Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

beza becok dan ramah

ASSALAMUALAIKUM..

hey hoo!! wah agak lama aku tinggal blog ni berhabuk sampai segala jenis binatang peliharaan giant kawan doraemon tu dah datang menetap kat blog aku ni. eh lama sangatlah kan aku tinggal blog ni. hahaha..

semalam dan hari isnin lepas aku takde kelas pun. so free sepanjang hari sampai aku pun bosan bergolek golek atas katil. haha.. tapi hari ni, kelas pertama aku dah start.

first kelas patutnya kelas TITAS pukul 8.30 pagi tadi. but then aku pun tak tau kenapa lecturer tak menampakkan batang hidungnya yang mancung dan halus mulus selembut sutera tu kat dalam lecture hall. pergh.. berasap bontot kitorang tunggu lecturer tu 3 jam tak masuk masuk.

at last, kelas TITAS pun tamatlah. pastu mulalah pulak kelas holistic care in nursing.

ok aku menaip ni bukan nak cerita pasal kelas akulah ngeng. aku nak share dengan korang pendapat terbaru aku pasal perbezaan becok dan ramah. eh ramah ye bukan marah.

entry kali ni mungkin seangkatan dengan entry feveret aku, kentut vs terkentut tu. hahahaha..

ok first thing first, second thing second, and third thing third....



RAMAH: senyum dan hai kat semua orang yang dia rasa macam kenal

BECOK: buat selamba badak mak jah balik kampung je bila jumpa orang orang yang dia kurang kenal walaupun dia sebenarnya kenal *eh apa aku cakap ni?*

gambar takde kaitan langsung dengan entry ni. tapi aku suka ayat dia :)


RAMAH: selalunya bercakap dengan orang sekeliling pasal point point yang berfaedah je. kiranya selalu share info dengan kawan kawanlah.

BECOK: monyet tengah menari salsabila sambil pusing pusing pokok kelapa pun dia nak cerita kat semua orang.





RAMAH: selalu senyum. selalu dan sentiasa beza okeh!

BECOK: kadang kadang buat muka ketat konon konon serious sangatlah tu. padahal takde geng nak layan dia bercakap. muahahaha..


err... lalala~~



RAMAH: tegur orang yang sepatutnya je (lelaki gatal yang sedang dalam proses mencari pasangan buat mengawan menari direject awal awal)

BECOK: tetap teruskan kebecokan macam unta tercabut ekor tu walaupun kat depan vice canselor sekalipun.


again, gambar tanpa motif



RAMAH: disenangi orang ramai

BECOK: kadang kadang ada orang yang tak menyenangi kebecokan mereka itu *amboi.. skematik diagram sungguh ayat aku*


senyum banyak banyak macam encik patung merah ni



RAMAH: most of them ambil berat pasal perasaan orang sekeliling

BECOK: most of the time kurang alert pasal sensitiviti orang terhadap sesuatu perkara akibat terlalu syok bercakap.



yeah once again. takde motif punya gambar







ok macam biasalah. ni semua pendapat aku semata mata sehidung hidung semulut mulut dan berhelai helai rambut. again aku ulang PENDAPAT AKU! kalau ada terkasar bahasa sekasar kertas graf pasir tu, maaflah awal awal aku pohon dari korang korang yang baca ni.

disebabkan aku tengah dalam mood study sekarang ni *sila percaya :p* maka ayat aku agaksss skemassss sikit. eh banyak.

mengantuklah derr oii derr!! baru lepas makan dah mengantuk pulak mata sepet aku ni. ular sawa baka biawak komodo betul.

eh oklah. nak pujuk mata aku bagi terbukak sebesar mata panda sat. hihihi.. tak lawak. jangan gelak.

tata.. adioss.. assalamualaikum..

p/s: tak taulah bila aku
berkesempatan nak update lagi.

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Thursday, August 25, 2011

kentut vs terkentut

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! wah.. aku rasa loya sekarang ni akibat makan egg tart yang ayah beli kat kepsi (baca: kfc) tadi. padahal aku yang gatal minta benda tu. haha..

aku nak bagi amaran awal awal subuh ni. entry ni merupakan satu lagi entry mengarut dari aku. hahaha.. so, kalau nak proceed baca, silakan. taknak baca pun silakan. huhu..

apa beza KENTUT dan TERKENTUT? boleh korang bagi tau tak kat aku? haha..

setelah aku kaji selidik dan buat beberapa soal selidik dengan diri sendiri, aku dapatlah beberapa perbezaan kentut dan terkentut ni. nak tau?



KENTUT: sengaja dikeluarkan setelah rasa sakit perut menyerang diri

TERKENTUT: terkeluar angin secara tak sengaja walaupun dah berusaha menahan

opsss... :p



KENTUT: kadang kadang si pelaku tak rasa malu pun walaupun bunyinya kuat kalah bunyi bom atom yang meletus kat hiroshima dan nagasaki tu

TERKENTUT: memang memalukan. rasa macam nak sorok muka dalam tong gas je

selamba badak air laut je pakcik ni kentut



KENTUT: ada dua kemungkinan yang akan berlaku sekiranya ada bau petai basi terhasil. first, si pelaku mungkin gelak terbahak bahak tanpa pedulikan orang sekeliling yang dah nak pengsan. second, si pelaku buat muka innocent dan pandang sekeliling sambil tanya, " SIAPA KENTUT?"

TERKENTUT: kalau ada bau petai basi terhasil, ada dua jugak kemungkinannya. first, si pelaku akan tersipu sipu sambil meminta maaf kat semua orang. second, sama macam situasi kedua untuk kentut, cuma muka si pelaku mungkin akan blushing sikit sebab malu.


aku curi kat google. hahaha



KENTUT: kadang kadang kalau si pelaku ni baik hati sikit, dia akan warning orang sekeliling dia akan kemunculan angin kus kus berbau durian masam tu

TERKENTUT: tak sempat nak warning dah keluar dah

bila tak sempat warning maka keluarlah dialog seperti diatas



macam mana aku tau semua ni? eh adalah.. hahahaha

jangan kata korang tak pernah buat ek? aku yakin semua manusia kat atas muka bumi ni mesti pernah buat tabiat macam ni. haha.. lainlah kalau manusia tu asalnya dari planet marikh. aku tak taulah pulak dia kentut atau tak.

korang ada lagi ke perbezaan kentut dan terkentut? meh sini share dengan aku. haha..

sekian saja laporan buletin tak berapa nak utama untuk malam ini. saya deeyamorten, melaporkan untuk tv tak bernombor *suara ala ala karam singh walia*

tu jelah. adiosss.. assalamualaikum..

p/s: ikan di laut, asam di darat,
dalam periuk, bikin muafakat.
*tiba tiba* haha

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)