Thursday, February 20, 2014

BAB 4: Antara Sinaran dan Cahaya

ASSALAMUALAIKUM.

alhamdulillah dengaan izinNya kita dah proceed ke bab empat perkongsian kita. walaupun sikit, tapi harap perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca, yang menulis ni, dengan yang memberi pinjam buku tersebutnya pun adui *melalut* insyaAllah.

so, hari ni, saya akan share dengan anda semua pembaca-pembaca yang budiman lagi soleh solehah sekalian pasal perbezaan sinaran dan cahaya. oh kepada yang baru baca entry ni, biarlah saya maklumkan bahawa saya dalam usaha untuk berkongsi ilmu yang terdapat dari dalam buku 'Tidakkah Kau Dengar Suara Tuhanmu?' karya Profesor Madya Dr. Mohd. Arip Kasmo dan majalah Infiniti. nak tau lebih lanjut, sila klik sini

baiklah, jom kita mulakan sesi perkongsian kita kali ni dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.

bulan. apa yang kita semua tahu pasal bulan? kita semua pernah belajar sains kan kat sekolah dulu? i mean, basic science lah. bukan biology atau physics atau kimia semata. apa yang kita belajar dulu ialah bulan tak keluarkan cahayanya sendiri, tapi dia reflectkan cahaya dari matahari.


sebelum abad ke 10 Masihi, ada banyak persepsi pasal bulan ni. macam-macam ada. persepsi ni kebanyakkannya mengikut suku kaum dan bangsalah. ada pendapat yang mengatakan bahawa bumi ialah pusat angkasa. maksudnya, macam yang kita belajar kat sekolah dulu, dan memang kenyataannya pun mengatakan bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari kan? sebab matahari ialah pusat galaksi kita. tapi, orang zaman dulu kala percaya bahawa, instead of bumi yang mengelilingi matahari, matahari dan bulan yang mengelilingi bumi. kiranya kepercayaan mereka dulu tu, bercanggah dengan fakta sebenar.

ok berbalik kepada persepsi dan mitos mitos orang dahulu kala ni. menurut kaum india dulu dulu, bila cahaya bulan takde, pertumbuhan bakteria akan berlaku dengan pesatnya. so, diorang tak boleh makan atau masak apa apa makanan pun pada masa tu. kalau katalah diorang dah masak makanan tu, makanan tu perlu dibuang sebab takut dah tercemar.

masyarakat cina purba pulak cakap, gerhana bulan terjadi sebab ada naga telan bulan tu. so, bila berlaku gerhana bulan, diorang akan bakar mercun kononnya untuk takutkan naga tu. suku kaum indian kat amerika pun percaya benda yang sama jugak.



pada tahun 1609, Gallelio Galilei *pernah dengar kan nama ni? hehe* mengeluarkan teori yang mengatakan bulan ni sebenarnya bersifat lunar. lunar tu apa? pencil colour ke? bukan. lunar tu maksudnya bentuk permukaan bulan tu gersang, gelap dan bersifat memantulkan cahaya. dan lepas dah beratus ratus tahun teori ni keluar, akhirnya fakta ni terbukti bila Neil Armstrong *manusia pertama yang sampai ke bulan* pergi ke bulan pada 20 Julai 1969.



dalam Al-Quran surah Yunus ayat 5, Allah ada berfirman, "Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang dan menjadikan padanya matahari yang bersinar (siraaj) dan bulan yang bercahaya (munir) " ayat ni turun pada kurun ke 14. lamaaaaa sebelum diorang ni keluarkan teori pasal bulan ni. dalam ayat ni, Allah menerangkan perbezaan matahari dan bulan. satu bersinar, satu lagi bercahaya.

macam sama je kan kalau kita baca seimbas? tapi sebenarnya lain. perkataan "siraaj" dalam ayat tu kalau ikut kamus maksudnya lampu atau pelita yang mengeluarkan cahaya atau api. matahari kan mengeluarkan cahaya sendiri melalui tindak balas bahan bakar yang ada dalam terasnya kan?

perkataan "munir" pulak maksudnya kilauan cahaya atau silau. so, maksudnya kat sini, jelaslah bahawa bulan tak keluarkan cahaya dia sendiri, tapi memantulkan cahaya daripada matahari. macam cermin, adakah cermin keluarkan cahaya sendiri? takkan? tapi bila terkena cahaya lampu, cermin tu nampak bercahaya dan silau kan? macam tulah jugak bulan dan matahari.



"demi matahari dan sinarnya di pagi hari. demi bulan apabila mengiringinya. demi siang apabila menampakkannya. demi malam apabila menutupinya...... sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu. dan sungguh rugi orang yang mengotorinya" surah Asy-Syams ayat 1-4...9-10.

Wallahu'alam.

sampai sini saja dulu perkongsian untuk bab empat kita. kalau terlepas nak baca bab satu, dua dan tiga, bolehlah klik kat sini untuk bab satu, kat sini untuk bab dua dan kat sini untuk bab tiga. semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada semua pihak yang membaca dan juga saya yang menulis entry ni. renung-renungkan dan selamat beramal! :)

Assalamualaikum.

p/s: gambar dari google :)

1 comment:

Bella said...

Assalamualaikum , hye kak .. thanks again for your entry :) best ,, do visit mine ..

ohsemme96.blogspot.com