Showing posts with label 30 days challenge. Show all posts
Showing posts with label 30 days challenge. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Day 14: who am I?

ASSALAMUALAIKUM..

macam biasalah kan, hari selasa ialah hari bekerja, so tak boleh nak fikir idea untuk tulis kat dalam blog ni. so, i've decided setiap hari selasa, saya kan buat challenge 30 hari ni. fuhh.. banyak lagi kot nak habiskan. haha.. tulah malas lagi.

siapa saya? saya deeya!! hehehehe.. budak comel tu *sila muntah dalam besen warna merah* saya tak tau apa yang soalan ni mintak actually. erm, so, i talk randomlylah ok?

nama sebenar saya, taknak bagitau. hahaaha.. tapi nama pendek yang dipanggil oleh cikgu2 kat sekolah dulu ialah nadiah nasir. kawan2 kat sekolah rendah panggil saya nadiah. kawan2 kat sekolah menengah panggil saya nad, dan kawan2 kat kolej panggil saya deeya. lain2 kan? hahaha.. so that i would remember where they are from, lol.

*when i was one*

birthday? kalau saya bagitau, adakah korang akan sediakan present yang besar2? kalau tade, taknak bagitaulah. hehe.. tapi yang pastinya birthday saya ada banyak nombor 9. and that is why saya sangat suka nombor 9. erk, ada korang kisah? huhu.. ce teka, ce teka bila birthday saya.


erm, apa lagi ek. saya nak buat point formlah. tengok kat bawah ni ye,

  • saya seorang yang pendiam kalau tak kenal orang. tapi once dah kenal, sangatlah kecoh. tapi tak becok ye. kecoh je. huhu.. 

  • saya anak kedua dari 4 orang adik beradik. i wish i have an older brother instead of a fierce elder sister, but it is impossible.

  • saya sensitif. hahaha.. hati saya sangat fragile ye. cepat je nanges. tapi, lepas dengar lagu, i will be alright

  • kelemahan saya ialah, saya tak pandai berdebat dan bertikam lidah

  • kelebihan saya ialah saya boleh ekspresskan apa2 saja dalam bentuk ayat. oh, tapi bukan everything

  • saya sayang ibu dan ayah saya

  • saya suka makan nasi ayam

  • saya tak suka bila orang tau saya sekolah kat mana time form4 dan form5 dulu. because i feel like, i don't deserve to be there

  • saya tak single

  • saya kerja sambilan jadi tutor kat KUMON center

  • itu je saya nak cakap. nak tambah apa2 lagi?

dah siap! hehehe... sila enjoy ye. eh by the way, cuba teka birthday saya bila. ehem2.. haha, siapa betul, nanti saya review blog dia. :D
assalamualaikum..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Friday, July 8, 2011

Day 13: what kind of person attracts me?

ASSALAMUALAIKUM..

bak kata maria elena, tak jawab dosa, kalau jawab sayang. haha.. eh2 ok. disebabkan hari ni saya kerja, so probability untuk mendapat idea untuk mengupdate blog pada hari ni agak sikit. sebab penat melayan budak2 tu, so malas nak fikir idea. haha.. jadi, saya proceed dengan cabaran 30 hari yang tak siap2 tu ye. kalau korang nak tengok rakan blogger saya punya cabaran 30 hari yang dah sampai hari ke 23, sila klik sini.

jom3 proceed. malas nak mukadimah panjang2.

  • SOLEH DAN HORMAT ORANG TUA
ni ciri2 yang akan menarik minat saya kepada seseorang. tak kisahlah perempuan ke lelaki ke. sama je. oh, kalau perempuan tu, menarik minat untuk mencontohi mereka ye. jangan salah faham pulak. cepuk laju2 kang. saya tak nafikan zaman sekarang ni, susah nak cari remaja yang hormatkan orang tua. kadang2 rasa terkilan pulak bila tengok situasi macam ni. sobs.. so, kalau saya jumpa orang2 yang betul2 hormatkan orang tua, memang saya tabik springlah. nak2 lagi kalau dia berbakti kepada parents dia. fuhh.. super supreme saya bagi kat dia. 

*toink.. toink..*
  • SENSE OF HUMOUR
ni lagi satu. sense of humour penting ye. sebab apa? sebab kalau berbual dengan dia, takdelah bosan sangat. saya tak kisah pun kalau dia jadikan saya sebagai bahan jenaka. tapi berpada2lah ye. jangan sampai sentuh isu sensitif sudahlah. 


  • BERDIKARI
dalam erti kata lain, tak mengharapkan bantuan seseorang dalam apa2 kerja pun. means dia ni boleh diharaplah. tabiklah sama ini olang. ok dah tak tau nak describe apa dah pasal orang macam ni. sebab diorang memang best! :D


  • GOOD LOOKING?
tak kisah sangat pasal muka handsome atau cantik atau cute atau cun atau berpanau2 atau muka legend hati cute etc. etc. sebab muka kadang2 tak mencerminkan peribadi. yang penting dia mesti kemas. takde comot2 atau selekeh2 ni. pengotor pun taknak. kang ada yang kena siram dengan clorox kang. haha..


