Showing posts with label nursing. Show all posts
Showing posts with label nursing. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

knock knock knock... who's there?

ASSALAMUALAIKUM..

yeah aku tau korang rindu batang hidung gergasi aku ni. eh jangan tipu. jangan jangan. berkurun wooooo tak berupdate blog aku ni. dan berkurun jugak aku tak ping blog aku kat group blogger. so, memang haraplah kan visitor blog aku nak bertambah, hahahaha... but do i care?

aku update hari ni sebab dah ada classmate aku complaint kat aku, "deeya tak update blog!" ish... susah betul jadi orang ternama ni. hahahaha.. ok sila muntah secara berjemaah dalam baldi warna merah berbunga bunga songket.

haa amekau.. dah berkurun sangat tak melalut kat dalam blog ni, sekali aku dapat melalut memang tak hengat dunia.


ok seperti yang korang tak tau, aku akan menghadapi final exam in a few days ahead. ok english berterabur. sila maafkan beta. heee~~


preparation? so far alhamdulillah. tapi nebes tetap beraja di hati. aduilaaahainyepun...



semangat juang yang tinggi setinggi banjaran himalaya



di kesempatan ini, aku nak promote twitter aku kepada korang. kepada yang nak follow, silakan silakan. kepada yang tak nak, silakan jugak silakan jugak *hidung kembang kuncup tahan bau kentut*


dan di kesempatan ini jugaklah aku nak susun 10 phalanges tangan aku kat korang semua, readers sejati aku, kalau kalau aku ada terkasar bahasa, tertajam lidah dalam penulisan aku. tolong doakan aku ye guys! *phalanges = jari.. maaflah aku apply anatomy dalam ni. hihihi...*



tak lupa kepada kawan kawan seperjuangan walau di mana pun kalian berada. goodluck guys!! jangan dilupa aku di sini. terima kasih juga saya tujukan kepada.... eh terasa macam artis lupa daratan tetiba. hahaha..


kawan kawan blogger yang turut bakal berjihad bersama sama menentang final exam, good luck as well for you guys!!



dan kepada cik... eh cik ke puan? hahaha.. aida mohd nazib, disebabkan aku dah terbagitau yang aku akan senaraikan nama beliau kat sini, maka terimalah nama kau wahai aida :)


ok tu je jah.. nak pi mandi pulaknye pun. doakan aku ye korang. eh eh.. and happy new year! may ALLAH bless us

adioss.. assalamualaikum..


p/s: 5 paper 'je pun'...
hihihi...
doakan kejayaan kita bersama.
aminn...

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Monday, December 19, 2011

weyh.. kelas mekap weyh...

ASSALAMUALAIKUM..

amekau... beriban tahun aku tak menghapdate blog busuk bau telur tembelang ni. takde nak update apa pun. just nak share gambar dengan korang.


eyp... mesti jugak tengok gambar ni. eh kau yang dah bukak blog ni.. nak pergi mana tu? sila cuci mata anda dengan gambar aku yang kiut miut macam ikan sardin ni. muahahaha...


ok, layan.....















ok dan apakah kejadahnya aku melekatkan gambar gambar kitorang bermekap sakan ni?


saja nak cerita kat korang, hari ni, lecturer aku ada buat kelas mekap untuk budak budak nursing batch aku. tu dia jahhh.... dah takde rupa deeyamorten dah. dah jadi rupa bidadari dah... ok nak muntah? sila amek bedpan. jangan muntah merata rata ye. nanti kesian korang nak cuci balik. huhu..


ok dah. tu je nak share. okbai~~


assalamualaikum..

p/s: nantilah aku update lagi ye. hihi...

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Sunday, December 4, 2011

hospital ampang

ASSALAMUALAIKUM..

oh yeah!! jumaat lepas habislah satu minggu sesi praktikal aku di hospital ampang untuk sesi pagi. sesi petang? next week laa pulok derr..


oh yeah lagi!! dan mari sini nak share pengalaman dengan korang korang wahai pembaca yang tak berapa nak ramai ni haa.. harap nombor kat follower widget je 400++ tapi readers takde pun. hiew hiew.. takpe takpe. aku faham..


ok berhenti mengarut!! seminggu kat hospital ampang.. macam macam pengajaran aku dapat. tak kira pengajaran dari segi akademik, sahsiah mahupun pengalaman untuk dijadikan pedoman.


alaa...yang akademik takyah laa kan nak share dengan korang. kalau aku pot pet pot pet kat sini bukan korang faham pun aku aku merepek. hahahaha.. so, jom kita skip terus ke pengajaran yang boleh dijadikan pedoman ni.


aku bertugas *amboihh.. ayat kemain. macam dah betul betul kerja je kan* kat wad orthopedik lelaki. orthopedik tu kiranya benda yang berkaitan dengan tulanglaa ni. and most patient kat sana adalah berumur dalam lingkungan 30 tahun dan ke atas.





dan pakcik yang paling sempoi dengan kitorang sang students pelatih ni, ada tiga je. kat bahagian cubicle yang menempatkan patient yang agak teruk keadaannya dan memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang rapi.


taknaklaa mention nama kan. so, aku just label pakcik pakcik ni dengan alphabet je. pakcik A, patient yang terlantar sebab kaki dia patah. masih mampu bercakap dan ketawa. tapi taknak makan. cuma nak minum susu je. anak dia selalu datang lawat dia.


pakcik B, patient yang duduk sebelah pakcik A tadi. berbangsa cina. masih mampu berjalan dan bergerak. tapi perlukan assistant. pakcik ni sangat sporting. anak dia agak jarang jenguk dia. mungkin sebab busy kot. tapi everytime anak dia datang, mesti bawakkan makanan untuk dia.



pakcik C, patient ni katilnya kat depan pakcik B tadi. yang ni takdelah teruk sangat sakitnya. cuma dia terlantar atas katil sebab kaki dia tak mampu nak support berat badan dia. baru berumur 50++. tapi keadaan fizikal nampak lebih tua dari patient A dan B tadi. aku tak pernah nampak waris dia datang jenguk dia.





ok now, aku fokus pada pakcik C. setiap kali aku teringat kat pakcik ni, air mata pasti meleleh keluar. nak nak lagi bila aku meletakkan parents aku di tempat pakcik tu. takde kata kata yang mampu aku ucapkan yang setanding dengan perasaan kesian yang teramat kat dia.


sepanjang seminggu aku kat situ, aku belum nampak lagi mana mana waris yang datang melawat dia. setiap kali aku datang berbual dengan dia, dia akan cerita yang kakak dia akan datang bawa kuey tiow goreng untuk dia.


dia patutnya dah boleh keluar dari hospital hari khamis lepas, tapi dari apa yang aku dengar dari staff nurse yang bertugas tu, anak saudara dia yang berjanji nak datang ambik, tak muncul muncul sampai hari jumaat.


sampai ada colleague aku bagitau aku, pakcik tu cakap kat dia, "takpelah nak. bawak je pakcik turun kat lobby. nanti pakcik ambil teksi balik rumah"


ya ALLAH sedihnya aku dengar ayat tu. mungkin bagi korang yang baca ni, taklah sesedih mana. korang takkan rasa perasaan tu selagi korang tak alami sendiri apa yang aku alami ni.


so, pesanan aku pada korang readers, juga pada diri aku yang menaip ni, janganlah kita abaikan saudara mara kita yang tengah sakit kat hospital tu. mungkin kita tak suka dia, tapi ingatlah, what goes around comes around kan?


hari ni kita buat kat dia, esok lusa, mana tau kita pulak yang kena macam tu..


tak selamanya kita akan berada di puncak. suatu hari nanti, kita pun akan berada di tempat paling bawah sekali. yang mungkin kita pernah caci suatu ketika dulu.


pesanan untuk diri aku jugak.




untuk kau jugak wahai sahabat.....






sama sama kita doa agar kita jauh dari melakukan perkara perkara yang menyakiti ahli keluarga kita.


rindu insan berdua ni..... :'(




oklah guys.. assignment sudah memanggil manggil tu.. adioss.. assalamualaikum..



p/s: renung renungkan dan selamat  beramal.
jangan beramal je,
sampaikan kat orang orang yang terdekat dengan korang jugak.
agar sama sama jadi pengajaran :))


thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
^________________^

Monday, November 28, 2011

let the journey begin.....

