Monday, July 4, 2011

dayung sudah di tangan, perahu sudah di air..

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! hari ni kita kupas pasal peribahasa lagi. ni semua gara2 tak tau nak update apalah ni. huhu.. so, cakap pasal peribahasalah ye. sebelum tu, nak tanya, siapa antara korang semua yang pandai berdayung *berdayung ke mendayung?* sampan? siapa? siapa? siapa? oh saya? saya tak tau pun nak dayung mak yung ni. hehe.. naik sampan pun tak pernah, alangkan pulak nak berdayung2 sampan.


hey sudahlah tu. cakap pasal berdayung pulak. ni nak kupas pasal peribahasa yang saya rasa jarang kita guna dalam karangan BM kita. bukan anda je, saya pun tak pernah guna ayat ni. in fact, this is the first time ever saya dengar peribahasa ni. so, sama2lah kita tajamkan pengetahuan kita dalam mempelajari bahasa ibunda kita ni.


peribahasa minggu ini ialah dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. maksud peribahasa tu ialah anda semua kena belajar mendayung sampan. eh2, bukan2.. anda percaya ke? silalah jangan percaya ye. itu cuma selingan semata2. haha.. oklah, maksud peribahasa tu ialah segala2nya yang dikehendaki sudah diperoleh. haa.. anda pernah guna peribahasa ni dalam karangan BM waktu sekolah dulu? pernah? bagus2.. kepada yang baru dengar ayat ni macam saya, sila scroll ke bawah lagi untuk baca contoh situasi. taknak scroll pun takpe, tak kisah *nada merajuk tahap naga*


*amekau muka merajuk yang buruk tahap cipan bertelur.. :D*
eh2.. melencong sudah ni. oklah contoh situasi untuk peribahasa ek. erm.. jap nak fikir *sambil makan jajan. ok ni tipu* ok. contohnya si polan bernama ali ni *nama common kan? haha* dia ada banyak hasrat yang ingin ditunaikan. antaranya ialah beli kereta myvi baru sebijik dua, nak kahwin buat kali ke 2, 3 dan 4, nak beli rumah banglo kat highway karak sebijik *ada ke rumah banglo kat highway karak?* and lastly dia nak jadi cikgu tadika kat belakang rumah dia *tak relevan langsung hasrat2 yang dinyatakan. haha.. sorry ye* so, dia pun usaha dengan sehabis daya untuk mencapai hasrat2 yang telah dinyatakan tadi. dengan segala berkat usahanya, dia pun dapat mencapai semua yang dia hajatkan tu. termasuklah kahwin buat kali ke 2, 3 dan 4. so, inilah yang dikatakan, dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.


*ni motobot ye. bukan perahu. huhuhuhuhuhuhuhu... *

*yang ni dayung ye, bukan gayung.. yungyungyungyungyungyung*




ok siap peribahasa minggu ni. diharap perkongsian ni sedikit sebanyak dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada pembaca2 sekalian *dah lama tak tulis ayat buku macam ni* kalau ada tersilap fakta ke kat dalam entry kali ni kan, tegur2lah saya ye. saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan *menyanyi pulak dah*


eh2, oklah guys. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..


p/s: ingat nanti kalau followers dah
cukup 100 nak buat contestlah..
contest tu dah difikirkan.
tapi tunggu bilangan followers
sampai 100 dulu

p/s2: nak tanya lagi sekali,
anda suka tak saya buat entry
pasal peribahasa macam ni every week?

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

No comments: