Thursday, May 26, 2011

Day 8 – A picture of my favourite memory

ASSALAMUALAIKUM..

oh hi there!! sebelum saya proceed dengan entry saya kali ni, saya nak bagitau kat anda semua bahawasanya *dah keluar dah ayat skema kau* saya takkan dapat mengupdate blog saya selama seminggu bermula pada 28 mei sampai 7 jun. oh itu bukan seminggu ye, maaf. so means that saya takkan update blog saya selama dua minggu. fuhh.. amekau bersawang mawang bawanglah blog tercinta saya ni. huhu.. kenapa? saya nak balik kampung!! hehe.. nak tolong my aunt buat persiapan perkahwinan beliau. hehe.. nanti entry pasal majlis tu akan diupdate sebaik saja saya dah selamat sampai kat shah alam semula ye.

by the way, jom kita tengok tajuk entry kita hari ni. err, anda bacalah sendiri tajuk kat atas tu. malas nak taip balik. wahaha.. talking about favourite memories, saya sendiri tak pasti apa favourite memories saya. sebab saya rasa hidup saya ni dipenuhi oleh banyak sangat memori2 indah sampai saya dah tak tau nak bezakan yang mana yang paling indah *err, faham ke ayat ni?* just give me a moment to think ok guys? kesulitan amat dikesali. *10 jam kemudian* err, kalau saya bahagikan dalam dua kategori boleh tak? boleh la kan. entry saya, suka hatilah nak buat apa pun. jom3.. kita terjah...

  • MEMORI DENGAN FAMILY

the apples of my eye..


oh err, tajuk entry a picture kan? maaflah ye. saya letak dua gambar. sebab kami takde gambar satu family waktu buat rombongan cik kiah ke melaka hari tu. ok the first picture gambar my lovely parents and the second one, my siblings. oh tengok jelah betapa bajetnya muka saya waktu ni. haha.. gambar ni diambil beberapa minggu yang lepas. time ni kami jalan2 ke melaka. hajat di hati nak naik menara taming sari. punyalah semangat masing2 bangun awal2 pagi semata2 taknak beratur panjang time tunggu giliran nak naik tu. last2, bila kami dah sampai kat depan menara tu, anda tau tak apa jadi? menara taming sari di tutup buat sementara waktu untuk kerja2 penyelenggaraan. duhh.. double duhh.. hampa, kecewa dan segala perasaan yang seangkatan dengannya terus bermaharajalela. but its ok. we still had fun. walaupun penat, tapi kami sangatlah seronok. thanks to ayah and ibu. sayang ibu dan ayah sangat2. muah2..

  • MEMORI DENGAN KAWAN2



oh nilah masalah dengan orang yang tak faham bahasa macam saya ni. wahaha.. soalan mintak satu, saya bagi 3 gambar. susahlah kalau hidup penuh dengan kenangan indah ni. fuhh.. sangat susah nak pilih ok? so i've decided, gambar2 kat atas ni, semua kenangan2 terbaik sepanjang saya berada di SMKS 27, MRSM Muar dan KMNS. oh kepada mereka yang gambar takde kat sini, jangan terasa hati ye!! bukanlah bermaksud memori dengan anda semua tak best, but i'm choosing the best among the best. so jangan merajuk pulak ye lepas ni. perlu diingat, saya tak pandai pujuk *dengan suara sengau yang dibuat2.* so jangan merajuk ye? *wink. gambar atas sekali, kenangan paling best waktu saya sekolah kat SMKS 27. gambar ni diambil time majlis bukak puasa kat sekolah. waktu ni kami masih form3. oh ye, muka budak2. wahaha.. next, gambar time sekolah kat MRSM Muar. gambar ni diambil waktu jamuan hari raya. tadi majlis bukak puasa, ni raya pulak. adoiila.. oh ye gambar ni diambil waktu kami form4. dan saya sangat rindu mereka2 yang ada kat dalam gambar ni. last but not least, gambar waktu saya belajar kat KMNS. i'm not sure gambar ni diambil waktu study week ataupun exam week. tapi rasanya study week kot. kat KMNS, memang banyak kenangan2 terindah saya. but i chose this because i remember the feeling i felt bila melepaskan tension lepas seharian belajar. sangat relief ok? and that's why gambar ni terpilih sebagai favourite memory, sebab saya sangat happy time ni. wahaha..

oh ok. dah sampai penghujung rancangan nampaknya. wakaka.. ok guys, i'll end this here untuk memberi laluan kepada my beautiful sepet eyes untuk tidur. mengantuk la seyh.. eh ok chow.. tata.. assalamualaikum..

thanks for reading guys!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

jom eja S.A.Y.A. apa bunyinya?

ASSALAMUALAIKUM..


hai semua!! sebenarnya saya ni sangat bosan dengan ketidak-ada-apa-apa-nak-dibuat-an. so, tiba2 tajuk entry ni melintas kat fikiran saya yang takde traffic light lantaran ketidak-adaan laluan lebuh raya utara selatan di situ. kenapa tajuk entry saya kali ni macam tu? hehe.. saja, suka2, hobi *oh ok stop all the nonsense deeya* saya menulis entry ni lantaran rasa tanggungjawab saya untuk memberitahu anda semua yang mungkin tertanya2 *ada ke yang tertanya2?* kenapa saya gunakan kata ganti nama diri 'saya' dan bukan 'aku' yang mungkin kedengaran lebih friendly dan santai.

setelah beberapa kali saya buat blogwalking dan blogjogging atau blogracing kat blog2 mereka yang hot meletupss, saya dapati, ada di antara mereka yang mengetengahkan isu penggunaan kata ganti nama diri ni. oh maybe kawan2 saya akan bermonolog sendirian kat dalam hati mereka yang mungkin berbunyi macam ni, "kenapa deeya bahasakan diri dia 'saya' dalam blog? padahal kalau jumpa kat luar bukan main ber'aku-engkau'. hipokrit sungguh ini budak" ok chill lah guys. jangan cepat buat tanggapan melulu kat saya yang innocent ni. err, nak muntah? ok sila muntah sekarang. besen dah pun disediakan kat tepi tu. ngee~~

sebelum saya makin merapu kepunden parang skapper kat sini, baiklah saya jelaskan kenapa saya gunakan kata ganti nama diri 'saya'. for your information guys, blog saya ni dibaca oleh ibu dan ayah saya. kalau anda perasan entry saya yang lama2 dulu saya guna kata ganti nama diri 'aku'. siap dengan shortform shower foam bagai. and one day, ibu saya tegur, "kenapa tulisan kau kat blog macam tu? semua short form je. ibu tak fahamlah." ehem2, sejak tu, saya rasa bertanggungjawab untuk menulis secara lebih formal.

lagipun tak salah kan? kadang2 dengan kawan2 saya pun saya masih ber'saya-awak' lagi. nak2 bila mood nak jadi ayu tu datang menjengah. wahaha.. siaplah. memang ber'saya-awak'lah selama beberapa jam tu.

*oh ayu bukan? ok sila muntah..*
oklah guys. i'll end this here. sebelum saya makin merepek tertelan biji kerepek. baik saya chow. lagipun kalau merepek banyak2 bukan anda nak baca pun kan? hehe.. oh by the way, terima kasih kepada mereka2 yang sudi membaca blog saya dengan setianya dan sudi menjadi follower blog saya yang tak seberapa ni. panggillah lagi ramai kenalan dan sahabat anda untuk jadi follower saya ye. hehe.. *oh just kidding. jangan layan perangai bengong si pemilik blog ni* eh ok. chow.. tata.. assalamualaikum..

thanls for reading guys..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Wednesday, May 25, 2011

Day 7 – A photo of an animal I’d love to keep as a pet.

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! tajuk hari bestlah. haha.. gambar haiwan yang saya nak jadikan haiwan peliharaan. rasanya most of you dah tau kot apa haiwan tu. sebab dah beberapa kali dah saya mention kat entri2 sebelum. ni. so, tanpa membuang masa, tenaga dan usaha kita bersama, marilah kita proceed kepada cerita yang nak diceritakan ni ha.. jom3..


*kittens!!*
*kucing!!*
oh yes.. i adore cats so much!! tapi sayangnya i can't keep them as a pet. huhu.. sebab ibu dan kakak saya tak suka kucing. saya pernah sekali ada kucing dulu. tapi kucing tu lari bila kami semua balik kampung untuk raya. sedih tau tak!! kakak saya yang tak suka kucing tulah yang paling sedih bila kucing tu hilang. sebab kucing tu dia punya. huhu... ok sebelum saya jadi terlebih emo, baik saya cerita benda lain.


*oh he's so cute!!!*
saya pernah dengar orang cakap yang kucing ni daya ingatan dia kuat. kalau kita buat jahat kat dia, dia akan ingat kejahatan kita tu. kalau kita buat baik dengan dia, dia akan ingat kebaikan kita pulak. sebab tu, saya selalu try nak buat baik kat kucing. dulu waktu kat matrik, kat depan bilik saya ada banyak kucing. and they are adorable. cuma yang jadi masalahnya, kucing2 ni suka melepaskan bom atom mereka merata2. so, memang annoyinglah kan. tapi still, i love them so much!! wahahahaa...


oklah guys. i'll end this here. sebab dah takde point nak cakap. ngee.. jumpa lagi dalam entry seterusnya ye. ok chow.. tata.. assalamualaikum..


thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)