Monday, November 28, 2011

let the journey begin.....

ASSALAMUALAIKUM..

hamboii hamboii... sejak dua menjak tiga menjak ni speaking omputih kau ye deeya? hihihi...

ok abaikan kejoyahan aku kat atas tu.

aku tak banyak pun nak share kat sini. just nak menghapdate blog yang dah sekian lama menyepi ni haa.. kesian dia kan?

hari ini, secara rasminya... kuliah aku untuk semester ni dah habis. esok bermulalah sesi klinikal bagi kitorang... esok kitorang akan pergi ke hospital ampang untuk bertugas..

unfortunately, aku tak sihat sangat laa derr. telingo den sakit dek infection.

infection apa pun aku tak tau. tapi yang pastinya, untuk pakai stethoscope, mungkin take time jugak.

doktor bagi aku mc, tapi aku taknak arr ikut mc tu. baik aku ikut pergi hospital. lagi berfaedah.

nilaaa ubat ubatan yang aku kena telan... seksooo =.=


ok stop membebel mak limah terjun bangunan kat sini. aku nak share gambar dengan korang. apa? taknak? ok fine. pi main jauh jauh..



















cik deefa aku pun nak merasa pakai baju nurse jugak... hihihihhi


ok tu je... nanti nanti kalau aku free dan bermood, akan ku update lagi yewww... choww... adioss.. assalamualaikum..





p/s: mengantokkkk!!!
zzzzz....

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:))

Saturday, November 19, 2011

wondering wonder wondering wonder... err... wonder girl?

ASSALAMUALAIKUM..

cakk!! kecakk cakk!! ok maaf atas kegilaan yang overdose ni. hihi.. aku nak update laju laju hari ni sebab next week and the next next next next next week aku maybe busy sampai tak semoat nak sentuh lappy. MAYBE ye. hahaha..

sebelum kita pghoceed *sebut proceed ye tuan tuan dan puan puan* ke main point yang sedang berlegar legar main bola sepak takraw dalam otak aku ni, aku nak share something dengan korang. pembaca pembaca setia blog busuk aku yang wangi ni. pembaca tak setia nak baca jugak pun boleh. selamat datang! :D

ada nampak itu nama? ada ka? kalau tada nampak kasi bukak mata tu sikit punya besarlaa

aku sorang je student semester satu yang ditugaskan kat ward orthopedik tu untuk shift pagi. ada lagi seorang coursemate aku yang dapat situ jugak. tapi dia petang. wuuu... kesian kami kan? cuak weyh aku. harap harap akak akak abang semester 3 sempoi. hihi... aminn..


ok now, lets proceed to what i have been thinking of dari petang tadi.

aku wonder kenapa masyarakat kita selaaaaaluuuu pandang rendah pada profession profession yang noble. contohnya nurse, cikgu, cleaner dan lain lain.


eww... tak standard laa jadi nurse. cuci taik orang.


haa? cikgu? apa kelas? gaji sikit kot.


alaa.. makcik cleaner tu bukannya baik sangat pun. entah entah pencuri. *aku pakai reka je ayat ni. aku rasa takde orang pakai pun kot ayat ni. hihi*



dulu ada satu ceramah kat kampus aku ni. dia cerita pengalaman dia jaga ayah dia kat hospital. katanya, bila time ayah dia B.O. atau bahasa pasarnya berak, dia panggil nurse yang bertugas kat situ, tapi nurse tu just suruh dia tunggu sekejap dan tak datang datang lagi lepas tu.


dan penceramah tu melabel jururawat itu sebagai MALAS.




ok no offence ye. aku just nak luahkan pendapat aku.


orang luar terutamanya orang awam yang tak pernah bekerja dalam hospital, kebanyakkannya tak tau apa sebenarnya tugas seorang juru rawat.

aku fokus pada juru rawat kat sini sebab aku dalam bidang tu. hihi..


ok back to the topic. mereka tend to judge nurses sebagai garang, pemalas dan lain lain sifat negatif yang mereka rasa tak patut ada pada seorang jururawat.

merujuk kepada cerita penceramah tadi. bagi aku yang memang seorang yang memang berada dalam bidang kejururawatan ni, walaupun aku masih baru, tapi aku faham tugas seorang nurse tu macam mana. bukan seorang patient yang perlu dijaga dalam wad tu. tapi ramai. kadang kadang wad tu ada 50 orang patient tapi nurse cuma ada 5 orang je.




