Tuesday, May 24, 2011

a day to remember

ASSALAMUALAIKUM..

aloha semua!! wahaha.. saya ni memang jenis yang tak reti nak sabar bila nak mengupdate benda2 yang menarik hati saya ni. seperti yang saya dah bagitau kat entry ni kan, saya pergi sekolah hari ni. wah!! dah 3000 kali kau bagitau deeya oii. ok2. kali ni memang saya nak cerita corat coret sedikit sebanyak aktiviti saya kat sekolah tersayang tu. memang sayanglah sekolah tu. sayang sangat. termasuklah penghuni2nya. ok back to the point. tujuan saya ke sekolah tadi, sebenarnya untuk ambil sijil PMR saya. ye sijil PMR. ada masalah? saya tau, memang dah berkurun dah saya ambil PMR. SPM pun dah lama kan? memang dah berkulat ok sijil PMR saya tu kat dalam pejabat sekolah. wahaha.. sampai bila jumpa cikgu pun, cikgu cakap macam ni, "huh, sijil PMR? zaman bila awak ambil PMR Nadiah?" hehe... leklu.. sebelum ni memang saya takde kesempatan nak pergi sekolah untuk ambil sijil ni, so, dah alang2 ada kesempatan ni kan, pergi jelah. fuhh.. ok2 jom kita cerita pasal apa yang terjadi pulak. wikiki..


*cak!! nilah nama sekolah saya. tempat saya memenuhkan ilmu di dada.*

kepada mereka yang tau dan kenal saya, mungkin mereka dapat jangkalah kan jarak rumah saya ke sekolah jaraknya berapa kilometer. alahai deeya oii, setakat 1 km pun nak kecoh. cepuk kang. ok2 balik2. saya bertolak dari rumah menuju ke rumah tuan nor farhana pada pukul 10.05 pagi. walaupun kami janji nak jumpa pukul 10 pagi. wahaha.. saja je nak jadi tak punctual kadang2. tak salah bukan? *oh saya terikut style percakapan cikgu tusyen geografi saya time form3 dulu. huhu* sesampainya kami kat sekolah tu, kami terus serbu pejabat. of courselah kan, selesaikanlah apa2 yang patut dulu pastu baru boleh pergi berjoli jolan. dah settle urusan ambil sijil kat pejabat, kami pun mengorak langkah berjalan2 kat sekitar kawasan sekolah. oh time tu waktu rehat ye. memang ramailah pulakkan student time tu. semua pandang kami dengan pandangan pelik je. saya rasa macam nak cakap macam ni je kat mereka, "dik, akak ni bukan alien. janganlah pandang akak macam tu dik oii. malulah.." ok gedik. nak malu2 pulak. sepak kau kang deeya. baru tau. destinasi pertama yang saya paksa tuan ikut saya ialah surau. hehe.. ye surau. ada masalah? saya tiba2 rasa macam nak buat solat dhuha pulak. aceceh.. auta je lebih ye. saya ke surau bukanlah sebab nak solat dhuha. tapi nak tengok satu artifak yang saya dan kawan saya dah tinggalkan kat situ time kami form3 dulu. artifak apa?

*err, dah tak nampak sangat tulisannya. but i know it is what i'm looking for. tadaa.. encik fat telah menulis nama saya kat lantai belakang surau 4 tahun yang lalu. and now, tulisan tu dah pudar. nostalgia ni. :)*

ha, anda nampak tak? orang yang tak tau pasal benda ni memang akan cakap, "apekebende yang si deeya ni ambik? longkang ke?" oh bukan longkang ye tuan2 dan puan2. nampak ada kesan cat kat situ? haa... itulah motif gambar ni. wahaha.. 

lepas dah habiskan journey ke surau, kami duduk kat laman aspirasi pulak. i tell you guys, sekolah ni memang dah banyak gila berubah. dulu time saya sekolah kat sini, sekolah ni memang takde la laman aspirasi ke laman astakona ke, semua takde ok? yang ada cuma pagar2 besi yang menyusahkan pihak pengawas nak jaga je. tapi sekarang, segala jenis laman, taman, maman semua ada. wah.. kalaulah saya masih bersekolah kat situ. alangkah bestnya. maka, kami yang jakun ni pun pergilah melepak kat laman aspirasi tu. yela, tak pernah jumpalah katakan. huhu.. 

*cak!! cun bukan? err, budak2 dalam gambar ni, bukan ponteng kelas ye. gambar ni disnap time rehat.  so jangan salah anggap pulak.
*gambar posing yang diambil ketika waktu rehat dah habis.*

*tu dia. laman aspirasi.*

*ye muka tuan lagi. haha..*

*cak!! saya pakai baju kurung. ada masalah?*

*ketandusan idea nak posing. haha*

dah selesai sesi melepak kat laman aspirasi ni, kami pun konon2 nak berjalan keliling blok akademiklah kan. adalah jalan sikit2. adalah dua tiga gambar yang disnap oleh saya. nak tengok?

*bilik SPBT. corak2 kat luar tu jasa geng dragon ball ok? walaupun tak semua dalam geng tu terlibat. wahaha..*

*blok C. blok kelas saya time saya form 4 science. tapi sekarang kelas tu dah dijadikan bilik akses. and i have no idea what it is.*

*blok D. blok di mana makmal2 sains ditempatkan.*

*blok B. blok kelas saya time form1, form2 dan form3. form1 kelas tingkat3, form2 kelas tingkat2 and form3 kelas kat tingkat4. amekau. setiap tingkat saya dah pernah rasa*

*err, abaikan model tak berbayar tu ek. hehe.. yang kat belakang tu blok A. blok dimana bilik2 bahasa dan bilik guru ditempatkan.*
dah selesai meronggeng keliling sekolah, kami pun menapaklah ke bilik guru. nak jumpa cikgu2 tersayanglah ni. lama tak jumpa tau tak!! rindu dah menggunung dah ni. so, kami pun jumpalah cikgu2 kami, puan rosnita, puan suzana a.k.a jiran saya, puan jainah dan puan zakiah. meh saya kenalkan seorang demi seorang. puan rosnita mengajar saya kemahiran hidup time saya form1 sampailah saya form3. puan suzana yang merangkap jiran saya juga ibu kepada kawan baik saya, mengajar saya subjek sains time saya form3. puan jainah mengajar saya subjek sejarah time saya form3 dan puan zakiah mengajar saya addmath time saya form4. mereka semua masih ingat saya! wah teruja ok? ingatkan mereka dah tak ingat saya lagi dah. oh ada lagi cikgu yang kami jumpa. tapi tak sempat nak snap gambar. haha.. cikgu2 berempat ni je yang kami sempat berborak2 panjang dan sempat ambil gambar sekali.

*oh lupa bagitau puan suzana takde time kami snap gambar ni. dari kiri, puan rosnita, puan zakiah dan puan jainah. model tambahan berbaju putih tu anda dah kenal kan? hehe*

*sama caption macam gambar atas.*
habis sesi ni, kami pun masuk library sebab nak jumpa dengan cikgu sekolah rendah kami yang dah mengajar kat sekolah ni. puan zatul iffah. and yes, kami terlupa nak snap gambar dengan beliau. so, takdelah gambarnya. huhu.. bila dah masuk library, apa lagi, snap gambar lagilah jawabnya kan? memang susah kalau jumpa dengan orang yang asyik nak bergambar je kerjanya ni. macam saya.

*gambar yang takde motif. sebab saya pun tak sure saya nak tunjuk gambar bendera tu ke, ataupun bilik tu. huhu*

*bilik APD. bilik penuh nostalgia*

*kaunter pustakawan*
dah tunggu punya tunggu, cikgu zatul tak datang2 jugak. akhirnya, kami keluar dari library dan masuk balik bilik guru sebab nak snap gambar dengan cikgu2. err, gambar2nya kat atas ye. sila skrol balik ke atas. so, bila kami keluar dari bilik guru tu, barulah kami bertembung dengan cikgu zatul. for your information, cikgu zatul adalah cikgu sekolah rendah kami dulu yang ajar subjek matematik time kami darjah 3. saya ingat lagi macam mana dia marah saya sebab saya tak hafal sifir. wakaka.. amekau. tak hafal sifir lagi. padan muka. tapi alhamdulillah, berkat cikgu marah2 tulah yang saya dah dapat pick up matematik sekarang ni. kalau tak, rasanya sampai sekarang bengap lagi kot. siapa sangka kami akan berjumpa dengan cikgu zatul kat sini. dah lama beb tak jumpa dia. dah 10 tahun. memang jodohlah kan. hehe..

dah habis borak2 dengan cikgu zatul kami pun turun nak sebab nak balik rumah dahlah kan. yela dah habis urusan kat situ, nak buat apa lagi duduk lama kat sekolah. buat semak je joyah oii.. macam saya cakap tadi, sekolah ni dah banyak berubah. dulu takde pondok mondok bagai ni, tapi sekarang dah ada. so, kami sekali lagi kejakunan tengok pondok tu. anda boleh agak apa yang kami buat?