  • TAK MAKAN ASAP
atau bahasa mudahnya, tak hisap rokok. memang tabik sama lelaki yang tak hisap rokok. sama ada dia dah berhenti merokok, ataupun tak pernah hisap langsung. apalah yang best sangat menyedut asap rokok tu? buat sesak nafas je. bukan nafas dia, tapi nafas orang lain. ish.. rasa nak sepuk je penghisap2 rokok tegar ni.


ni je kot buat masa ni. haha.. ni pun dah kira banyak dah ni. hari ke 14 punya tak taulah bila akan di update. pemalas sungguh saya ni. fuhh.. haha. oklah guys.i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..

p/s: siapa nak isi borang?
:D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Friday, July 1, 2011

Day 12: photo of something that makes me happy

ASSALAMUALAIKUM..


hai semua!! firstly, saya nak mintak maaf pasal entry saya semalam tu. sorry for the harsh words. time tu tengah geram sangat2. sorry ye korang? :D

ok jom proceed. hari ni, saya nak teruskan dengan cabaran 30 hari yang tak siap2 lagi ni. dah lebih sebulan pun tak siap lagi. nampak sangat tak konsisten. haha.. photo of something that makes me happy ek? apa ek? jap2 fikir jap.


*cak!! tarian zapin kat padang!! :D*
ok ni gambarnya. gambar ni diambil time hari last kuliah kat kmns. kepada suspek2 yang ada kat dalam gambar ni, jangan nafikan yang anda ada kat dalam gambar ni ek *erk.. apa aku cakap ni?* kenapa gambar ni buat saya happy? sebab ni antara gambar terakhir yang paling sengal pernah kitorang snap. oh oh, anda nampak saya kat mana? :)


so, kalau anda tengok gambar ni, apa yang terlintas kat benak anda? gedik? sewel? senget? tak betul? tak tau malu? eh2, oklah. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..


p/s: apa kenangan terindah
dalam hidup anda? :)

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Thursday, June 30, 2011

Day 11: 5 facts about me

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! setelah sekian lama saya tinggalkan 30 days challenge saya, hari ni saya nak mula balik gara2 taktau nak update apa kat blog ni. hahaha.. hari tu punyalah semangat ajak semua orang join challenge ni. alih2, saya yang banyak ketinggalan. orang lain dah jauh ke depan, saya baru terkedek2 kat hari ke 11 ni. fuhh.. kesian tak? kesian tak? kesian tak?

eh2.. sebelum saya semakin mengarut, adalah baiknya kita teruskan dengan agenda hari ni. hehehe... 5 facts about me. sebelum tu, apa yang anda nak tau sangat pasal saya ni? hobi? makanan kegemaran? err, ok dahlah tu mengarut. jom proceed *dari tadi kata nak proceed, tak proceed pun. huhu*



SANGAT SUKA MENYANYI

kepada kawan2 yang kenal rapat dengan saya, mereka mungkin dah tau pasal ni. tapi actually, tak ramai yang tau asal ni. even family saya pun ada yang tak tau. saya suka menyanyi. tapi saya segan bila orang suruh saya menyanyi kat tempat awam. sebab suara saya tak semerdu dan selunak siti nurhaliza atau yuna atau yuni atau yuno atau yang sewaktu dengannya. saya lebih suka menyanyi bila saya sorang2 buat kerja rumah, study, masak atau apa2 jelah yang selain daripada berenang *boleh ke menyanyi time berenang?*



PEMALU

ops.. ye saya pemalu. pemalu dengan orang yang saya tak kenal atau tak biasa berbual dengan saya. tapi bila dah kenal, kecohlah dunia. haha.. tak percaya? tanyalah cik AIDA, SYAHIRAH, TEA, TUAN DAN MIRA *wey korang!! aku dah promote ni, belanja makan ek. :)* semestinya mereka akan cakap saya pemalu tak tau malu. kenapa? sebab mereka dah kenal lama dengan saya. dan saya dah biasa dengan mereka, maka, tanduk pun dah keluar meyh. hahahahahaha.. *evil laugh* 





SUKA KUCING DAN HAIWAN2 YANG COMEL :3
ok yang ni memang tak boleh nak dinafikan. biarlah orang nak cakap arnab tu pengotor ke, kucing tu ada aids ke, burung tu kurap ke, tak kisah3.. janji comel. dan saya sangatlah anti kepada orang2 yang suka buli kucing ni. rasa macam nak cekik2 je orang tu. kesian kucing tu tau tak? *emo tiba2*
kucing sape ek
*comel kan? :D*


