Wednesday, February 19, 2014

BAB 2: Bintang X-ray

ASSALAMUALAIKUM.


i've promised to write three blog posts for today, 18 February 2014. walaupun lambat sikit pos yang untuk chapter two punya, takpelah ye. still considered as today's post walaupun lewat *entry ditulis pada jam 1.18 minit pagi* haha. walaupun di post pada tengah hari 19 Februari 2014. ok now, let's proceed to our second chapter sharing session. tajuk bab dua dalam buku 'Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?' karya Professor Madya Dr. Mohd. Arip Kasmo dan majalah Infiniti ni is macam yang tertera kat tajuk post ni, Bintang X-ray. haaa.. jeng jeng jeng. macam menarik kan tajuknya? jom kita mula.

bismillahirrahmanirrahim.

korang mesti pernah dengar perkataan 'black hole' atau dalam bahasa ibunda kita 'lohong hitam', kan? apa black hole tu? macam mana boleh jadi? these questions yang bermain di fikiran saya bila saya baca a few words dalam artikel kali ni. nak tahu lebih lanjut jut jut lagi? sila baca. hihi.

macam yang kita semua tahu, galaksi bimasakti ialah galaksi yang bumi, matahari, marikh, zuhrah dan seangkatan dengannya berada merupakan antara galaksi yang wujud di alam semesta. saintis menganggarkan ada lebih kurang 300 sekstiliun bintang di alam semesta ni. 300 sekstiliun tu lebih kurang 300 juta lebih banyak bintang daripada jumlah bintang di galaksi bimasakti sahaja.  banyak kan bintang? subhanallah.



tapi, separuh daripada jumlah tadi tu terdiri daripada bintang mati. eh, bintang pun boleh mati? macam mana bintang mati tu? jeng jeng jeng *hambar. haha* bintang akan mati apabila sesebuah bintang tu dah kehabisan bahan bakar. bahan bakar encik bintang bintang ni terdiri daripada gas gas nuklear macam hidrogen dan lain lain. kesan pembakaran bintang ni akan melepaskan beberapa produk lain macam gas helium, nitrogen, haba dan cahaya.

bintang ni dia ada graviti sendiri tau. bintang ni terdiri daripada bahan bahan nuklear kat dalam terasnya yang akan menjalani tindak balas dan keluarkan elemen elemen yang saya sebut eh bukan sebut, elemen elemen yang saya taip tadi. bahan bakar utama untuk bintang ni is hidrogen. bila hidrogen habis, bintang tu pun dah takdelah bahan bakar yang cukup untuk teruskan hayat dia. disebabkan tu, bintang tu pun mula menjalani proses mengakhiri tempoh hidup dia. nama proses ni kita selalu dengar. proses ni dipanggil supernova. bukan galaxy supernova macam girls generation nyanyi tu ye. haha *hambar lagi. haha*

cantik kan? cantik sangat. subhanallah.

cantik sangat, subhanallah. ni baru illustration, kalau betul betul, tak terkata agaknya kecantikkannya



bukan supernova yang ni ye. harap maklum. hihu


apa jadi waktu proses supernova ni? proses ni akan berlaku bila semua atom atom yang membentuk bintang ni akan tertarik oleh tarikan graviti dan membentuk lohong hitam atau black hole.rasanya semua orang dah tahu bahawa black hole ni akan menyedut semua objek kat sekeliling dia termasuk cahaya. bayangkan cahaya yang takde berat tu pun dia sedut masuk. apatah lagi kita? tak sempat nak jerit pun dah kena telan dah. bila black hole ni sedut cahaya, bintang ni akan bersinar dengan cahaya yang malap, kiranya cahaya dia seolah olah ada sinaran x-ray kat dalam tu. boleh bayang tak?


macam ni kot lebih kurang maksud dia x-ray tu




teori black hole dikemukakan oleh seorang pakar geologi inggeris, namanya John Michell pada tahun 1783. pada kurun ke-21, teori ni disokong oleh ahli astronomi moden berdasarkan pemerhatian mereka ke galaksi menggunakan teknologi moden.

tadi kita tengok ulasan saintis barat kan? jom kita tengok apa Allah cakap dalam Al Quran pulak. fakta pasal black hole ni, Allah dah firmankan dalam surah Al-Tariq ayat 1-3, "demi langit dan demi yang muncul di waktu malam. tahukah engkau apakah yang muncul di waktu malam itu? itulah bintang terang yang cahayanya menembusi..."

ayat ni ada dua tafsiran yang berbeza. ulama zaman dulu dulu menafsirkan bahawa yang menembusi tu is cahaya bintang yang menembusi malam. tapi kalau ikut dari segi konteks moden, ia merujuk kepada balck hole ni. sebab apa? sebab macam saya terangkan tadi, bila black hole tu menyedut cahaya, badan bintang tu akan bercahaya malap macam ada sinaran x-ray. 

dalam ayat lain pulak, Allah berfirman, "Dan matahari semasa ia digulungkan (kuwwirat)...." surah At-Taqwir ayat 1. dalam ayat ni, Allah menggambarkan pulak bila sampai masanya matahari sampai ke hujung hayatnya. menurut Abdullah bin Abbas, perkataan 'kuwwirat' dalam ayat tu membawa maksud pergi atau menghilang. manakala bagi imam Nasafi pulak, beliau menafsirkan kuwwirat tu sebagai hilang cahayanya. kiranya dapat disimpulkan kat sini bahawa matahari tu bila dah kat penghujung hayatnya, dia akan hilang cahaya. Wallahu'alam.





Allah dah janji, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. bintang dan matahari tidak terkecuali.

sampai sini je dulu perkongsian untuk kali ni. esok saya sambung lagi untuk summary chapter 3 pulak ye. sekian dulu. renung renungkan dan selamat beramal.

Assalamualaikum.

p/s: macam biasa, gambar ehsan encik google 

1 comment:

A's said...

You still active?
Oh well. Giving info is so kind of you. Good Luck. XoXo. &.