Saturday, April 7, 2012

cerita ceriti.... mari kita cuci hati

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua readers!! hawau yu? hehehe... wooo.. lamo gilokk aku tak update blog usang ni kan? bukanlah busy sangat. cuma sedikit malas dan kekeringan idea di situ. hehe... aku nak share something dengan readers aku hari ni. malas nak mukaddimah panjang panjang, mari straight to the tajuk je.

eh eh... sebelum tu, mari layan video ni dulu. calo beteh...

dah layan dah video tersebut? ok mari kita mula.

bismillahirrahmanirrahim...

masuk minggu ni, dah hampir enam minggu aku belajar dalam Semester 2, tahun satu, jurusan kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam. amekau. panjang melebau aku describe. ehehehe...

dan sepanjang enam minggu tu jugak, aku mula belajar dan menimba bermacam jenis ilmu dan pengalaman.

ada ilmu pertahankan diri...



ada ilmu pasal ubat ubatan..




ada ilmu pasal penyakit dan cara merawat..





dan tak kurang, ada ilmu yang sedikit sebanyak berjaya mengisi jiwa kosong yang telah sekian lama meruntun jiwa.





aku tak sempurna. sebab aku juga manusia biasa.

tapi kepingin rasanya aku untuk terlihat mulia dan baik di sisi DIA. pencipta aku yang Maha Satu tu.

kepingin rasanya aku menzahirkan cintaku pada DIA melalui apa saja cara yang aku mampu lakukan.

lalu langkahku ku atur perlahan menghampiri keredhaanNya.

tapi jauh di sudut hati, aku masih gusar. apa yang akan orang sekeliling katakan andai mereka terlihat perubahan ku?





apakah perubahan yang dilakukan ini terlalu drastik?

aku gusar andai istiqamah itu tak dapat dicapai.

aku gusar andai riak dan takbur itu menghujani hati.





namun aku bertekad. demi DIA. demi ayah dan ibu. dan demi diri aku sendiri. aku mahu berubah kepada DEEYA yang lebih baik.

tak semua boleh terima perubahan aku yang pastinya. maklumlah, mulut tempayan boleh ditutup. tapi mulut manusia macam mana mau kasi tutup jugak?






alhamdulillah. aku didampingi rakan rakan yang sudi mengajak aku mengimarahkan majlis ilmu.
ada penceramah tu cakap, 

"semakin terbuka hati kita menghadiri majlis ilmu, semakin mudah kita memahami agama, maka itu tandanya ALLAH sayangkan kita"

dan aku terharu mendengar ayat itu.

ALLAH sayangkan aku.

to be honest, lately ni aku mengalami quite a stressful time jugaklah.

dengan assignment bertimbun, dengan test yang akan datang berlumba lumba, dengan komitmen dari groupmates and dengan financial problems.

wooo... tipu andai aku kata aku tak cepat naik angin.

tipu kalau aku kata aku mampu kawal keadaan sebaik baiknya.

sebab aku rasa, dah banyak kali groupmate aku yang seorang tu kena penangan angin aku ni. 

maaf sahabat. :)






tapi setiap kali itu, pasti ada manusia yang datang menghulur bantuan.

dan setiap kali itu, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

dan setiap kali aku ketandusan duit nak makan, ada saja rezeki yang DIA kurniakan untuk aku.


sekali lagi, aku terharu.

betapa mulianya DIA.

aku hamba hina. banyak buat dosa.

tapi DIA still bantu aku.

aku tau, ini ujian. untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan aku.

lagipun, DIA takkan bagi ujian yang tak mampu ditanggung oleh hambaNYA kan?

DIA sangat adil.







ok. sebenarnya apa yang aku nak cakap kat sini ni? sebenarnya aku nak cakap kat korang semua readers readers yang setia, janganlah kita berputus asa dengan rahmat yang ALLAH bagi kat kita.

dan janganlah kita berputus asa bila ada ujian datang menimpa.

kerana sesungguhnya, ujian ALLAH tu, tandanya DIA sayangkan kita.

ya, DIA yang Maha Penyayang tu, sangat sayangkan hambNYA.








di kesempatan ini juga, (cehhh dah macam grammy award seyhh!) aku nak ucapkan beribu juta million trillion terima kasih kepada teman yang sentiasa ada di sisi through thick and thin, yang memahami di kala stress melanda jiwa dan yang memahami bila tiba tiba ada air mata mengalir tanpa warning.

mereka ialah............. (drum rollllllllllling)

LIYANA NABILAH


aku, yana dan aten :) oh oh thanks jugak untuk aten yang selalu ajak aku datang majlis ilmu



dan
ENCIK AHMAD FATHI yang sudi jadi teman paling baik sepanjang 5 tahun ni.



hah... ni dia...



semoga ukhuwah dan kasih sayang kita terus terjalin dalam rahmatNYA kawan kawan. ana uhibbuka fillah (tak tau betul ke tak grammar bahasa arab ni. hihihi.. kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan)


dan kepada anda. ye, andalah. saya yakin anda akan baca ni. saya nak minta maaf kat anda sebab selalu ter'ignore' anda bila kita berkumpul bersama. i wouldn't do that kalau anda memaniskan muka bila berjumpa dengan kawan kawan. saya tau anda ada masalah. tapi, bukankah adab bersahabat itu turut meliputi kemanisan muka yang ditunjukkan. saya pun ada masalah. dan saya tak suka melihat wajah teman saya yang masam mencuka tanpa diketahui sebab musababnya. bertambah tension saya dibuatnya. maaf ye anda. saya tegur di sini. sebab saya dah penat pujuk anda suruh senyum. harap anda faham :)



oh yes, to all my readers. sorry atas kesekemaan ayat yang digunakan pada post kali ni. entah kenapa tiba tiba keluar aura sastera prosa tradisional pulokk memalam bebuta ni. kan dah terkeluar bakat penyair antarabangsa. ceeeewaaahhh..


kepada sesiapa yang nak tunggu next post dari saya, silalah tingkatkan nilai kesabaran anda sebab entah kurun keberapa baru saya akan update lagi. entah entah zaman dinasour dah bertelur sepuluh puuuunnnnn tak diupdate lagi blog bersawang ni. hihi... sorry :)



ok ok. tu je. tata readers semua. oh ya. tolong doakan aku agar aku terus istiqamah dalam ibadah aku. doakan ukhuwah kita semua kekal sampai syurga :)

till then, asslamualaikum

ukhuwah fillah abadan abada..
thanks for reading :)