CEPAT JUDGE ORANG MELALUI IMEJ LUARAN

ok2. yang ni tak bagus kan? saya selalu cakap kat orang "don't judge a book by its cover" tapi saya sendiri pun buat. haha.. contohnya, kalau nampak orang selekeh sikit, dalam hati mesti cakap ish, kenapa dia macam tu? selekeh bagai. kalau nampak orang pakai vogue2, hati mesti cakap, ish mesti berlagak dia ni. teruk kan? memang sejak kecik macam tu. kadang2 rasa horrible dengan diri sendiri sebab ada perangai macam tu. macam mana nak ubah? boleh bagi tips? please.. *separuh merayu* 
*caption sama dengan ayat kat gambar.. :D*

CEPAT RINDU KAT ORANG

ni lagi satu habit saya. saya cepat rindu kat seseorang walaupun pada hakikatnya dia tu musuh saya. hahaha.. pelik? memang pelik. sampai ayah saya pun cakap, "angah ni asyik nak rindu orang je. orang tu tak rindu dia pun. tak faham ayah dengan kau ni" ops, nak buat macam mana. dah hati ni pemurah sangat nak rindu orang tu, rindu orang ni, rindu family, rindu kawan2, rindu encik fahrin, eh2 abaikan yang akhir sekali tu ye. hehe..
*sekadar gambar hiasan ye.. hehe.. comel kan hearts ni? ngee..*


oh ok. dah sampai lima rupanya. fuhh.. siap dah cabaran hari kesebelas. hari keduabelas entah bila saya akan buat. wahh.. sungguh tak konsisten ye kau deeya. eh2, oklah. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..

p/s: maaf sebab entry kali ni agak tak kemas.
berterabur sana sini gambarnya kan?
segala kesulitan amatlah dikesali.. :D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Friday, June 10, 2011

Day 10: photo of the item i last purchase

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! lepas mengupdate entry baru tadi tu, terus je semangat nak berblogging membara balik. wahaha.. ok, hari ni saya nak cabaran 30 hari saya yang memang dah berjela2 ketinggalan daripada kawan2 saya yang lain. orang lain dah masuk hari ke berapa belas dah, saya masih di hari ke sepuluh. fuhh.. sadisssss.... sebenarnya saya tak ingat apa barang yang terakhir sekali saya beli. tapi saya letak jelah ek gambar barang paling latest. haha.. jap2 tengah upload. tunggu jap ek. ok, dah boleh tengok sekarang. buka mata luas2!! 1, 2, 3..

*tadaa...*
benda ni memang baru dibeli, tapi gara2 takde kerja berfaedah nak buat kat rumah, saya pulun buat cross stitch ni everyday sampai dah separuh siap dah. oh ye saya memang suka sangatlah buat kerja2 kraftangan macam ni. tak suka? fine.. pergi main jauh2. trangtangtang.. ada sesiapa yang ada minat macam saya tak? cer citer sikit. nak jugak share something dengan readers. hehe..

oklah guys. i think i should stop here. eh belum2. suppose hari ni keputusan kemasukan ke USM keluar. saya tak mengharap sangat untuk dapat tawaran tu, tapi, can you guys pray for me? sebab ada seseorang cabar saya untuk dapatkan tawaran masuk ke USM. oh saya bukannya nak tawaran tu untuk memenuhi cabaran ye, jangan salah faham pulak. well, at least i have more choice untuk dipilih rather than only one choice yang ditawarkan oleh pihak IPTA lain. sekurang2nya saya boleh pilih yang terbaik kan? betul tak? so guys, do pray for me ek? kalau saya dapat insya ALLAH saya update entry kat sini pasal tawaran tu. tapi kalau tak dapat pun, insya ALLAH saya update jugak. haha.. oklah guys. i'll end this here.. chow.. tata.. assalamualaikum..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Tuesday, May 31, 2011

Day 9 – Your current relationship, if single discuss how single life is.

ASSALAMUALAIKUM..

cak!! hai semua!! rindu tak? wahaha.. ok macam yang pernah diberitahu sebelum ni, saya kat kampung sekarang. oh ok, hidup kat sini memang sangat berbeza dengan kat rumah kat shah alam tu. kenapa? sebab kat sini saya banyak buat kerja. kalau kat rumah duduk terperap mengadap lappy je kerjanya. wahaha.. ok2. sekarang saya nak teruskan cabaran 30 hari saya yang dah jauh giler tertinggal daripada kawan2 saya tu. hehe.. tajuk hari ni, my current relationship. ops, sebelum saya go further, saya nak tegaskan kat sini, semua coretan saya hari ni adalah sekadar nak memenuhi tajuk cabaran. bukan nak menggedik2 bagitau kat satu dunia yang saya ni dah ada pakwe ke apa ke. so please guys. do understand. ok?

ok. jom semua tengok my darling sweetheart ni..

*tadaa!! handsome kan??*
oh sebenarnya bukan si hero pujaan malaya ni. dia ni cuma angan2 je. huhu... yang sebenar2nya ialah..

*haa.. ni dia si kecil comel yang sekarang dah besar gajah dah.. :)*
*ok ni gambar beliau waktu dah berumur 19 tahun. toing.. toing..*
saya akan gelarkan pakcik seorang ni sebagai mr. fat kat sini. nama sebenar tak boleh bagiitau. oh ok. saya dah sampai penghujung entry. i'll this here for now. tata.. chow.. assalamualaikum..

thanks for reading..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Thursday, May 26, 2011

Day 8 – A picture of my favourite memory

ASSALAMUALAIKUM..

oh hi there!! sebelum saya proceed dengan entry saya kali ni, saya nak bagitau kat anda semua bahawasanya *dah keluar dah ayat skema kau* saya takkan dapat mengupdate blog saya selama seminggu bermula pada 28 mei sampai 7 jun. oh itu bukan seminggu ye, maaf. so means that saya takkan update blog saya selama dua minggu. fuhh.. amekau bersawang mawang bawanglah blog tercinta saya ni. huhu.. kenapa? saya nak balik kampung!! hehe.. nak tolong my aunt buat persiapan perkahwinan beliau. hehe.. nanti entry pasal majlis tu akan diupdate sebaik saja saya dah selamat sampai kat shah alam semula ye.

by the way, jom kita tengok tajuk entry kita hari ni. err, anda bacalah sendiri tajuk kat atas tu. malas nak taip balik. wahaha.. talking about favourite memories, saya sendiri tak pasti apa favourite memories saya. sebab saya rasa hidup saya ni dipenuhi oleh banyak sangat memori2 indah sampai saya dah tak tau nak bezakan yang mana yang paling indah *err, faham ke ayat ni?* just give me a moment to think ok guys? kesulitan amat dikesali. *10 jam kemudian* err, kalau saya bahagikan dalam dua kategori boleh tak? boleh la kan. entry saya, suka hatilah nak buat apa pun. jom3.. kita terjah...

  • MEMORI DENGAN FAMILY

the apples of my eye..


oh err, tajuk entry a picture kan? maaflah ye. saya letak dua gambar. sebab kami takde gambar satu family waktu buat rombongan cik kiah ke melaka hari tu. ok the first picture gambar my lovely parents and the second one, my siblings. oh tengok jelah betapa bajetnya muka saya waktu ni. haha.. gambar ni diambil beberapa minggu yang lepas. time ni kami jalan2 ke melaka. hajat di hati nak naik menara taming sari. punyalah semangat masing2 bangun awal2 pagi semata2 taknak beratur panjang time tunggu giliran nak naik tu. last2, bila kami dah sampai kat depan menara tu, anda tau tak apa jadi? menara taming sari di tutup buat sementara waktu untuk kerja2 penyelenggaraan. duhh.. double duhh.. hampa, kecewa dan segala perasaan yang seangkatan dengannya terus bermaharajalela. but its ok. we still had fun. walaupun penat, tapi kami sangatlah seronok. thanks to ayah and ibu. sayang ibu dan ayah sangat2. muah2..

  • MEMORI DENGAN KAWAN2



oh nilah masalah dengan orang yang tak faham bahasa macam saya ni. wahaha.. soalan mintak satu, saya bagi 3 gambar. susahlah kalau hidup penuh dengan kenangan indah ni. fuhh.. sangat susah nak pilih ok? so i've decided, gambar2 kat atas ni, semua kenangan2 terbaik sepanjang saya berada di SMKS 27, MRSM Muar dan KMNS. oh kepada mereka yang gambar takde kat sini, jangan terasa hati ye!! bukanlah bermaksud memori dengan anda semua tak best, but i'm choosing the best among the best. so jangan merajuk pulak ye lepas ni. perlu diingat, saya tak pandai pujuk *dengan suara sengau yang dibuat2.* so jangan merajuk ye? *wink. gambar atas sekali, kenangan paling best waktu saya sekolah kat SMKS 27. gambar ni diambil time majlis bukak puasa kat sekolah. waktu ni kami masih form3. oh ye, muka budak2. wahaha.. next, gambar time sekolah kat MRSM Muar. gambar ni diambil waktu jamuan hari raya. tadi majlis bukak puasa, ni raya pulak. adoiila.. oh ye gambar ni diambil waktu kami form4. dan saya sangat rindu mereka2 yang ada kat dalam gambar ni. last but not least, gambar waktu saya belajar kat KMNS. i'm not sure gambar ni diambil waktu study week ataupun exam week. tapi rasanya study week kot. kat KMNS, memang banyak kenangan2 terindah saya. but i chose this because i remember the feeling i felt bila melepaskan tension lepas seharian belajar. sangat relief ok? and that's why gambar ni terpilih sebagai favourite memory, sebab saya sangat happy time ni. wahaha..

oh ok. dah sampai penghujung rancangan nampaknya. wakaka.. ok guys, i'll end this here untuk memberi laluan kepada my beautiful sepet eyes untuk tidur. mengantuk la seyh.. eh ok chow.. tata.. assalamualaikum..

thanks for reading guys!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Wednesday, May 25, 2011

Day 7 – A photo of an animal I’d love to keep as a pet.

