Sunday, August 21, 2011

sikap manusia yang pelik tapi benar

ASSALAMUALAIKUM..

first entry for today. second entry aku tak taulah bakal menyusul atupun tak. haha.. ok once again, tak lawak.

aku pelik dengan perangai manusia ni. eh aku pun manusia juga. tapi kita sesama manusia pun susah nak faham sikap dan tingkah laku sesama sendiri kan? apatah lagi kita nak faham sikap dan tingkah laku kucing. eh? abaikan.

berani kucing ni katawakan aku. cisss....


ada seorang hamba ALLAH yang duduk menetap dalam rumah aku ni, selalu tak puas hati dengan apa yang kami sekeluarga buat. contohnya....

bila aku tak pandai masak, heboh satu kampung dia canang aku tak pandai masak.


bila aku belajar masak pula, buat muka tak puasa puas hati as if aku nak mencabar kredibiliti beliau dalam bidang masak memasak.


bila parents aku cakap baik baik dengan dia, canang kat semua orang semua keburukan parents aku


bila parents aku buat tak layan kat dia, mula buat perangai gila cuci pinggan menghentak hentak dan tutup pintu berdebam debum


seriously, walaupun aku dah kenal dia lebih dari 16 tahun, tapi aku rasa makin lama aku kenal dia, makin aku tak faham dia dan makin  aku menyampah dengan dia.

buat baik salah, buat tak layan salah.


tak pandai masak salah, belajar masak salah.


cuci pinggan salah, tak cuci pinggan kang cakap aku tak pandai buat kerja rumah pulak.


ish.. manusia manusia.

aku tak kata aku ni baik yang teramat.

tak cakap pun aku ni mulia.

mungkin ada kesalahan aku kat mana mana yang buat dia tak puas hati dengan family aku.

entahlah..

entry ni lebih kepada luahan rasa hati aku. huhu.. aku tak tau nak membebel kat siapa. so, korang koranglah yang jadi mangsa.

moral of this entry ialah, janganlah suka sangat nak mencanang canang cerita keburukan orang kat orang lain. kalau kau yang kena macam mana? tak tertonggeng kau nanti?




kalau kau rasa kau ada perasaan, orang lain pun ada jugak.

kalau kau rasa kau manusia, orang lain pun manusia. bukan kucing, tenuk ataupun ultraman. eh?


persatuan ultraman sesat ke dunia sedunia



kenangkanlah jasa orang yang telah banyak berjasa pada korang ye korang korang yang membaca ni? :)

janganlah susu dibalas tuba.

itu peribahasa untuk minggu depan, insya ALLAH.

tunggu next entry dari aku ye. assalamualaikum..

p/s: aku dan kakak buat kek coklat kukus hari ni.
want some? pergi beli kat kedai resepi rahsia.
muahahaha..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)


9 comments:

SoLy SoLicious said...

sabar jelah..mulut org mn senang nak ditutup.

be strong kay :)

dylla fadzil 小草莓 said...

manusia mcm mcm ragam, kalau yg perangai pelik sgt, patut anggap lutsinar ja, bukan untuk pun pedulikan dorg tu. tp tu la, kdg2 melampau kan. haha

qudwa said...

cube ko bagi tazkirah sikit kat beliau...mane tau bulan pose ni sampai seru ka kat beliau...XD

qudwa said...

cube ko bagi tazkirah sikit kat beliau...mane tau bulan pose ni sampai seru ka kat beliau...XD

deeyamorten said...

@SoLy SoLicious
betul tu. thanks ye awak :)

deeyamorten said...

@dylla fadzil 小草莓
tulaaa.. bila anggap lutsinar pun buat perangai jugak. sampai tak tau nak anggap apa lagi. batu boleh? huhu

deeyamorten said...

@qudwa
dia jenis manusia yg tak boleh ditegur. nanti melenting keluar ufo dari batang hidung. huhu

apidrosli said...

sabar jela beb..tu maknanya ko lagi better dari dia.that why dia jelous

deeyamorten said...

@apidrosli
huhu.. tulah kan. thanks ye :)