Monday, September 24, 2012

self confidence deficit

ASSALAMUALAIKUM..

jumpa lagi! ye mood aku nak menulis menjelma lagi. so, di sinilah aku. mencoret coret dengan tarian tangan yang ikut irama lagu The Boys-SNSD. eh sempat lagi kau. hahaha...

oh for your information, saya bukan obess K-Pop. minat biasa biasa jek. and paling minat SNSD. sekian terima kasih.

dah tutup cerita pasal K-Pop, M-Pop, J-Pop, mercun pop pop. main point nak cakap petang ni macam takde sangat pun. cuma saja memenuhi nafsu menulis. biasalah, perempuan kan ada 9 nafsu 1 akal. antara 9 nafsu aku, menulis blog laa agaknya ye? hoi, jangan layan perempuan ni merapu.

aku bukan nak heboh satu dunia. tapi just nak bagitau, aku tengah dalam proses jaga diet. aku tak kata aku BERdiet, aku JAGA diet.

macam mana? aku kurangkan makan nasi. bukan tak makan langsung tau, KURANGKAN. dalam seminggu atau dua minggu, sepinggan nasi. tak makan lagsung kang pengsan pulak oii jemah. takde tenagalaa katakan. hehe..

kalau aku fikir fikir balik, sebenarnya, takde rasional sangat aku nak jaga jaga DIET ni. eh memanglah point utamanya, nak kuruskan badan, nak turunkan berat badan, nak kurangkan babat (lemak) babat kat keliling pinggang ni. tapi bila aku belek diri kat cermin, hati kecil berbisik, "eleh, takdelaa gemuk sangat. perut je kebuncitan."

tapi, kenapa agak agak korang aku menjaga DIET ni?

sebab ada orang cakap aku chubby dan cara dia cakap tu betul betul membuatkan self confidence aku menurun sampai hari ni.

serious cakap, sangat sangat low self confidence aku sejak dua menjak lepas raya ni. sampai makan tak lalu, tidur tak basah, mandi tak lena, belajar tak susah. eh ok mengarut.

buat masa ni, dah hampir sebulan aku menjalani low carbohydrate diet ni. kalau aku makan pun, just makan lauk je. selalunya satu hidangan sumber protein, dan satu hidangan sayur hijau. no rice. tapi kalau dah kempunan tengok kawan kawan aku makan nasi tu, aku rembat ar sikit nasi. kang meleleh pulak air liur kalau tak ikut hawa nafsu aku yang satu lagi tu. haha

dan setakat ni, berat aku dah turun sikit. sikit je pun. tu pun nak kecoh satu dunia. hahaha... berapa? biarlah rahsia.

ok point utama post hari ni akhirnya dapat dikenal pasti.

pesanan ni, aku tujukan pada semua yang baca blog busuk ni, termasuk orang yang menulis ni jugak.

janganlah dok nampak keburukan orang lain je. walaupun orang tu gemuk, tak semestinya dia tu teruk dari segi sikap dan tingkah laku. ramai orang gemuk ni lagi baik hatinya dari orang orang yang kurus kedekang tu. lagipun, what's wrong of being fat? 

aku tak cakap orang kurus tu jahat dan orang gemuk tu baik. dan aku tak cakap orang gemuk tu jahat, dan orang kurus tu baik. semua orang ada kelemahan dan kelebihan sendiri. kalaupun orang tu gemuk, boleh kan cakap elok elok. instead of cakap,

  "oii, gemuknya kau! makan apa kat kampus tu? sedap sangat ke makannya? ingatkan rajin exercise naik turun tangga, kuruslah. takde pun. makin kembang je" (dengan pandangan mata yang meremukkan kalbu si mangsa)

ni contoh ok. CONTOH. tidak berkaitan dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

ye. saya sedang dalam usaha menarik kembali self confidence yang dah menjunam ni. ada sesiapa nak bantu?

till then, assalamualaikum. :)



p/s: maaf andai entry ni mengguris jiwa sesiapa yang membaca.
takde niat nak perli sesiapa. seriously takde.
kalau tak percaya, belahlah dada, operatelah hati ini.
salam sayang, deeyamorten.

Sunday, September 23, 2012

kawan, sahabat, matang dan usia

ASSALAMUALAIKUM..

ye aku kembali mencoret lagi. tak suka? ok sila main jauh jauh. lately ni aku selalu terfikir dan berfikir pasal perihal kematangan aku. pasal tahap kematangan aku. kenapa aku fikir macam tu? sebab usia aku dah semakin menginjak ke alam kedewasaan.

jujur aku cakap, aku belum rasa diri aku ni cukup matang untuk bergelar seorang gadis berusia awal 20-an. bagi sesiapa yang mengenali aku, terutamanya rakan rakan seperjuangan, mesti cakap aku ni kurang matang dari segi sikap. tapikan, bila difikir fikirkan balik, matang ni kalau tengok dari sudut yang berbeza, banyak makna matang sebenarnya.

