Friday, September 30, 2011

Contest Best Photo of Me by Mayalisa

ASSALAMUALAIKUM..

ok disebabkan aku taktau nak update apa kat blog yang dah semakin berdebu debuk ni, maka aku putuskan urat halkum dan marih untuk join contest cik mayalisa kita ni :)












err, gambar aku tak lawa mana punlah. saja je nak hantar. huhu.. manalah tau kan tetiba rezeki aku. dapat hadiah sabun dettol seketul. eh hadiah dia bukan sabun dettol ye. sila jangan tertipu dengan propabergandaganda aku ni.

first gambar yang aku rasa macam nak dipertaruhkan....







tadi kata first. sekali kau letak dua gambar sekali gus. apa cer ni deeya?

maaflah ye korang. excited terlebih pulak tetiba. huhu..

mangsa tag aku,


mereka yang ditag ni maybe tengah busy sekarang. yelah kan. masing masing baru masuk belajar, mestilah banyak benda nak kena settlekan. tapi apakan daya, most kawan blogger aku lebih kurang baya akulah. so, nampaknya, semua pun tengah busy study. huhu.. so, kepada anda berdua yang di tag ni, takde paksaan pun okeh nak masuk atau tak :)

eh for your info guys, aku memang suka gambar gambar ni. sebab tu aku pertaruhkan. tak lawa? takpe. tak kisah pun nyah..

eh ok tu je. jumpa lagi entry selepas ni.. err.. tu pun kalau aku rajin nak menghapdate laaa ye sayang sayang sekalian :)

adioss.. assalamualaikum..



p/s: hangpa tau ka nak klik mana untuk join contest ni?
klik kat banner contest naa :)
thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Thursday, September 29, 2011

spontaneous thursday - #7

ASSALAMUALAIKUM..




hari ni birthday aku!! okbai :)

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)


Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday- tarikh itu :)

ASSALAMUALAIKUM..


p/s: sila telengkan kepala anda :p

p/s2: ada apa dengan tarikh tu?

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Monday, September 26, 2011

hari ulang tahun yang ke 19

ASSALAMUALAIKUM..

ok ni short update saja. sebab nak sambung baca buku anatomy yang dah sekian lama terkangkang luas depan mata aku tapi aku tak baca baca lagi. huhu..

hari ni, 26 september, ialah hari lahir encik fahrin. senyum sikit :)

ok aku tak bercakap pasal fahrin ahmad sekarang ni. tapi...........
















yeah. hari ni birthday budak comel ni yang sekarang dah berumur 19 tahun.

dulu sikit punya comel... sekarang??

comel? fikirkan semula :p

ok baiklah. stop mengutuk. hahaha.. jahatnya aku. huhu.

so, to this wonderful person of my life, happy 19th birthday. ye awak dah 19 tahun. sila jadi lebih matang dari semalam dan tahun lepas lepas.


usia kita makin meningkat dari sehari ke sehari. so, maknanya, awak dah makin tua ye encik fahrin. aku? eh aku muda lagi. hehe..

but yeah.. very soon, aku pun akan capai umur 19 tahun tu jugak. insya ALLAH.

kenapa very soon? ok mari aku bagi hint, birthday aku dah dekat. sila pos hadiah korang ke kolej angsana satu, uitm puncak alam ye.

ok tu je. korang nak wish birthday untuk encik fahrin? leave your comments below. thank you :)

adioss.. assalamualaikum..

p/s: nyanyi lagu birthday sikit :)

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Saturday, September 24, 2011

random post.cerita rawak.

ASSALAMUALAIKUM..

hey hoo.. apa khabar semua pembaca setia blog aku? *ada pulak pembaca setia. huhu* maaflah ye nyah. aku dah lama tak update.

bukan sebab takde idea. tapi sebab kekangan masa.biasalah kan. student professionallah katakan. hiew hiew *tiru bella lim gelak*

ok baiklah. mari start. first of all, aku nak share video ni dengan korang,



wondering who is it? itulah encik fahrin :)



saja nak bagi korang halwa telinga. hiew hiew..



secondly, nak share dengan korang gambar sunset kat puncak alam yang aku snap before aku solat maghrib semalam. haa.. tadi halwa telinga kan? ni halwa mata pulak.