*macam beruang koala pun ada kan?*

*muka penat si gadis melayu akhir zaman ni. haha..*

*ni pun nak jadi beruang koala jugak ni. hehe..*
maka, sekian saja laporan saya pada hari ini. fuhh.. panjangnya entry ni. naik penat jari saya menari kat keyboard ni. so, senang cerita, memang saya sangat seronok sebab dapat jugak menunaikan hasrat saya nak ke sekolah. and i'm super happy sebab dapat jumpa cikgu2 plus dapat mengimbau nostalgia indah time saya muda2 dulu. seriously, rindu gilerrrr!!!! and yes saya rasa sangat jealous kat junior2 saya sebab dapat sekolah kat sekolah yang cantik dan lawa ni. adik2, akak jealous tau nyah.. jaga sekolah betul2 ye adik2? oklah guys. i'll end this here. dah penat dah menaip ni. hehe.. jumpa lagi ye!! chow.. tata.. assalamualaikum..

thanks for reading this!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Day 6: A Song to Match My Mood

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!!! buat apakah? ehem2.. diam tak diam dah sampai hari keenam kan cabaran kita? wahaha... dah la saya ni tertinggal satu hari. agak malu ye di situ. well, anyway, tadi saya pergi sekolah!! wahaha... *jakunnya kau deeya oii..* err, ni bukan niat nak menjakunkan diri ataupun nak membajetkan diri dalam bajet 2011,saja nak bagitau anda semua. hehe.. nak tau laporan selanjutnya kat sekolah? haa.. tunggu ye.. akan di post malam ini, insya ALLAH. ok berbalik kepada topik asal. a song to match my mood. seriously guys. i've never think about this before. NEVER!! tapi disebabkan cabaran ni tanya macam tu kan? so, saya jawablah. walaupun dalam kepala memang takde apa2 idea tentang lagu? duhh.. i'll try my best ok guys? ok jom kita start journey to the west kita ni. jom2 kebabom!! *abaikan selingan yang bersifat setengah tiang ni ye..*

  • WAKTU MARAH..



ok. i admit memang video klip lagu ni agak annoying. so is the song. haha.. saya menyampah lagu ni sebenarnya. and that is why saya suka dengar lagu ni time saya marah atau tension. so that saya boleh mengajuk balik lagu ni. haha.. then rasa lega bila dah terjerit2 sambil melompat2 nyanyi lagu ni. haha.. *note that semua tu pengalaman saya time form5 je ye. sekarang dah jarang buat macam tu. huhu* 

  • WAKTU GADUH DENGAN SI GEMOK
wahaha.. i hope he don't mind i labelled him si gemuk. siapa si gemok? fathi omar la. siapa lagi. ok2 jom tengok lagu apa yang saya dengar bila saya gaduh atau berselisih faham dengan dia.


ok there it is. lagu tolong ingatkan aku. kenapa? sebab saya rasa lagu ni macam ada kesinambungan dengan kisah hidup saya. err, macam mana tu, tak payah bagitaulah kot. it's personal matter. hehe.. apa2 pun, kalau kami gaduh, dan bila saya dengar lagu ni, automatik saya akan rasa macam something wrong with me sebab dah buat dia marah. dan terus mintak maaf. the end.

  • WAKTU INSAF

ok. kadang2 bila perasaan insaf tu menjengah diri, lagu ni yang saya dengar. memang naik bulu roma ye bila dengar lagu ni. sebab lirik2 yang sangat mendalam maknanya. fuhh.. memang superb..

  • WAKTU IN LOVE
usually, time macam ni, saya lebih suka layan lagu2 jiwang zaman retro dulu2 tu. hehe.. lepas tu mulalah berangan seorang diri. contoh lagu tu ialah,


tadaa.. ni lagu yang paling jiwang yang saya pernah dengar. haha..

  • WAKTU SAYA RINDU KAWAN2 SAYA

lagu ni sangat bernostalgia ye. setiap kali saya dengar lagu ni, saya akan ingat semua kawan2 saya. terutamanya yang kat MRSM Muar dulu. sob2.. sedih tau.

  • WAKTU RINDU FAMILY

it reminds me to my family so much. bila dengar lagu ni selalunya semangat nak belajar naik balik. sebab teringat kat harapan+pengorbanan ibu dan ayah. cehh.. ayat sedih pulak. haha..