mungkin aku belum cukup matang untuk digelar gadis matang. tapi aku rasa ada perkara yang mematangkan aku hari demi hari.

yeah. for your information, birthday aku yang ke-20 bakal tiba this coming saturday. instead of celebrating my birthday at home, aku terpaksa stay kat Palam for my birthday sebab ada modul yang aku perlu hadir.

kembali pada episod kematangan ni. ada perkara yang aku rasa aku matang, tapi ada perkara yang aku rasa aku ni masih setahun jagung lagi. berkenaan sikap aku bila dengan kawan kawan, yup, aku setuju kalau ada yang kata aku tak matang dari segi tu.

hahaha.... bukannya apa. kalau kat rumah, buat perangai pramatang sikit, malulah dengan adik adik kan? heee.... so, kat kolej ni, terasa diri muda lagi, tu yang terkinja kinja macam badak sapi kena air cap kaki tiga. eh?

but yeah, ALLAH tu Maha Tahu. semester ni, yakni semester 3 aku belajar kat Palam ni, aku dapat duduk sebilik dengan adik asasi yang muda 2 tahun dari aku. hmm.... bila difikir fikirkan, bagus jugak aku duduk dengan budak budak asasi ni, at least, depan diorang aku boleh bajet matang. kan? hahaha

oh ya. semester ni, aku pegang jawatan naib bendahari untuk program minggu orientasi junior semester satu. this is my very first time pegang jawatan untuk program. nak nak lagi naib bendahari. aku dahlaa kurang arif pasal mengira duit ni. so, again, ini antara proses yang mematangkan aku.

entry ni maybe takde gambar sangat pun. malas pulak nak menggoogle gambar gambar yang berkaitan. hahaha...

tapi insyaALLAH, i'll try my best to be as matured as possible. slow slow laa kan. kang tetiba je matang kang terkejut beruk kawan kawan aku. dengan aku sekali pengsan agaknya. hihihi..

woii.. dah nak masuk 20 tahun oii! tak sangka. cepat je masa berlalu. hahaha... banyak benda yang perlu dikecapi. dan banyak benda yang aku belajar sepanjang 20 tahun ni. korang acane?

so, tukar topik sat. sahabat. sahabat bagi aku, orang yang aku boleh cerita segala gajah rimau dengan beliau. boleh bergurau pung pang pung pang dengan beliau. boleh menangis sampai banjir satu KL kalau mengadu kat dia. dan boleh bermanja dengan dia bila aku rasa lonely. yup3, there is one person in my mind right now. hihihi...

kawan. kawan ni, ramai. boleh dicari. boleh buat teman bergurau. bergossip. berusrah. berjalan. bershopping. bermuhasabah diri. semualah. tapi aku rasa lainnya sahabat dan kawan ni is, bila dengan kawan, not everything kau boleh cerita kat kawan tu. 

but yeah. as long as jalinan ukhuwah tu berdiri atas dasar iman dan cinta kepada ALLAH, semua tu ibadah namanya. :)

dan tak kiralah sahabat ke kawan ke, semua aku sayang.

SEMUA ok. bukan separuh, bukan suku.

ok dah. perlu alih fokus dari lappy ke buku pulak. babai readers. doa doalaa semoga aku rajin menghapdate blog buruk ni lepas ni. kang tiba time rajin aku berjela aku tulis. hahaha

babai. assalamualaikum..

remember this entry? i won 1st place for the essay competition. thanks for the support guys! :D

rakan rakan seperjuangan. sayang korang sampai syurga insyaALLAH :D


oh ye. maaf sebab lambat sangat update pasal keputusan essay competition tu. hahaha... tak teringat pun nak tulis kat sini.

babai readers. jumpa lagi. assalamualaikum. may ALLAH bless us :) sayang anda semua

Friday, September 21, 2012

no idea

ASSALAMUALAIKUM....

ya ALLAH.... akwardnyaaaaaa!!!!!!!! dah lama sangat tak update blog ni sampai aku pun dah lupa format yang selalu aku guna untuk menghapdate. maaf ye pembaca pembaca sekalian. aku bukannya busy sangat pun actually. cuma mood nak mengupdate tu memang dah ke laut mati. hehehehe..

so yeah. hello to all! lama tak jumpa anda semua. amacam? ada sihatkah? i don't really have my own specified topic untuk ditulis kat entry ni. tapi aku rasa macam rindu blog. so, yeah... here i am. :D

oh ye. sekejap je aku rasa masa berlalu. dan aku rasa macam banyak yang aku nak share dengan readers kat blog ni. tapi macamlah aku ni rajin sangat nak membebel panjang berjela berjuntai kan? haha.. assignments pun macam siput babun progressnya.

eh kejap. before ni aku guna aku ke saya ek? seriously tak ingat langsung. huhu...

ok. kejap je idea yg bercurah curahan tadi dah hilang. nantilah aku update lagi. no idea nak merepek apa kat blog ni. hehehehe

salam sayang dari saya, deeyamorten :)

assalamualaikum