ASSALAMUALAIKUM..

hamboii hamboii... sejak dua menjak tiga menjak ni speaking omputih kau ye deeya? hihihi...

ok abaikan kejoyahan aku kat atas tu.

aku tak banyak pun nak share kat sini. just nak menghapdate blog yang dah sekian lama menyepi ni haa.. kesian dia kan?

hari ini, secara rasminya... kuliah aku untuk semester ni dah habis. esok bermulalah sesi klinikal bagi kitorang... esok kitorang akan pergi ke hospital ampang untuk bertugas..

unfortunately, aku tak sihat sangat laa derr. telingo den sakit dek infection.

infection apa pun aku tak tau. tapi yang pastinya, untuk pakai stethoscope, mungkin take time jugak.

doktor bagi aku mc, tapi aku taknak arr ikut mc tu. baik aku ikut pergi hospital. lagi berfaedah.

nilaaa ubat ubatan yang aku kena telan... seksooo =.=


ok stop membebel mak limah terjun bangunan kat sini. aku nak share gambar dengan korang. apa? taknak? ok fine. pi main jauh jauh..



















cik deefa aku pun nak merasa pakai baju nurse jugak... hihihihhi


ok tu je... nanti nanti kalau aku free dan bermood, akan ku update lagi yewww... choww... adioss.. assalamualaikum..





p/s: mengantokkkk!!!
zzzzz....

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:))

Saturday, November 19, 2011

wondering wonder wondering wonder... err... wonder girl?

ASSALAMUALAIKUM..

cakk!! kecakk cakk!! ok maaf atas kegilaan yang overdose ni. hihi.. aku nak update laju laju hari ni sebab next week and the next next next next next week aku maybe busy sampai tak semoat nak sentuh lappy. MAYBE ye. hahaha..

sebelum kita pghoceed *sebut proceed ye tuan tuan dan puan puan* ke main point yang sedang berlegar legar main bola sepak takraw dalam otak aku ni, aku nak share something dengan korang. pembaca pembaca setia blog busuk aku yang wangi ni. pembaca tak setia nak baca jugak pun boleh. selamat datang! :D

ada nampak itu nama? ada ka? kalau tada nampak kasi bukak mata tu sikit punya besarlaa

aku sorang je student semester satu yang ditugaskan kat ward orthopedik tu untuk shift pagi. ada lagi seorang coursemate aku yang dapat situ jugak. tapi dia petang. wuuu... kesian kami kan? cuak weyh aku. harap harap akak akak abang semester 3 sempoi. hihi... aminn..


ok now, lets proceed to what i have been thinking of dari petang tadi.

aku wonder kenapa masyarakat kita selaaaaaluuuu pandang rendah pada profession profession yang noble. contohnya nurse, cikgu, cleaner dan lain lain.


eww... tak standard laa jadi nurse. cuci taik orang.


haa? cikgu? apa kelas? gaji sikit kot.


alaa.. makcik cleaner tu bukannya baik sangat pun. entah entah pencuri. *aku pakai reka je ayat ni. aku rasa takde orang pakai pun kot ayat ni. hihi*



dulu ada satu ceramah kat kampus aku ni. dia cerita pengalaman dia jaga ayah dia kat hospital. katanya, bila time ayah dia B.O. atau bahasa pasarnya berak, dia panggil nurse yang bertugas kat situ, tapi nurse tu just suruh dia tunggu sekejap dan tak datang datang lagi lepas tu.


dan penceramah tu melabel jururawat itu sebagai MALAS.




ok no offence ye. aku just nak luahkan pendapat aku.


orang luar terutamanya orang awam yang tak pernah bekerja dalam hospital, kebanyakkannya tak tau apa sebenarnya tugas seorang juru rawat.

aku fokus pada juru rawat kat sini sebab aku dalam bidang tu. hihi..


ok back to the topic. mereka tend to judge nurses sebagai garang, pemalas dan lain lain sifat negatif yang mereka rasa tak patut ada pada seorang jururawat.

merujuk kepada cerita penceramah tadi. bagi aku yang memang seorang yang memang berada dalam bidang kejururawatan ni, walaupun aku masih baru, tapi aku faham tugas seorang nurse tu macam mana. bukan seorang patient yang perlu dijaga dalam wad tu. tapi ramai. kadang kadang wad tu ada 50 orang patient tapi nurse cuma ada 5 orang je.




so agak agak busy tak tugas jururawat ni?


kalau korang bekerja dalam keadaan yang sibuk macam tu, mesti kadang kadang akan timbul rasa nak marah dalam diri tu. normal. jururawat hanya manusia biasa. kalau nurse tu dah bagitau patient cara nak buat sesuatu dengan betul sebanyak 5 kali, tapi patient tu still buat salah yang sama, geram tak nurse tu?


tu baru seorang pesakit. belum kira yang lagi 50 orang patients tu.


and bila nurse tu cakap sekejap, bukanlah bermakna dia pemalas. tapi mungkin dia busy uruskan pesakit pesakit yang lain yang lebih memerlukan perhatian dia sampai dia terlupa pada orang yang panggil dia tadi tu.


nurse pun manusia biasa. jangan judge mereka macam mereka tu robot.



same goes to profession perguruan. dan jugak kerja cleaner. walaupun cleaner ni bukanlah pekerjaan yang tinggi tarafnya macam jururawat dan guru, tapi still, role seorang cleaner tu saaaaangaaat penting sebenarnya.


kalau cleaner takde, ada kau nak tolong cucikan tandas awam kat RnR kat highway tu?


takde kan?


so, do not judge people dari segi nama pekerjaan yang dia lakukan. tapi judge mereka dari apa yang mereka lakukan pada masyarakat.

dan ingatlah, mereka juga manusia biasa. bukan robot yang makan bateri. tapi manusia yang sama sama makan nasi ayam macam kita semua.


waahh.. tiba tiba serious pulak mood entry ni. hihihi...


oklah korang. nak sambung buat assignment tu. toodles.. adioss..



assalamualaikum..


p/s: no offence ok guys?
it is just a piece of my opinion :)

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Wednesday, November 16, 2011

tiring week.. tough week.. exhausting week..

ASSALAMUALAIKUM..

hai korang! minggu ni dan minggu depan je tinggal untuk aku dan coursemate aku membalun tidur kat dalam lecture hall yang sejuk macam akuarium tu. eh akuarium? ok abaikan..
kenapa? sebab after these most tiring weeks, kitorang dah start clinical!! wink wink.. tak sabar pun ada. nervous pun ada. ok deeya tahan nafsu perasaan tu.

aku dapat posting kat hospital ampang for the first three weeks. and another one week tu, aku tukar ke sungai buluh. huhu.. aku tak tau kenapa tapi aku dah rasa yang aku akan dapat hospital ampang dari before cuti hari tu. muahaha... gedikss..
tapi untuk these two weeks, memang baaaaaaannnyaaaaaaakkk giloss kelas ganti dan test yang lecturer nak pulun. memandangkan there are only two weeks left kan? dan kami, para student ni yang rasa macam nak pengsan bila mengenangkan schedule yang pack gilosss..

sekadar gambar hiasan. hihihi.. ^__^


but it is ok. hadis nabi pun ada suruh kita ingat lima perkara kan?
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
LAPANG SEBELUM SEMPIT
hidup sebelum mati

so, it is okay kalau aku busy sekarang. sebab aku dah berlapang lapang time kat rumah hari tu. hihihi..
nak tengok schedule kitorang for next week? minggu ni dah separuh berlalu, so aku malas nak ingat ingat lagi. hihi

isnin: kelas dari 8.30 pagi hingga 2.00 petang i guess. sepatutnya kelas sampai pukul 10.30 pagi je. huhuhu... then malam, KAWAD.

selasa: kelas dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. anatomy dari pukul 11.30 pagi hingga 5.30 petang. 5 JAM kitorang menghadap anatomy. zzzz... then malam, KAWAD.

rabu: kelas dari 8.30 pagi hingga 1.30 petang. petang tu ada latihan KAWAD. then malam tu KAWAD lagi.

khamis: kelas dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. malam tu siapkan assignment. huhu..

jumaat: kelas dari 8.30 pagi hingga ??? mungkin ada replacement kelas lagi =.=

sabtu dan ahad: kem kesatria kat gunung datuk rembau negeri sembilan

isnin: start clinical kat hospital ampang.


