Wednesday, August 24, 2011

Be considerate

ASSALAMUALAIKUM..

Saja je nak try test menaip entry baru kat blog guns iPad 2 macam mana. Haha..

Eh siapa cakap aku berlagak? Mana Ada. Cepuk nak cepuk?

Aku nak update entry malam ni. Tapi my dearest ahkak ajak buat kuih donut pula malam ni. Nak sikit tak?

Di sini, saya selaku penyimpan mohor besar raja raja *ececeh* nak bagi pesanan kat korang korang semua yang baca blog buruk aku ni.

Korang, kalau buat sesuatu pekerjaan, Biarlah ikhlas. Janganlah buat kerja ala kadar tapi nak harapkan gaji ratus ribu juta rupiah.

Bila kerja ikhlas, quality kerja meningkat. Lepas tu bos pun jadi sayang. Bila bos sayang, haruslah gaji juga meningkat berjuta juti. Kan lebih elok macam tu. Dari Ada buat kerja tak ikhlas, cuci pinggan pum pam pum pam, pastu mengharap gaji masyuk. Apa kes?

Tak adil okeh macam tu. Kesian kat bos. Huhu..

aku bercakap dan berkata kata ni teguran untuk diri aku jugak. Aku pun tak perfect nyah..

Kalau korang tak suka kena marah dengan bos, janganlah buat bos marah. Kang bos marah cakap bos pilih kasih pulak.

okeh korang? Be considerate to other people kalau kita nak orang tu consider dengan keadaan kita jugak.

Hormat menghormati amalan mulia.

Tu jelah. So, moral of the story, please be considerate to others. Full stop.

Tak susahkan?

Selamat berbuka Puasa.. Kepada yang berpuasa jelah ye. Yang tak Puasa tu, aku ucapkan, selamat meratah makanan bergelen gelen setelah seharian korang tahan lapar.

Adios.. Assalamualaikum..

P/s: aku tak sukalah menaip dengan iPad.
Tak feeling. Hugh

Thanks for reading!
Ukhuwah fillah Abadan abada..
:)

Photo Editing Contest By Eien Razak & Dayah Jelita

ASSALAMUALAIKUM..

aku masuk contest cik dayah jelita cun melecun ni. eh siapa kata aku bodek? tak okeh. memang kenyataan. kalau tak percaya silalah pergi terjah blog akak jelita ni. :)



aku selaku deeya yang tak berapa jelita ni *hekhek* nak pertaruhkan dua gambar yang aku rasa macam best je kalau aku pertaruhkan. hahaha.. 

gambar first... jeng jeng jeng...


ni tak edit lagi. harap maklum. hahaha..

selepas di edit. taklah cantik sangat pun.



lagi satu gambar......


before diedit. sila abaikan towel hijau kat belakang tu



setelah diedit mengikut citarasa anak tekak aku


korang nak join? klik banner contest kat atas tu ye? wish me luck guys! huhu..

tunggu next entry dari aku. :)

adiosss... assalamualaikum..

eh lupalah. nak tag orang yang bertuah ni,





p/s: korang nak online sambil dengar bacaan al-quran?

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)



blog mengajar aku

ASSALAMUALAIKUM..

time korang baca entry ni, mungkin aku sedang tidur, atau makan, atau minum.. eh? puasalah deeya!!

petang tadi aku baca entry cik ABBY pasal nampak tak nampak tu. kenapa pulak dengan nampak tak nampak ni? korang bacalah sendiri kat blog beliau. huhu..

kebetulan kat dalam otak aku memang nak tulis pasal apa yang aku pelajari dari blogging ni. so, cik ABBY dah agak memberi inspirasi untuk aku merepek kat sini. hahahaha.. tak lawak

malas nak merapu panjang panjang. aku buat point form jelah. korang nak baca pun senang. ye dak? huhu..

  • BLOG MENCERMINKAN KEPERIBADIAN DIRI
tak semestinya keperibadian diri kita yang orang selalu nampak. kadang kadang blog dan entry entry kita menggambarkan sikap kita yang terpendam jauh di lubuk hati yang mungkin orang tak tau pun pasal sikap kita tu. 

contohnya macam aku. cik AIDA yang rapat dengan aku pun banyak tak tau fakta fakta menarik pasal aku. sampailah aku buat entry a few facts about me that i think you should know tu.

jangan cuba tekan kat tajuk entry tu. sebab aku tak back linkkan pun. lalala..



  • MEDAN UNTUK MENAMBAH KERAMAHAN DAN KESENGALAN
secara jujur, aku bukannya se'friendly' macam aku kat dalam blog ni. aku susah nak bertegur dengan orang. kenapa? sebab aku malu. unless kalau orang tu memang aku dah kenal lama dan dah kamceng. waktu tu baru keluar semua belalang belang harimau malaya aku. muahahaha..

so, dari berblog, mungkin aku akan try menambah keramahan diri bila berdepan dengan orang secara realiti. kalau dalam blog aku boleh jadi peramah, kenapa realiti tak boleh kan?


friendly macam encik hantu seekor ni boleh?



eh kita dok bercakap pasal apa tadi? oh blog mengajar aku. ok ok, sila proceed. weeee~~ *sorrylah nyah. tadi mak pergi lepak facebook kejap. hahahahahahatuihh*




  • TAMBAH KENALANLAH OF COURSE
dulu time zaman aku baru active berblog, aku tak berani nak tinggal jejak kat blog orang lain. alasan? malulah. blog aku buruk. blog aku tak best. blog aku bla bla bla..

sekarang? korang fikirlah sendiri. hahahaha..


baby ni comlellah!! gambaq hiasan sehidung hidung


  • TAMBAH ILMU DAN KONGSI GELAP PENDAPAT SERTA HARTA PENGALAMAN
ada a few blogs yang memang dah boleh masuk list wajib terjah aku setiap kali ada entry baru.kenapa? sebab entry entry yang diorang share tu semuanya padat, ringkas tapi berinfo. nak tau blog siapa? aku pernah buat satu entry pasal ni. kalau nak baca, klik sini ye. tapi ni bukan senarai penuh. just a few je yang aku letak ni.

ni untuk blogger blogger yang aku suka tu :)


  • TAMBAH RAPAT DENGAN LAPPY DAN MAKIN RENGGANG DENGAN HANDPHONE
kiranya aktiviti harian aku lebih kepada blogwalking dan update new entry kat blog. aktiviti bergayut atas antenna rumah jiran? sudah dikurangkan. kredit tinggal 0.02 sen pun aku tak kisah.

alasan? tak boleh contact selalu dengan encik fahrin, nanti tak rindu. hahahahaha.. ok sila abaikan


guna ipad jelah. online pun boleh, gayut pun boleh. macam macam ada!! *dengan suara mamak jual roti canai*





tu je kot setakat ni. haruslah tahu bahawa aku menaip entry ni pada pukul 1.18 minit pagi. mengantuk oii!! ingatkan nak buat entry ni esok, tapi aku tau bahawa aku takkan dapat tidur lena tanpa mimpi aku tengah update blog. dah dua malam aku mimpi aku tengah update blog. tu yang liat nak bangun makan sahur tu. hahahaha..

kemaruk berblogging? yeah maybe :)

saya sayang blog saya. anda? ececeehh..


tu je, adiossss....

assalamualaikum..

p/s: M.E.N.G.A.N.T.U.K..... G.I.L.O.S.S
o.O

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)