Friday, January 11, 2013

nukilan, lukisan, coretan




saban hari,
saban masa,
menulis,
membaca,
detik pena terus menari mengatur bait kata,
seiring rentak sang lagu memecah hening,
sedang khayalan dan imaginasi,
membawa aku pergi
jauh ke dunia terasing
di mana hanya aku
dan aku di situ.
terkesima.
mendalami makna diri
sesal.
melihat timbunan gunungan dosa
sayu.
melihat di penjuru sana,
secebis pahala cuma
ya, dikala begini
dikala buku dan helaian nota terbentang bak permaidani indah
mengapa mesti di kala ini nukilan menerjah?
mengapa?



p/s: copyright protected. agagaga..

nukilan: deeyamorten 

Sunday, January 6, 2013

ikhlas. Lillahita'ala

ASSALAMUALAIKUM..


it's been a while since I post anything in here. hehe.. ada apa apa yang terbaru ke dalam dunia blogging? selain daripada blogger blogger feberet aku kahwin? :)

so, di kesempatan ini, nak wish selamat pengantin baru kat kak NAMEE ROSLAN. maaf agak terlambat wish. hihu... kinda busy. seriously. akak sangat cantik! alhamdulillah dah selamat bernikah :D


ok so. sebenarnya, I'm currently sitting for my final exam. paper semester bagi aku takdelaa susah macam antomy sem lepas, tapi still, nak menghafal segala macam jenis penyakit, treatment, complication serta segala gajah rimau serigala zirafah pasal penyakit tu, memang sangat mencabar minda.

ye, SANGAT penat otak -.-

sometimes, it's worst >.<



tapi kan, teringat pulak satu quote ni,

Apabila kamu tidak tahan menanggung letih nya belajar..
Maka, kamu akan mnanggung peritnya kebodohon ..

- Imam Syafie -

dushummm!! rasa macam kena tembak tepat di sanubari. uhukkkkk

ada satu lagi hadith, aku ada salin tapi tak ingat letak kat mana. so tak dapat nak share dengan korang.. sob sob.. lain kali lah ek.

nakkan emas, kenalah tahan penat menggali.

nakkan sang helang, takkan effort setakat macam nak kejar pipit je, betul tak?

macam tulah gamoknyeee study ni.

kalau malas, tanggunglah kekurangbijakkan tu seumur hidup. orang lain tak rugi apa apa. awak yang rugi.

eh, ni tak point sesiapa ek. sedang bermonolog sebenarnya. ehekss..

apapun pekerjaan yang kita buat, niatkan ikhlas, hanya kerana ALLAH, insyaALLAH, saat kita niatkan tu je, dah dapat pahala ibadah. best kan? :)

nak nak study ni, jangan study sebab exam. tapi study, sebab ALLAH kata menuntut ilmu tu wajib. study sebab kita nak kejar redha ALLAH. senang je kan nak kejar pahala. cuma nak dengan tak nak je.




most important, LILLAHITA'ALA




aihh... ceramah pulak deeya niii..


bukan ceramah, mengingatkan :)


banyak lagi tak cover sebenarnya untuk exam ni. waaaa.... sampai aku rasa, nak tidur itu adalah pembaziran waktu. tapi online takpe pulak. hematuria betul. aishh...



sebenarnya ni nak menghilangkan mengantuk sebelum solat subuh. haha.. dah alang alang tidur lambat, baik tunggu subuh kan? nanti kang terlepas pulak subuh yang berharga tu.



sorry entry kurang menarik. otak mengantuklah katanya. agagaga..


ok babai. kepada yang masih bergelumang dengan encik handsome bin nota dan makwe makwe buku tebal, goodluck diucapkan. semoga kejayaan dalam genggaman kita :D chaiyokk everyone!



rilek rilek je study. tapi jangan rilek sangat -.-




bye semua. do pray for my success. oh untuk kawan kawan saya sekali. aaminn. may ALLAH bless you guys. annyeong :)

assalamualaikum..

Sunday, December 2, 2012

My First Experience of Handling Program. (ISP)

ASSALAMUALAIKUM..

check it out. check it out. sound check sound check..

hello! assalamualaikum semua pembaca :) long time no shee.. hihi.

i've been busy all this while. maaflah. bukak blog, bukak entry korang, tp didn't manage to comment or post anything in here. sorry again.

akhirnya, all the stressors yang menghantui diri ini, dah berakhir. weeehuuu.. alhamdulillah. alhamdulillah :D

ye. macam yang aku cerita dalam previous entry, aku diberi tanggungjawab untuk handle satu program. kiranya, aku pengarah laa nih. haa gituu. nak baca entry lepas? pi cari sendiri. aku malas nak tempek link kat sini. hehe.. jahat much huh?

semalam, tarikh 1 Disember 2012, jam 8.15 pagi, program yang aku tungkus lumuskan selama sebulan akhirnya menjelma.

ni before majlis bermula


i was anxious at first. yelah, takut apa apa yang tak diingini berlaku kan? manalah tau tetiba majlis jadi kacau bilau semua sebab pengurusan yang kurang bijak oleh aku. but instead, everything went so smoothly. ok patutnya buang perkataan so tu. it is not so smooth, but it is better than what I've imagined.

