Friday, February 21, 2014

BAB 5: Matahari dan Bulan Yang Berenang Di Laluannya

ASSALAMUALAIKUM.

well, i know this is kind of late but i just can't resist the temptation to share the informations with you guys. so kindly please forgive me for posting this in the middle of night. it's 1.39 am! haha. sorry sorry. takpe takpe. korang baca esok pagi jugak kan? haha.

so, alhamdulillah kita dah masuk ke bab lima! masih jauh lagi perjalanan perkongsian ilmu kita. ada baaaanyaaakk lagi bab yang masih jauh lagi nak cover. tapi takpe, kita go through one by one slowly ok? insyaAllah. may Allah ease. kalau korang perasan, most chapter, eh bukan most, semua chapter yang saya dah share so far ni semua berkaitan dengan astronomi kan? takpe. kita jarang kupas isu pasal astronomi berkait dengan Al-Quran ni, kalau ada pun, kita malas nak baca kan? *akulah tu T.T insaf lepas ni* anyway, it is interesting. well, at least for me.

semoga perkongsian entry ni dan entry entry sebelum ni dan entry entry selepas ni semuanya memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam sharing session ni. insyaAllah. ok now, jom proceed kepada bab lima perkongsian kita dari buku 'Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?' karya Profesor Madya Dr.  Mohd. Arip Kasmo dan majalah Infiniti ni. oh kepada sesiapa yang baru di sini dan nak tahu lebih lanjut kenapa saya buat entry perkongsian ni, sila klik sini untuk baca entry yang berkenaan. teehee.

baiklah, mari mulakan sharing session kita dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.

macam yang kita semua sedia maklum, bumi, bulan, matahari dan planet planet semuanya bergerak dalam orbit masing masing. macam dalam entry lepas, saya ada cakap bahawa orang dulu dulu percaya bahawa bumi ni pusat angkasa, di mana semua objek kat langit berputar mengelilinginya dan bumi dipercayai tak bergerak. teori ni dipanggil sebagai Geosentris.

macam nilah teori Geometris tu

pada abad ke-3, ada seorang ahli sains ni yang bernama Aristarchus menyatakan teori yang bumi berputar mengelilingi matahari, bukan sebaliknya. tapi sebab teori ni tak dapat dibuktikan, maka teori ni tak diterima oleh orang ramai terutamanya ahli astronomi dan saintis pada masa tu.

selama beberapa abad mereka ni berpegang kepada teori Geosentris ni sampailah ada seorang lagi ahli astronomi itali namanya Nicolaus Copernicus yang mengemukakan teori bumi dan planet serta semua objek kat langit berputar pada orbitnya sendiri. teori ni dikemukakan pada tahun 1512.

pada 1602, Johannes Kaupler telah menyokong teori ni dan pada tahun yang sama, Gallileo Galilei yang baru saja menciptakan teleskop pertama di dunia turut menyokong teori bahawa semua objek di angkasa berputar mengikut orbit masing masing berdasarkan pemerhatiannya melalui teleskop tu.

matahari ni walaupun ia merupakan pusat angkasa, tapi dia pun ada orbitnya sendiri, macam planet planet lain dalam sistem suria kita ni. 



lama sebelum manusia datang dengan teori yang tepat ni, Allah telah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Anbiya' ayat 33, "Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya)" dan dalam Surah Yaasin ayat 38 dan 39 "Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui. Dan bulan pula Kami tetapkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kembali pula ke peringkat awalnya, (yakni berbentuk melengkung) seperti tandan (urjuun) kurma yang kering".

i have no idea tandan kurma kering tu macam mana. google pun tak jumpa gambo T.T so ini sekadar gambar hiasan jelah ye


dalam surah Al-Anbiya', Allah telah menerangkan bahawa matahari dan bulan bukanlah objek statik tapi mereka bergerak dalam orbit masing masing. dalam surah Yaasin pulak, Allah menyifatkan orbit bulan tu macam tandan kurma tua yang dah kering.
bulan mengorbit bumi dalam orbit berpilin ataupun melengkung macam bentuk S. dalam angkasa, dianggarkan ada lebih kurang 200 bilion galaksi. dan setiap galaksi tu ada 200 bilion bintang. most bintang ni ada planet dan setiap planet ada satelit semulajadi masing masing. macam bumi, satelit semulajadinya ialah bulan.







semua objek ni bergerak mengikut orbitnya sendiri. betapa besarnya dan sempurnanya penciptaan Allah tu. terlalu sempurna Dia mencipta dunia ni. walaupun para saintis dan astronomi barat dah bercanggah pendapat pasal benda benda berkaitan ni sampai berabad lamanya, tapi dalam Al-Quran, kitab yang dianggap kuno dan lapuk oleh segelintir masyarakat dunia, semua fakta fakta ni dah jelas diterangkan oleh Allah lama sebelum kita manusia ni menjalankan kajian pasal objek langit dan angkasa ni. dengan kebenaran kebenaran yang dah terbentang depan mata kita ni, jelaslah bahawa kitab Al-Quran itu adalah mukjizat dari Allah sendiri dan merupakan petunjuk bagi orang orang yang bertaqwa. Wallahu'alam.

                      *               *            *               *           *

subhanallah. masyaAllah. lahaulawalaquwataillahbillah. astaghfirullahalazim.

banyak pengajaran dan petunjuk yang saya sendiri dapat bila saya karang entry ni dan entry entry sudah. sebelum ni, bila baca Al-Quran, ada a few perkataan yang saya tafsir sendiri maksudnya. contohnya macam ayat dalam surah Yaasin tadi, "Dan bulan pula Kami tetapkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kembali pula ke peringkat awalnya, (yakni berbentuk melengkung) seperti tandan (urjuun) kurma yang kering".

sebelum ni, saya tak terfikir bahawa yang bentuk macam tandan kurma kering tu is orbit sang bulan tu. wallahi, sebelum ni saya ingatkan apa yang Allah nak sampaikan ialah kitaran bentuk bulan mengikut hari hari tu. yang macam bulan sabit, bulan purnama, anak bulan dan seterusnya tu. jahilnya saya.

ingatkan yang ni >.< but i was wrong

saya bersyukur kepada Allah, sebab diberi peluang ni untuk saya lebih faham isi kandungan Al-Quran. lebih menghayati elemen elemen alam kat sekeliling saya yang sebelum ni saya ignore je. tak pernah pun fikir apa hubung kaitnya dengan Al-Quran. oleh itu, *maafkan keskemaan hamba* saya juga berharap agar perkongsian ni sedikit sebanyak memberi kesan manfaat kepada kehidupan para pembaca. share sharelah info yang ada ni dengan kawan kawan korang, andainya korang rasa apa yang korang baca, mampu memberi manfaat kepada bukan sahaja satu dua orang, malah seluruh umat manusia.

eh berjela pulak. maafkan saya. berangan nak jadi keyboard warrior tapi tak berani. haha *hambar. menguap sedas* sampai sini sahaja perkongsian kita. renung renungkan dan selamat beramal! :)

Assalamualaikum.

p/s: gambar dari mana? dari encik google laa. mana lagi. 

No comments: