Wednesday, July 21, 2010

just coming home!!!!
sgt suka+happy+bahagia+gembira+...
aku nak share pengalaman aku kt kolej matrikulasi negeri sembilan niey...
macam-macam aku nak share,,,
suka duka,,
tawa ria...

bermula dari beberapa hari sebelum ujian selaras,,
aku mula sedar potensi yang ada dalam diri aku bila aku boleh bertindak jadi macam ala-ala mentor kat maktab dulu...
aku ajar orang buat maths and kimia....
dan boleh ceritakan balik kat diorang pasal biology...
bkn niat nak bangga diri atau apa,,
tapi yang aku nak share sekarang ialah aku baru discover kebolehan aku yang selama niey tertanam dalam sanubari..
sebenarnya aku tak la bodoh sangat..
aku boleh buat..
tapi aku biar malas menguasai diri aku...
sekarang baru aku tahu menyesalnya tak belajar betul-betul dari dulu...
takpe..
aku dah ada azam baru...
aku kena rajin belajar untuk mencapai target aku untuk pspm semester niey...
sekurang-kurangnya 3.90 cgpa...
amin............

next,,,
aku pergi tempat baru kan,,,
mesti lah jumpa kawan baru,,
roommate baru,,
classmate baru,,
environment baru....
so,, aku nak share pasal kawan-kawan aku kat kolej niey..
aku tak nak la cerita satu-satu kan,,
cerita random jerla....
aku sangat suka dengan roommate baru aku yang sangatlah happening and sekepala dengan aku...
raja azmatul amirah,,
nor atikah abd kadir and siti anisah arshad...
mereka yang jadi penawar kemurungan aku setiap kali aku balik dari kelas...

kepada seorang sahabat,,,
andai anda terbaca blog saya ini,,
walaupun saya yakin anda tak akan membacanya selepas insiden yang berlaku antara kita,,
saya nak baritahu anda bahawa,,
apa yang saya post kat facebook saya bukanlah berniat untuk mensabotaj anda wahai sahabat yang budiman...
anda perlu faham bahawa saya belum ada teman rapat yang layak saya kongsikan isi hati jantung saya,,
so,, saya dengan pendek akalnya telah melampiaskan segala kemarahan saya di facebook...
bukan niat saya untuk malukan awak atau apa-apa..
terpulang pada awak untuk memikirkannya,,,
saya hanya mampu mengucapkan kata maaf kerana saya tahu malh sedar dengan hati yang ikhlas bahawa saya telah melakukan satu kesalahan yang mungkin mengguris jiwa sensitif awak...
tapi, perlu difahamkan di sini,,
bahawa bukan jiwa awak seorang sahaja yang sensitif di dalam dunia ini,,
malah setiap orang juga mempunyai sensitiviti yang perlu anda hormati sebagai seorang insan,,,
sekali lagi saya minta maaf andai kata-kata saya terlampau kasar sehingga mengguris hati anda wahai sahabat...

yang pentingnya aku rindu kawan2 aku kt maktab dulu....
i need you all guys....
miss you all so much...
never will i find a friend like all of you....

as we go on,,
we remember..
all the times we,,
had together,,
and as our life change,,
come whatever,,
we will still be,,
friends forever!!!!
(^_^)

Friday, May 7, 2010

HAPPY PARENTS DAY!!!!

tahun niey,,
usia aku akan menjangkau angka 18 bulan 9 niey...
maknanya,, usia aku dah meningkat,,
aku dah jadi makin dewasa,,
tahun niey gak,,
sekali lagi aku akan meninggalkan keluarga yang aku sayang sangat,,
dan melangkahkan kaki aku ke kolej matrikulasi negeri sembilan..
bermula 10 mei niey..
rasa dalam hati niey,,
berbaur...
sedih ada,,
excited ada,,
paling aku sedih,,
nak tinggalkan ibu dan ayah yang selama beberapa bulan niey,,
aku tengok membanting tulang cari rezeki untuk aku dan adik beradik aku..
sedih bila tengok diorang balik jauh malam dengan muka penat..
ayah aku bukannya sihat sangat..
ibu pun sama..
kerja diorang tu jugak yang buat ibu kadang2 xsempat nak jumpa adik aku yang bongsu 2..
aku boleh nampak dari mata ibu,,
ibu rindu adik setiap kali dia balik kerja..
tapi bila dia balik adik dah tidur..

aku paling suka weekend bila ibu dengan ayah aku xkerja..
sebab itulah masa untuk kitorang satu family berkumpul tengok tv kat ruang tamu,,
ataupun tolong ibu or ayah masak kat dapur..
walaupun aku xberapa reti nak masak,,
tapi at least aku dekat dengan diorang..
kadang2 aku geram dengan kakak and adik bongsu aku,,
kakak aku,,
xhabis2 duduk depan komputer tengok facebook dia..
adik aku pula,,
asyik berkurung dalam bilik,,
nak ajak makan pun kena paksa..

aku kesian tengok ibu and ayah..
tapi aku xboleh buat apa2..
aku xtau macam mana nak bagi diorang sentiasa happy..
aku cuma mampu paksa diri aku belajar berdikari dan xsusahkan diorang..
walaupun kadang2 aku pun nak juga manja2 niey..
tapi aku faham...
diorang penat..

so,,
sempena hari ibu bapa yang bakal menjelang tiba waktu aku xada kat rumah,,
aku nak ucap kat ibu and ayah aku.......
HAPPY PARENTS DAY!!!!
walaupun aku pun xsure diorang buka or tak blog aku niey..
haha...
erm,,,
atas permintaan seorang sahabat,,
yang nak baca blog yang aku baru update,,
aku decide nak tulis banyak2 hari niey..
tapi lain2 tajuk..
haha....
niey baru satu...
ada lagi yang kandungannya dah terakam kat dalam minda aku..
tapi belum diterjemahkan dengan ayat kat dalam blog niey....
tunggu....................
by the way,,,
buat ibu and ayah...
angah sayang sangat kat korang berdua....
muah.. muah.. muah...

Wednesday, March 3, 2010

my life as kumon assistant =)

assalamualaikum..
first of all,,,
sorry coz dah lama tak update entry...
aku sibul lately niey...sorry yer izza...hihi..kalau korang tgk gamba kat atas mesti korang terfikir,,kenapa la nad nie letak gambar macam orang yang tengah semangat nak study nie..haha..jangan salah paham,,aku just nak kasi sesuai dengan itu tajuk maaa....haha,,
aku rasa ramai antara korang dah tau kerja aku waktu cuti panjang nie kan??
aku kerja as an assistant kat kumon center section 27...
dokek yo dgn rumah den...jalan kaki pun ley sampai...
haha...korang nak tau apa kerja aku kat sana??mesti korang fikir aku cuma kerja ajar budak buat maths je kan??hahasebab aku yg selalu gtau kat korang aku kerja ajar budak wat maths...
sebenarnya banyak agy kerja aku kat sana...ajar budak tu sebahagian jer...cuba tengok gamba bawah nie..nampak tak kerusi and meja kecik tu??
aku selalu duduk kat kerusi merah tu and dikelilingi oleh students2 yg mengharapkan aku ajar dorang wat benda yang adakalanya dorang tau,,tp malas nak fikir..huhu..
tempat niey dikenali sebagai PRE-SCHOOL SECTION..kenapa??sebab most students yagng duduk kat sini adalah budak2 dalam lingkungan umur 5 tahun hingga 7 tahun..honestly...
aku sangat enjoy mengajar dorang...sebab dorang sangat comel...
mcm aku..haha..ehem..
budak2 yg aku selalu ajar mostly lelaki...
perempuan selalunya dah tak payah duduk kat situ sebab dah boleh buat level yang lagi tinggi..
hihibangga nie..ha...nie kerja utama aku...kerja seterusnya yang aku buat kat sini ialah...MARKING!! kat meja nie lah kami assistant2 buat penandaan ke atas kerja2 students...
bila dah siap mark,,masukkan kat dalam bakul pink yang ada tulis out tu..haha..tanda jer kertas...
dah macam robot dah kitorang,,waktu menanda adalah waktu yang aku paling tak suka kena kacau dengan student yang malas nak buat kerja...memang kena jeling habis dengan aku kalau dorang kacau aku time nie..haha...
garang tak??waktu menanda nie kitorang dibenarkan tengok buku jawapan untuk tengok betul ker jawapan yang student tu tulis...kalau betul bagus...kalau tak betul pun bagus...haha..
ha,,,gambar kat bawah nie pula gambar buku2 jawapan yang pelbagai warna..haha...sebenarnyer..
warna buku jawapan nie dibuat ikut level masing2..makin tinggi level,,makin tebal and cantik colour buku tu..huhu..ok2..
next,,,,

yang nie pulak rak untuk letak worksheet budak2 nie...
worksheet yang disusun semua ikut level..
tapi kat sini just untuk worksheet lower level jer...higher level kat tempat lain..
haha...aku tak sempat nak snap gambar kat situ...opss,,,,,lupa nak gtau...lower level start dari 7A sampai level level F..level 7A nie sonang yo...senang sangat la..
haha..
kira dot jer...
so most students yang buat level nie ialah kindergarten students...
level F pula belajar buat simple fraction yang sangat tricky and menyebebkan ramai students terkandas kat situ..huhu,,higher level pula start dari level G sampai level O..
dulu aku pun student kat sini juga..tapi aku study sampai level J je...haha,,
higher level nie tough sikit ar...
banyak steps yang kena ikut untuk pastikan korang tak susah untuk buat soalan2 dia..
ok,,,
next..alamak tertinggal pula nak tulis pasal kerja aku yang seterusnya...next job aku is packing homework..aku kena ambil worksheet yang dah ditetapkan untuk studens tu dan masukkan dalam file diorang yang juga disusun ikut level..ha...
nie la dia file2 mereka yang disusun mengikut level..
tapi yang nie budak yang dah balik punya file..
yang tak datang lagi aku xsempat nak ambil gambar coz kerja aku memanggil-manggil..
huhu..
yang nie tempat budak2 lower level duduk..
selalunya yang duduk kat sini budak2 dalam lingkungan umur 7 tahun dan ke atas ..
hehe..
selalu jugak la aku ronda2 kat sekeliling diorang nie untuk monitor kerja diorang..
kih2 dah macam guru besar pulak dah..

ha..,nie la tempat students higher level duduk buat kerja..
students higher level pulak terdiri daripada students dalam lingkungan umur darjah 4 sampai lepasan SPM macam aku..
so,,
selalunya area nie dipenuhi oleh orang2 yang bijak pandai tp stress coz xley nak selesaikan soalan add math yang diberi..
huhu..kesian dorang kan..
tak dapek den nak nolong..


haha,,,
yang nie pula selipar yang aku selalu pakai waktu tengah kerja...
pastu nanti mulalah students2 tu datang kat aku and cakap...
"teacher2,, nice pooh..."
melilau lah aku cari pooh...
mana la pilak datang pooh kat dalam centre nie...
rupanya selipar aku...
haha..
ok la...
sampai sini dulu ya,,,,
sebelum berundur aku nak ucap terima kasih kat ibu coz banyak bagi pendapat dan cadangan untuk aku meng'update' blog aku...
tak lupa pada ayah yang selalu komen pasal penulisan aku...
haha..
jumpa lagi pada entry lain yang mungkin akan aku update jumaat nie kalau ada kesempatan...
ok chow...
assalamualaikum.. =)