  • WAKTU NERVOUS ATAU BERSEMANGAT

yess.. lagu ni selalunya berjaya buat saya lupa pada nervous saya seketika. malah meningkatkan semangat saya lagi. wahaha.. memang terbaiklah lagu ni.

  • WAKTU SEDIH DAN HAPPY
saya takde lagu specific for both situation. saya dengar je apa2 yang suit dengan keadaan saya time tu. kalau saya sedih sebab fail exam selalunya saya takkan dengar lagu. haha.. makin menambah tension ye bila dengar lagu.


done.. ok siap sudah. banyak tu lagu yang nak match mood saya. haha.. yela orang mood tak tetap macam saya ni memang kena ada banyak lagu nak match dengan mood kan? kalau tak mau dibahamnya orang lain. err, you know what i mean. hehe.. oklah guys. i'll end this here. chow.. tata.. assalamualaikum..

thanks for reading guys!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

entry yang tiada bernama

ASSALAMUALAIKUM..

nampaknya, malam ni saya mengupdate lagi. macam biasa la kan. apa nak cerita hari ni? tunggu jela ye semua. first thing yang saya nak cerita pada anda semua sebelum saya proceed kepada tujuan asal saya malam ni ialah tentang filem thriller yang bertajuk CHILD'S PLAY. seriously, cerita ni teramatlah menakutkan ok. tak sanggup rasanya saya nak proceed tengok tadi tapi nak tau jugak ending dia macam mana kan? haha.. sebelum ni, kalau saya tengok cerita thriller atau cerita yang bergenre seram, saya jarang tutup muka dengan bantal. bukan nak berlagak atau cakap besar ye.jangan salah faham pulak. tapi sebelum ni, saya berani tengok cerita yang macam tu sebab ayah saya selalu cakap, "kat depan pelakon tu ada pengarah dan krew2 penggambaran. tak payah takut." so selama ni saya cuma berpegang pada kata2 ayah je. tapi tadi, tengok muka anak patung tu pun dah meremang bulu roma, tu belum anak patung tu bunuh orang lagi. memang dari belakang bantalla saya tengok tv tu tadi. sampai ibu saya pun cakap, "kau ni ngah. tu belum tengok cerita hantu betul lagi." haha.. anda tak percaya cakap saya yang anak patung tu menakutkan? jom kita tengok gambar2nya..

*rupa sebelum si chucky ni mengganas. yang ni pun dah menakutkan. tengok mata dia..*

*bila dah mengganas lagi menakutkan kan?*


lepas tengok cerita ni, saya rasa macam tak nak beli anak patung yang boleh bercakap2 ni untuk anak2 saya nanti *ok, mengarut sudah..* tapi betul apa. patung yang menakutkan ni, anda nak ke anak2 atau adik2 kecik anda main? nak? patung macam ni serious menakutkan. *terlalu prejudis la pulak. haha*

ok, that's enough about chucky. cukup2 la tu menakutkan diri sendiri ye deeya ye. jom kita cerita tentang perjalanan saya membeli dan membelah kat bandar shah alam tadi. saya tak membeli belah pun ye. i window shopping je.. *gedikss..* haha.. takdela.. actually saya ada beli satu purse baru untuk digantikan dengan purse saya yang sekarang ni. kenapa beli baru? saja. sebab saya dah lama nak beli purse baru. it cost only RM 17 ok. ye. saya pakai barang murah yang takde jenama je, ala yang jual kat tepi2 jalan tu. kenapa? ada masalah?

*my dear DeeFa and my new purse. nampakkah?*
tuan yang pilihkan untuk saya. muahaha.. setelah saya merasakan yang semua pattern yang saya berkenan tak lawa. ok, proceed2. hangout saya hari ni ditemani oleh dua sahabat sehidup semati saya, my sister, nabilah and my best friend, tuan nor farhana. actually, kami merancang untuk berjalan2 di jusco ioi mall semalam, tapi disebabkan kami semua bangun pada pukul 14, *bak kata mak tuan.* so, kami tak dapatla pergi ke sana. so, tukar plan, pergi ke bandar shah alam.

*sedang tunggu bas*


perjalanan yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu, tak memerlukan masa yang lama ye untuk menunggu bas. tak macam dulu2 time kami masih budak2 sekolah yang terpaksa menunggu bas sampai berjam2 untuk pergi ke bandar shah alam. haha.. setelah sampai di plaza alam sentral, kami pun berjalan jalan jalan jalan jalan jalan jalan dan jalan lagi dan jalan lagi sampai kami rasa lapar. maklumlah. tak sarapan. maka, kami pun merentas jalan raya menuju ke kompleks pkns yang memang tak jauh langsung dengan plaza alam sentral tu. kenapa pergi situ? sebab nak makan mcd le.. tanya pulak.

