Wednesday, September 14, 2011

tekad

ASSALAMUALAIKUM..

ok. aku kalau dah mengadap blog memang sangat fokus. tapi fokuskah aku nanti time menghadap buku buku tebal gilosss siput baby seperti buku fundamental in nursing tu?

nasiblah aku tak dapat lagi buku tu. haha..

aku pernah mention dalam entry sebelum ni yang aku memang tak pernah terfikir pun nak jadi nurse. tak pernah terfikir pun nak ambil degree dalam jurusan kejururawatan. dan tak pernah terfikir pun untuk tau apa sebenarnya tugas seorang nurse tu.

nurse tak secikai yang ramai masyarakat kita anggap.

nurse tak semudah yang ramai orang sangka.

nurse tak segarang yang orang kata *ada ke orang kata macam ni?*

tadi time kelas puan siti khuzaimah tadi, dia tanya kitorang, betul ke nak jadi nurse? sebab nak jadi nurse ni kena selalu senyum, dan mesti minat.

huhu.. aku MEMANG nak jadi nurse. walaupun jadi nurse bukan pilihan pertama aku.

tapi aku tau, setiap perancangan ALLAH tu, ada hikmah dan kebaikannya.

walaupun aku taklah selembut dan semesra nurse nurse lain kat hospital tu, aku akan usaha untuk jadi lagi lembut dari diorang.

ada berani nak tengok aku jadi sopan santun?

muahaha.. mesti encik fahrin terus datang rumah jumpa ayah aku nak masuk meminang lepas ni. opss...

puan siti cakap,

nurse tak sama dengan doktor. doktor lebih kepada diseases and curing. tapi nurse more to PATIENT AND CARE.

persoalan kini.... cukup caringkah aku?

cukup ke kredibiliti aku nak jadi nurse ni?


layak ke aku ni?














hanya masa yang menentukan.


korang doakan aku ye. azam aku kali ni and hopefully sampai bila bila...


sentiasa senyum. takde lagi muka ketat macam seluar leggings tu

sentiasa berfikiran positif untuk semua perkara 

cemerlang dalam akademik dan sahsiah aku 

bukan senang nak jadi senang. tapi tak susah untuk jadi susah. right?

doakan aku guys. doa banyak banyak supaya nanti time korang datang hospital nak jumpa nurse, korang akan jumpa nurse yang baik, sopan santun dan lemah lembut MACAM AKU. muahaha..

saja je nak besarkan perkataan macam aku tu.

adioss.. assalamualaikum..

p/s: senyum seindah suria ;)

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

beza becok dan ramah

ASSALAMUALAIKUM..

hey hoo!! wah agak lama aku tinggal blog ni berhabuk sampai segala jenis binatang peliharaan giant kawan doraemon tu dah datang menetap kat blog aku ni. eh lama sangatlah kan aku tinggal blog ni. hahaha..

semalam dan hari isnin lepas aku takde kelas pun. so free sepanjang hari sampai aku pun bosan bergolek golek atas katil. haha.. tapi hari ni, kelas pertama aku dah start.

first kelas patutnya kelas TITAS pukul 8.30 pagi tadi. but then aku pun tak tau kenapa lecturer tak menampakkan batang hidungnya yang mancung dan halus mulus selembut sutera tu kat dalam lecture hall. pergh.. berasap bontot kitorang tunggu lecturer tu 3 jam tak masuk masuk.

at last, kelas TITAS pun tamatlah. pastu mulalah pulak kelas holistic care in nursing.

ok aku menaip ni bukan nak cerita pasal kelas akulah ngeng. aku nak share dengan korang pendapat terbaru aku pasal perbezaan becok dan ramah. eh ramah ye bukan marah.

entry kali ni mungkin seangkatan dengan entry feveret aku, kentut vs terkentut tu. hahahaha..

ok first thing first, second thing second, and third thing third....



RAMAH: senyum dan hai kat semua orang yang dia rasa macam kenal

BECOK: buat selamba badak mak jah balik kampung je bila jumpa orang orang yang dia kurang kenal walaupun dia sebenarnya kenal *eh apa aku cakap ni?*

gambar takde kaitan langsung dengan entry ni. tapi aku suka ayat dia :)


RAMAH: selalunya bercakap dengan orang sekeliling pasal point point yang berfaedah je. kiranya selalu share info dengan kawan kawanlah.

