Wednesday, January 4, 2012

costumer always right? betul kan?

ASSALAMUALAIKUM..

woo... rancak pulak blog aku berisi dua hari ni. hahaha.. aku just mengutarakan pendapat aku daripada pengalaman aku yang aku baru dapat tadi ni. masih fresh dari ladang gandum.


tadi aku turun ke kafe untuk mengisi perut yang dah berjoget joget ala ala mak limah balik hostel. bila aku dah habis beli nasi, aku pun menuju ke kedai serbaneka yang ada kat situ. sebab one of my housemates minta tolong belikan air mineral.


sambil aku tengah menjamu mata untuk mencari makanan ringan ngup ngap ngup ngap yang sodap dimakan time study, aku terdengar perbualan akak cashier tu dengan seorang pelanggan ni.... perbualan tu berbunyi macam, tersebutlah kisaaaaaahhhhhhhh.............



costumer: akak, tadi saya bayar RM2, kenapa akak bagi baki RM 8? *amount tu aku tak sure. so aku bantai je. hihi*


cashier: eh yeke. yelaa.. ambiklah. *muka masam, manis, kelat, tawar atau payau tak dapat dipastikan sebab aku tak nampak mukanya*



setelah si costumer ni berlalu, ada seorang lagi pembantu kedai kat situ bersuara, *eh asal ayat aku skema badak ni? macam nak buat novel dah haa..*


pembantu kedai: akak, tadi saya bayar RM2, kenapa akak bagi baki RM8? *sambil mengajuk suara costumer tadi*


cashier: ah diam ar kau. budak tu memang ki**k, ba*i betullah. ingat dia tu princess ke apa nak cakap dengan aku macam tu?



terkedu aku seketika *eh ayat novel lagi!* ok aku tak tau apa sebenarnya yang berlaku antara the costumer and the cashier, mungkin diorang memang musuh ketat sejak dalam perut lagi ke. yang tu di luar pengetahuan akulah.




tapi bagi aku, cara akak cashier tu bercakap memang sangatlah tak beretika. kenapa? yolaa, kalau yo pun dia nak mencarut kat situ, boleh tunggu sampai kedai tu takde pelanggan tak? dahlah cakap dalam nada suara yang kuat. memang satu kedai dengar suara dia. boleh bayangkan apa yang pelanggan akan fikir bila dia cakap macam tu? ok disebabkan aku seorang pelanggan time tu, maka biar aku bagitau apa yang aku fikir bila aku dengar dia cakap macam tu.


terkejut. and aku wonder, 'akak ni pakai tudung ke tak ek?' but then aku realize, bertudung bukan bermakna pengecualian daripada mencarut sekarang ni. dan bila time aku nak bayar, aku jadi wonder lagi, 'apa agaknya yang akak ni akan cakap pasal aku bila aku dah keluar nanti?'



pendek kata, costumer akan set tanggapan negatif kepada pekerja kat kedai tu. bila dah macam tu, at one point, bukan setakat pekerja tu je yang dipandang negatif, kedai tu pun orang taknak datang.



lagipun, bagi aku, kalau pasal salah bagi duit baki, it is just a small matter one. tak payah nak mencarut sangatlah. kalau betul salah costumer tu then forgive it. tapi kalau salah sendiri yang tersalah bagi baki, terimalah. kau pun manusia jugak. bukan malaikat. buat silap tu normal.



janganlah ego sangat untuk menafikan kesalahan diri sendiri. you ain't perfect. macam orang lain jugak.



peringatan dan teguran untuk diri aku jugak. aku pun banyak buat salah jugak aku pun ego jugak.


peringatan untuk korang yang membaca ni jugak. dan untuk semua oranglah jugak.


wahhh... dah lama tak update pasal teguran masyarakat ni. hihihi... sila rindu :)



ok sayang sayang sekalian. maghrib sudaaaa.. mari solat dan mengaji. adioss.. assalamualaikum..




p/s: esok peperangan bakal meletus!
antara aku, pensil dan pen
dengan kertas soalan dan kertas kajang.
hahaha..
wish me luck guys!!
:)

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

4 comments:

Alif Yusof said...

ape motif dia memaki customer tu? patut berterima kasih kt dia sbb jujur pasal baki. kalo shot x ke naya.

Namee Roslan said...

eee kenapa dia ckp kt customer tu macam tu ?? siap mencarut lg pun. patut deeya mengadu lah pd pihak tertentu.

محمد رازيق said...

x syoklah maki cutomer, huhu.. lari lintang pukang nanti customer. hehe. salam kenal, jmput singgah blog, jmput bc BURUNNG BIRU SI PEMALU :)

Tea Dno said...

nampak sangat tak ikhlas berniaga... kurang asam gelugor je perempuan macam tu.. suka mencarut pulak.. memang tak dan ar nak jadikan isteri.. eh? melalut sudah.. :p