Sunday, September 23, 2012

kawan, sahabat, matang dan usia

ASSALAMUALAIKUM..

ye aku kembali mencoret lagi. tak suka? ok sila main jauh jauh. lately ni aku selalu terfikir dan berfikir pasal perihal kematangan aku. pasal tahap kematangan aku. kenapa aku fikir macam tu? sebab usia aku dah semakin menginjak ke alam kedewasaan.

jujur aku cakap, aku belum rasa diri aku ni cukup matang untuk bergelar seorang gadis berusia awal 20-an. bagi sesiapa yang mengenali aku, terutamanya rakan rakan seperjuangan, mesti cakap aku ni kurang matang dari segi sikap. tapikan, bila difikir fikirkan balik, matang ni kalau tengok dari sudut yang berbeza, banyak makna matang sebenarnya.

mungkin aku belum cukup matang untuk digelar gadis matang. tapi aku rasa ada perkara yang mematangkan aku hari demi hari.

yeah. for your information, birthday aku yang ke-20 bakal tiba this coming saturday. instead of celebrating my birthday at home, aku terpaksa stay kat Palam for my birthday sebab ada modul yang aku perlu hadir.

kembali pada episod kematangan ni. ada perkara yang aku rasa aku matang, tapi ada perkara yang aku rasa aku ni masih setahun jagung lagi. berkenaan sikap aku bila dengan kawan kawan, yup, aku setuju kalau ada yang kata aku tak matang dari segi tu.

hahaha.... bukannya apa. kalau kat rumah, buat perangai pramatang sikit, malulah dengan adik adik kan? heee.... so, kat kolej ni, terasa diri muda lagi, tu yang terkinja kinja macam badak sapi kena air cap kaki tiga. eh?

but yeah, ALLAH tu Maha Tahu. semester ni, yakni semester 3 aku belajar kat Palam ni, aku dapat duduk sebilik dengan adik asasi yang muda 2 tahun dari aku. hmm.... bila difikir fikirkan, bagus jugak aku duduk dengan budak budak asasi ni, at least, depan diorang aku boleh bajet matang. kan? hahaha

oh ya. semester ni, aku pegang jawatan naib bendahari untuk program minggu orientasi junior semester satu. this is my very first time pegang jawatan untuk program. nak nak lagi naib bendahari. aku dahlaa kurang arif pasal mengira duit ni. so, again, ini antara proses yang mematangkan aku.

entry ni maybe takde gambar sangat pun. malas pulak nak menggoogle gambar gambar yang berkaitan. hahaha...

tapi insyaALLAH, i'll try my best to be as matured as possible. slow slow laa kan. kang tetiba je matang kang terkejut beruk kawan kawan aku. dengan aku sekali pengsan agaknya. hihihi..

woii.. dah nak masuk 20 tahun oii! tak sangka. cepat je masa berlalu. hahaha... banyak benda yang perlu dikecapi. dan banyak benda yang aku belajar sepanjang 20 tahun ni. korang acane?

so, tukar topik sat. sahabat. sahabat bagi aku, orang yang aku boleh cerita segala gajah rimau dengan beliau. boleh bergurau pung pang pung pang dengan beliau. boleh menangis sampai banjir satu KL kalau mengadu kat dia. dan boleh bermanja dengan dia bila aku rasa lonely. yup3, there is one person in my mind right now. hihihi...

kawan. kawan ni, ramai. boleh dicari. boleh buat teman bergurau. bergossip. berusrah. berjalan. bershopping. bermuhasabah diri. semualah. tapi aku rasa lainnya sahabat dan kawan ni is, bila dengan kawan, not everything kau boleh cerita kat kawan tu. 

but yeah. as long as jalinan ukhuwah tu berdiri atas dasar iman dan cinta kepada ALLAH, semua tu ibadah namanya. :)

dan tak kiralah sahabat ke kawan ke, semua aku sayang.

SEMUA ok. bukan separuh, bukan suku.

ok dah. perlu alih fokus dari lappy ke buku pulak. babai readers. doa doalaa semoga aku rajin menghapdate blog buruk ni lepas ni. kang tiba time rajin aku berjela aku tulis. hahaha

babai. assalamualaikum..

remember this entry? i won 1st place for the essay competition. thanks for the support guys! :D

rakan rakan seperjuangan. sayang korang sampai syurga insyaALLAH :D


oh ye. maaf sebab lambat sangat update pasal keputusan essay competition tu. hahaha... tak teringat pun nak tulis kat sini.

babai readers. jumpa lagi. assalamualaikum. may ALLAH bless us :) sayang anda semua