Wednesday, August 3, 2011

melentur buluh biarlah dari rebungnya

ASSALAMUALAIKUM..

cak!! ni haa dah mai dah entry peribahasa minggu ini. hahahaha.. eh2 korang buat apa tu? bukak periuk ke? eh, jangan3.. kang tak pasal2 batal puasa pulak. haha..

untuk mengelakkan daripada aku terus melalut tak tentu hala ni, baiklah aku proceed kepada tujuan asal entry ni dibuat. peribahasa yang menjadi pilihan minggu ni ialah melentur buluh biarlah dari rebungnya.



peribahasa ni dah biasa sangat kita dengar kan? and i believe most of you dah tau maksudnya. kalau aku letak peribahasa tapi tak letak maksud boleh tak? ehehehe.. takpelah, bagi chancelah kali ni aku bagi maksud sekali. huhu.. maksud peribahasa ni ialah mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

disebabkan sekarang ni tengah bulan puasa, so, aku nak ambil contoh bulan puasalah jugak.

rasanya ramai antara kita kat sini yang dah memang diajar dan dilatih untuk berpuasa dari kecik lagi kan? walaupun puasa setengah hari je. walaupun ada jugak budak2 yang buat2 sakit perut masuk bilik air then minum air paip. haha.. tak kisahlah. tapi yang penting, parents kita dah ajar kita berpuasa dari kecik.



kenapa ajar dari kecik? sebab kalau ajar bila dah besar memang liatlah kan nak ikut. macam buluh jugak, waktu ia masih rebung, buluh tu lembut dan senang dilentur. tapi bila dah tua, kita lentur sikit je patah. sama je dengan manusia. 

so, bila budak2 yang kecik comel tu tadi dah meningkat dewasa, dorang akan terbiasa dengan adat berpuasa pada bulan ramadhan tu malah akan rasa janggal pulak bila tak puasa. so, untuk mengelakkan rasa janggal, dorang pun puasalah.



kenapa aku cakap ADAT berpuasa? sebab rata2 masyarakat kita berpuasa kerana dorang dah terbiasa berpuasa pada bulan ramadhan. dorang tak menghayati erti ramadhan yang sebenar. bagi dorang, puasa sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga. solat tak buat pun takpe kan? 

aku teringat kata2 ustazah aku kat sekolah dulu, "kenapa manusia boleh laksanakan puasa yang mengambil masa sepanjang hari untuk dikerjakan, tapi tak boleh nak laksanakan solat yang tak sampai 15 minit pun untuk dikerjakan?"



so, guys, jom kita muhasabah diri. fikir balik, kenapa kita berpuasa sebenarnya. sebab kita dah terbiasa berpuasa atau sebab kita nak mengejar keradhaanNya? :)

erk, entry ni dah menyimpang dari tajuklah. haha.. oklah assalamualaikum..

p/s: berfikir sejenak dan
muhasabah diri juga adalah ibadat.
jom muhasabah diri!!
:D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

6 comments:

sergeant keroro said...

nice one :)

p/s : tak lari tajuk pon. semua benda harus diajar sejak kecik lagi XD

deeyamorten said...

sergeant keroro: thank you. :) betul tu. memang almost everything perlu diajar dari kecik kan?

belogkayangan said...

kecik kecik dulu puasa setengah hari, bile dah besar skit dah boleh puasa penuh.. teringat zaman kecik2 dulu.. :)

deeyamorten said...

belogkayangan: betul3.. rindu pulak zaman2 noob tu. haha

Tea Dno said...

ye, memang kena pikirkan semula. :)

deeyamorten said...

tea: aku pun :)