ASSALAMUALAIKUM..
hey hooo there readers!! sorry again sebaba laaaaaaaaaamaaaaaaaaaaaaa dah tak update. takpe takpe. here i am once again.
aku ada join satu competition buat cerpen untuk nurses day kt kampus aku. so, secara menggediknya aku nak post cerpen tersebut kat sini. nak bagi korang baca, then komen ek? hehehe... terima kasih wahai readers yang budiman :)
AKU PELAJAR KEJURURAWATAN
Mataku terkebil-kebil merenung skrin empat segi
bercahaya di hadapanku. “Biar betul?” desis sang hati. Setelah beberapa minit
aku termangu sebegitu, akhirnya aku memanjangkan tangan mencapai telefon bimbit
di sisi. Jemariku pantas mendail sesuatu. Ingin rasanya aku menyuarakan rasa
hati ketika itu. Biarpun senyuman yang mekar di bibir sudah cukup menggambarkan
segalanya. Sambil meraup wajah, kutekapkan telefon bimbit ke telinga, menunggu
talian di sambungkan.
“Assalamualaikum ayah. Angah dapat tawaran sambung
degree nursing UiTM” ujarku sebaik
sahaja talian disambung. Entah apa agaknya perasaan ayahku ketika itu. Lantaran
dia menyandarkan harapan yang tinggi agar aku meneruskan pelajaran dalam bidang
perubatan.
“Nursing?
Angah ada apply course tu ke hari
tu?” terdengar suara ayah bertanya di hujung talian. Jujurnya, kursus
kejururawatan adalah antara lapan jenis kursus yang kupohon ketika membuat
permohonan kemasukan ke IPTA, tetapi sekadar untuk mengisi kekosongan borang
tersebut supaya tak nampak lopong. Tak pernah terjangkau dek akal fikiran untuk
menyambung pelajaran dalam bidang ini. Namun entah kenapa, hatiku berbunga
gembira menerima perkhabaran ini meskipun ia bukan satu keputusan yang aku
nantikan saban hari.
“Tapi apa persepsi kawan-kawan aku nanti kalau
mereka tahu aku dapat kursus ni? Mesti mereka akan pandang rendah pada aku.”
Getus hatiku. Sebagai seorang pelajar lepasan kolej matrikulasi, keputusan
peperiksaan akhirku agak memberangsangkan. Namun begitu, tentu sahaja ada
beberapa suara sumbang yang akan berkata itu ini tentangku.
Kuluahkan kegusaran itu kepada ibu, kata-kata yang
ibu titipkan buatku pada malam itu menjadi penguat semangat aku sehingga hari
ini. Kata ibu, “Kalau tiada jururawat, macam mana doktor nak buat kerja? Kalau
tiada jururawat siapa yang nak jaga orang sakit? Doktor rawat je, yang menjaga
pesakit tu tugas jururawat. Ingat senang ke kerja jururawat ni? Pedulikan apa
orang kata. Kejar cita-cita angah. Nanti dah berjaya, baru orang akan buka
mata.”
Saban hari aku cuba membayangkan diriku dalam
uniform serba putih sebagaimana yang sering aku saksikan di hospital tempat
ayahku mendapatkan rawatan penyakit jantungnya. Dan setiap kali itulah juga aku
semakin positif dengan keputusanku menerima tawaran melanjutkan pelajaran dalam
kursus kejururawatan itu. Ditambah lagi dengan sokongan dan galakan dari
keluarga dan teman-teman rapatku.
Berada di dalam bidang ini, walaupun hanya sebagai
seorang pelajar, membuatkan aku sedar, profession kejururawatan bukanlah sebuah
profession cikai-cikai seperti yang sering diperkatakan. Cikaikah jika terpaksa
berdepan dengan risiko kehilangan nyawa pesakit andai tersilap walau sekecil-
kecil langkah? Lantas, aku berazam untuk merubah pandangan masyarakat Malaysia
terhadap profession mulia ini.
Bagiku, setiap orang merupakan jururawat.
Sebagaimana tertanamnya sikap seorang pengajar di dalam jiwa setiap manusia,
begitu jugalah hadirnya fitrah seorang perawat yang hadir di dalam jiwa setiap
insan. Cuma yang membezakannya hanyalah keikhlasan dan kemahiran yang diasah
dalam diri setiap individu. Kalau tidak masakan seorang ibu mampu merawat anaknya
yang terluka tanpa perlu membawa mereka berjumpa doktor di klinik.
“Misi! Misi!” suara seorang pesakit tua berbangsa
cina menyapa gegendang telinga. Entah kenapa hati terasa berbunga bila
mendengar gelaran itu. Walaupun pada suatu masa dahulu, aku menganggap gelaran
itu sebagai kuno dan ketinggalan zaman. Namun kini segalanya berubah, aku mula
merasakan gelaran itu menambah kemesraan antara aku dan pesakit-pesakitku.
“Ada apa popo?” Popo ialah gelaran yang sering aku
dan rakan-rakan berikan kepada pesakit-pesakit wanita tua yang berbangsa cina
yang bermaksud nenek. Terasa lebih mesra dengan gelaran sebegitu.
“Misi dah makan? Mau makan sama saya?” tanya
wanita tua itu.