program ni kurang dapat sambutan walaupun dah buat jemputan untuk agak ramai student. maybe sebab sabtu and banyak lagi program yang dijalankan pada hari kejadian, so ramai yang berat bontot nak datang


pagi-pagi pendaftaran dan minum pagi, peserta datang way too early than what I expected. AJK pun tak sampai lagi, peserta dah dua tiga orang duduk dalam dewan. woo.. haha.. hebat hebat.

bab makan daftar blaa blaa.. tak yah cerita kot. sebab semuanya biasa saja. cuma time nak tunggu VIP datang, berdebar bukan main. haha.. senget betul diri sendiri.

ni semua AJK. pendaftaran, program, jemputan, makanan dan timbalan bendahari


sepanjang pagi, perasmian and all the things, semua ok. cunnnn... tapi, perkara yang tak diingini berlaku. penceramah datang lewat 2 jam. hambeekkk... 2 jam kau. mati kutu semua AJK tak tau nak buat apa untuk isi masa 2 jam tu.

haa.. nilah adik yang sudi tu. haha.. hensem? sila contact abang angkat beliau


mujur jugaklah ada seorang junior kami yang volunteer nak berkongsi ilmu kat depan. fuhh.. memang penyelamat keadaanlah beliau ni. nasib lelaki. kalau perempuan, aku dah peluk peluk dah. haha..

well, it is my first time. so, of course there are weaknesses here and there. but overall, alhamdulillah. I am satisfied with myself. alhamdulillah. good job deeya *tepuk tepuk bahu sendiri*


oh that's me. time tengah bagi ucapan


stress.. memang stress time nak uruskan segala gajah rimau pasal program ni. at one time, aku terfikir nak quit. nak stop everything and just pretend that I am not associated with anything. tapi, aku terfikir, aku dah buat everything yang patut. dah jauh aku berjalan. why should I quit? kan rugi semua masa aku kalau aku quit.

so yeah, berbekalkan sisa sisa tabah dan cekal, aku teruskan.

aku menangis.

murung.

even sampai sakit sakit sebab benda ni.

and as I look back, it's worth.

aku percaya, one day, this experience will help me going through obstacles in my life.

aku percaya, semua ni ada hikmah.

ya. aku percaya.

aku sampai gaduh dengan encik ahmad, just because dia tak percaya aku boleh pegang komitmen besar macam ni.

dia suruh aku lepaskan jawatan tu. sebab katanya, aku tak sesuai.

hoii, bayangkan kalau kawan seketawa, seair mata, segila gila dengan kau cakap macam tu, mau tak merana jiwa?

time tu aku rasa diri sangat lemah. sangat tak layak untuk apa yang aku buat.

mujur ada kawan kawan yang terus bagi semangat.

and paling penting, aku sentiasa ada DIA.

bila aku menangis, aku doa pada DIA, permudahkan segalanya YA ALLAH

sebab aku percaya, program berunsur kerohanian yang aku anjurkan ni, salah satu cabang dakwah.

dan jalan dakwah tak pernah mudah.

jalan dakwah penuh dugaan.

DIA maha mendengar. doa tu, kalau tak sekarang dia kabulkan, esok lusa insya ALLAH terkabul. yang penting, jangan putus asa.

oh. wondering apa nama program tu? IBADAH SOLAT PESAKIT (ISP)

poster slide show. credit to yon


it is not mainly my idea. credit to nash sebab bagi idea tu.

semua VIP puji sebab buat program yang jarang ada orang buat ni.

even time masuk meeting untuk kelulusan bajet pun, pengerusi meeting tu dengan tiada hesitation, luluskan program kami.

alhamdulillah.

alhamdulillah.

haha.. betullah kata orang, usaha tu pahit, tapi kejayaan tu manis.

walaupun ni bukan benda akademik yang berkaitan dengan pointer aku, tapi aku rasa kemanisan berjaya tu.



terima kasih aku kalungkan pada semua AJK aku. semua. especially setiausaha aku. yang sama sama pening kepala bersengkang mata tahan sakit pedih buat program ni.

dan tak lupa pada ELMONA. haha.. ok, yana sebenarnya. sebab sentiasa sudi tadah telinga dengar bebelan dan luahan hati aku.

thanks guys. thanks a lot.

the AJKs. tak semua ada time ni. aku? tengah duduk atas kerusi kat belakng diorang. maka, tak kelihatan


ALLAH je yang mampu balas segalanya.

semoga kalian terus berada dalam rahmat dan redhanya.

and tak lupa pada encik ahmad. yang walaupun pada awalnya membantah, tapi akhirnya, sokongan dan cadangan tak putus putus diberi. serious terharu dapat kawan baik caring macam ni. semoga ALLAH berkati anda wahai encik. :)

and to my family, yang sentiasa faham kenapa aku busy dan tak sempat nak call diorang. yang faham kenapa aku stress. faham kenapa aku kadang kadang emotionally unstable. faham kenapa duit laju sangat mengalir. hahaha.. terima kasih ayah, ibu, kakak, abang and adik. sayang kalian sampai syurga. moga rahmat ALLAH bersama kita. aaminn..

ok. tujuan asal menulis entry nampaknya dah terpesong jauh. asalnya nak cerita pasal event. alih alih jadi luahan hati dan dedikasi. haha..

ok dah. it's long enough I think. should stop here.

eh lupa! pada edin. thank you for the guidance masa awal awal tu. walaupun tak seberapa, tapi at least kau bagi aku gambaran macam mana everything berjalan. thank you again bro. may ALLAH bless

ok babai readers. thanks for reading this crap. hihi..

assalamualaikum and may ALLAH bless us. :)