Wednesday, February 19, 2014

BAB 2: Bintang X-ray

ASSALAMUALAIKUM.


i've promised to write three blog posts for today, 18 February 2014. walaupun lambat sikit pos yang untuk chapter two punya, takpelah ye. still considered as today's post walaupun lewat *entry ditulis pada jam 1.18 minit pagi* haha. walaupun di post pada tengah hari 19 Februari 2014. ok now, let's proceed to our second chapter sharing session. tajuk bab dua dalam buku 'Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?' karya Professor Madya Dr. Mohd. Arip Kasmo dan majalah Infiniti ni is macam yang tertera kat tajuk post ni, Bintang X-ray. haaa.. jeng jeng jeng. macam menarik kan tajuknya? jom kita mula.

bismillahirrahmanirrahim.

korang mesti pernah dengar perkataan 'black hole' atau dalam bahasa ibunda kita 'lohong hitam', kan? apa black hole tu? macam mana boleh jadi? these questions yang bermain di fikiran saya bila saya baca a few words dalam artikel kali ni. nak tahu lebih lanjut jut jut lagi? sila baca. hihi.

macam yang kita semua tahu, galaksi bimasakti ialah galaksi yang bumi, matahari, marikh, zuhrah dan seangkatan dengannya berada merupakan antara galaksi yang wujud di alam semesta. saintis menganggarkan ada lebih kurang 300 sekstiliun bintang di alam semesta ni. 300 sekstiliun tu lebih kurang 300 juta lebih banyak bintang daripada jumlah bintang di galaksi bimasakti sahaja.  banyak kan bintang? subhanallah.



tapi, separuh daripada jumlah tadi tu terdiri daripada bintang mati. eh, bintang pun boleh mati? macam mana bintang mati tu? jeng jeng jeng *hambar. haha* bintang akan mati apabila sesebuah bintang tu dah kehabisan bahan bakar. bahan bakar encik bintang bintang ni terdiri daripada gas gas nuklear macam hidrogen dan lain lain. kesan pembakaran bintang ni akan melepaskan beberapa produk lain macam gas helium, nitrogen, haba dan cahaya.

bintang ni dia ada graviti sendiri tau. bintang ni terdiri daripada bahan bahan nuklear kat dalam terasnya yang akan menjalani tindak balas dan keluarkan elemen elemen yang saya sebut eh bukan sebut, elemen elemen yang saya taip tadi. bahan bakar utama untuk bintang ni is hidrogen. bila hidrogen habis, bintang tu pun dah takdelah bahan bakar yang cukup untuk teruskan hayat dia. disebabkan tu, bintang tu pun mula menjalani proses mengakhiri tempoh hidup dia. nama proses ni kita selalu dengar. proses ni dipanggil supernova. bukan galaxy supernova macam girls generation nyanyi tu ye. haha *hambar lagi. haha*

cantik kan? cantik sangat. subhanallah.

cantik sangat, subhanallah. ni baru illustration, kalau betul betul, tak terkata agaknya kecantikkannya



bukan supernova yang ni ye. harap maklum. hihu


apa jadi waktu proses supernova ni? proses ni akan berlaku bila semua atom atom yang membentuk bintang ni akan tertarik oleh tarikan graviti dan membentuk lohong hitam atau black hole.rasanya semua orang dah tahu bahawa black hole ni akan menyedut semua objek kat sekeliling dia termasuk cahaya. bayangkan cahaya yang takde berat tu pun dia sedut masuk. apatah lagi kita? tak sempat nak jerit pun dah kena telan dah. bila black hole ni sedut cahaya, bintang ni akan bersinar dengan cahaya yang malap, kiranya cahaya dia seolah olah ada sinaran x-ray kat dalam tu. boleh bayang tak?


macam ni kot lebih kurang maksud dia x-ray tu




teori black hole dikemukakan oleh seorang pakar geologi inggeris, namanya John Michell pada tahun 1783. pada kurun ke-21, teori ni disokong oleh ahli astronomi moden berdasarkan pemerhatian mereka ke galaksi menggunakan teknologi moden.

