Saturday, October 6, 2012

angka tiga

ASSALAMUALAIKUM..



semester tiga. ya aku dalam semester tiga tahun dua sekarang.

semester tiga terlalu berbeza dari zaman semester satu dan dua dulu. TERLALU.

dulu hidup aku betul betul student life. bangun tidur, solat subuh, mandi, sarapan, pergi kelas, belajar, break, makan, sambung kelas, tidur dalam kelas (eh?), balik bilik, mandi solat, makan, study kejap, tidur. tak perlu fikir pasal hal hal luar bilik darjah.

tapi semester tiga ni, tanggungjawab aku bertambah tambah. dan aku harap aku mampu memikulnya dengan tulang scapula belakang bahu aku ni. in sha ALLAH.

semester tiga, bangun pagi, solat subuh, mandi, sarapan, pergi kelas, break, sambung kelas, balik bilik, fikir hal hal negara dan masalah masalah dalaman, solat, makan, cuci baju, sapu bilik, kemas meja, gosok baju..... ishh... banyaklah. kalau aku tulis sini semua pun belum tentu dapat menggambarkan banyaknya tanggungjawab aku ni.





mungkin semua ni nampak biasa bagi korang. tapi ini pengalaman baru bagi aku.

jadual kelas semester tiga ni lebih lengang kangkung dari semester yang lepas lepas. tapi......

ok. meh sini aku terangkan dengan sejelas jelasnya. aku, Nur Nadiah Mohamad Nasir, memegang jawatan sebagai naib bendahari untuk program Minggu Orientasi Junior Semester Satu. which is definitely a new experience for me sebab aku memang tak berapa mahir dalam bidang kewangan ni.

aku, Nur Nadiah Mohamad Nasir, diamanahkan untuk jadi pengarah satu program ceramah berkaitan solat ketika sakit untuk kawan kawan dan junior senior sejurusan dengan aku. dan of course beberapa orang dari jurusan lain. which is a very very very new experience to me sebab memang aku tak pernah terlibat dengan apa apa aktiviti besar sebelum ni. jadi AJK pelaksana pun tak pernah, tiba tiba jadi pengarah. pengsann....

aku, Nur Nadiah Mohamad Nasir, dicalonkan sebagai AJK persatuan professional kami kat sini, Nursing Student Association (NUSA) dan hari rabu ni kena bermanifesto kat depan kawan kawan, junior senior sekalian. hambekkk!!! ini lagi satu pengalaman yang sangat baru bagi aku. jadi AJK NUSA ni memang impian sejak semester satu, tapi bermanifesto? tak pernah termimpi wehhh aku nak buat manifesto!


aku masih tersangat fresh dalam bidang pimpin memimpin orang ni.

sangat fresh dalam handle program dan organisasi.

sangat fresh dalam bidang kira mengira duit belanja ni.

nervous? stress? itu sudah mesti. 

dengan study lagi, test lagi. fuhhh.... tarik nafas jap.






tapi aku yakin, dengan semua pengalaman baru yang aku baru nak cedok ni, in sha ALLAH, one day, semua ni akan bantu aku dalam hidup aku.

aku YAKIN.

nak nak lagi dengan DIA di sisi aku. in sha ALLAH, dipermudahkan segala urusan.

usia dah cecah 20 tahun, memang patut pun aku didedahkan dengan segala bagai benda alah ni.

dan ini menyedarkan aku pasal betapa beratnya sebuah amanah dan tanggungjawab.

sebelum ni, aku tau amanah dan tanggungjawab tu benda paling berat untuk dipikul. tapi aku tak pernah rasa, jadi tiada pressure untuk aku di situ.

tapi sekarang ya. aku dah rasa.

ya, ini semua bakal mematangkan aku.

mungkin bukan matang dari segi cara aku bergaul dan bergurau dengan kawan kawan aku. tapi matang dari segi aku berfikir dan bertindak.

in sha ALLAH. in sha ALLAH.

everything will be fine. in sha ALLAH.





so kawan kawan, aku tau ada antara korang yang sama sama terlibat dalam program program ni, yang baca entry ni.

kawan kawan, terutamanya anda anda yang lebih veteran dalam bidang pengurusan ni, saya mintak tolong untuk beri tunjuk ajar pada saya.

saya masih banyak kekurangan dalam semua bidang ni. terlalu banyak kekurangan in fact, kalau nak banding dengan anda semua.

jadi, sila beri tunjuk ajar ye kawan kawan! :D

maaf kalau terlebih tanya.

maaf kalau pertanyaan tu buat anda rasa annoying.

tapi, kalau malu bertanya, sesat jalan. kan?

ok tu je nak bebel. huhu.. sorry. ni entry luahan perasaan >.<

thanks for reading! may ALLAH bless us.

assalamualaikum..

p/s: maaf kalau ada yang annoying dengan entry ni.
bukan nak menunjuk. bukan nak berlagak.
ini cuma coretan kata kata dalam qalbu.
terima kasih awak, awak, dan awak :)
ye, awaklah. yang tengah baca notakaki ni
*sambil tunjuk guna ibu jari. ahakss*

1 comment:

Namee Roslan said...

buat yang terbaik ok deeya comel !!jangan main! nanti saya babap ! hehe.lama betul kamu tak update :D