Showing posts with label handcraft. Show all posts
Showing posts with label handcraft. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

takde tajuk

ASSALAMUALAIKUM..

semalam seharian aku tak melayan blog dan facebook. tak melayan bukannya bermaksud aku tak bukak langsung ye. jangan salah faham pulak. haha.. aku bukak dashboard, bukak facebook, pastu aku biar diorang sorang2 terkapai2 kat situ. kadang2 je, aku datang cek apa2 yang patut.

semalam tak demam pun. wee~~ alhamdulillah. tapi hidung aku gatal tahap cipan nak tukar bulu. seriously. sampai keluar air mata, air hidung, air mineral, air mata air dan segala jenis air lagilah daripada badan aku.

tumpang bersin sat


kenapa aku tak online semalam? sebab aku nak siapkan tempahan costumer aku yang order beg kait2 ni *cehh costumerlah sangat. padahal ayah je pun. haha* by hook or by crook aku nak siapkan semalam jugak. no matter what. walaupun ada lautan api tiba2 datang bersadai kat depan aku meminta2 dan merayu2 supaya aku merenanginya. tapi for surelah aku takkan seberang lautan api tu kan. aku mana pandai berenang. dibuatnya aku lemas kat tengah2 lautan berapi tu, siapa nak tolong? kau?

eh aku dah start profession merepek aku dah. haha.. budak selesema memang kepala otak tingtong suka merepek ek? hahahahaha.. ok abaikan perenggan ni.

jom tengok hasil kerja bertungkus lumus aku semalam,


cakk!!! cantik tak saya?

say aaaaaaaaaaaaaachewwww!!!
ingat korang je nak posing? i pun nak posing jugak nyah


sila abaikan tangan tu ye. huhu
banyak cabaran untuk aku siapkan benda ni. salah ukurlah. terlebih lebarlah. tak boleh tutuplah. terlupa skilllah. adalah kot dalam 5 kali aku bukak balik semuanya and start from zero. memang menduga keimanan. mungkin ALLAH saja nak uji aku tengok sejauh mana keikhlasan aku buat benda ni untuk ayah aku kot. alhamdulillah :)

ye aku tau entry kali ni boring sikit. tapi.... aku nak share je dengan korang. tak boleh ke? *touching tak pasal2*

udah2lah tu. jom solat subuh jom! assalamualaikum..

p/s: kakikukoke
otak aku memang tenga mengalami
ke'tingtong'an. harap besabar ye.
huhu..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Tuesday, June 7, 2011

tempahan

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua. tajuk entry hari ni lain daripada yang biasa saya buat. entry ni, insya ALLAH pendek je. just nak bagitau anda semua pembaca2 setia saya ni, keinginan saya yang membuak2 kat dalam hati ni. semalam saya ke kedai jahit kat depan rumah saya. hajat hati nak beli cross stitch set untuk dijadikan hadiah perkahwinan mak iti saya. sambil2 tu, cari sekali hadiah birthday for both my sister and brother. cari punya cari, saya jumpa set jahitan kraftangan ni. memang sesuailah kalau nak bagi gift kat orang. sangat simple dan comel. so, i've decided to buy it and give it to them.

so, selepas dah siapkan semua kraftangan2 tu, tiba2 timbul satu idea kat dalam benak saya ni, untuk ambil tempahan menjahit handcraft mcam tu. nak tengok hasilnya? jom2..





sebenarnya ada banyak lagi bentuk dan warna. tapi saya baru buat dua jenis ni je. yang lain2, akan diupdate kemudian. so, kepada sesiapa yang berminat nak tempah barang2 ni, just let me know ok? boleh leave comment kat dalam spaces provided. ok? harga barang2 ni setiap satunya hanya RM7.

eh oklah guys. i have something else to do. kalau ada yang berminat, leave comment kat space bawah ni atau kat chatbox saya ye? nanti saya akan update lagi untuk beberapa corak dan warna yang lain pulak. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..

thanks for reading guys!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)