ASSALAMUALAIKUM..
oh yeah!! jumaat lepas habislah satu minggu sesi praktikal aku di hospital ampang untuk sesi pagi. sesi petang? next week laa pulok derr..
oh yeah lagi!! dan mari sini nak share pengalaman dengan korang korang wahai pembaca yang tak berapa nak ramai ni haa.. harap nombor kat follower widget je 400++ tapi readers takde pun. hiew hiew.. takpe takpe. aku faham..
ok berhenti mengarut!! seminggu kat hospital ampang.. macam macam pengajaran aku dapat. tak kira pengajaran dari segi akademik, sahsiah mahupun pengalaman untuk dijadikan pedoman.
alaa...yang akademik takyah laa kan nak share dengan korang. kalau aku pot pet pot pet kat sini bukan korang faham pun aku aku merepek. hahahaha.. so, jom kita skip terus ke pengajaran yang boleh dijadikan pedoman ni.
aku bertugas *amboihh.. ayat kemain. macam dah betul betul kerja je kan* kat wad orthopedik lelaki. orthopedik tu kiranya benda yang berkaitan dengan tulanglaa ni. and most patient kat sana adalah berumur dalam lingkungan 30 tahun dan ke atas.
dan pakcik yang paling sempoi dengan kitorang sang students pelatih ni, ada tiga je. kat bahagian cubicle yang menempatkan patient yang agak teruk keadaannya dan memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang rapi.
taknaklaa mention nama kan. so, aku just label pakcik pakcik ni dengan alphabet je. pakcik A, patient yang terlantar sebab kaki dia patah. masih mampu bercakap dan ketawa. tapi taknak makan. cuma nak minum susu je. anak dia selalu datang lawat dia.
pakcik B, patient yang duduk sebelah pakcik A tadi. berbangsa cina. masih mampu berjalan dan bergerak. tapi perlukan assistant. pakcik ni sangat sporting. anak dia agak jarang jenguk dia. mungkin sebab busy kot. tapi everytime anak dia datang, mesti bawakkan makanan untuk dia.
pakcik C, patient ni katilnya kat depan pakcik B tadi. yang ni takdelah teruk sangat sakitnya. cuma dia terlantar atas katil sebab kaki dia tak mampu nak support berat badan dia. baru berumur 50++. tapi keadaan fizikal nampak lebih tua dari patient A dan B tadi. aku tak pernah nampak waris dia datang jenguk dia.
ok now, aku fokus pada pakcik C. setiap kali aku teringat kat pakcik ni, air mata pasti meleleh keluar. nak nak lagi bila aku meletakkan parents aku di tempat pakcik tu. takde kata kata yang mampu aku ucapkan yang setanding dengan perasaan kesian yang teramat kat dia.
sepanjang seminggu aku kat situ, aku belum nampak lagi mana mana waris yang datang melawat dia. setiap kali aku datang berbual dengan dia, dia akan cerita yang kakak dia akan datang bawa kuey tiow goreng untuk dia.
dia patutnya dah boleh keluar dari hospital hari khamis lepas, tapi dari apa yang aku dengar dari staff nurse yang bertugas tu, anak saudara dia yang berjanji nak datang ambik, tak muncul muncul sampai hari jumaat.
sampai ada colleague aku bagitau aku, pakcik tu cakap kat dia, "takpelah nak. bawak je pakcik turun kat lobby. nanti pakcik ambil teksi balik rumah"
ya ALLAH sedihnya aku dengar ayat tu. mungkin bagi korang yang baca ni, taklah sesedih mana. korang takkan rasa perasaan tu selagi korang tak alami sendiri apa yang aku alami ni.
so, pesanan aku pada korang readers, juga pada diri aku yang menaip ni, janganlah kita abaikan saudara mara kita yang tengah sakit kat hospital tu. mungkin kita tak suka dia, tapi ingatlah, what goes around comes around kan?
hari ni kita buat kat dia, esok lusa, mana tau kita pulak yang kena macam tu..
tak selamanya kita akan berada di puncak. suatu hari nanti, kita pun akan berada di tempat paling bawah sekali. yang mungkin kita pernah caci suatu ketika dulu.
pesanan untuk diri aku jugak.
untuk kau jugak wahai sahabat.....
sama sama kita doa agar kita jauh dari melakukan perkara perkara yang menyakiti ahli keluarga kita.
rindu insan berdua ni..... :'( |
oklah guys.. assignment sudah memanggil manggil tu.. adioss.. assalamualaikum..
p/s: renung renungkan dan selamat beramal.
jangan beramal je,
sampaikan kat orang orang yang terdekat dengan korang jugak.
agar sama sama jadi pengajaran :))
thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
^________________^
4 comments:
thanks sharing.. amt bermakna :)
jap2, assignment ape nih ??
pehh..menarik posting,..amat menyentuh jiwa raga.. cikgu slalu g hospital ampang...nak tahu wad mana? mst terkejut...
cikgu g wad 7D...heheehe
eh cikgu duk sebelah spital jer..kat hatta square je pun..
dtg la melawat blog cikgu
http://amirjusoh2.blogspot.com/
http://amir-economy.blogspot.com/
woo. sedih kot. kesian pak cik tu.. semoga kita semua dilindungi dan tidak melakukan perkara seperti itu dalam ahli keluarga kita. insya Allah. then ape kesudahan pak cik tu? spe amik dia?
sedihnya. em kakak sy doctor..dia pun kata macam tu, kdg2 anak2 buat taktau je kt mak bapak. :( em...kenapa ye jd mcm tu...sy takkan buat ma pa macam tu. :(
Post a Comment