Tuesday, February 18, 2014

Alam Semesta yang Semakin Berkembang

Assalamualaikum.


kali ni, saya akan share dengan pembaca semua summary atau ringkasan dari bab pertama buku 'Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?' karya Profesor Madya Dr. Mohd. Arip Kasmo dan majalah Infiniti. bab ni, bertajuk macam yang tertera kat atas tulah tajuknya. hihi. ok serius serius.

bismillahirrahmanirrahim.

menurut beberapa saintis barat, cakerawala, galaksi dan alam semesta keseluruhannya terbentuk dari satu letupan besar atau kita lebih kenali sebagai big bang. tak tahu teori big bang? jom kita google sama sama. *berdehem*


haa ni haa. teori ni mengatakan alam semesta berkembang macam kita tiup belon. makin besar kita tiup, makin berkembang galaksi



selama hampir seabad atau 100 tahun, mereka ni, iaitu para saintis ni bercanggah pendapat dan teori mereka berkenaan dengan kejadian alam semesta. ada yang cakap alam semesta ni bersifat statik, maknanya tak berkembanglah. kiranya, bagi mereka ni, alam semesta ni memang dah ada sejak azali. tiada apa apa kejadian yang mencetuskan kejadian alam semesta ni. kiranya bagi mereka ni, alam semesta ni memang dah wujud dengan sendiri *eh macam redundant je ayat aku ni -.-* bagi mereka, menurut teori diorang ni, tiada pencipta alam semesta, so tak payahlah nak percaya pada Maha Pencipta. teori ni dipanggil teori 'Steady State' dan dikemukakan oleh Thomas Gold dan Hermann Bondi pada tahun 1928.


yang ni pulak menunjukkan perbezaan teori 'steady state' dengan 'expanding universe'



manakala, ada pulak satu kumpulan saintis ni pula yang mengemukakan pendapat mereka tentang kejadian big bang ni yang menjadikan alam semesta. teori ni dipanggil teori 'The Expanding Universe' dan diperkenalkan oleh Alexander Friedmann dan rakannya George Lemaitre. pada 9 Mei 1966, NASA telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang menyokong teori expanding universe ni dan mengatakan bahawa alam semesta ni berkembang sebanyak 57-80 km sesaat. sesaat tau! bayangkan kalau seminit, berapa banyak dia berkembang? subhanallah.





yang menariknya apa tau? dalam Al-Quran, Allah dah berfirman mengenai perkara ni. dalam surah al-zariyat ayat 47, 'dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami, dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya (musi'un)'. ayat ini membenarkan teori big bang beribu ribu tahun sebelum si saintis- saintis ni berbalah pendapat mengenai teori diorang.

imam ibnu kathir telah menafsirkan mu'sinun dalam ayat tu sebagai langit yang berkembang ke segenap penjuru. syeikh said hawa pun ada menafsirkan dalam kitabnya al-asas al tafsir, yang menyatakan bahawa Allah menjadikan langit dalam keadaan mengembang secara berterusan.

maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan wahai manusia?



renung-renungkan dan selamat beramal :)

Assalamualaikum.


p/s: gambar semuanya ehsan encik google. hihi.

No comments: