untuk peribahasa minggu ni ialah.. err.. oklah, aku nak ambik contoh pasukan bola sepak negara yang akan bertempur dengan pasukan bola sepak negara jiran malam ni. ngaummmm...


eh mengarut pulak dah. pasukan bola sepak negara kita perlu skor 2 gol mendahului pihak lawan kan? aku rasa semua orang dah tau kot. so, dorang akan berusaha bersungguh2 untuk mencapai impian kita dan mereka jugak. selaku rakyat malaysia, mestilah aku sokong malaysia kan? takkan sokong singa pulak.


eh dahlah. nak sambung tengok tv, seriously, langsung tak boleh fokus nak update blog ni. ngee~~ till the, assalamualaikum..


*harimau comel macam kucing! :D*
p/s: hidup malaysia!!

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

belajar masak vs belajar jadi imam

ASSALAMUALAIKUM..

tadi godek2 facebook dan jumpa artikel menarik daripada iluvislam.com ni. hehehe.. jom baca. then share pendapat korang dengan aku ye. :)

                *              *                  *                     *              *



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
            *                *                  *                       *                        *

so, what do you think guys? :) assalamualaikum..




thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

meoww dah takde kita tukar dengan nyanyi pulak..

ASSALAMUALAIKUM..

*ni yang tadi punya. aku tak berapa berkenan sebab kucing tu macam tak menepati tema. ehehehe*

*kucing dah takde dah nak monitor korang*
sorrylah ye kalau ada yang tak selesa bila saya asyik update pasal edit blog je. saya nak mintak pendapat je. bukannya apa pun. ehehe.. apa pun, maaf sekali lagi.

ada orang cakap, blog menggambarkan peribadi seseorang. dan aku pun rasa macam tu jugak. that is why aku buat blog ni bertemakan warna biru dan ada note2 muzik. ececeh.. ikut nama bloglah. kan blog aku nama YOU ARE THE MUSIC IN ME, takkan nak letak gambar mee cintan kot.

insyaALLAH lepas ni aku dah tak edit apa2 kot. tapi taktaulah kan. aku ni unpredicteble sikit. hahahaha..

till the, assalamualaikum..

p/s: sukalah lagu cinta muka buku
yang najwa latif nyanyi tu.
comel.. :D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

ASSALAMUALAIKUM..

*klik SINI untuk maklumat lanjut*
aku tengah edit blog sebenarnya ni. pening kepala tengok code2 yang pelik2 tu. so, nak rehatkan mata, otak dan telinga sekejap. join segmen abang ben sat.

nak tanya koranglah. dalam banyak2 lagu lama, korang suka lagu apa ek? siapa penyanyi? tajuk lagu? cecite cecite. nak tau jugak.

eh oklah tu je. tengah ketiadaan idea nak mengarut ni. ni semua gara2 code2 'comel' tulah. aduilaa.. *salahkan code pulak*

till then, assalamualaikum..

p/s: tengok je ke?
jomlah join ramai2.
tutup pukul 3 petang ni ye.
cepat2..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

meoww..

ASSALAMUALAIKUM..

dua hari ni aku sibuk mengedit blog. nak buat blog cun macam korang jugak. huhu.. and a lot of thanks to dearest SYAHIRAH YAZID. banyak sangat dia tolong aku mengedit ni. kalau korang nak tengok tutorial2 gempak, sila pergi ke blog dia. best! :D

ok terus ke main point,


mulai saat ini ada kucing yang akan monitor gerak geri korang kat blog ni. hahahaha.. comel kan beliau. geram2.

eh ok tu je. babai. assalamualaikum..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

feewiit.. aweklah!!

ASSALAMUALAIKUM..

another update for today. kali ni nak bagi teguran kepada sang jejaka2 hensem dan gadis2 cantik jelita yang suka sangat buat bunyi2 yang tak sepatutnya dibuat bila nampak perempuan atau lelaki.

aku rasa semua perempuan pun tak suka kalau dengar bunyi2 nakal ni. oh you know what i mean. bagi aku, lelaki yang buat bunyi2 macam ni tak menghormati perempuan. oklah lebih tepat kalau aku guna wanita.

bila you guys buat macam tu, yang terlintas dalam fikiran wanita tu ialah,
"ish, aku tampar laju2 kang nak?"
*Ada tak yang nak buat macam ni? aduilaa.. ganas bebenau*

itu ayat akulah ye. tapi yang pastinya, majoriti wanita tak suka dengan gangguan2 macam tu. especially aku. tak suka. seriously tak suka. malah takut lagi adalah.

wanita ada maruah yang perlu dijaga, bila korang buat bunyi2 pelik macam tu, korang seakan2 memperlekehkan maruah dorang sebagai seorang wanita.

kalau perempuan tu layan pulak korang bila korang buat bunyi2 pelik ala2 monyet kat zoo tu, aku no komenlah. mungkin dia tengah kesunyian kot.

so guys, do respect the girls ok? and to all the beautiful girls, korang janganlah pergi layan pulak kalau ada orang buat bunyi2 nakal kat korang. atau korang yang buat macam tu bila jumpa lelaki?

kalau itu yang terjadi, please stop doing that ok dear girls? macam saya cakap tadi, lelaki perlu hormat perempuan. dan perempuan pun perlu hormat lelaki. betul tak?

respect must be gained. respect other people if you want them to respect you.

so, conclusion, entry ni tak ditujukan kepada golongan tertentu, tapi aku tujukan kepada semua yang baca entry ni.

till then, assalamualaikum..

p/s: aku tak memihak
mana2..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)