*ini bukan kompleks pkns. ni sacc mall*

*ha.. yang ni baru kompleks pkns*
ops.. tertinggal satu benda pulak. time kat plaza alam sentral tu, kami bertiga masuk ke dalam the store. saja nak shopping tingkap. wah.. the store tengah sale ye. tapi saya tak minat nak beli apa2. sorry.. tapi kami sempat la jugak menyelongkar beberapa lipatan baju yang ada kat rak tu smabil mengkomen2 semua baju dan kasut yang ada kat situ. hehe.. tapi time ni, kakak saya asyik hilang entah ke mana sampai kami tak larat nak mengejar dan mencari beliau. so, gambar beliau takde kat sini.

*nad, kau tengok tu sale 50%. sampai tertutup mata aku dibuatnya.*

*tengoklah tu, sale 50%!!*

*cak!! petanda yang kami berada di the store tadi.*
ok, fast forward. after kitorang belah dari sini stelah kakak saya membeli beberapa barang yang dihajatkan seperti beg dan tshirt, kami pun tanpa berlengah lagi terus menuju ke mcd yang terletak di kompleks pkns. bergegas2 ye. perut kami sedang berkonsert waktu tu. sangat mengharukan.

*muka lapar yang paling hodoh sekali*
*kami makan ini.. banyak tak?*
*saya punya ini je*
*heart you both.. :)*
*ok. gambar perasan saya*
*tuan punya turn pulak untuk perasan*
*and now it's her turn*
*the trio*
*cara nak makan big mac. ngee~~*
*after makan solat. dah solat ni la kerjanya. haha*
lepas dah solat, dah makan dah buat semua perkara wajib, kami pun pergi temankan tuan untuk menyucuk duit dan membeli kasut. time beli kasut tu tak snap la pulak gambar. lupalah. haha.. then kami ke destinasi seterusnya, iaitu mph sacc mall. kenapa? sebab saya berangan nak lengkapkan buku karangan sophie kinsella. tapi malangnya, tak cukup duit. muahaha.. er, pembetulan, bukan tak cukup duit, tapi kedekut. ngee~~ so at the end of the day, saya cuma beli purse manakala tuan membeli kasut dan kakak saya membeli tshirt, bag dan buku. *ni baru dinamakan shopping ok? bukan macam saya* waktu kami kat dalam mph tu, tiba2 handphone ku mendendangkan lagu awan nano. ringtone yang dikhaskan untuk family saya. mula2 saya ingatkan ayah saya, tapi rupanya ibu saya. so, saya pun jawab call tersebut,

saya: hello. assalamualaikum.
ibu: hello. angah kat mana?
saya: kat sacc, tengah tengok buku. kenapa bu?
ibu: kau balik naik apa?
saya: naik basla kot. kenapa?
ibu: kau nak ibu ambik ke?

wah.. dalam hati memang saya dah bersyukur dah sebab tak payah tunggu bas yang memang susah sikit nak nampak batang hidung kalau dah petang2 macam tu. so, setelah ibu cakap yang dia akan sampai around 5.30pm, kami meneruskan perjalanan kami untuk keluar sari sacc menuju ke tempat yang telah dijanjikan dengan ibu. tapi dalam perjalanan, kaki cramp pulak kan. menyampah betul. terpaksalah buat muka tebal duduk sekejap kat kedai bata semata2 nak tunggu kaki hilang sakit. fast forward.. dan kami pun tunggu ibu kat depan bank tabung haji, macam yang telah dijanjikan. disebabkan kami gila kamera, so, boleh teka tak apa yang kami buat kat situ?

*cak!! kami lagi!!

fast forward lagi, akhirnya kami dah ada dalam kereta untuk balik ke rumah. nak tengok buktinya? *gambar lagi. nilah masalahnya kalau blogger gila kamera*

*ok. tak nampak sangat sebab kereta tengah bergerak time ni*
habis sudah hikayat mereng kami sebangsa ni. mesti anda penat baca kan? haha.. maaflah. terlebih panjang pulak entry malam ni. sebab tu saya namakan entry ni, entry yg tiada bernama. sebab apa?sebab takde nama la.. tanya pulak. oklah. good nite guys. chow.. tata..

p/s: tadi shah alam hujan. alhamdulillah. nyaman sikit rasanya. :)

thanks for reading guys.
arigato gaozaimas!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)