Monday, September 24, 2012

self confidence deficit

ASSALAMUALAIKUM..

jumpa lagi! ye mood aku nak menulis menjelma lagi. so, di sinilah aku. mencoret coret dengan tarian tangan yang ikut irama lagu The Boys-SNSD. eh sempat lagi kau. hahaha...

oh for your information, saya bukan obess K-Pop. minat biasa biasa jek. and paling minat SNSD. sekian terima kasih.

dah tutup cerita pasal K-Pop, M-Pop, J-Pop, mercun pop pop. main point nak cakap petang ni macam takde sangat pun. cuma saja memenuhi nafsu menulis. biasalah, perempuan kan ada 9 nafsu 1 akal. antara 9 nafsu aku, menulis blog laa agaknya ye? hoi, jangan layan perempuan ni merapu.

aku bukan nak heboh satu dunia. tapi just nak bagitau, aku tengah dalam proses jaga diet. aku tak kata aku BERdiet, aku JAGA diet.

macam mana? aku kurangkan makan nasi. bukan tak makan langsung tau, KURANGKAN. dalam seminggu atau dua minggu, sepinggan nasi. tak makan lagsung kang pengsan pulak oii jemah. takde tenagalaa katakan. hehe..

kalau aku fikir fikir balik, sebenarnya, takde rasional sangat aku nak jaga jaga DIET ni. eh memanglah point utamanya, nak kuruskan badan, nak turunkan berat badan, nak kurangkan babat (lemak) babat kat keliling pinggang ni. tapi bila aku belek diri kat cermin, hati kecil berbisik, "eleh, takdelaa gemuk sangat. perut je kebuncitan."

tapi, kenapa agak agak korang aku menjaga DIET ni?

sebab ada orang cakap aku chubby dan cara dia cakap tu betul betul membuatkan self confidence aku menurun sampai hari ni.

serious cakap, sangat sangat low self confidence aku sejak dua menjak lepas raya ni. sampai makan tak lalu, tidur tak basah, mandi tak lena, belajar tak susah. eh ok mengarut.

buat masa ni, dah hampir sebulan aku menjalani low carbohydrate diet ni. kalau aku makan pun, just makan lauk je. selalunya satu hidangan sumber protein, dan satu hidangan sayur hijau. no rice. tapi kalau dah kempunan tengok kawan kawan aku makan nasi tu, aku rembat ar sikit nasi. kang meleleh pulak air liur kalau tak ikut hawa nafsu aku yang satu lagi tu. haha

dan setakat ni, berat aku dah turun sikit. sikit je pun. tu pun nak kecoh satu dunia. hahaha... berapa? biarlah rahsia.

ok point utama post hari ni akhirnya dapat dikenal pasti.

pesanan ni, aku tujukan pada semua yang baca blog busuk ni, termasuk orang yang menulis ni jugak.

janganlah dok nampak keburukan orang lain je. walaupun orang tu gemuk, tak semestinya dia tu teruk dari segi sikap dan tingkah laku. ramai orang gemuk ni lagi baik hatinya dari orang orang yang kurus kedekang tu. lagipun, what's wrong of being fat? 

aku tak cakap orang kurus tu jahat dan orang gemuk tu baik. dan aku tak cakap orang gemuk tu jahat, dan orang kurus tu baik. semua orang ada kelemahan dan kelebihan sendiri. kalaupun orang tu gemuk, boleh kan cakap elok elok. instead of cakap,

  "oii, gemuknya kau! makan apa kat kampus tu? sedap sangat ke makannya? ingatkan rajin exercise naik turun tangga, kuruslah. takde pun. makin kembang je" (dengan pandangan mata yang meremukkan kalbu si mangsa)

ni contoh ok. CONTOH. tidak berkaitan dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

ye. saya sedang dalam usaha menarik kembali self confidence yang dah menjunam ni. ada sesiapa nak bantu?

till then, assalamualaikum. :)



p/s: maaf andai entry ni mengguris jiwa sesiapa yang membaca.
takde niat nak perli sesiapa. seriously takde.
kalau tak percaya, belahlah dada, operatelah hati ini.
salam sayang, deeyamorten.

2 comments:

Liyana Mahmood said...

maafkan saya andai saya salah seorang yang telah mengguris hati anda.. ;'(

deeyamorten said...

not at all laa syg. hahaha... thanks baca :D