kualiti gambar tak bagus sangat sebab aku guna kamera dslr model sony ericsson je *kamera handphone je gamaknya...*



ok story seterusnya ialah aku nak bagitau korang bahawasanya aku dan kawan kawan yang satu course dengan aku kat puncak alam ni, semua takde kelas dari semalam, merangkap hari jumaat, sampailah hari isnin nanti. eh, jangan jealous ye. muahaha..





another story is, ok yang ni panjang sikit. sila pasang suis segala jenis deria korang untuk tumpukan perhatian kat cerita aku. kalau ada lagu terpasang sila padam dan tumpukan sepenuh deria pada cerita ceriti aku yang tak best ni. eh best ke, tak best ke, ada aku kisah? korang kena jugak baca. tak kira tak kira. muahahaha..


mungkin aku dah terbiasa dengan kelas yang tak ramai pelajar lelaki, plus lagi dengan cuti berbulan bulan bulan bulan tu yang membuatkan aku langsung tak jumpa kawan kawan lelaki aku yang selain daripada encik fahrin, maka, bila masuk sini, aku rasa sangatlah awkward bila berhadapan dengan student lelaki.



ini cerita betul tau. aku tak tipu. ok, maybe ada kawan kawan lelaki aku akan cakap aku tipu. sebab bila aku chat dengan diorang kat facebook, memang aku all out giloss. macam aku dengan kawan kawan perempuan aku di dunia realiti.


tapi kawan kawan lelaki aku yang lama tu lainlah cerita sebab aku dah lama kenal diorang. yang aku baru kenal ni? takes time jugaklah weyh nak biasakan diri bercakap dengan diorang. huhu.. so, kepada korang korang yang berkenaan, maaflah ye. nanti bila aku dah biasakan diri dengan korang nanti, korang taulah perangai sebenar aku. muahahaha..



sebab most kawan kawan aku cakap aku sengal. is it? yeah. i guess it is true. huhu..


alhamdulillah. sepanjang aku kat sini, aku takde lagi homesick. mungkinkah sebab parents aku tiap tiap minggu datang sini hantar pelukan lauk? eh mana ada ibu aku datang hantar lauk. ini tipu semata mata.


tapi yang pastinya, aku sangat senang nak adapt dengan housemates aku. sebab semua pun kepala senget macam aku jugak. in fact, bila aku duduk dengan diorang, memang boleh pecah rumah kitorang ni weyh! asyik ketawa je.




classmates? semua ok. tapi yeah. macam aku cakap tadi. aku masih belum biasakan diri dengan guys in the class. padahal 5 orang je pun. pfffttt...






apa lagi nak share dengan korang ek? erm......






oh and one more thing. aku tak sangka ada coursemate aku yang lelaki pun layan blog. hekhek.. sebab selalunya aku tengok masing masing takde muka blogger pun. oh yeah.. don't judge a book by it's cover ye deeya.


ayah su aku tanya macam ni kat aku semalam,

course kau ada lelaki? lembut lembut tak student lelaki?

aku pelik. kenapa ramai orang yang beranggapan male nurse is a sotong type man? kenapa? ingat kerja nurse ni asyik berlemah lembut je ke? well, of course lemah lembut itu perlu and in fact penting untuk kerjaya nurse ni. tapi, aku tak suka bila ada pihak yang menganggap profession nurse ni senang. it is not that easy okay people.


bagi aku, nurse is the hero instead of doctors. sebab doktor cuma merawat dan bagi ubat. tapi nurse yang care dan jaga patients sampai sembuh. ingat senang ke nak buat semua tu?



haih.. aiyook.. deeya dah emo. huhu.. maaf maaf.


ok before aku jadi lebih emo macam domo-kun, baik aku stop. huhu..





eh readers!! lupa nak cakap. aku rindu korang :)

adioss.. assalamualaikum.

p/s: panjang giloss entry kali ni.
huhu..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Wednesday, September 21, 2011

wordless wednesday- red roses

ASSALAMUALAIKUM..










p/s: takde niat nak berjiwang pun sebenarnya.
tapi tiba tiba idea sasterawan negara datang
beraya kat dalam minda aku.
layankan jelah ye nyah.

p/s2: release stress before kembali menstresskan diri
dengan antomy dan nursing fundamental.
:)

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Tuesday, September 20, 2011

anatomy and physiology

ASSALAMUALAIKUM..

haa.. tu dia. demam anatomy melanda diri si deeyamorten yang sengal. guess what? tadi lecture anatomy aku je dah 5 jam!! sederet okeh. cuma ada break 1 hour untuk kitorang pergi solat. tu je. fullstop.

plus lagi dengan 2 hours of me studying the subject just because aku tak faham sepatah habuk yang puan rozana ajar kat dalam lecture hall petang tadi.

tapi end up, mengantuk. ubat mengantuk? on lappy, online facebook, buka blog, update new entry.

senang kan? hahahaha.. lepas ni tak menghadap buku dah. menghadap bantal pula.

haa.. nak tengok tak buku buku aku yang tersayang?

tebal tak? tebal tak? tebal tak? muahaha.. berat 15 kg untuk satu buku. harap maklum >.<

eh pastu kan. semalam kan. ada orang kan. bagi kan. aku kan. bunga kan. ish.. banyaknya kan kan? hahaha kan? kan?

sila menyampah tahap naga bertelur 15 biji.





saja je nyah nak bagi korang jeles. muahaha..

siapa gerangan yang bagi? biarlah rahsia kekal menjadi rahsia. :)

tu jelah nyah. adioss.. assalamualaikum..

p/s: sejak masuk palam ni,
tak habis habis nak ber'nyah nyah'
dengan korang. kesian korang. huhu..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Saturday, September 17, 2011

rumah vs asrama

ASSALAMUALAIKUM..


dependent vs independent

family vs alone

sepah vs kemas

well, mari sini aku terus terang kat korang tanpa perlu menjadi seorang deeya plastik.

aku bukan seorang yang pandai mengemas



ok, ini jujur dan ikhlas dari lubuk hati aku yang paling dalam.

kalau kat rumah, aku seorang yang penyepah. yang ni tak tipu. tapi kalau kat asrama, aku seorang yang agak particular pasal barang barang aku. aku simpan kat mana, aku susun macam mana bla.. bla.. bla..

aku tak taulah korang macam mana, tapi deeya yang kawan kawan aku kenal kat asrama dan angah yang kakak dan adik adik aku buli kat rumah mempunyai beberapa karakter yang berbeza.

mungkin sebab kat rumah tempat aku lepak while kat asrama tempat aku study dan tumpukan fokus sepenuhnya untuk pelajaran aku?




ada kaitan ke deeya oii?

adalah kot sikit sikit.




aku agak cerewet kalau kat asrama. dulu kat matriks boleh kata everyday aku kemas dan sapu bilik aku.

tapi kalau kat rumah? lu pikirlah sendiri nyah.

korang ada mengalami penyakit split personality macam aku tak?






kalau ada, sila kongsikan di talian hotline 1300-88-2525 dan pastikan anda order sekotak pizza super supreme dan dialamatkan ke kolej angsana satu uitm kampus puncak alam.

kelakar? jangan gelak. eh aku serious ni, jangan gelak!




i wonder how i will act bila dah move tinggal rumah sewa nanti.

haaaa..... sempuuuuttttt!!! *tiba tiba*

ok. time to sleep princess deeya *tiba tiba claim diri princess. buang tebiat ke apa kau ni jah?*

oklah nyah. mak nak tidur ni. nanti berkedut pulak muka mak yang vogue ni. adioss.. assalamualaikum..



p/s: entry ni di draftkan dalam buku
conteng aku malam semalam.
pagi ni baru aku taip balik kat blog.

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Wednesday, September 14, 2011

tekad

ASSALAMUALAIKUM..

ok. aku kalau dah mengadap blog memang sangat fokus. tapi fokuskah aku nanti time menghadap buku buku tebal gilosss siput baby seperti buku fundamental in nursing tu?

nasiblah aku tak dapat lagi buku tu. haha..

aku pernah mention dalam entry sebelum ni yang aku memang tak pernah terfikir pun nak jadi nurse. tak pernah terfikir pun nak ambil degree dalam jurusan kejururawatan. dan tak pernah terfikir pun untuk tau apa sebenarnya tugas seorang nurse tu.

nurse tak secikai yang ramai masyarakat kita anggap.

nurse tak semudah yang ramai orang sangka.

nurse tak segarang yang orang kata *ada ke orang kata macam ni?*

tadi time kelas puan siti khuzaimah tadi, dia tanya kitorang, betul ke nak jadi nurse? sebab nak jadi nurse ni kena selalu senyum, dan mesti minat.

huhu.. aku MEMANG nak jadi nurse. walaupun jadi nurse bukan pilihan pertama aku.

