Tuesday, May 24, 2011

akhirnya...

ASSALAMUALAIKUM...

hai semua!! tadaa... saya dah tukar template saya. oh header sekali. haha.. kenapa saya tukar? entah. sebab saya rasa nak tukar. logik tak alasan tu? hehe.. walaupun blog saya taklah secantik dan seblink2 blog anda dan mereka2 yang lain, but at least, saya dah try kan? saya akui saya tak pandai sangat bab2 mengedit template memplate bagai ni. so, thanks to my dear  Amirah Shahrudeen yang dah tolong guide saya untuk membaik pulih blog saya ni. thanks dear!! sayang kamu........

next, saya nak cerita kat anda semua pasal.. err.. cerita ke? bukan cerita. nak share je. esok saya nak pergi sekolah!! yeay!! dah lama ok tak sekolah. buat apa pergi sekolah? saja nak jalan2 jumpa cikgu dan kacau junior2 tercinta. haha.. eh bukanlah. saya nak pergi sekolah sebab saya nak ambil sesuatu. apa? tak boleh bagitau sekarang. nanti ye. nanti saya update aktiviti yang bakal saya lakukan kat sekolah. hehe.. tungguuuuuuu......

oh ye. sebenarnya saya nak update pasal bahaya penggunaan eskalator sebenarnya malam ni. tapi, disebabkan info yang saya cari tak cukup dan tak difahami, maka saya pendam je hasrat tu. huhu.. mana taknye, semua artikel yang saya jumpa dalam internet, semua dalam bahasa indonesia. duhh.. sorry to say, saya tak faham ok? saya bukannya jenis yang melayan sinetron2 indonesia ni. maaflah. so guys, kalau ada yang dapat info dari mana2 sumber tentang bahaya eskalator ni, do tell me ok? i need to write about it. sebab saya tengok, ramai rakyat malaysia yang masih tak sedar tentang bahaya benda alah tu kepada kita.

oklah guys. i'll end this here. i need to sleep early sebab esok nak bangun awal *macamlah kau boleh tidur awal deeya oii..* ok, we'll see seawal mana saya boleh tidur. haha.. ok guys. selamat malam. oh yang baca entry ni waktu pagi, selamat pagi. eh, anda baca waktu petang? selamat petang!! adilkan? hehe.. semua orang dapat. ok chow.. tata.. assalamualaikum..

*the cute cat waving you good bye!! he's really cute isn't it?*


thanks for reading guys!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Monday, May 23, 2011

Day 5: what makes me different from anyone else

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! maaflah sebab tak update semalam. sebab terlalu khusyuk melayan drama nur kasih kat youtube, sampai terlupa nak mengupdate blog tercinta ni. ok2. disebabkan saya tertinggal satu hari daripada kawan2 saya yang dah masuk hari keenam cabaran 30 hari ni, maka, saya nak settlekan benda ni dululah ye. idea untuk buat post lain memang ada. tapi belum diterjemahkan dalam bentuk penulisan di blog lagi. tunggu ye? ok, berkaitan tajuk hari ni, apa yang membuatkan saya berbeza dengan orang lain. erm, saya tak pernah pun fikir pasal ni. walaupun kadang2 memang saya rasa saya berbeza dengan orang lain *apa kau cakap ni deeya weyh...* ok now, let's get started..

  • TAK TAHAN PEDAS TAPI MAKAN JUGAK
ok. ni satu kelemahan saya yang saya tak berapa suka. tak tahan pedas. entah dari mana saya dapat genetik ni, saya pun tak tau. family saya semua kuat makan pedas. but not me. well, kadang2 saya try jugaklah kan nak makan pedas. but then at the end, mesti perut saya jadi kembung dengan air. haha.. nak hilangkan pedas punya pasal, mestilah minum bergelen2 air. ibu saya pun cakap, "kau ni ngah, pedas sikit pun tak boleh" hehe.. sorry bu. bukan angah yang control lidah ni. tapi yang peliknya, kadang2 bila orang cakap makanan tu pedas, saya pulak yang cakap tak pedas. dush~~ memang sangat pelik ok?

  • SUKA BARANG YANG NAMPAK VINTAGE
ramai kawan2 saya malah family saya pun, tak suka barang2 yang macam ni. but yeah sometimes taste saya memang teruk pun. haha.. sampai kadang2 bila nak beli barang, saya lebih prefer orang lain pilihkan untuk saya daripada saya pilih sendiri. kenapa? sebab semua orang cakap taste saya tak best. duhh.. sedih ok? tapi kalau barang2 yang nampak vintage ni, saya suka sebab ia nampak klasik. contohnya baju kurung cotton yang corak macam orang dulu2 pakai tu. walaupun ada orang yang tak suka, tapi saya suka *muka mintak penampar. haha*

  • SUKA LAGU LAMA DAN TAK BERAPA LAYAN LAGU BARU
hah, yang ni lagi satu. kebanyakan kawan2 saya, suka lagu lama dan masih layan lagu baru. tapi entah kenapa, saya tak berapa suka lagu2 baru ni. macam takde penceritaan. err, tu bagi sayalah. tak taulah kan bagi anda macam mana. so, saya lebih prefer lagu lama. anda tak suka? up to you..

  • ULTRA SENSITIF TERHADAP MASALAH
contohnya, kalau ada kawan saya bergaduh, dan benda tu sampai ke pengetahuan saya, saya akan jadi stress. kenapa? sebab i will spend most of my time think of the way to solve THEIR problem. saya yang fikir ok? bukan tuan punya badan. haha.. terukkan? tu belum kira masalh sendiri lagi tu.

oklah guys. rasanya tu je kot. tak tau nak tulis apa dah. erm, actually, i already late for my appointment. haha.. appointment apakah? appointment dengan kawan baik sayalah.. tuan nor farhana. oklah guys. i'll end this here. chow.. tata.. assalamualaikum..

thanks for reading guys..
terima kasih..
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Saturday, May 21, 2011

the bigger the mass, the bigger the INERTIA

ASSALAMUALAIKUM..

kenapa tiba2 saya bercakap pasal inertia? inertia tu apa? anda tau? kepada adik2 form 4 dan form 5 mungkin mereka tau malah arif lagi tentang inertia mak tia ni. persoalannya sekarang, kenapa tiba2 saya nak merungkai teori fizik pulak ni? dah lari betul dari bidang pembelajaran saya. haha.. ceritanya macam ni, semalam, time saya naik bas dari UiTM Shah Alam menuju ke kompleks PKNS, tiba2 je saya teringat kata2 cikgu fizik saya waktu saya form 4, katanya, "the bigger the mass, the bigger the inertia." memang konsep tu saya ingat sampai sekarang walaupun sekarang saya ambil jurusan sains hayat. memang takde kaitan langsunglah kan dengan fizik2 ni.

inertia ni apa? er, saya tak taulah kan ayat buku yang menyatakan apa itu inertia, tapi kalau ikut encik wiki kesayangan saya ni, dia cakap inertia ialah sifat semula jadi suatu objek yang cenderung untuk menentang sebarang perubahan kepada keadaan atau bentuk asalnya , sama ada dalam keadaan pegun (statik) ataupun dalam keadaan bergerak. tu maksud dalam bahas melayulah ye. kalau nak yang dalam english punya, pergi bukak buku teks fizik tingkatan empat *ada ke? i'm not sure.*

ha kalau dah tak faham sangat tengok jela video kat bawah ni. hehe.. tak retilah nak menerangkan. peace yaww!!

oklah guys. chow. tata..

thanks for reading!!
thank you!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)