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! tajuk hari bestlah. haha.. gambar haiwan yang saya nak jadikan haiwan peliharaan. rasanya most of you dah tau kot apa haiwan tu. sebab dah beberapa kali dah saya mention kat entri2 sebelum. ni. so, tanpa membuang masa, tenaga dan usaha kita bersama, marilah kita proceed kepada cerita yang nak diceritakan ni ha.. jom3..


*kittens!!*
*kucing!!*
oh yes.. i adore cats so much!! tapi sayangnya i can't keep them as a pet. huhu.. sebab ibu dan kakak saya tak suka kucing. saya pernah sekali ada kucing dulu. tapi kucing tu lari bila kami semua balik kampung untuk raya. sedih tau tak!! kakak saya yang tak suka kucing tulah yang paling sedih bila kucing tu hilang. sebab kucing tu dia punya. huhu... ok sebelum saya jadi terlebih emo, baik saya cerita benda lain.


*oh he's so cute!!!*
saya pernah dengar orang cakap yang kucing ni daya ingatan dia kuat. kalau kita buat jahat kat dia, dia akan ingat kejahatan kita tu. kalau kita buat baik dengan dia, dia akan ingat kebaikan kita pulak. sebab tu, saya selalu try nak buat baik kat kucing. dulu waktu kat matrik, kat depan bilik saya ada banyak kucing. and they are adorable. cuma yang jadi masalahnya, kucing2 ni suka melepaskan bom atom mereka merata2. so, memang annoyinglah kan. tapi still, i love them so much!! wahahahaa...


oklah guys. i'll end this here. sebab dah takde point nak cakap. ngee.. jumpa lagi dalam entry seterusnya ye. ok chow.. tata.. assalamualaikum..


thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Tuesday, May 24, 2011

Day 6: A Song to Match My Mood

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!!! buat apakah? ehem2.. diam tak diam dah sampai hari keenam kan cabaran kita? wahaha... dah la saya ni tertinggal satu hari. agak malu ye di situ. well, anyway, tadi saya pergi sekolah!! wahaha... *jakunnya kau deeya oii..* err, ni bukan niat nak menjakunkan diri ataupun nak membajetkan diri dalam bajet 2011,saja nak bagitau anda semua. hehe.. nak tau laporan selanjutnya kat sekolah? haa.. tunggu ye.. akan di post malam ini, insya ALLAH. ok berbalik kepada topik asal. a song to match my mood. seriously guys. i've never think about this before. NEVER!! tapi disebabkan cabaran ni tanya macam tu kan? so, saya jawablah. walaupun dalam kepala memang takde apa2 idea tentang lagu? duhh.. i'll try my best ok guys? ok jom kita start journey to the west kita ni. jom2 kebabom!! *abaikan selingan yang bersifat setengah tiang ni ye..*

  • WAKTU MARAH..



ok. i admit memang video klip lagu ni agak annoying. so is the song. haha.. saya menyampah lagu ni sebenarnya. and that is why saya suka dengar lagu ni time saya marah atau tension. so that saya boleh mengajuk balik lagu ni. haha.. then rasa lega bila dah terjerit2 sambil melompat2 nyanyi lagu ni. haha.. *note that semua tu pengalaman saya time form5 je ye. sekarang dah jarang buat macam tu. huhu* 

  • WAKTU GADUH DENGAN SI GEMOK
wahaha.. i hope he don't mind i labelled him si gemuk. siapa si gemok? fathi omar la. siapa lagi. ok2 jom tengok lagu apa yang saya dengar bila saya gaduh atau berselisih faham dengan dia.


ok there it is. lagu tolong ingatkan aku. kenapa? sebab saya rasa lagu ni macam ada kesinambungan dengan kisah hidup saya. err, macam mana tu, tak payah bagitaulah kot. it's personal matter. hehe.. apa2 pun, kalau kami gaduh, dan bila saya dengar lagu ni, automatik saya akan rasa macam something wrong with me sebab dah buat dia marah. dan terus mintak maaf. the end.

  • WAKTU INSAF

ok. kadang2 bila perasaan insaf tu menjengah diri, lagu ni yang saya dengar. memang naik bulu roma ye bila dengar lagu ni. sebab lirik2 yang sangat mendalam maknanya. fuhh.. memang superb..