mungkin bagi korang yang membacanya taklah penat sangat kan? tapi bagi kami yang menghadapinya? pfffttt..

tu belum kira segala jenis test yang dah disusun tanpa bagitau kitorang awal awal.

sabar jelaaaaa deeya oii..

eh lagi satu.

aku dalam proses MENURUNKAN BERAT BADAN.

gemuk? tak tak... chubby je.. :p


bukan menguruskan badan ye. cukup sekadar turun berat badan je. huhu..

kenapa? sebab BMI aku 24. hihi.. still normal tapi dah terlalu dekat dengan label OVERWEIGHT tu. tak boleh jadi ni.

so, start dari minggu ni, sila jangan guna lif ye deeya. guna tangga. hihihi..

eh ok. nak sambung buat assignment. tata..

adioss.. assalamualaikum..

p/s: sorry sebab entry tak best.
i'm just feel like sharing my feeling with you all guys.
tak salah kan?
:))

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)) 

Saturday, November 12, 2011

twitt... twittt..... test oh test



ASSALAMUALAIKUM..

yeah tu dia.... aku bukan busy, tapi aku takde idea nak menulis kat blog ni. tu yang jadi berdebu debab tu.

cuti aku dah nak habis weyh! asallah sekejap bebenau cuti midsem ni. nak tambah lagi sebulan cuti boleh tak?

naik cuti ni aku ada baaaaaaanyaaaaaak test dan assignment yang nak kena hantar. and of course, kalau dah duduk rumah, kau ingat aku ada nafsu nak menghadap segala benda tu? takde maknanya!!

and now, bila study last minutes ni memang TAKLAH nak absorb semua tu masuk otak aku yang gebu ni.

sampai aku tak tau nak baca topik yang mana. macam banyak je yang masuk test ni. pfffftttt...


saja nak tunjuk muka twitter aku yang baru lepas menjalani pembedahan plastik


so, moghal of the stoghy, sila jangan contohi aksi melambat lambatkan kerja ni ye tuan tuan dan puan puan. nanti hangit, sendiri yang susah. eh apalah yang aku merepek ni.


yeah tengoklah betapa gigihnya usaha aku... muahahaha


aku tau korang rindu aku. maka terimalah sedas dua gambar terbaru aku yang comel ni *mari muntah secara berjemaah!! 1, 2, 3.. muntah!!*


ni bajet tunggu encik fahrin lah ni... padahal jam aku rosak. hihihi

yeah... itu aku! yang macam monyet tu :))

Add caption

sekian sahaja entry lepas tension, stress, kentut dan segala yang seumpama dengannya. adioss.. assalamualaikum..


p/s: memuahhh kat korang..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:))

Friday, October 28, 2011

sharing is caring is loving like blogging :))

ASSALAMUALAIKUM..

ok untuk kesekian kalinya dalam beberapa minggu aku pakai hentam letak tajuk entry. hahaha.. tapi macam best pulak tajuk yang aku pakai bantai ni. kreatif jugak aku ni ye *yeah mari muntah secara berjemaah*


ok takde apa sangatlah pun aku nak share kat sini. just nak share beberapa gambar yang dah lama tersimpan kemas dalam album lappy aku ni tanpa diusik dan disentuh. baru tadi aku sempat nak jentik jentik sikit gambar tu. rasa macam best pulak kalau share kat sini. hihi.. tak kisah kan readers yang budiman? ^__________________^


so, jom start cuci mata, telinga dan mulut bersama mr. berus gigi!! cing.... ok aku dah start merepek.. -.-




tong kuning tu nama dia CLINICAL WASTE BIN. tataplah muka model tu puas puas. hihihi

aku takde.. T.T

teka mana kakiku? muahahaha



again.. aku tiada dalam gambar. sebab aku ada kat depan gambar. hihi...


wonder kenapa baju kitorang semua merah? sebab memang dah distandardized kan uniform lab kitorang warna merah. dan aku quite special sebab....


kat bahagian lengan baju aku ada tulis perkataan tu. orang lain takde. hihihi... jangan jealous :P

ok cukup untuk kali ni. tata korang. :))

adioss. assalamualaikum..

p/s: esok aku outing ke shah alam bersama
cik yana. ada sesiapa nak tumpang sepayung?

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)