Monday, July 18, 2011

be punctual boleh tak sayang?

ASSALAMUALAIKUM..

siapa kat sini suka bila orang tak punctual? ada? kalau ada, anda sngatlah berbaik hati sebab dapat bersabar dengan unpunctuality sesetengah pihak. tapi saya tak. saya sangat pantang kalau orang tak punctual.

kalau lambat seminit dua atau 5 minit tu, boleh dimaafkan lagi. tapi kalau dah sampai 10 hingga 15 minit lambat, memang nak kena bambulah tu jawabnya. kalau sekali dua je berlaku macam tu, boleh tahanlah lagi. tapi kalau dah setiap kali berjumpa dia buat macam tu, tak ke haru? boleh kena darah tinggi macam tu.

contohnya, korang janji dengan kawan korang nak jumpa pukul 4. so, korang sampai kat tempat tu tepat atau around 4. tapi setengah jam lepas tu baru kawan korang menampakkan batang hidungnya. perasaan korang waktu tu apa? gembira? marah? penat?

ataupun, janji dengan kawan nak datang ambik dia kat rumah pukul 3, so, kita sampai kat rumah dia tepat atau around pukul 3, tapi, pukul 3 tu jugaklah dia baru nak pergi solat, baru nak gosok tudung, baru nak mandi etc. etc. geram tak?

saya bukannya bagus sangat pun. tapi bagi saya, punctuality sangatlah penting. hello!! jangan harapkan orang lain nak menunggu kita je. banyak benda lain lagi nak buat ok?

so, tolonglah bertimbang rasa sikit boleh? jangan jadi orang yang tak menepati masa. because i hate that. tak kiralah siapa pun. kawan baik ke, encik fahrin ke, kalau tak punctual, memang boleh mendatangkan marah.

nasiblah ada secebis sabar dalam hati. kalau tak, memang dah kena bambulah korang.

maaf ye, teremo. so, moral untuk hari ni, TOLONGLAH JADI PUNCTUAL. BOLEH?

p/s: masa itu emas.
bukan masa korang je emas,
masa orang lain pun emas jugak.
so, jangan bazirkan masa korang 
dan orang lain ok?

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

2 comments:

NNisa said...

tenang. tenang.
tapi memang begitu lah selalunya. :)

Tea said...

haha. aku benci org tak punctual. bnyk cantek nk ikut time dia je kan.