Wednesday, February 19, 2014

BAB 3: Angkasa Bukan Hampa Gas

ASSALAMUALAIKUM.

yeay Alhamdulillah dah sampai bab tiga perkongsian kita. harap perkongsian sebelum ni bagi manfaat pada semua pembaca dan juga aku sendiri. insyaAllah. ok, bab tiga ni macam complicated sikit nak terang. so, kalau aku ada tersalah terang or apa apa, mohon betulkan kepada sesiapa yang tahu fakta sebenar tu ek. sharing is always caring. nak nak lagi kalau sharing ilmu. kan? :)

so let's start our sharing session kali ni dengan bismillahirrahmanirrahim.

 pernah dengar perkataan hampa gas? saya pernah, dalam cerita doraemon. haha.. hampa gas ni maksudnya satu keadaan di mana tak terdapat apa apa molekul atau atom atau zarah zarah dalam ruangan tu, atau yang selalu kita sebut, vakum.



ada a few saintis yang berpendapat bahawa ruang kosmos adalah vakum. ruang kosmos tu apa? kalau ikut kamus, ruang kosmos tu ialah satu sistem yang teratur dan berada dalam keadaan harmoni. so, secara ringkasnya ruang kosmos ni angkasa lepaslah ye.



berbalik kepada perbincangan pasal angkasa lepas adalah ruang vakum. falsafah yunani tak setuju dengan teori ni sebab bagi diorang setiap ruang yang berada di ruang kosmos ni mempunyai elemen dan partikel sendiri. kenyataan ni disokong oleh plato dan aristotle yang berpendapat bahawa setiap ruang di cakerawala ada jisim sendiri. maksudnya setiap ruang tu ada terdapat partikel kat dalamnya.

pada awal Masihi, yunani mula berpendapat bahawa ruang vakum tu boleh wujud tapi bukan kat bumi, tapi di luar ruang kosmos. maksudnya, vakum hanya boleh wujud di luar ruang angkasa. pada abad ke 17 dan 18, saintis saintis dan para astronomi ni bercanggah pendapat lagi pasal kevakuman ruang kosmos ni sebab diorang kata cahaya tak boleh menembusi ruang vakum. cahaya memerlukan elemen elemen dan jisim jisim untuk bergerak.



dalam Al-Quran, Allah ada menyebut "apa yang ada di langit dan di bumi, segala yang wujud antara kedua-duanya dan semua yang ada di bawah tanah, semuanya kepunyaan Allah." dalam surah Taha ayat 6. Ayat ni jelas menyatakan bahawa ada sesuatu yang tak terfikir oleh manusia yang ada antara langit dan bumi. bukan awan, bukan burung, tapi secara logiknya elemen dan partikel partikel tu lah. ada jugak Allah firmankan pasal benda yang sama dalam a few surah lain macam surah Al-Hijr ayat 85, surah Al-Furqan ayat 59,surah Al-Ahqaaf ayat 3, surah Ad-Dukhaan ayat 7 dan 38.

 sains moden pada hari ni menyatakan bahawa ruang antara bintang dan galaksi dipenuhi oleh beberapa elemen tertentu macam hidrogen, helium, radiasi dan cahaya. hidrogen dan helium merupakan elemen terbesar kat angkasa iaitu 90% hidrogen dan selebihnya tu helium. macam dalam entry lepas, saya ada tulis yang hidrogen dan helium ni akan menjalani tindak balas untuk membentuk bintang. tapi yang masih menjadi tanda tanya kepada saintis hari ni ialah apa yang membentuk tarikan graviti. saintis barat mengatakan bahawa dark matters ataupun unsur gelap yang menjadikan graviti. tapi apa dark matters tu? apa elemen yang membentuk dark matters tu? persoalan tu masih lagi belum terjawab. tapi yang pasti, unsur unsur dan elemen elemen tu memang wujud. Wallahu'alam.



tahukah anda, kalau manusia terdedah pada ruang hampa gas kita akan pengsab selama 9-12 saat dan akan mati sebab hypoxia. hypoxia ni maksudnya kekurangan oksigen ke seluruh sel badan.


sampai sini je untuk perkongsian kali ni. stay tune untuk perkongsian bab empat pulak ye. renung-renungkan dan selamat beramal! :)

Assalamualaikum.


p/s: macam biasa, gambar dari google :)

No comments: