Showing posts with label uitm. Show all posts
Showing posts with label uitm. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

costumer always right? betul kan?

ASSALAMUALAIKUM..

woo... rancak pulak blog aku berisi dua hari ni. hahaha.. aku just mengutarakan pendapat aku daripada pengalaman aku yang aku baru dapat tadi ni. masih fresh dari ladang gandum.


tadi aku turun ke kafe untuk mengisi perut yang dah berjoget joget ala ala mak limah balik hostel. bila aku dah habis beli nasi, aku pun menuju ke kedai serbaneka yang ada kat situ. sebab one of my housemates minta tolong belikan air mineral.


sambil aku tengah menjamu mata untuk mencari makanan ringan ngup ngap ngup ngap yang sodap dimakan time study, aku terdengar perbualan akak cashier tu dengan seorang pelanggan ni.... perbualan tu berbunyi macam, tersebutlah kisaaaaaahhhhhhhh.............



costumer: akak, tadi saya bayar RM2, kenapa akak bagi baki RM 8? *amount tu aku tak sure. so aku bantai je. hihi*


cashier: eh yeke. yelaa.. ambiklah. *muka masam, manis, kelat, tawar atau payau tak dapat dipastikan sebab aku tak nampak mukanya*



setelah si costumer ni berlalu, ada seorang lagi pembantu kedai kat situ bersuara, *eh asal ayat aku skema badak ni? macam nak buat novel dah haa..*


pembantu kedai: akak, tadi saya bayar RM2, kenapa akak bagi baki RM8? *sambil mengajuk suara costumer tadi*


cashier: ah diam ar kau. budak tu memang ki**k, ba*i betullah. ingat dia tu princess ke apa nak cakap dengan aku macam tu?



terkedu aku seketika *eh ayat novel lagi!* ok aku tak tau apa sebenarnya yang berlaku antara the costumer and the cashier, mungkin diorang memang musuh ketat sejak dalam perut lagi ke. yang tu di luar pengetahuan akulah.




tapi bagi aku, cara akak cashier tu bercakap memang sangatlah tak beretika. kenapa? yolaa, kalau yo pun dia nak mencarut kat situ, boleh tunggu sampai kedai tu takde pelanggan tak? dahlah cakap dalam nada suara yang kuat. memang satu kedai dengar suara dia. boleh bayangkan apa yang pelanggan akan fikir bila dia cakap macam tu? ok disebabkan aku seorang pelanggan time tu, maka biar aku bagitau apa yang aku fikir bila aku dengar dia cakap macam tu.


terkejut. and aku wonder, 'akak ni pakai tudung ke tak ek?' but then aku realize, bertudung bukan bermakna pengecualian daripada mencarut sekarang ni. dan bila time aku nak bayar, aku jadi wonder lagi, 'apa agaknya yang akak ni akan cakap pasal aku bila aku dah keluar nanti?'



pendek kata, costumer akan set tanggapan negatif kepada pekerja kat kedai tu. bila dah macam tu, at one point, bukan setakat pekerja tu je yang dipandang negatif, kedai tu pun orang taknak datang.



lagipun, bagi aku, kalau pasal salah bagi duit baki, it is just a small matter one. tak payah nak mencarut sangatlah. kalau betul salah costumer tu then forgive it. tapi kalau salah sendiri yang tersalah bagi baki, terimalah. kau pun manusia jugak. bukan malaikat. buat silap tu normal.



janganlah ego sangat untuk menafikan kesalahan diri sendiri. you ain't perfect. macam orang lain jugak.



peringatan dan teguran untuk diri aku jugak. aku pun banyak buat salah jugak aku pun ego jugak.


peringatan untuk korang yang membaca ni jugak. dan untuk semua oranglah jugak.


wahhh... dah lama tak update pasal teguran masyarakat ni. hihihi... sila rindu :)



ok sayang sayang sekalian. maghrib sudaaaa.. mari solat dan mengaji. adioss.. assalamualaikum..




p/s: esok peperangan bakal meletus!
antara aku, pensil dan pen
dengan kertas soalan dan kertas kajang.
hahaha..
wish me luck guys!!
:)

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Tuesday, January 3, 2012

knock knock knock... who's there?

ASSALAMUALAIKUM..

yeah aku tau korang rindu batang hidung gergasi aku ni. eh jangan tipu. jangan jangan. berkurun wooooo tak berupdate blog aku ni. dan berkurun jugak aku tak ping blog aku kat group blogger. so, memang haraplah kan visitor blog aku nak bertambah, hahahaha... but do i care?

aku update hari ni sebab dah ada classmate aku complaint kat aku, "deeya tak update blog!" ish... susah betul jadi orang ternama ni. hahahaha.. ok sila muntah secara berjemaah dalam baldi warna merah berbunga bunga songket.

haa amekau.. dah berkurun sangat tak melalut kat dalam blog ni, sekali aku dapat melalut memang tak hengat dunia.


ok seperti yang korang tak tau, aku akan menghadapi final exam in a few days ahead. ok english berterabur. sila maafkan beta. heee~~


preparation? so far alhamdulillah. tapi nebes tetap beraja di hati. aduilaaahainyepun...



semangat juang yang tinggi setinggi banjaran himalaya



di kesempatan ini, aku nak promote twitter aku kepada korang. kepada yang nak follow, silakan silakan. kepada yang tak nak, silakan jugak silakan jugak *hidung kembang kuncup tahan bau kentut*


dan di kesempatan ini jugaklah aku nak susun 10 phalanges tangan aku kat korang semua, readers sejati aku, kalau kalau aku ada terkasar bahasa, tertajam lidah dalam penulisan aku. tolong doakan aku ye guys! *phalanges = jari.. maaflah aku apply anatomy dalam ni. hihihi...*



tak lupa kepada kawan kawan seperjuangan walau di mana pun kalian berada. goodluck guys!! jangan dilupa aku di sini. terima kasih juga saya tujukan kepada.... eh terasa macam artis lupa daratan tetiba. hahaha..


kawan kawan blogger yang turut bakal berjihad bersama sama menentang final exam, good luck as well for you guys!!



dan kepada cik... eh cik ke puan? hahaha.. aida mohd nazib, disebabkan aku dah terbagitau yang aku akan senaraikan nama beliau kat sini, maka terimalah nama kau wahai aida :)


ok tu je jah.. nak pi mandi pulaknye pun. doakan aku ye korang. eh eh.. and happy new year! may ALLAH bless us

adioss.. assalamualaikum..


p/s: 5 paper 'je pun'...
hihihi...
doakan kejayaan kita bersama.
aminn...

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Monday, December 19, 2011

weyh.. kelas mekap weyh...

ASSALAMUALAIKUM..

amekau... beriban tahun aku tak menghapdate blog busuk bau telur tembelang ni. takde nak update apa pun. just nak share gambar dengan korang.


eyp... mesti jugak tengok gambar ni. eh kau yang dah bukak blog ni.. nak pergi mana tu? sila cuci mata anda dengan gambar aku yang kiut miut macam ikan sardin ni. muahahaha...


ok, layan.....















ok dan apakah kejadahnya aku melekatkan gambar gambar kitorang bermekap sakan ni?


saja nak cerita kat korang, hari ni, lecturer aku ada buat kelas mekap untuk budak budak nursing batch aku. tu dia jahhh.... dah takde rupa deeyamorten dah. dah jadi rupa bidadari dah... ok nak muntah? sila amek bedpan. jangan muntah merata rata ye. nanti kesian korang nak cuci balik. huhu..


ok dah. tu je nak share. okbai~~


assalamualaikum..

p/s: nantilah aku update lagi ye. hihi...

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Sunday, December 4, 2011

hospital ampang

ASSALAMUALAIKUM..

oh yeah!! jumaat lepas habislah satu minggu sesi praktikal aku di hospital ampang untuk sesi pagi. sesi petang? next week laa pulok derr..


oh yeah lagi!! dan mari sini nak share pengalaman dengan korang korang wahai pembaca yang tak berapa nak ramai ni haa.. harap nombor kat follower widget je 400++ tapi readers takde pun. hiew hiew.. takpe takpe. aku faham..


ok berhenti mengarut!! seminggu kat hospital ampang.. macam macam pengajaran aku dapat. tak kira pengajaran dari segi akademik, sahsiah mahupun pengalaman untuk dijadikan pedoman.


alaa...yang akademik takyah laa kan nak share dengan korang. kalau aku pot pet pot pet kat sini bukan korang faham pun aku aku merepek. hahahaha.. so, jom kita skip terus ke pengajaran yang boleh dijadikan pedoman ni.


aku bertugas *amboihh.. ayat kemain. macam dah betul betul kerja je kan* kat wad orthopedik lelaki. orthopedik tu kiranya benda yang berkaitan dengan tulanglaa ni. and most patient kat sana adalah berumur dalam lingkungan 30 tahun dan ke atas.





dan pakcik yang paling sempoi dengan kitorang sang students pelatih ni, ada tiga je. kat bahagian cubicle yang menempatkan patient yang agak teruk keadaannya dan memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang rapi.


taknaklaa mention nama kan. so, aku just label pakcik pakcik ni dengan alphabet je. pakcik A, patient yang terlantar sebab kaki dia patah. masih mampu bercakap dan ketawa. tapi taknak makan. cuma nak minum susu je. anak dia selalu datang lawat dia.


pakcik B, patient yang duduk sebelah pakcik A tadi. berbangsa cina. masih mampu berjalan dan bergerak. tapi perlukan assistant. pakcik ni sangat sporting. anak dia agak jarang jenguk dia. mungkin sebab busy kot. tapi everytime anak dia datang, mesti bawakkan makanan untuk dia.



pakcik C, patient ni katilnya kat depan pakcik B tadi. yang ni takdelah teruk sangat sakitnya. cuma dia terlantar atas katil sebab kaki dia tak mampu nak support berat badan dia. baru berumur 50++. tapi keadaan fizikal nampak lebih tua dari patient A dan B tadi. aku tak pernah nampak waris dia datang jenguk dia.





ok now, aku fokus pada pakcik C. setiap kali aku teringat kat pakcik ni, air mata pasti meleleh keluar. nak nak lagi bila aku meletakkan parents aku di tempat pakcik tu. takde kata kata yang mampu aku ucapkan yang setanding dengan perasaan kesian yang teramat kat dia.


sepanjang seminggu aku kat situ, aku belum nampak lagi mana mana waris yang datang melawat dia. setiap kali aku datang berbual dengan dia, dia akan cerita yang kakak dia akan datang bawa kuey tiow goreng untuk dia.


dia patutnya dah boleh keluar dari hospital hari khamis lepas, tapi dari apa yang aku dengar dari staff nurse yang bertugas tu, anak saudara dia yang berjanji nak datang ambik, tak muncul muncul sampai hari jumaat.


sampai ada colleague aku bagitau aku, pakcik tu cakap kat dia, "takpelah nak. bawak je pakcik turun kat lobby. nanti pakcik ambil teksi balik rumah"


ya ALLAH sedihnya aku dengar ayat tu. mungkin bagi korang yang baca ni, taklah sesedih mana. korang takkan rasa perasaan tu selagi korang tak alami sendiri apa yang aku alami ni.


so, pesanan aku pada korang readers, juga pada diri aku yang menaip ni, janganlah kita abaikan saudara mara kita yang tengah sakit kat hospital tu. mungkin kita tak suka dia, tapi ingatlah, what goes around comes around kan?


hari ni kita buat kat dia, esok lusa, mana tau kita pulak yang kena macam tu..


tak selamanya kita akan berada di puncak. suatu hari nanti, kita pun akan berada di tempat paling bawah sekali. yang mungkin kita pernah caci suatu ketika dulu.


pesanan untuk diri aku jugak.




untuk kau jugak wahai sahabat.....






sama sama kita doa agar kita jauh dari melakukan perkara perkara yang menyakiti ahli keluarga kita.


rindu insan berdua ni..... :'(




oklah guys.. assignment sudah memanggil manggil tu.. adioss.. assalamualaikum..



p/s: renung renungkan dan selamat  beramal.
jangan beramal je,
sampaikan kat orang orang yang terdekat dengan korang jugak.
agar sama sama jadi pengajaran :))


thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
^________________^

Monday, November 28, 2011

let the journey begin.....

ASSALAMUALAIKUM..

hamboii hamboii... sejak dua menjak tiga menjak ni speaking omputih kau ye deeya? hihihi...

ok abaikan kejoyahan aku kat atas tu.

aku tak banyak pun nak share kat sini. just nak menghapdate blog yang dah sekian lama menyepi ni haa.. kesian dia kan?

hari ini, secara rasminya... kuliah aku untuk semester ni dah habis. esok bermulalah sesi klinikal bagi kitorang... esok kitorang akan pergi ke hospital ampang untuk bertugas..

unfortunately, aku tak sihat sangat laa derr. telingo den sakit dek infection.

infection apa pun aku tak tau. tapi yang pastinya, untuk pakai stethoscope, mungkin take time jugak.

doktor bagi aku mc, tapi aku taknak arr ikut mc tu. baik aku ikut pergi hospital. lagi berfaedah.

nilaaa ubat ubatan yang aku kena telan... seksooo =.=


ok stop membebel mak limah terjun bangunan kat sini. aku nak share gambar dengan korang. apa? taknak? ok fine. pi main jauh jauh..



















cik deefa aku pun nak merasa pakai baju nurse jugak... hihihihhi


ok tu je... nanti nanti kalau aku free dan bermood, akan ku update lagi yewww... choww... adioss.. assalamualaikum..





p/s: mengantokkkk!!!
zzzzz....