tadi kita tengok ulasan saintis barat kan? jom kita tengok apa Allah cakap dalam Al Quran pulak. fakta pasal black hole ni, Allah dah firmankan dalam surah Al-Tariq ayat 1-3, "demi langit dan demi yang muncul di waktu malam. tahukah engkau apakah yang muncul di waktu malam itu? itulah bintang terang yang cahayanya menembusi..."

ayat ni ada dua tafsiran yang berbeza. ulama zaman dulu dulu menafsirkan bahawa yang menembusi tu is cahaya bintang yang menembusi malam. tapi kalau ikut dari segi konteks moden, ia merujuk kepada balck hole ni. sebab apa? sebab macam saya terangkan tadi, bila black hole tu menyedut cahaya, badan bintang tu akan bercahaya malap macam ada sinaran x-ray. 

dalam ayat lain pulak, Allah berfirman, "Dan matahari semasa ia digulungkan (kuwwirat)...." surah At-Taqwir ayat 1. dalam ayat ni, Allah menggambarkan pulak bila sampai masanya matahari sampai ke hujung hayatnya. menurut Abdullah bin Abbas, perkataan 'kuwwirat' dalam ayat tu membawa maksud pergi atau menghilang. manakala bagi imam Nasafi pulak, beliau menafsirkan kuwwirat tu sebagai hilang cahayanya. kiranya dapat disimpulkan kat sini bahawa matahari tu bila dah kat penghujung hayatnya, dia akan hilang cahaya. Wallahu'alam.





Allah dah janji, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. bintang dan matahari tidak terkecuali.

sampai sini je dulu perkongsian untuk kali ni. esok saya sambung lagi untuk summary chapter 3 pulak ye. sekian dulu. renung renungkan dan selamat beramal.

Assalamualaikum.

p/s: macam biasa, gambar ehsan encik google 

Tuesday, February 18, 2014

Alam Semesta yang Semakin Berkembang

Assalamualaikum.


kali ni, saya akan share dengan pembaca semua summary atau ringkasan dari bab pertama buku 'Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?' karya Profesor Madya Dr. Mohd. Arip Kasmo dan majalah Infiniti. bab ni, bertajuk macam yang tertera kat atas tulah tajuknya. hihi. ok serius serius.

bismillahirrahmanirrahim.

menurut beberapa saintis barat, cakerawala, galaksi dan alam semesta keseluruhannya terbentuk dari satu letupan besar atau kita lebih kenali sebagai big bang. tak tahu teori big bang? jom kita google sama sama. *berdehem*


haa ni haa. teori ni mengatakan alam semesta berkembang macam kita tiup belon. makin besar kita tiup, makin berkembang galaksi



selama hampir seabad atau 100 tahun, mereka ni, iaitu para saintis ni bercanggah pendapat dan teori mereka berkenaan dengan kejadian alam semesta. ada yang cakap alam semesta ni bersifat statik, maknanya tak berkembanglah. kiranya, bagi mereka ni, alam semesta ni memang dah ada sejak azali. tiada apa apa kejadian yang mencetuskan kejadian alam semesta ni. kiranya bagi mereka ni, alam semesta ni memang dah wujud dengan sendiri *eh macam redundant je ayat aku ni -.-* bagi mereka, menurut teori diorang ni, tiada pencipta alam semesta, so tak payahlah nak percaya pada Maha Pencipta. teori ni dipanggil teori 'Steady State' dan dikemukakan oleh Thomas Gold dan Hermann Bondi pada tahun 1928.


