Thursday, August 18, 2011

demam buat kek melanda

ASSALAMUALAIKUM..

yeah! first update for today. haha.. kebelakangan ni aku kurang produktif dalam bab mengupdate entry. kenapakah? sebab aku kurang idea + malas + busy. so, terhasillah blog kosong tanpa sebarang entry. eh ok jangan layan aku merepek.

lately ni akak aku rajin buat kek. aku? aku jadi assistant je. hehehe.. aku akui kitorang bukanlah anak dara yang rajin dan pandai masak. tapi setelah beberapa percubaan dibuat, aku rasa kitorang memang ada bakat memasaklah. haha.. tiba tiba je claim ada bakat. hampeh..

first day kakak aku try buat kek cheese which end up dengan kek tu berhijrah ke tong sampah. haha.. first day kakak aku buat kek tu aku tak tolong sebab aku tak berapa sihat. kalau aku tolong mesti kek tu menjadi. hahaha.. perasan kejap

cheese cake tersebut pastilah bukan seperti ini. haha


semalam kakak aku dan aku *nama assistant kena sebut jugak. lalala* try buat puding gula hangus yang kitorang dan ayah kitorang memang suka gilersss makan. tapi before ni membaham mak aku punya air tangan je. semalam ialah first try dari chef bella dan chef deeya *perasan chef sekejap* 

kakak aku take part dalam buat acuan puding tu dan tugas aku ialah untuk menghanguskan gula tu. and guess what? gula tu memang hangus gilersss! hahaha.. pahit kot rasa dia. nasib baik puding tu sedap. so, at least habis jugaklah hasil eksperimen kedua kitorang tu.

ni pak cik google hensem bagi aku. kau ado? :P



dan hari ni *jeng jeng jeng* projek kitorang hari ni ialah membelasah kek kukus oreo. hahaahahaha.. which can be considered as a big success sepanjang karier kami *ehem ehem. perasan lagi* aku malas nak cakap panjang panjang. korang layan gambar je ek? sediakan tisu sekotak kat sebelah korang supaya dapat menampung jumlah titisan air liur yang bakal meleleh dari mulut korang. hahaha.. ok tak lawak

ini bahan bahan untuk buat kek

cakk!! inilah kek kitorang! cantik tak  cantik tak cantik tak?

dah dah. cepat lap air liur korang.

kenapa aku tak pernah mention pasal projek kek aku ni dalam entry entry sebelum ni? sebab time projek cheese kek tu aku tak sihat, so aku taknak lah kan ambil hasil kerja kakak aku pastu letak kat blog aku. oh sungguh tak proper.



semalam aku nak buat entry pasal puding gula hangus tu tapi ada relatives aku datang bertandang kat rumah, so tak sempat nak update. hari ni je aku sempat.

ok aku tau entry ni boring. tapi aku rasa sangat bertanggung jawab untuk mengupdate blog aku yang dah hampir hampir nak bersawang ni. sorry ye korang sebab lama tak update. huhu..

oh ye, aku bakal dapat sepupu baru! mak cik aku yang baru kahwin tu dah pregnant. alhamdulillah. murah rezeki dia :)

tu je, assalamualaikum..

p/s: follower aku dah kurang satu.
hehehehehe..

p/s2: jomlah join contest aku.
cepat cepat join! tarikh tutup dah dekat ni.

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)



12 comments:

Nyamuk Terbang said...

wah lama xmkn puding gula hangus

deeyamorten said...

@Nyamuk Terbang
sedap kan puding gula hangus :)

puteяi ʓαняα said...

nak kek love tuuu. huhuhu

cik dot said...

mcm sdp j. nk ckit.. ;)

deeyamorten said...

@puteяi ʓαняα
eh tak boleh! tu pakcik google kasi kat deeya je. eksklusip tau. hahaa :P

deeyamorten said...

@cik dot
nah! *sambil bagi secubit kek* hahaha

hana said...

sedap la kek..
ni yg nak pi beli kat secret recipe..
haha

Dunia Cik Maia said...

waaa camne nak wat kek kukus oreo tu.. cam sedap je... slurrppp!!! dah terasa-2 kat tekak ney haaa.. =)

deeyamorten said...

@hana
beli pastu bagi deeya ek? haha

deeyamorten said...

@Dunia Cik Maia
nak deeya buat resepi ke? :)

Qaseh Qistina said...

puding gula hangus tu caramel eh..?
kalau caramel sama laa...terhangus gulanye masa buat ri tu...hehe

Tea Dno said...

suka gila puding caramel. hohoho.