tapi aku tau, setiap perancangan ALLAH tu, ada hikmah dan kebaikannya.

walaupun aku taklah selembut dan semesra nurse nurse lain kat hospital tu, aku akan usaha untuk jadi lagi lembut dari diorang.

ada berani nak tengok aku jadi sopan santun?

muahaha.. mesti encik fahrin terus datang rumah jumpa ayah aku nak masuk meminang lepas ni. opss...

puan siti cakap,

nurse tak sama dengan doktor. doktor lebih kepada diseases and curing. tapi nurse more to PATIENT AND CARE.

persoalan kini.... cukup caringkah aku?

cukup ke kredibiliti aku nak jadi nurse ni?


layak ke aku ni?














hanya masa yang menentukan.


korang doakan aku ye. azam aku kali ni and hopefully sampai bila bila...


sentiasa senyum. takde lagi muka ketat macam seluar leggings tu

sentiasa berfikiran positif untuk semua perkara 

cemerlang dalam akademik dan sahsiah aku 

bukan senang nak jadi senang. tapi tak susah untuk jadi susah. right?

doakan aku guys. doa banyak banyak supaya nanti time korang datang hospital nak jumpa nurse, korang akan jumpa nurse yang baik, sopan santun dan lemah lembut MACAM AKU. muahaha..

saja je nak besarkan perkataan macam aku tu.

adioss.. assalamualaikum..

p/s: senyum seindah suria ;)

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

beza becok dan ramah

ASSALAMUALAIKUM..

hey hoo!! wah agak lama aku tinggal blog ni berhabuk sampai segala jenis binatang peliharaan giant kawan doraemon tu dah datang menetap kat blog aku ni. eh lama sangatlah kan aku tinggal blog ni. hahaha..

semalam dan hari isnin lepas aku takde kelas pun. so free sepanjang hari sampai aku pun bosan bergolek golek atas katil. haha.. tapi hari ni, kelas pertama aku dah start.

first kelas patutnya kelas TITAS pukul 8.30 pagi tadi. but then aku pun tak tau kenapa lecturer tak menampakkan batang hidungnya yang mancung dan halus mulus selembut sutera tu kat dalam lecture hall. pergh.. berasap bontot kitorang tunggu lecturer tu 3 jam tak masuk masuk.

at last, kelas TITAS pun tamatlah. pastu mulalah pulak kelas holistic care in nursing.

ok aku menaip ni bukan nak cerita pasal kelas akulah ngeng. aku nak share dengan korang pendapat terbaru aku pasal perbezaan becok dan ramah. eh ramah ye bukan marah.

entry kali ni mungkin seangkatan dengan entry feveret aku, kentut vs terkentut tu. hahahaha..

ok first thing first, second thing second, and third thing third....



RAMAH: senyum dan hai kat semua orang yang dia rasa macam kenal

BECOK: buat selamba badak mak jah balik kampung je bila jumpa orang orang yang dia kurang kenal walaupun dia sebenarnya kenal *eh apa aku cakap ni?*

gambar takde kaitan langsung dengan entry ni. tapi aku suka ayat dia :)


RAMAH: selalunya bercakap dengan orang sekeliling pasal point point yang berfaedah je. kiranya selalu share info dengan kawan kawanlah.

BECOK: monyet tengah menari salsabila sambil pusing pusing pokok kelapa pun dia nak cerita kat semua orang.





RAMAH: selalu senyum. selalu dan sentiasa beza okeh!

BECOK: kadang kadang buat muka ketat konon konon serious sangatlah tu. padahal takde geng nak layan dia bercakap. muahahaha..


err... lalala~~



RAMAH: tegur orang yang sepatutnya je (lelaki gatal yang sedang dalam proses mencari pasangan buat mengawan menari direject awal awal)

BECOK: tetap teruskan kebecokan macam unta tercabut ekor tu walaupun kat depan vice canselor sekalipun.


again, gambar tanpa motif



RAMAH: disenangi orang ramai

BECOK: kadang kadang ada orang yang tak menyenangi kebecokan mereka itu *amboi.. skematik diagram sungguh ayat aku*


senyum banyak banyak macam encik patung merah ni



RAMAH: most of them ambil berat pasal perasaan orang sekeliling

BECOK: most of the time kurang alert pasal sensitiviti orang terhadap sesuatu perkara akibat terlalu syok bercakap.