yang ni pulak menunjukkan perbezaan teori 'steady state' dengan 'expanding universe'



manakala, ada pulak satu kumpulan saintis ni pula yang mengemukakan pendapat mereka tentang kejadian big bang ni yang menjadikan alam semesta. teori ni dipanggil teori 'The Expanding Universe' dan diperkenalkan oleh Alexander Friedmann dan rakannya George Lemaitre. pada 9 Mei 1966, NASA telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang menyokong teori expanding universe ni dan mengatakan bahawa alam semesta ni berkembang sebanyak 57-80 km sesaat. sesaat tau! bayangkan kalau seminit, berapa banyak dia berkembang? subhanallah.





yang menariknya apa tau? dalam Al-Quran, Allah dah berfirman mengenai perkara ni. dalam surah al-zariyat ayat 47, 'dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami, dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya (musi'un)'. ayat ini membenarkan teori big bang beribu ribu tahun sebelum si saintis- saintis ni berbalah pendapat mengenai teori diorang.

imam ibnu kathir telah menafsirkan mu'sinun dalam ayat tu sebagai langit yang berkembang ke segenap penjuru. syeikh said hawa pun ada menafsirkan dalam kitabnya al-asas al tafsir, yang menyatakan bahawa Allah menjadikan langit dalam keadaan mengembang secara berterusan.

maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan wahai manusia?



renung-renungkan dan selamat beramal :)

Assalamualaikum.


p/s: gambar semuanya ehsan encik google. hihi.

perkongsian

ASSALAMUALAIKUM

holla hollu ku beri nama cikebum cikebum *sambil bersihkan habuk*. Ya Allah berkurun sudah tak update blog ni. dah ghupe rumah hantu dah. haha. dengan template dah basi dengan header gambar zaman muka mulus tulus lagi. nampak sangat penulis blog ni dah makin dimamah usia *kemain ayat*

well, before i proceed to my main objective today, i would like to apologize to  everyone especially my blog readers sebab dah berkurun tak menghapdate tulisan cakaran ayaman kat blog ni. nak kata busy, takdelah busy pun. apa entah aku buat selama tak update blog ni. aku pun tak tahulah nak kata.

so, jom proceed pada main objective aku update blog pada hari ini.a few days ago, ada seorang kawan baik yang memang rapat macam isi dengan kuku telah meminjamkan sebuah buku kepada aku. disebabkan isi kandungan buku tersebut boleh dimanfaatkan oleh bukan sahaja kami berdua, malah seisi alam semesta ni kalau mereka baca, maka dia telah membuatkan aku berjanji untuk share the contents dalam buku tu di blog ni. sharing is caring kan?

apalah guna hanya kami berdua sahaja yang dapat memanfaatkan ilmu-ilmu berguna yang tertulis dalam buku tersebut sekiranya ia akan jadi lebih bermakna kalau ilmu tu dikongsi dengan semua orang. bangsa membaca bangsa berjaya, kan?

tapi tidaklah setiap details dalam buku tu aku tulis kat sini. tak tak. kang orang tuduh aku plagiat pulak. mihmih. aku akan summarize kan setiap chapter kandungan buku tu di sini, dan kalau ada yang mahu membincangkan apa-apa berkaitan isi buku tu, dialu-alukan. sebab pemahaman setiap orang berbeza kan? mungkin aku interpret cara lain, orang lain faham cara lain. so, feel free to discuss anything regarding the topics here. kat facebook pun boleh, kalau anda friend facebook sayalah. hihi

so, here's the book............



i'm sure ada jugak antara pembaca yang dah baca buku ni. buku merupakan kompilasi segmen 'Al-Quran dan Sains' dalam majalah Infiniti.

so, seperti yang saya katakan kat atas tadi, feel free to discuss anything regarding the topics akan akan saya summarize kan tu. in case saya tersilap faham atau tersilap summarize, mohon tegur. sebab macam saya cakap tadi, saya mungkin silap faham.

ok tu je. lepas ni saya akan update bab pertama buku ni. stay tune :) maaflah kejap saya kejap aku, kejap formal kejap tak formal. haha.

Assalamualaikum.