  • WAKTU IN LOVE
usually, time macam ni, saya lebih suka layan lagu2 jiwang zaman retro dulu2 tu. hehe.. lepas tu mulalah berangan seorang diri. contoh lagu tu ialah,


tadaa.. ni lagu yang paling jiwang yang saya pernah dengar. haha..

  • WAKTU SAYA RINDU KAWAN2 SAYA

lagu ni sangat bernostalgia ye. setiap kali saya dengar lagu ni, saya akan ingat semua kawan2 saya. terutamanya yang kat MRSM Muar dulu. sob2.. sedih tau.

  • WAKTU RINDU FAMILY

it reminds me to my family so much. bila dengar lagu ni selalunya semangat nak belajar naik balik. sebab teringat kat harapan+pengorbanan ibu dan ayah. cehh.. ayat sedih pulak. haha..

  • WAKTU NERVOUS ATAU BERSEMANGAT

yess.. lagu ni selalunya berjaya buat saya lupa pada nervous saya seketika. malah meningkatkan semangat saya lagi. wahaha.. memang terbaiklah lagu ni.

  • WAKTU SEDIH DAN HAPPY
saya takde lagu specific for both situation. saya dengar je apa2 yang suit dengan keadaan saya time tu. kalau saya sedih sebab fail exam selalunya saya takkan dengar lagu. haha.. makin menambah tension ye bila dengar lagu.


done.. ok siap sudah. banyak tu lagu yang nak match mood saya. haha.. yela orang mood tak tetap macam saya ni memang kena ada banyak lagu nak match dengan mood kan? kalau tak mau dibahamnya orang lain. err, you know what i mean. hehe.. oklah guys. i'll end this here. chow.. tata.. assalamualaikum..

thanks for reading guys!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Monday, May 23, 2011

Day 5: what makes me different from anyone else

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! maaflah sebab tak update semalam. sebab terlalu khusyuk melayan drama nur kasih kat youtube, sampai terlupa nak mengupdate blog tercinta ni. ok2. disebabkan saya tertinggal satu hari daripada kawan2 saya yang dah masuk hari keenam cabaran 30 hari ni, maka, saya nak settlekan benda ni dululah ye. idea untuk buat post lain memang ada. tapi belum diterjemahkan dalam bentuk penulisan di blog lagi. tunggu ye? ok, berkaitan tajuk hari ni, apa yang membuatkan saya berbeza dengan orang lain. erm, saya tak pernah pun fikir pasal ni. walaupun kadang2 memang saya rasa saya berbeza dengan orang lain *apa kau cakap ni deeya weyh...* ok now, let's get started..

  • TAK TAHAN PEDAS TAPI MAKAN JUGAK
ok. ni satu kelemahan saya yang saya tak berapa suka. tak tahan pedas. entah dari mana saya dapat genetik ni, saya pun tak tau. family saya semua kuat makan pedas. but not me. well, kadang2 saya try jugaklah kan nak makan pedas. but then at the end, mesti perut saya jadi kembung dengan air. haha.. nak hilangkan pedas punya pasal, mestilah minum bergelen2 air. ibu saya pun cakap, "kau ni ngah, pedas sikit pun tak boleh" hehe.. sorry bu. bukan angah yang control lidah ni. tapi yang peliknya, kadang2 bila orang cakap makanan tu pedas, saya pulak yang cakap tak pedas. dush~~ memang sangat pelik ok?

  • SUKA BARANG YANG NAMPAK VINTAGE
ramai kawan2 saya malah family saya pun, tak suka barang2 yang macam ni. but yeah sometimes taste saya memang teruk pun. haha.. sampai kadang2 bila nak beli barang, saya lebih prefer orang lain pilihkan untuk saya daripada saya pilih sendiri. kenapa? sebab semua orang cakap taste saya tak best. duhh.. sedih ok? tapi kalau barang2 yang nampak vintage ni, saya suka sebab ia nampak klasik. contohnya baju kurung cotton yang corak macam orang dulu2 pakai tu. walaupun ada orang yang tak suka, tapi saya suka *muka mintak penampar. haha*

  • SUKA LAGU LAMA DAN TAK BERAPA LAYAN LAGU BARU
hah, yang ni lagi satu. kebanyakan kawan2 saya, suka lagu lama dan masih layan lagu baru. tapi entah kenapa, saya tak berapa suka lagu2 baru ni. macam takde penceritaan. err, tu bagi sayalah. tak taulah kan bagi anda macam mana. so, saya lebih prefer lagu lama. anda tak suka? up to you..

  • ULTRA SENSITIF TERHADAP MASALAH
contohnya, kalau ada kawan saya bergaduh, dan benda tu sampai ke pengetahuan saya, saya akan jadi stress. kenapa? sebab i will spend most of my time think of the way to solve THEIR problem. saya yang fikir ok? bukan tuan punya badan. haha.. terukkan? tu belum kira masalh sendiri lagi tu.

oklah guys. rasanya tu je kot. tak tau nak tulis apa dah. erm, actually, i already late for my appointment. haha.. appointment apakah? appointment dengan kawan baik sayalah.. tuan nor farhana. oklah guys. i'll end this here. chow.. tata.. assalamualaikum..

thanks for reading guys..
terima kasih..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Saturday, May 21, 2011

day 4: my favourite photograph of my best friend


ASSALAMUALAIKUM..

ok guys... tiba2 semangat lak nak mengupdate blog tercinta ni di pagi2 buta yang hening bening kening ni. so, masih dalam cabaran 30 hari. tajuk hari keempat ialah.... malaslah nak taip. anda bacalah sendiri kat atas tu. huhu.. ok2. disebabkan nak elakkan rasa mengantuk datang menjengah time saya sedang menaip dan memikirkan idea, lebih baiklah saya start sekarang kan? daripada membazir masa tenaga usaha dan keringat *ada keringat ke?* jom3..

minah kepoh yang menjadi kawan saya sejak saya berusia 7tahun ye kawan2. every year, kami mesti dapat masuk kelas yang sama. sampailah dah masuk form 4. baru terpisah. haha.. sayang kau kepohchii!!


my dear bestie waktu kat muar dulu. sekarang dah jarang contact. sob2.. sebab apa? sebab saya tak sure dia pakai nombor telefon yang mana satu. banyak sangat. haha..


ni pun minah kepoh bernama donat yang sangat rapat dengan saya time kat muar dulu. ramai yang kata kami kembar. kenapa? entahlah. sampai cikgu pun confused mana satu nadiah, mana satu diana. haish...


gambar ni sebenarnya nak tunjuk budak yang kat sebelah saya tu je.  one of my bestie kat muar dulu. ni pun minah kepoh jugak. kawan2 kami panggil dia siren ATF. kenapa? sebab suara dia nyaring macam siren asrama kami, Asrama Tun Fatimah..



pergh.. fahrin ahmad!! yela tu. ni kawan sekelas saya sejak darjah satu. tapi kami hanya mengenali satu sama lain time sekolah menengah. and now, he is the best among the best bestfriend i've ever had. *wink



seorang lagi minah kepoh. aida!! blogger jugak budak ni. kami ada banyak gambar bersama. so, sebenarnya ada banyak gambar kami  yang saya suka, tapi nak bagi senang kerja, saya ambil profile picture facebook saya je. haha.. kawan paling rapat dengan saya time kat matrik dulu.. rindu beliaulah!!


ok. ni semua budak2 skru otak longgar. bestie2 yang hanya mampu menjadi bestie pada jangka masa yang singkat. itupun kami jadi rapat sebab kami pulun study sama2 kat matrik dulu. bila dah stress study, petang tu pergi beli nasi ayam kat kafe, then makan ramai2 dalam surau sambil bergosip. wahahaha.....


ok siap. entry kali ni agak senang ye. wahaha.. baru saya perasan yang selama ni saya kawan dengan kepochii2 sedunia ye. kalau anda tengok caption2 gambar kat atas ni, anda akan perasan kebanyakannya saya label sebagai kepochii. no wonder saya pun dah semakin menjurus ke arah kerjaya kepochii jugak. nasib baik masih dalam kawalan. haha.. oklah guys. sambung esok pagi ye. ada beberapa topik hangat dah buat sarang dalam minda ni. tunggu entry esok ye? ok chow.. tata..

thanks for reading this guys..
kamsahamnida..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Friday, May 20, 2011

Day 3 - my idea of the perfect first date

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua. sambung balik dengan cabaran 30 hari kita. tajuk hari ni... baca kat atas. haha.. oklah, guys. disebabkan saya agak kepenatan sebab berjalan sehari suntuk, maka, daripada kita terus membuang masa, tenaga dan idea, baiklah kita start terus ek entry kali ni. jeng3.. oh oh.. saya belum habis mukadimah lagi *cakap belit2 la pulak* sebenarnya saya tak pernah terfikir pun pasal idea first date bagai ni. so, saya cuma listkan attitude, pemakaian dan ke'brilliant'an jejaka berkenaan. ok?