yeah once again. takde motif punya gambar







ok macam biasalah. ni semua pendapat aku semata mata sehidung hidung semulut mulut dan berhelai helai rambut. again aku ulang PENDAPAT AKU! kalau ada terkasar bahasa sekasar kertas graf pasir tu, maaflah awal awal aku pohon dari korang korang yang baca ni.

disebabkan aku tengah dalam mood study sekarang ni *sila percaya :p* maka ayat aku agaksss skemassss sikit. eh banyak.

mengantuklah derr oii derr!! baru lepas makan dah mengantuk pulak mata sepet aku ni. ular sawa baka biawak komodo betul.

eh oklah. nak pujuk mata aku bagi terbukak sebesar mata panda sat. hihihi.. tak lawak. jangan gelak.

tata.. adioss.. assalamualaikum..

p/s: tak taulah bila aku
berkesempatan nak update lagi.

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Saturday, September 10, 2011

ayat tipikal minggu orentasi

ASSALAMUALAIKUM..

holla peeps! aku balik minggu ni seperti yang dijanjikan. ouch.. haha gedikss..

hari ni aku nak share pengalaman aku berorentasi. bukan best atau tak minggu makan oren penuh vitamin c aku, tapi aku nak share ayat tipikal yang freshie macam aku akan guna bila jumpa orang dan persekitaran yang baru di tempat baru yang serba baru.

kuningnya gigi pakcik oren meluat ni... ewwwww


first step, cuit sang mangsa yang nak ditegur yang duduk kat sebelah korang tu. then, ayat yang akan meluncur laju macam skateboard dari mulut mungil korang pastilah.......

nama apa?

course apa? (dengan harapan diorang sama course dengan korang)

asal mana? 

duduk kolej mana? tingkat berapa? kalau sama aras, tanya pulak bilik nombor berapa. 

dulu matriks mana? 

see? tipulah kalau korang tak buat. muahahaha... eh tapi ini semua menurut pandangan dan pengalaman aku. tak taulah kalau korang macam mana pulak kan. 

ada jugak beberapa orang yang bila aku ajukan soalan pasal matriks tu, diorang bagitau diorang dari KMNS. what the..... aku tak pernah nampak pun weyh! haha..

kira oklah kan freshie selalu guna soalan soalan tu daripada guna soalan yang macam ni....

rambut pendek? kerinting ke lurus? atau botak?

selalu kentut bau apa ye? 

pakai baju warna apa hari ni? 

tolonglah weyh jangan tanya soalan macam kat atas ni. nightmare semua orang. at the end kang takde siapa nak kawan dengan korang. jangan salahkan aku pulak ek. haha..

kalau versi melayu, tajuk cerita ni tukar kepada NIGHTMARE BEFORE RAYA


susah nak cari budak yang satu course dengan aku. tapi aku tau agak ramai budak KMNS yang ambil nursing. again, unexpected. haha..

nak share dengan aku? silakan!! :)

ok penat menulis. adioss.. assalamualaikum..

p/s: siswa kampus aku cuma 70 orang je.
bandigkan dengan siswi yang ada 409 orang.
obvious kan bezanya?

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Monday, September 5, 2011

barang aku banyak?

ASSALAMUALAIKUM..

ayah aku bising kata barang aku banyak giloss.. banyak? aku rasa moderate je. takdelah banyak mana pun. kalau aku cakap sikit maknanya aku tipu. haha..

korang tolong judge untuk aku boleh? banyak ke?

ni sesi mengepack barang. bersepah nyah....

see? banyak manalah sangat? :p

sebenarnya aku nak cakap, macam ni, sikitlah jugak kalau nak bandingkan dengan barang barang yang aku bawak pergi muar dan kuala pilah dulu.


8 benda yang nak diangkut. tak kira dengan bantal lagi. harharhar..

haa... banyak ke bagi korang? ada kawan aku cakap aku nak pindah rumah sebab barang banyak sangat.

ada pulak tu yang cakap kalau naik flight beg aku dah kena humban ke laut. hish...

banyak ke??????

eh korang, sorry ye lately ni entry aku banyak merapu meraban. hahaha.. nanti kalau aku balik next week aku cari idea best ek? jangan risaulah derr..

eh tu jelah awok awok sekalian. good luck kepada rakan seperjuangan aku!! :)

adioss.. assalamualaikum..

p/s: doakan aku berjaya di sana ye
^______________^

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)