“Takpelah popo. Popo makanlah. Mari saya suapkan.”
Begitulah rutin harian yang sering kami jalani
sebagai jururawat pelatih di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN). Menyuap makanan ke mulut pesakit adalah
antara rutin kegemaranku kerana aku merasakan seperti sedang menyuapkan makanan
ke mulut ibuku sendiri. Setiap satu suap yang disua ke mulut pesakit, menggamit
bahagia yang menyelinap ke seluruh tangkai hati.
Dalam masa yang sama, aku berdoa agar Allah SWT
mengurniakan kesihatan yang baik buat ibu dan bapaku dan agar aku dapat
berbakti kepada mereka di saat mereka memerlukan khidmatku.
Benarlah kata orang, bila ikhlas itu hadir dalam
setiap pekerjaan, maka insya Allah akan dipermudahkan segala urusan yang
dibuat.
“Sedap popo?” tanyaku sambil menyudu baki nasi
yang masih bersisa di dalam pinggan yang tersedia.
“Manyak sedap misi. Manyak sedap.” Ujar wanita tua
itu sambil mengunyah setiap butir nasi yang disua.
“Kalau sedap, popo kena makan lagi. Bagi cepat
sembuh. Boleh balik cepat-cepat.” Kataku lagi sambil tersenyum meskipun aku
tahu wanita yang telah kehilangan deria penglihatan itu tidak mampu melihat
senyuman yang mekar terukir untuknya.
Wanita warga emas itu hanya mengangguk-angguk
perlahan sambil mulutnya ternganga lagi menunggu suapan nasi yang terakhir
masuk ke mulutnya.
Mendapat pengalaman menjalani sesi klinikal di
hospital-hospital sekitar universiti tempat aku menuntut banyak mengajar aku
erti sebuah kehidupan. Dengan usia yang baru setahun jagung, aku bersyukur
kerana telah diberi peluang untuk melihat sendiri segelintir cabaran dunia yang
membuka mataku tentang beberapa perkara.
Seringkali aku terjumpa seorang ibu yang sanggup
menjaga anaknya yang sakit di hospital tanpa mengira keselesaan dan keletihan
yang dialami oleh dirinya sendiri. Tapi jarang sekali aku melihat seorang anak
yang sanggup menjaga ibu atau ayahnya yang sakit di hospital sepertimana mereka
dijaga oleh ibu bapa mereka ketika mereka sakit.
Dari situ aku sedar, seorang ibu mampu menjaga
hatta 10 orang anak pun. Tapi mampukah seorang anak menjaga hanya seorang ibu?
Ibu yang telah bersusah payah menjaga ketika sakit, melindungi ketika susah dan
menceriakan ketika gundah.
Sekali lagi aku panjatkan doa semoga Allah
menjadikan aku anak yang mampu berbakti sepenuh daya kepada kedua ibu bapaku
setiap kali mereka memerlukan aku. Dapat kubayangkan kesedihan yang beraja di
hati si ibu apabila anak yang ditunggu tak kunjung tiba.
Sungguh, aku tak sanggup andai ibuku sendiri
terpaksa menghadapi situasi sebegitu. Doa kutitip lagi semoga semua insan
bergelar anak tidak tegar mengabaikan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa yang
telah banyak berkorban untuk mereka dan semoga setiap pesakit di bawah jagaanku
cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan normal seperti manusia lain.
Kuumpamakan jururawat seperti matahari yang
membakar diri demi insan sejagat. Jururawat terdedah kepada berbagai-bagai
jenis penyakit berjangkit yang berbahaya ekoran pendedahan mereka kepada
pelbagai bakteria dan virus yang dibawa oleh keadaan sekeliling di dalam
hospital. Maka bagiku, profession ini seharusnya tidak lagi dipandang sebagai
kerjaya kelas bawahan oleh masyarakat sekeliling, sebaliknya memandang
jururawat sebagai satu profession yang mulia sebagaimana mulianya kerjaya
seorang guru.
dah habis. i do need your comments guys. dah laaaaaaaaaaaamaaaaaaaaaa gila tak mengarang, dah berkarat skru spana dan sebagainya kat dalam otak ni. tadi nak mengarang pun kena gerudi dulu cerebellum ni. >.<
ok guys. maaf kalau ada kekurangan. insyaALLAH, lain waktu akan diupdate lagi blog busuk bau kepam ni. till we meet again. assalamualaikum.
thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada :)
6 comments:
pengalaman :)
wah,..boleh teruskan menulis,..nice post,..nak jadi journalist ea? ;)
p/s: nak jemput awk join contest saya
http://neiaa90.blogspot.com/2012/07/contest-my-beloved-follower.html
love it. tererle... ptutla menang
akak,,,camne nak apply lam nursing ni? adk minat sgt la..now adk nga tggu result spm. lau leh...tlg la bg tunjuk ajar sket kt adk ni
Nice story, sy dulu pun tak minat langsung nak msuk bidang p'ubatan nie, sy slalu b'angan2 nak jd fashion designer, tp yg d angan2 pula trbng m'lyang. . Yg tak d duga pla dtg. . Hehehe syukur tuhan bg keja yg muliaa :)
Sama la posting kna kt kusta negara sg buloh.. male nurse lagi la terasa janggal tp dlu la...
Post a Comment