ASSALAMUALAIKUM.
alhamdulillah kita masih diberi peluang olehNya untuk terus bernafas dan menumpang di bumiNya. it's Friday! Happy Friday dan Happy weekend untuk semua yang membaca blog ni :)
well, hari ni takde idea nak membebel sebelum masuk ke entry utama macam selalu. haha. mungkin sebab semua idea dah diserap masuk ke entry malam tadi kot? tu yang jadi kontang je petang ni. ha ha hambar.
oklah. kita terus proceed masuk ke bab seterusnya dalam perkongsian kita, bab keenam. bab keenam dalam buku 'Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?' karya Profesor Madya Dr. Mohd. Arip Kasmo dan majalah Infiniti ni bagi saya agak menarik. kenapa? entahlah. but it is menarik. masih berkisar pasal ruang angkasa dan astronomi, tapi kali ni topiknya agak ringan sikit dari topik topik sebelum ni.
oh, kepada yang baru baca entry perkongsian ni hari ni, dan tertanya tanya apa yang sebenarnya saya buat ni, bolehlah rujuk ke entry INI untuk mengetahui kisah selanjutnya *apa pasal skema molek aku hari ni?*
baiklah jom proceed kepada isi penting kita hari ni dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.
Graviti. saya yakin rata rata pembaca blog ni tau dan pernah dengar apa itu graviti, kan? tak tau? sila google. hihi.
Sir Isaac Newton adalah orang yang pertama sekali mengemukakan teori pasal graviti. sebelum tu, takde siapa pun yang terfikir pasal kewujudan graviti ni.
masa mula mula teori graviti ni diperkenalkan, ramai saintis dan ahli astronomi yang tak dapat terima teori ni. ada yang cakap teori ni dibuat buat oleh Newton. yelah, kalau ikutkan norma manusia pun, susah kita nak terima something yang baru, yang kita tak pernah dengar pun sebelum ni, kan? nak-nak lagi teori sains yang pelik pelik, dengan tak cukup kajiannya, dengan tak cukup buktinya, lagilah kita susah nak terima, betul tak?
what goes around, comes around. what goes up, must go down. |
Newton juga ada buat satu kesimpulan bahawa tarikan graviti ni yang merupakan antara faktor penting kenapa planet dan bulan berputar pada orbitnya. teori ni telah menarik minat ramai saintis untuk membincangkan kewujudan graviti ni dengan lebih serius. malah ada jugaklah saintis lain yang cuba keluarkan teori graviti yang lain, tapi tak dapat nak menandingi teori si Newton ni.
Albert Einstein telah mengemukakan teori baru pasal graviti pada awal abad ke-20. teori ni dikatakan dapat menyaingi teori Newton, tapi masih belum dapat membuktikan kebenaran wujudnya graviti ni.
akhirnya, pada 14 Jun 1949, kewujudan graviti ni dapat disahkan kesahihannya bila seekor monyet yang diberi nama Albert II telah dihantar ke angkasa lepas.
Albert II, haiwan pertama yanag pergi ke angkasa lepas |
jom kita tengok apa pulak firman Allah yang tertulis dalam Al-Quran kali ni. dalam surah Al-Hijr ayat 14 dan 15, Allah ada menyebut, "dan sekiranya Kami bukakan pintu pintu langit, lantas mereka terus naik ke atasnya, tentulah mereka akan berkata: Sesungguhnya hanya pandangan kami telah dimabukkan..."
dalam ayat ni, Allah bagi kiasan tentang kewujudan zero graviti kat angkasa. apa tu zero graviti? zero graviti maksudnya takde tarikan graviti lah. ayat ni menggambarkan bahawa ruang kosong kat angkasa tu memang takde tarikan graviti melainkan kat planet, bintang, bulan dan objek langit lain.
dalam ayat tersebut, Allah ada menyebut perkataan 'mabuk'. kenapa Allah guna
perkataan mabuk kat sini? adakah bila kita sampai kat angkasa lepas kita
terus jadi mabuk mabuk macam orang minum todi ataupun muntah muntah macam orang
mengandung?
mabuk dalam ayat ni bermaksud pandangan sekeliling akan jadi tunggang langgang bila sampai kat angkasa lepas. kenapa? sebab, bila kita berada kat angkasa lepas, takde tarikan graviti untuk mengawal tubuh dan keseimbangan badan kita.
keseimbangan badan manusia ni terletak kat dalam telinga, pada satu struktur dalaman yang dipanggil koklea. koklea ni mengandungi cecair yang berfungsi untuk kawal keseimbangan ataupun orang putih sebut equilibrium. bila kat angkasa lepas, ketiadaan tarikan graviti ni menyebabkan seseorang tu tak dapat nak tentukan kedudukan yang tepat. kiranya atas ke bawah, bawah ke atas dan sebagainya.
cuba kita pusing dalam bulatan sebanyak sepuluh kali laju laju, lepas tu cuba berjalan dalam garisan yang lurus ataupun cuba berdiri tegak. biasanya kita akan rasa pening dan pandangan kita akan rasa macam tak tentu arah kan? macam tu jugaklah keadaannya bila kita berada dalam keadaan zero graviti ni. tapi sekejap jelah keadaan ni. dalam first few hours je seseorang tu akan mengalami mabuk pandangan ni. lepas badan dia dah dapat adapt dengan keadaan, pandangan dia akan kembali normal. Wallahu'alam.
"Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang orang soleh." surah Asy-Syuara' ayat 83.
sampai sinijelah dulu perkongsian kita kali ni. insyaAllah kalau panjang umur, jumpa lagi di next entry. teehee.. renung-renungkan dan selamat beramal! :)
Assalamualaikum.
p/s: gambaq ambik mana? google lah
Assalamualaikum.
p/s: gambaq ambik mana? google lah