Friday, August 19, 2011

putus cinta. masih adakah lagi cinta?

ASSALAMUALAIKUM..

woot~~ tajuk tak menahan. hahaha.. jiwang berkarat habis. hahaha.. aku tengok lately ni ramai pulak kawan kawan blogger aku yang dok bercerita bab bab putus cinta, patah hati, patah jiwa, patah gigi, patah kaki, berpatah arang. eh?

doktor gigi bernama..... err.. aku tak ingatlah nama beliau. haha


tiba tiba dapat idea jugaklah nak buat pasal patah patah ni. hahaha.. sure lepas habis baca entry ni korang yang patah patah segala jenis patah tu dah tak patah dah. eh apa aku merepek ni. ok sila proceed.

aku pernah putus cinta *pengakuan eksklusif ni! panggil reporter cepat!* perit. memang sangat perit rasa putus cinta tu. sesak dada aku time tu. walaupun aku yang mintak putus. haha.. aku mintak putus atas beberapa sebab yang bagi aku munasabah. tapi mungkin jodoh kitorang panjang, so, kami sambung balik sampai sekarang. eh ni bukan sesi perkongsian pengalaman ye deeya.

oklah. macam aku cakap tadi, putus cinta memang perit. tapi seperit perit putus cinta tu, perlu ke sampai nak bunuh diri?



walaupun kita dah hilang cinta daripada sang kancil kekasih, tapi lupakah kita bahawa kita masih ada cinta dari family, kawan kawan dan yang paling penting cinta dari Sang Pencipta kita.

aku pun bukannya baik sangat nak cakap lebih lebih pasal agama ni. tapi aku tau, bunuh diri tu dosa besar. menganiaya diri sendiri pun dosa besar. ada orang putus cinta tak bunuh diri, tapi kelar tangan sendiri guna jarum peniti pisau potong roti.

gambaq hiasan


ingatlah kawan kawan, cinta tu sangat luas perspektifnya. bukannya tertumpu kat cinta pasangan kekasih je. yang paling penting, cintakan illahi. itulah cinta hakiki. cintakan manusia selalunya bermusim. hari ni suka, esok menyampah. minggu depan suka balik.

aku taulah sebab aku pun manusia jugak.

so, tak perlulah nak bunuh atau cederakan diri bila korang dah frust bercinta tu. apa kata korang ambil wudhu' dan buat solat sunat. kalau tak pun baca quran. insya ALLAH tenang jiwa tu.



ini ingatan untuk diri aku sendiri. aku sendiri pun kadang kadang eh bukan kadang kadang. selalu! selalu melebihkan cinta manusia berbanding cinta kepadaNya.

so, moral of the story untuk hari ni, janganlah korang buat kerja kerja yang tak berapa nak cerdik seperti terjun bangunan 888 tingkat, kelar tangan, leher, dan anggota badan korang dengan gergaji berkarat sejuta dan perkara perkara lain yang seumpamanya.

korang ada akal, pilihlah sendiri.
  • sengsara dunia, sengsara akhirat
  • sengsara dunia, bahagia akhirat
  • bahagia dunia, sengsara akhirat
  • bahagia dunia, bahagia akhirat

pilhlah yang mana berkenan di hati. semoga coretan aku kali ni membawa manfaat kepada korang dan aku. juga kepada saudara saudara kita yang lain. :)

tu je, assalamualaikum..

kasih manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi,
kasih tuhan tiada bertepi,
sayang tuhan janjiNya pasti.

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

8 comments:

Bitter said...

tudiaaa..asst. dokter cinta aku..HAHA!

shaliza khairi said...

cinta Dia, cinta sejati =)

Namee Roslan said...

saya pelik kenapa org putus cinta smpai bunuh diri. saya tak pernah lagi rasa putus cinta, takut juga mengalami nya. ehm, mudahan dijauhkan la :)

cinta pada Allah yang terbaik mungkin :)

deeyamorten said...

@Bitter
aishhhh... hahahah

deeyamorten said...

@shaliza khairi
betul betul betul :)

deeyamorten said...

@Namee Roslan
orang yang bunuh diri sebab putus cinta ni lemah iman. huhu..

ee_blabby said...

hmm , takde gune nye nak bunuh diri tu kan kan ? kalau putus tu makne nye ade org lain lagi layak untuk kite ;)

http://cokolatmerahjambu.blogspot.com/2011/08/mintak-maaf-dah-main-aci-nyorok-dengan.html

deeyamorten said...

@ee_blabby
yup. it's so true :)