Friday, January 11, 2013

coretan dicelah kesibukan




epinephrine kembali merembes
membakar sisa semangat dan azam
berbekal cekal
berkalung harapan
beralas usaha
demi menggenggam azimat
biarlah,
hatta 50 paket caffein pun sanggup ku mamah
demi segaris senyuman
biarlah,
sembab mata menyapa biasan wajah
demi jasa dan budi mereka
biarlah,
vertigo melanda
demi ilmu di dada
biarlah,
malamku berbantal buku
bertilam kayu
asal selimutnya, ilmu
demi redha DIA
biarlah,
asal kelak, bangsaku berjaya



p/s: again, copyright protected. ihiksss

nukilan: deeyamorten 

nukilan, lukisan, coretan




saban hari,
saban masa,
menulis,
membaca,
detik pena terus menari mengatur bait kata,
seiring rentak sang lagu memecah hening,
sedang khayalan dan imaginasi,
membawa aku pergi
jauh ke dunia terasing
di mana hanya aku
dan aku di situ.
terkesima.
mendalami makna diri
sesal.
melihat timbunan gunungan dosa
sayu.
melihat di penjuru sana,
secebis pahala cuma
ya, dikala begini
dikala buku dan helaian nota terbentang bak permaidani indah
mengapa mesti di kala ini nukilan menerjah?
mengapa?



p/s: copyright protected. agagaga..

nukilan: deeyamorten 

Sunday, January 6, 2013

ikhlas. Lillahita'ala

ASSALAMUALAIKUM..


it's been a while since I post anything in here. hehe.. ada apa apa yang terbaru ke dalam dunia blogging? selain daripada blogger blogger feberet aku kahwin? :)

so, di kesempatan ini, nak wish selamat pengantin baru kat kak NAMEE ROSLAN. maaf agak terlambat wish. hihu... kinda busy. seriously. akak sangat cantik! alhamdulillah dah selamat bernikah :D


ok so. sebenarnya, I'm currently sitting for my final exam. paper semester bagi aku takdelaa susah macam antomy sem lepas, tapi still, nak menghafal segala macam jenis penyakit, treatment, complication serta segala gajah rimau serigala zirafah pasal penyakit tu, memang sangat mencabar minda.

ye, SANGAT penat otak -.-

sometimes, it's worst >.<



tapi kan, teringat pulak satu quote ni,

Apabila kamu tidak tahan menanggung letih nya belajar..
Maka, kamu akan mnanggung peritnya kebodohon ..

- Imam Syafie -

dushummm!! rasa macam kena tembak tepat di sanubari. uhukkkkk

ada satu lagi hadith, aku ada salin tapi tak ingat letak kat mana. so tak dapat nak share dengan korang.. sob sob.. lain kali lah ek.

nakkan emas, kenalah tahan penat menggali.

nakkan sang helang, takkan effort setakat macam nak kejar pipit je, betul tak?

macam tulah gamoknyeee study ni.

kalau malas, tanggunglah kekurangbijakkan tu seumur hidup. orang lain tak rugi apa apa. awak yang rugi.

eh, ni tak point sesiapa ek. sedang bermonolog sebenarnya. ehekss..

apapun pekerjaan yang kita buat, niatkan ikhlas, hanya kerana ALLAH, insyaALLAH, saat kita niatkan tu je, dah dapat pahala ibadah. best kan? :)

nak nak study ni, jangan study sebab exam. tapi study, sebab ALLAH kata menuntut ilmu tu wajib. study sebab kita nak kejar redha ALLAH. senang je kan nak kejar pahala. cuma nak dengan tak nak je.




most important, LILLAHITA'ALA




aihh... ceramah pulak deeya niii..


bukan ceramah, mengingatkan :)


banyak lagi tak cover sebenarnya untuk exam ni. waaaa.... sampai aku rasa, nak tidur itu adalah pembaziran waktu. tapi online takpe pulak. hematuria betul. aishh...



sebenarnya ni nak menghilangkan mengantuk sebelum solat subuh. haha.. dah alang alang tidur lambat, baik tunggu subuh kan? nanti kang terlepas pulak subuh yang berharga tu.



sorry entry kurang menarik. otak mengantuklah katanya. agagaga..


ok babai. kepada yang masih bergelumang dengan encik handsome bin nota dan makwe makwe buku tebal, goodluck diucapkan. semoga kejayaan dalam genggaman kita :D chaiyokk everyone!



rilek rilek je study. tapi jangan rilek sangat -.-




bye semua. do pray for my success. oh untuk kawan kawan saya sekali. aaminn. may ALLAH bless you guys. annyeong :)

assalamualaikum..