so agak agak busy tak tugas jururawat ni?


kalau korang bekerja dalam keadaan yang sibuk macam tu, mesti kadang kadang akan timbul rasa nak marah dalam diri tu. normal. jururawat hanya manusia biasa. kalau nurse tu dah bagitau patient cara nak buat sesuatu dengan betul sebanyak 5 kali, tapi patient tu still buat salah yang sama, geram tak nurse tu?


tu baru seorang pesakit. belum kira yang lagi 50 orang patients tu.


and bila nurse tu cakap sekejap, bukanlah bermakna dia pemalas. tapi mungkin dia busy uruskan pesakit pesakit yang lain yang lebih memerlukan perhatian dia sampai dia terlupa pada orang yang panggil dia tadi tu.


nurse pun manusia biasa. jangan judge mereka macam mereka tu robot.



same goes to profession perguruan. dan jugak kerja cleaner. walaupun cleaner ni bukanlah pekerjaan yang tinggi tarafnya macam jururawat dan guru, tapi still, role seorang cleaner tu saaaaangaaat penting sebenarnya.


kalau cleaner takde, ada kau nak tolong cucikan tandas awam kat RnR kat highway tu?


takde kan?


so, do not judge people dari segi nama pekerjaan yang dia lakukan. tapi judge mereka dari apa yang mereka lakukan pada masyarakat.

dan ingatlah, mereka juga manusia biasa. bukan robot yang makan bateri. tapi manusia yang sama sama makan nasi ayam macam kita semua.


waahh.. tiba tiba serious pulak mood entry ni. hihihi...


oklah korang. nak sambung buat assignment tu. toodles.. adioss..



assalamualaikum..


p/s: no offence ok guys?
it is just a piece of my opinion :)

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Wednesday, November 16, 2011

tiring week.. tough week.. exhausting week..

ASSALAMUALAIKUM..

hai korang! minggu ni dan minggu depan je tinggal untuk aku dan coursemate aku membalun tidur kat dalam lecture hall yang sejuk macam akuarium tu. eh akuarium? ok abaikan..
kenapa? sebab after these most tiring weeks, kitorang dah start clinical!! wink wink.. tak sabar pun ada. nervous pun ada. ok deeya tahan nafsu perasaan tu.

aku dapat posting kat hospital ampang for the first three weeks. and another one week tu, aku tukar ke sungai buluh. huhu.. aku tak tau kenapa tapi aku dah rasa yang aku akan dapat hospital ampang dari before cuti hari tu. muahaha... gedikss..
tapi untuk these two weeks, memang baaaaaaannnyaaaaaaakkk giloss kelas ganti dan test yang lecturer nak pulun. memandangkan there are only two weeks left kan? dan kami, para student ni yang rasa macam nak pengsan bila mengenangkan schedule yang pack gilosss..

sekadar gambar hiasan. hihihi.. ^__^


but it is ok. hadis nabi pun ada suruh kita ingat lima perkara kan?
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
LAPANG SEBELUM SEMPIT
hidup sebelum mati

so, it is okay kalau aku busy sekarang. sebab aku dah berlapang lapang time kat rumah hari tu. hihihi..
nak tengok schedule kitorang for next week? minggu ni dah separuh berlalu, so aku malas nak ingat ingat lagi. hihi

isnin: kelas dari 8.30 pagi hingga 2.00 petang i guess. sepatutnya kelas sampai pukul 10.30 pagi je. huhuhu... then malam, KAWAD.

selasa: kelas dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. anatomy dari pukul 11.30 pagi hingga 5.30 petang. 5 JAM kitorang menghadap anatomy. zzzz... then malam, KAWAD.

rabu: kelas dari 8.30 pagi hingga 1.30 petang. petang tu ada latihan KAWAD. then malam tu KAWAD lagi.

khamis: kelas dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. malam tu siapkan assignment. huhu..

jumaat: kelas dari 8.30 pagi hingga ??? mungkin ada replacement kelas lagi =.=

sabtu dan ahad: kem kesatria kat gunung datuk rembau negeri sembilan

isnin: start clinical kat hospital ampang.