  • PUNCTUAL
ye, saya sangat anti orang yang tak punctual. unfortunately, i'm dating that type of man. dushh... memang setiap kali nak jumpa memang menyirap je darah nak tunggu beliau. haha.. jangan marah ye fathi. ok2, balik kepada topik ye, jangan melilau jauh2. disebabkan saya tak suka orang yang tak punctual, maka, kalau orang tu tak sampai tepat pada masa yang dijanjikan, memang saya akan berubah menjadi hulk yang comel. ok2 redundantlah point saya ni. huhu.. maaf2. inilah yang terjadi bila jari jemariku yang gemok ni mula menjadi hyperactive bila bertemu keyboard *deeya, proceed please..* ehem2.. kat mana kita tadi? oh ya, punctuality. sikap punctual ni bagi saya sangatlah penting ye tuan2 dan puan2. kenapa? cuba anda tanya diri anda sendiri, anda suka ke nak tunggu orang yang 10, 15, 30 minit atau sejam lambat? suka? memang kita akan cakap "sabar jela.." tapi hati tetap membara kan? muahaha.. *gelak jahat* so, can you imagine, mamat yang anda nak date tu datang lambat 10 minit on your first date!! dushh.. memang memerlukan kesabaran yang tinggi ye di situ. nasib baiklah setiap kali melihat mamat tu dah sampai tiba2 hati saya yang panas tu jadi sejuk. kalau tak, memang akan ku baling kerusi meja ke arah beliau. haha.. *maaf kepada yang terasa. peace yaww.. :)*


*manalah yang YB pujaan hati ni. tak sampai2..*
  • KEMAS
ok yang ni lagi satu point yang penting. kekemasan. bukanlah bermaksud beliau perlu memakai tuksedo lengkap dengan kaca mata hitam ye. tak2.. bukan itu definisi kekemasan bagi saya. bagi saya, orang yang pakai baju tshirt lengan pendek yang bersih, dipadankan dengan seluar yang proper *slack, jeans etc. etc.* dah dikira kemas. plus sekali, muka takde jambang mambang yang bergayut. plus lagi, rambut tersisir rapi *ececeh..* dah cukup kemas dah bagi saya. ops, plus lagi satu, dah mandi dan dah gosok gigi. baru sedap mata memandang kan? handsome atau tak tu, belakang kira. yang penting kemas. fullstop..

*kalau dia pakai macam ni, tu dikira bonuslah kan? hehe.. oh yes2, plus lagi satu, kuku mesti pendek*
  • BIJAK
bijak ni bukanlah maksudnya dia ajak saya buat kuiz matematik kat situ ataupun ajak saya main teka teki dengan dia. oh tidak sama sekali ye. bijak ni, maksudnya, dia bijak dalam memilih tempat untuk kami berjumpa. yela kalau dah namanya first date, pastu dia bawak saya pergi pasar malam. apakah itu? tak bestlah pulak kan. ataupun, dia bawak saya tengok wayang ke. ehem2.. untuk pengetahuan semua, saya tak pernah tengok wayang ye. sebab ayah saya tak bagi. wakaka.. so, kalau sesiapa ajak saya tengok wayang tu memang nak pelangkung free lah tu kan. lagipun, bagi saya first date ni, pertemuan dengan si dia yang akan membuat kita bertambah mesra dan lebih mengenali si dia. so, kalau first date kat pasar malam ataupun wayang, anda ada banyak masa nak berbual2 ke? ada? takde kan? so, lebih baiklah anda jangan declare tu sebagai first date. buat malu je. 

lagi satu, si dia ni dikira bijak bila dia pandai menyusun ayat sebelum dia suarakan kepada saya. means that, dia menjaga mulutnya daripada mencarut atau keluarkan perkataan2 lucah dan kesat. kalau boleh, seumur hidup jaga mulut daripada mencarut lagi bagus. memang dah terus masuk list bakal suamilah. so, jangan mencarut ye guys. i hate it.


*bijak sampai keluar mentol tu. toing!!*

  • BONUS: TAK BERPURA2
maksud tak berpura2 ni ialah dia taklah naif sangat sampai sanggup pergi pinjam ferrari kawan dia semata2 nak tunjuk kat saya yang dia tu jutawan. pada hakikatnya, dia tu cuma kerani sambilan je. so, no need ok. just be yourself. kalau anda takut kekasih anda tak terima anda sebab gaji anda sikit, anda patut lebih takut kalau kekasih anda tu dapat tau yang anda tipu dia. mana lagi teruk? lu pikirla sendiri..

*asyik nak jadi orang lain je. dah takde identiti ke?*
ok siap. semua ni basic2 yang perlu ada ye dalam first date. kalau nak topup lagi dengan surprise lagi I suka. haha.. but it is not necessary. as long as they put their best feet to make my day at that special day, than it would be ok. setakat belanja makan kat kedai mamak pastu borak lama2 sambil berlawak jenaka pun, selagi itu tak menimbulkan annoying di hati saya, it would be great. malah, i'll looking forward to see him soon. or maybe, the first date is when you ask me to meet you at the playground near by, just so you have time talk longer with me. dan kalau syarat2 wajib kat atas tu dah dipenuhi, for sure, anda dah lulus temu duga waktu first date. *wink

p/s: beberapa ayat terakhir ditujukan kepada seseorang.
semoga seseorang tu faham maksudnya.
sebab saya dah malas nak explain balik.
:)

thank for reading guys!!
terima kasih..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)