BECOK: monyet tengah menari salsabila sambil pusing pusing pokok kelapa pun dia nak cerita kat semua orang.





RAMAH: selalu senyum. selalu dan sentiasa beza okeh!

BECOK: kadang kadang buat muka ketat konon konon serious sangatlah tu. padahal takde geng nak layan dia bercakap. muahahaha..


err... lalala~~



RAMAH: tegur orang yang sepatutnya je (lelaki gatal yang sedang dalam proses mencari pasangan buat mengawan menari direject awal awal)

BECOK: tetap teruskan kebecokan macam unta tercabut ekor tu walaupun kat depan vice canselor sekalipun.


again, gambar tanpa motif



RAMAH: disenangi orang ramai

BECOK: kadang kadang ada orang yang tak menyenangi kebecokan mereka itu *amboi.. skematik diagram sungguh ayat aku*


senyum banyak banyak macam encik patung merah ni



RAMAH: most of them ambil berat pasal perasaan orang sekeliling

BECOK: most of the time kurang alert pasal sensitiviti orang terhadap sesuatu perkara akibat terlalu syok bercakap.



yeah once again. takde motif punya gambar







ok macam biasalah. ni semua pendapat aku semata mata sehidung hidung semulut mulut dan berhelai helai rambut. again aku ulang PENDAPAT AKU! kalau ada terkasar bahasa sekasar kertas graf pasir tu, maaflah awal awal aku pohon dari korang korang yang baca ni.

disebabkan aku tengah dalam mood study sekarang ni *sila percaya :p* maka ayat aku agaksss skemassss sikit. eh banyak.

mengantuklah derr oii derr!! baru lepas makan dah mengantuk pulak mata sepet aku ni. ular sawa baka biawak komodo betul.

eh oklah. nak pujuk mata aku bagi terbukak sebesar mata panda sat. hihihi.. tak lawak. jangan gelak.

tata.. adioss.. assalamualaikum..

p/s: tak taulah bila aku
berkesempatan nak update lagi.

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

Saturday, September 10, 2011

ayat tipikal minggu orentasi

ASSALAMUALAIKUM..

holla peeps! aku balik minggu ni seperti yang dijanjikan. ouch.. haha gedikss..

hari ni aku nak share pengalaman aku berorentasi. bukan best atau tak minggu makan oren penuh vitamin c aku, tapi aku nak share ayat tipikal yang freshie macam aku akan guna bila jumpa orang dan persekitaran yang baru di tempat baru yang serba baru.

kuningnya gigi pakcik oren meluat ni... ewwwww


first step, cuit sang mangsa yang nak ditegur yang duduk kat sebelah korang tu. then, ayat yang akan meluncur laju macam skateboard dari mulut mungil korang pastilah.......

nama apa?

course apa? (dengan harapan diorang sama course dengan korang)

asal mana? 

duduk kolej mana? tingkat berapa? kalau sama aras, tanya pulak bilik nombor berapa. 

dulu matriks mana? 

see? tipulah kalau korang tak buat. muahahaha... eh tapi ini semua menurut pandangan dan pengalaman aku. tak taulah kalau korang macam mana pulak kan. 

ada jugak beberapa orang yang bila aku ajukan soalan pasal matriks tu, diorang bagitau diorang dari KMNS. what the..... aku tak pernah nampak pun weyh! haha..

kira oklah kan freshie selalu guna soalan soalan tu daripada guna soalan yang macam ni....

rambut pendek? kerinting ke lurus? atau botak?

selalu kentut bau apa ye? 

pakai baju warna apa hari ni? 

tolonglah weyh jangan tanya soalan macam kat atas ni. nightmare semua orang. at the end kang takde siapa nak kawan dengan korang. jangan salahkan aku pulak ek. haha..

kalau versi melayu, tajuk cerita ni tukar kepada NIGHTMARE BEFORE RAYA


susah nak cari budak yang satu course dengan aku. tapi aku tau agak ramai budak KMNS yang ambil nursing. again, unexpected. haha..

nak share dengan aku? silakan!! :)

ok penat menulis. adioss.. assalamualaikum..

p/s: siswa kampus aku cuma 70 orang je.
bandigkan dengan siswi yang ada 409 orang.
obvious kan bezanya?

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)