mungkin bagi korang yang membacanya taklah penat sangat kan? tapi bagi kami yang menghadapinya? pfffttt..

tu belum kira segala jenis test yang dah disusun tanpa bagitau kitorang awal awal.

sabar jelaaaaa deeya oii..

eh lagi satu.

aku dalam proses MENURUNKAN BERAT BADAN.

gemuk? tak tak... chubby je.. :p


bukan menguruskan badan ye. cukup sekadar turun berat badan je. huhu..

kenapa? sebab BMI aku 24. hihi.. still normal tapi dah terlalu dekat dengan label OVERWEIGHT tu. tak boleh jadi ni.

so, start dari minggu ni, sila jangan guna lif ye deeya. guna tangga. hihihi..

eh ok. nak sambung buat assignment. tata..

adioss.. assalamualaikum..

p/s: sorry sebab entry tak best.
i'm just feel like sharing my feeling with you all guys.
tak salah kan?
:))

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)) 

Saturday, November 12, 2011

twitt... twittt..... test oh test



ASSALAMUALAIKUM..

yeah tu dia.... aku bukan busy, tapi aku takde idea nak menulis kat blog ni. tu yang jadi berdebu debab tu.

cuti aku dah nak habis weyh! asallah sekejap bebenau cuti midsem ni. nak tambah lagi sebulan cuti boleh tak?

naik cuti ni aku ada baaaaaaanyaaaaaak test dan assignment yang nak kena hantar. and of course, kalau dah duduk rumah, kau ingat aku ada nafsu nak menghadap segala benda tu? takde maknanya!!

and now, bila study last minutes ni memang TAKLAH nak absorb semua tu masuk otak aku yang gebu ni.

sampai aku tak tau nak baca topik yang mana. macam banyak je yang masuk test ni. pfffftttt...


saja nak tunjuk muka twitter aku yang baru lepas menjalani pembedahan plastik


so, moghal of the stoghy, sila jangan contohi aksi melambat lambatkan kerja ni ye tuan tuan dan puan puan. nanti hangit, sendiri yang susah. eh apalah yang aku merepek ni.


yeah tengoklah betapa gigihnya usaha aku... muahahaha


aku tau korang rindu aku. maka terimalah sedas dua gambar terbaru aku yang comel ni *mari muntah secara berjemaah!! 1, 2, 3.. muntah!!*


ni bajet tunggu encik fahrin lah ni... padahal jam aku rosak. hihihi

yeah... itu aku! yang macam monyet tu :))

Add caption

sekian sahaja entry lepas tension, stress, kentut dan segala yang seumpama dengannya. adioss.. assalamualaikum..


p/s: memuahhh kat korang..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:))

Tuesday, November 8, 2011

aku tegur kau, kau tengking aku?

ASSALAMUALAIKUM..

oh here i am once again menaip entry untuk mengupdate blog usang lagi bersawang macam rumah tinggal tepi jalan je ni. hihi...

again, entry ni berunsur teguran dan pandangan aku pada situasi yang selalu terjadi pada orang sekeliling aku. rasanya aku belum pernah kena lagi kot. eh pernah ke? tak ingatlah.. hihi..


nak share storeh moreh dengan korang!!


pada suatu hari, sedang asyik aku berjalan jalan meninjau facebook, tiba tiba aku terbaca status si polan ni. ayat kat bawah ni aku reka sendiri ye. status sebenar tak bolehlah nak tulis kat sini kan? hihi.. so, aku ubah status tu kepada status lain tapi still menunjukkan situasi yang sama.


penatnya!! perlu mandi dan rehatkan badan

status ditulis pada pukul 11.00 malam.


a few seconds after that ada orang komen,


tak eloklah mandi malam. nanti ada risiko kena paru paru berair.

aku terkejut bila baca komen balas yang ditulis oleh si polan ni tadi. dia cakap,

kau siapa nak nasihatkan aku? suka hati akulah nak mandi malam ke, siang ke. it is none of your business ok? s***lah






bagi aku, tak perlulah kan nak memaki orang macam tu. orang tu cuma tegur je. bila dia tegur, tak bermaksud dia busy body. tapi menunjukkan bahawa dia care dengan kita. betul tak?


yang kita ni siap nak memaki hamun segala bagai ni kenapa?




sebab penat? penat bukan alasan untuk kita marah dan maki orang sesuka hati.




bayangkan kalau kita kat tempat orang tu, apa kita rasa?


marah?


sedih?


sakit hati?






fikirkan jugak perasaan orang lain sebelum kita keluarkan kata kata.




jangan fikir perasaan kita je.




jangan sampai nanti semua orang dah taknak berkawan dengan kita.




kenapa? yelah, siapa yang suka kena maki kan?




kau suka?




kucing pun tak suka kena maki hamun tau.








pesanan untuk diri sendiri juga.




kalau ada yang terasa hati dengan entry ni, maaflah ye. takde niat nak buat korang terasa hati, jantung, limpa dan hempedu.




niat aku cuma nak menegur.




renung renungkan dan selamat beramal!!


adioss.. assalamualaikum..


thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Saturday, November 5, 2011

annoying

ASSALAMUALAIKUM..

i was planning to settle all my assignment by today, tapi at the end of the day, satu pun aku tak sentuh. walaweyh. terbaik deeya!! *tangan di kepala, mata dijulingkan ke tengah*

ok aku pun naik juling tengok gambar ni


ok lets start. maaf kat korang sebab aku dah beberapa hari tak update blog. aku ada beberapa test and assignment yang perlu disettlekan before balik raya ni, so, aku memang tak sentuh lappy langsung. malah aku deactivate kan facebook aku sebab KONONNYA taknak kacau fokus kepada test. hihi...

ok ayat aku sungguh skema naga malam ni...



aku nak cakap pasal relationship malam ni. ececeh... setelah sekian lama aku meninggalkan genre informatif dan teguran dalam blog aku. sekarang insyaALLAH aku sambung balik before aku meneruskan progress persiapan assignment yang tak berapa nak banyak tapi agak banyak tu.


RELATIONSHIP DALAM FACEBOOK


sorry kalau ada yang terasa dengan entry kali ni. aku minta maaf awal awal. hihi... maafkanlah aku di kala musim raya haji ni. siapa maafkan aku, aku belanja senyuman paling sweet yang aku ada. hehehe..




ya ALLAH jauhnya aku melencong. ok sila balik ke topik asal.


aku tau ramai antara pengguna facebook yang letak status relationship kat profile masing masing kan? aku tak kata salah. in fact, i do the same thing.


tapi, tak perlu rasanya kalau setiap masa, setiap minit, dan setiap detik, asyik nak bermanja manjaan dengan pasangan.


kalau kat chat atau private message takpe, tapi kat wall. semua orang boleh baca apa yang kau tulis.



hai awak.. i love you more than yesterday

the next 5 seconds...

i love you more sayang.. hugs and kisses for you... muuuuaaahhh

seminit kemudian...

cayunk awak kertat kertat. i really do!


kalau sekali sekala takpe lagi. tapi kalau hari hari?

setiap minit yang berlalu mesti ayat yang sama kau tulis kat wall orang tu..

mula mula memang nampak sangat sweet, tapi kalau selalu?



bayangkan betapa ANNOYEDnya orang orang yang baca ayat ayat tu.


aku bercakap berdasarkan pengalaman dan penghayatan.

aku rasa bukan aku seorang yang rasa macam tu. ramai kot...

again, sorry kalau ada yang terasa. tak berniat buat korang marah atau kecil hati, tapi hanya nak bagi teguran.


oh readers, deeya jealous je tu!!


mungkin ada antara korang yang akan cakap macam tu..

tapi believe me dear, aku TAK jealous punlah.

nak bermanja manja boleh, tapi please jangan kat public ok?







ini pendapat dan pandangan dari apa yang aku rasa. aku tak selesa dengan situasi macam ni. nak nak lagi kalau every komen and every wall post penuh dengan bunga bunga cinta.



kadang kadang, aku yang rasa malu. huhu..

sorry again kat korang!

adioss.. assalamualaikum..

p/s: burung nuri terbang rendah,
singgah sebentar di dahan  berduri,
aidil adha menjelma sudah,
maaf dipohon , keampunan di cari

p/s2: selamat hari raya haji korang!
sorry pantun tak best. hihi..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)