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:))

Wednesday, November 16, 2011

tiring week.. tough week.. exhausting week..

ASSALAMUALAIKUM..

hai korang! minggu ni dan minggu depan je tinggal untuk aku dan coursemate aku membalun tidur kat dalam lecture hall yang sejuk macam akuarium tu. eh akuarium? ok abaikan..
kenapa? sebab after these most tiring weeks, kitorang dah start clinical!! wink wink.. tak sabar pun ada. nervous pun ada. ok deeya tahan nafsu perasaan tu.

aku dapat posting kat hospital ampang for the first three weeks. and another one week tu, aku tukar ke sungai buluh. huhu.. aku tak tau kenapa tapi aku dah rasa yang aku akan dapat hospital ampang dari before cuti hari tu. muahaha... gedikss..
tapi untuk these two weeks, memang baaaaaaannnyaaaaaaakkk giloss kelas ganti dan test yang lecturer nak pulun. memandangkan there are only two weeks left kan? dan kami, para student ni yang rasa macam nak pengsan bila mengenangkan schedule yang pack gilosss..

sekadar gambar hiasan. hihihi.. ^__^


but it is ok. hadis nabi pun ada suruh kita ingat lima perkara kan?
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
LAPANG SEBELUM SEMPIT
hidup sebelum mati

so, it is okay kalau aku busy sekarang. sebab aku dah berlapang lapang time kat rumah hari tu. hihihi..
nak tengok schedule kitorang for next week? minggu ni dah separuh berlalu, so aku malas nak ingat ingat lagi. hihi

isnin: kelas dari 8.30 pagi hingga 2.00 petang i guess. sepatutnya kelas sampai pukul 10.30 pagi je. huhuhu... then malam, KAWAD.

selasa: kelas dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. anatomy dari pukul 11.30 pagi hingga 5.30 petang. 5 JAM kitorang menghadap anatomy. zzzz... then malam, KAWAD.

rabu: kelas dari 8.30 pagi hingga 1.30 petang. petang tu ada latihan KAWAD. then malam tu KAWAD lagi.

khamis: kelas dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. malam tu siapkan assignment. huhu..

jumaat: kelas dari 8.30 pagi hingga ??? mungkin ada replacement kelas lagi =.=

sabtu dan ahad: kem kesatria kat gunung datuk rembau negeri sembilan

isnin: start clinical kat hospital ampang.


mungkin bagi korang yang membacanya taklah penat sangat kan? tapi bagi kami yang menghadapinya? pfffttt..

tu belum kira segala jenis test yang dah disusun tanpa bagitau kitorang awal awal.

sabar jelaaaaa deeya oii..

eh lagi satu.

aku dalam proses MENURUNKAN BERAT BADAN.

gemuk? tak tak... chubby je.. :p


bukan menguruskan badan ye. cukup sekadar turun berat badan je. huhu..

kenapa? sebab BMI aku 24. hihi.. still normal tapi dah terlalu dekat dengan label OVERWEIGHT tu. tak boleh jadi ni.

so, start dari minggu ni, sila jangan guna lif ye deeya. guna tangga. hihihi..

eh ok. nak sambung buat assignment. tata..

adioss.. assalamualaikum..

p/s: sorry sebab entry tak best.
i'm just feel like sharing my feeling with you all guys.
tak salah kan?
:))

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)) 

Friday, October 28, 2011

sharing is caring is loving like blogging :))

ASSALAMUALAIKUM..

ok untuk kesekian kalinya dalam beberapa minggu aku pakai hentam letak tajuk entry. hahaha.. tapi macam best pulak tajuk yang aku pakai bantai ni. kreatif jugak aku ni ye *yeah mari muntah secara berjemaah*


ok takde apa sangatlah pun aku nak share kat sini. just nak share beberapa gambar yang dah lama tersimpan kemas dalam album lappy aku ni tanpa diusik dan disentuh. baru tadi aku sempat nak jentik jentik sikit gambar tu. rasa macam best pulak kalau share kat sini. hihi.. tak kisah kan readers yang budiman? ^__________________^


so, jom start cuci mata, telinga dan mulut bersama mr. berus gigi!! cing.... ok aku dah start merepek.. -.-




tong kuning tu nama dia CLINICAL WASTE BIN. tataplah muka model tu puas puas. hihihi

aku takde.. T.T

teka mana kakiku? muahahaha



again.. aku tiada dalam gambar. sebab aku ada kat depan gambar. hihi...


wonder kenapa baju kitorang semua merah? sebab memang dah distandardized kan uniform lab kitorang warna merah. dan aku quite special sebab....


kat bahagian lengan baju aku ada tulis perkataan tu. orang lain takde. hihihi... jangan jealous :P

ok cukup untuk kali ni. tata korang. :))

adioss. assalamualaikum..

p/s: esok aku outing ke shah alam bersama
cik yana. ada sesiapa nak tumpang sepayung?

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Friday, October 21, 2011

being positive is priceless

ASSALAMUALAIKUM..

ok tajuk ni aku pakai tibai je. huhu.. sorry sebab dah lama tak update. macam biasalah, aku busy lorh. aku hari ni nak luah perasaan kat readers aku ni, boleh? maaf ye sebab dah laaaamaaaaaa tak share info menarik dengan korang. aku tak sempat nak fikir pun. hahahaha....

stress itu normal untuk seorang pelajar kan? even orang yang dah kerja pun tak terlepas dari stress ni. aku pun samalah derr..

how do i overcome the stress? just think positive. tapi, ingat senang ke nak stay positive all the time? kadang kadang the negative feeling inside me, saja je nak tonjolkan diri.

kat sini aku nak share beberapa perkara yang aku anggap sangatlah penting dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.

  • cooperation
bila buat sesuatu kerja kursus atau assignment mestilah kena cooperate dengan group members kan? so, janganlah korang abaikan group members yang kurang rapat dengan korang. kalau boleh, biar semua group members take part dalam tugasan tu. barulah adil kan? kesian diorang yang dipinggirkan tu. tak adillah untuk diorang. korang tak terfikir ke apa yang diorang rasa? cuba kalau korang kat tempat diorang. apa yang korang rasa?




  • senyum
bila stress, marah atau sedih, senyumlah wahai sayang sayang sekalian. mesti korang akan rasa sangat relieve dan rasa macam takde masalah langsung. padahal masalah menimbun. bak kata lecturer aku kat depan ni, cuba korang marah dan tengking orang time korang sedang tersenyum. boleh ke korang marah bagai nak gila macam korang tengah marah dengan muka yang masam?




  • positif
macam aku bagitau tadi, bukan senang untuk retain the positive attitude. tapi, kalau korang jadi seorang yang negatif, korang cuma akan menambah stress korang je. so, stay positive, no matter what. macam kata lecturer aku, you are what you think. kau fikir negatif, negatiflah surrounding kau.





oklah korang. nak concentrate untuk kuliah psychology pulak ni. tata.. adioss.. assalamualaikum..


p/s: draft ini ditulis time aku dalam kelas
health psychology. lecturer ada kat depan aku je ni.
huhu....

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Saturday, October 15, 2011

orientasi kami... junior junior nursing semester satu (ok tajuk tak best malam ni. malas nak fikir. huhu)

ASSALAMUALAIKUM..

hai korang!!! aku penat sebab baru habis orientasi junior nursing. penat gilos.. tapi best giloss.. macam mana tu? jeng jeng jeng... eh ingat tak pasal video yang aku kena buat tu? hehehe.. group aku menang pertandingan buat ideo tu. alhamdulillah. langsung tak expect. oklah aku malas nak celoteh. layan gambar jelah ye. oh ada jugak gambar yang tak berkaitan dengan orientasi ni. harap maklum.


















ok baiklah. aku rasa cukuplah dulu gambar tu. banyak sangatlah. hahaha.. aku nak share video yang aku buat hari tu pulak :)) enjoy....





ok. aku mengantuk sudah ni. tata.. nanti natilah aku update lagi :)

adioss.. assalamualaikum..

p/s: sorry sebab aku jarang giloss update lately ni.
busy weyh!!

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)