Showing posts with label mamam makan. Show all posts
Showing posts with label mamam makan. Show all posts

Friday, August 26, 2011

si jiwang makan cekodok perisa donat bersalut coklat

ASSALAMUALAIKUM..

hari ni mood berblog memang takde. seriously. idea ada. berlambak lambak. tapi mood nak menulis tu dah ke laut merah. malam ni baru semangat dan mood menulis datang. itu pun seciput je. huhu..

mood aku malam ni: kejiwangan

huhu.. tapi bukan jiwang yang i love you, you lap me, i miss you, you smash me tu. ni jiwang yang lebih kepada......



korang dengarlah lagu ni. then korang bagitau aku mood aku jiwang yang macam mana ek?

oh by the way, korang perasan tak aku dah edit sikit header aku?

ingatkan nak tukar header, tapi tak lawa pulak header baru tu. so, aku edit yang lama jelah. hahaha..

fine, aku memang suka gelak walaupun benda tak lawak.


projek buat kuih hari ni: kuih donat coklat


tapi at the end yang kuih yang terhasil ialah: cekodok donat bersalut coklat


pelik? memang pelik. dalam erti kata lain, kuih aku tak jadi hari ni. hahaha..

NAMPAK sedap? fikir semula

kalau korang still nampak kuih tu menyelerakan, memang korang tengah laparlah tu jawabnya. haha..

tapi nasib baik rasa dia sedap. rasa macam donat, tapi fizikal macam cekodok. tu sebabnya aku namakan cekodok donat bersalut coklat.

parents aku dapat banyak gilersss hamper hari raya. ibu aku je dah dapat tiga hamper. tu baru hari ni. dia kata esok ada lagi hamper nak datang. hahaha.. kayoo kayoo.. kayo dengan makanan. alamatnya nanti aku masuk universiti tak payah pergi giant beli biskut. rembat je dari hamper yang berjuta tu.


dahlah tu. pi tidur sana. esok jumaat kan? maknanya esok aku kerja. waaaaa.... malash malash. tapi takpe, esok hari terakhir aku kerja... untuk tahun nilah. tahun depan sure aku kerja situ lagi. hahahaha.. jangan tanya kenapa.

selamat bersahur semua! have a nice dream :)

adiosss.. assalamualaikum..

p/s: jangan lupa niat puasa ye! 
^^

p/s2: tajuk entry dibuat setelah entry siap ditaip.
harap maklum. huhu

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Sunday, August 21, 2011

kek coklat kukus

ASSALAMUALAIKUM..

macam aku dah khabarkan petang tadi, aku dan kakak aku buat kek coklat kukus. dan yang macam yang aku dah bagitau before ni, aku bukanlah pandai masak pun. baru je berjinak jinak dengan masak memasak dan buat buat kek ni.

tapi alhamdulillah. kek kitorang hari ni menjadi! ayah aku selaku ketua juri telah memberikan 8.5 bintang out of 10. hahahaha.. bangga sat.

tadaaaa!!!!

ada yang mintak aku bagi resepi kek lapis oreo kukus hari tu. insya ALLAH nanti aku bagi ye. tunggu tunggu. banyak pulak perancangan untuk blog aku dua tiga hari ni, hahaha

hari ni je dah berapa banyak entry entah aku buat. semangat punya pasal. bila aku tengah semangat, maka inilah jadinya.

eh oklah. tunggu next entry dari aku. mungkin entry tu entry terakhir hari ni. MUNGKIN. sebab aku ni macam ombak sikit. sekejap cakap A, sekejap cakap B.

eh korang korang yang dah termeleleh air liur tu, silalah lap cepat cepat. hahaha.. kang banjir pulak. ok tak lawak

tu je, assalamualaikum..

p/s: kek ni pun ada yang nak resepi jugakkah?

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Thursday, August 18, 2011

demam buat kek melanda

ASSALAMUALAIKUM..

yeah! first update for today. haha.. kebelakangan ni aku kurang produktif dalam bab mengupdate entry. kenapakah? sebab aku kurang idea + malas + busy. so, terhasillah blog kosong tanpa sebarang entry. eh ok jangan layan aku merepek.

lately ni akak aku rajin buat kek. aku? aku jadi assistant je. hehehe.. aku akui kitorang bukanlah anak dara yang rajin dan pandai masak. tapi setelah beberapa percubaan dibuat, aku rasa kitorang memang ada bakat memasaklah. haha.. tiba tiba je claim ada bakat. hampeh..

first day kakak aku try buat kek cheese which end up dengan kek tu berhijrah ke tong sampah. haha.. first day kakak aku buat kek tu aku tak tolong sebab aku tak berapa sihat. kalau aku tolong mesti kek tu menjadi. hahaha.. perasan kejap

cheese cake tersebut pastilah bukan seperti ini. haha


semalam kakak aku dan aku *nama assistant kena sebut jugak. lalala* try buat puding gula hangus yang kitorang dan ayah kitorang memang suka gilersss makan. tapi before ni membaham mak aku punya air tangan je. semalam ialah first try dari chef bella dan chef deeya *perasan chef sekejap* 

kakak aku take part dalam buat acuan puding tu dan tugas aku ialah untuk menghanguskan gula tu. and guess what? gula tu memang hangus gilersss! hahaha.. pahit kot rasa dia. nasib baik puding tu sedap. so, at least habis jugaklah hasil eksperimen kedua kitorang tu.

ni pak cik google hensem bagi aku. kau ado? :P



dan hari ni *jeng jeng jeng* projek kitorang hari ni ialah membelasah kek kukus oreo. hahaahahaha.. which can be considered as a big success sepanjang karier kami *ehem ehem. perasan lagi* aku malas nak cakap panjang panjang. korang layan gambar je ek? sediakan tisu sekotak kat sebelah korang supaya dapat menampung jumlah titisan air liur yang bakal meleleh dari mulut korang. hahaha.. ok tak lawak

ini bahan bahan untuk buat kek

cakk!! inilah kek kitorang! cantik tak  cantik tak cantik tak?

dah dah. cepat lap air liur korang.

kenapa aku tak pernah mention pasal projek kek aku ni dalam entry entry sebelum ni? sebab time projek cheese kek tu aku tak sihat, so aku taknak lah kan ambil hasil kerja kakak aku pastu letak kat blog aku. oh sungguh tak proper.



semalam aku nak buat entry pasal puding gula hangus tu tapi ada relatives aku datang bertandang kat rumah, so tak sempat nak update. hari ni je aku sempat.

ok aku tau entry ni boring. tapi aku rasa sangat bertanggung jawab untuk mengupdate blog aku yang dah hampir hampir nak bersawang ni. sorry ye korang sebab lama tak update. huhu..

oh ye, aku bakal dapat sepupu baru! mak cik aku yang baru kahwin tu dah pregnant. alhamdulillah. murah rezeki dia :)

tu je, assalamualaikum..

p/s: follower aku dah kurang satu.
hehehehehe..

p/s2: jomlah join contest aku.
cepat cepat join! tarikh tutup dah dekat ni.

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)