Sunday, February 3, 2013

randomness

ASSALAMUALAIKUM..

sound check sound check *tepuk tepuk mic*

aloha readers yg tak berapa nak readers. muahaha.. hawauyu? i'm pain tengkyu. maaflah ye anda anda semua. blog nih dah macam rumah usang berhantu dah. muahaha.. jarang jarang ada yang masuk mengemas. ehemm..

terasa macam nak ubah background blog dengan header sekali tapi dah tak hengat macam mana ia dikerjakan. sadiss sungguh.

maaf. appearance blog dan headernya sangat usang dan tak menarik. nak ubah, aku tak ingat sehabuk pun nak wat macam mana. teruk kan? muahaha... nampak sangat dah berdekad dekad aku tinggal blog ni.

adalah sukacita dimaklumkan bahawasanya aku baru start cuti semester *applause* dikala kawan kawan dari universiti lain dah nak habis cuti, aku baru nak menikmati cuti *sigh* takpelah, demi masa depan yang sejahtera aman damai dan sentosa, why not kan berkorban sedikit sebanyak *tepuk tepuk bahu bagi semangat*


dan dengan dukacitanya memberitahu bahawa lappy aku yg terchenta tu tak boleh nak connect dengan wifi yg tersedia di rumah. maka, nak online kenalah guna phone. itu pun macam biol. kejap ada, kejap takde. nasiblah badan nok oii *geleng geleng kepala*

apa bendalah yang aku merepek maraban dari tadi ni. ngehngeh. nampak tak ketidak-adaan motip di situ? nampak tak?

oh ye, lately ni macam ramai pulak yang tanya aku pasal nursing ni. pasal biasiswa, cara mengapply, skop kerja and minat aku sendiri dalam bidang ni.

aku cakap awal awal, kalau nak apply nursing kat UiTM, bersedialah untuk keluar duit dari PaMa korang. kami tak dapat apa apa biasiswa pun. JPA taknak taja kami. MARA pun sama. so, we left with only pinjaman PTPTN atau pinjaman yayasan negeri atau biasiswa PaMa semata mata.

but lately ni aku dengar rumors yang mengatakan kami akan dapat elaun klinikal sebanyak RM15 sehari. woo.. tapi sejauh mana kesahihan tersebut, aku tak tahu. jangan tanya banyak. sorry.

cara nak apply nursing? hmm.. tak susah langsung pun actually. kalau anda pelajar lepasan SPM, dan anda minat nak sambung diploma in nursing, anda bolehlah apply melalui SPA, which I do not know how to. haha.. sebab tak pernbah pun apply SPA atau apply through UPU untuk ke mana mana universiti tempatan yang tawarkan kursus ni. kolej swasta pun dah banyak tawarkan kursus nursing ni. so, kalau tak minat nak join IPTA, IPTS is an alternative choice for you :) tapi mahal sikitlah kot bayarnya.


skop kerja untuk pelajar ijazah sarjana muda kejururawatan bila dah habis belajar nanti still as a staff nurse. cuma gred tinggi sikitlah. kalau ambil diploma, gred kerja nanti U29 je, tapi kalau degree, U41. tapi aku pun agak kurang jelas pasal mende alah ni sebenarnya. sebab bila aku refer kat orang lain-lain, lain-lainlah jugak kata mereka. bila search pun tak banyak jumpa. so, takpe. nanti aku try gather maklumat lagi pasal pengreddan ni ye :)



minat? hari tu, time aku posting kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, ada seorang pakcik ni tanya aku time aku tengah lapar yang mata diwaktu rehatku di waktu petang. hambeeekkk. banyak di yg digunakan. haha..

pakcik tu tanya, berbaloi ke ambil degree tapi jadi nurse je? it's better you ambil medic lah dari ambil nurse. you're just wasting your time.

haa gitulah gamoknya ayat pakcik tu. aku dengan kawan kawan aku yang tengah melahap time tu terkedu. sentap oii bila dia cakap cenggitu. macam hina sangat je taraf seorang misi di mata dia. 


maka, dengan senyuman plastik yang ditampal dibibir lesu ini *tu dia ayat* aku jawab, dengan sedaya upaya mengekalkan kesantunanku sebagai wanita ecehhh.. eh tak tak. dengan sedaya upaya mengekalkan adab dan sopan sebenarnya. takut terkurang hajau pulak.


"beza kami dengan student diploma is kami ada specialization time dah masuk year 3 nanti. kami boleh pilih nak ambil ICU ataupun pediatrics...."

yang lain aku tak ingat dah aku bebel apa. aku ingat tu je. hahaha... maap maap.


dan bila aku cakap kat sesiapa jelah yang aku minat nursing, most of them will be like, "seriously?' sambil kerutkan kening.

hey come on. it is not weird. NOT AT ALL.


minat? to be honest, aku before apply nursing tak minat pun nurse nurse nih. aku pakai tarok je dalam pilihan UPU tu. sebab nak cukupkan kuota. tapi bila dapat, aku happy. minat tu tiba tiba datang. aku tak paksa. takde siapa paksa. dia datang sendiri.


why? sebab aku percaya, BEING A NURSE MAY NOT BE MY CHOICE, BUT IT IS WHAT ALLAH HAS CHOSEN FOR ME. dan kalau ALLAH yang pilihkan, how can it not be the best for me?


because ALLAH knows best.


just put on your positive thoughts, and everything will be just fine.


hoii berjela pulok entry ni. dahlah boring. hahaha.. ok dah. i'll stop here for sure.


harap apa yang aku share kat atas tu berguna pada certain people. walaupun tak semua boleh terima, I know. kita manusia. lain pendapat, lain ragam, lain cara, lain minat.


so yeah. sorry andai tersilap kata. toodles. salam maghrib. assalamualaikum :)




p/s: bersepah typo. Mahaplah ye. Keyboard keras kedengkang

1 comment:

Teena Tna said...

Sedihnya xleh nk wifi guna lappy..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

insanbiasabiasa.blogspot.com