Tuesday, August 9, 2011

thank you :)

ASSALAMUALAIKUM..

aku pernah mention dalam entry sebelum ni yang bilangan followers kat blog adalah tak penting. yang penting adalah pembaca. tapi tak bermakna followers tu tak penting jugak.

tanpa followers, aku rasa mungkin semangat nak berblogging akan mudah luntur dan blogger mungkin akan cepat putus asa. kiranya followers ni macam pembakar semangatlah. tapi, follow mestilah dengan cara yang betul ye :)

kat sini aku nak rakamkan berjuta2 lemon perisa epal kepada semua followers aku yang sudi memfollow blog aku ni. aku tak taulah blog aku ni best atau tak, korang judgelah sendiri. kang aku kata best kang, korang kata tak best pulak. huhu..

jutaan ringgit terima kasih jugaklah aku bagi kat korang2 yang sudi baca blog aku walaupun tak komen dan tak follow. terima kasih sebab sudi baca idea dan pendapat aku.

kalau korang komen tu lagilah banyak terima kasihnya :)

kepada penerjah2 dan pemfolow2 *peliknya ayat..* yang terjah blog aku dari segmen freaky falcon ni thanks sangat2 jugak sebab sudi terjah dan follow blog ni. aku akan terjah balik blog korang nanti ye. sebab aku tengah busy sekarang ni. insya ALLAH esok aku datang. sediakan kuih muih tau! :)

oh ye.. kepada penglike post aku yang selalu aku ping kat facebook pun thank you jugak! :)

kat sini aku nak senaraikan beberapa buah blog dan blogger yang selalunya memberi aku inspirasi nak tulis entry. jom tengok. hehehe

Secret Propaganda
harimau comel :)

tea ni kawan aku kat matrik dulu. suka baca blog dia sebab blog dia jenis bersahaja. huhu.. haa.. tunggu apa lagi, terjahlah!!

Santai Bersama BEN ASHAARI
header yang aku rasa korang semua familiar sangat
aku selalu pecah masuk blog abang ben ni. tapi jarang tinggal komen. haha.. aku tak taulah kenapa bila aku nak leave komen kat blog dia je otak aku blank seribu bahasa sabah. pelikkan?

Bitter and Sweet
cik pahit yang sekepala dengan aku
dia ni pun kawan aku kat matrik dulu. aku suka terjah blog dia dan godek2 entry dia sebab penulisan dia santai tapi berinfo. haha.. macam mana dia tulis kat dalam blog, macam tulah dia kat dunia realiti.

mynameisnamee
blog kak namee yang cantik :)
ni lagi satu blog yang selalunya bagi inspirasi kat aku untuk menulis tentang sesuatu. tak kiralah apa2 pun. aku suka sangat baca blog dia. aku pun tak tau kenapa. hahahaha.. sila terjah sekarang!!!! *bertindak mengikut arahan*

aku rasa blogger ni suka makan coklatlah :)
blog yang comel dan memang sedap macam coklat choki choki *takde kena mengena* seriously aku suka blog ni sebab............... sempoi!! yang amat :)

!i!i! DaYaH jEliTa !i!i!
cik dayah jelita punya blog
last but not least. blog ni pun aku suka jugak. sebab sempoi sangat. dan bloggernya pun friendly :) 



eh aku tak susun blog2 ni mengikut priority ye. aku hentam je taruk sesuka hati limpa jantung aku.

so, sebab tajuk entry ni terima kasih kan, aku nak ucap terima kasihlah jugak kat blogger2 ni sebab banyak memberi inspirasi kat aku untuk menaip dan terus menaip. sebenarnya ada lagi dua or tiga blog yang aku suka dan memang bagi inspirasi kat aku nak tulis merapu, tapi blog2 tu nanti aku buat dalam entry lainlah pulak. hahaha

eh dahlah tu. panjang bebenaulah pulok! aku nak tidur ni. mengantuk. lalalala~~

petang nanti kerja weyh! aku tak malas, tapi otak aku malas. so, siapa yang malas sekarang?

tu je. assalamualaikum..

p/s: lattalilattalitamplom!!
ok tak kena mengena..
:P

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

11 comments:

Tea Dno said...

terima kasih kembali! terharu gila. :')

Tea Dno said...

yang penting jangan putus asa untuk terus menulis.. :)

deeyamorten said...

@Tea Dno
terharulah banyak2 lg. hahaha.. insya ALLAH aku tak putus asa

Bitter said...

awwww! terharu maknyahhh! kau selalu ceroboh heh?? aku pun selalu gak ceroboh masuk blog kau nih..tapi aku baik sikit sbb aku ade kunci blog kau..kau ade bg second key kat aku kan aritu?? HAHA!

deeyamorten said...

@Bitter
sejak bila pulaklah aku bg second key ni? tu hantu yg bg tu. bkn aku. haha

Bitter said...

hantu??? alamakkk! waa dah takutt..wakaka

sergeant keroro said...

haha, semua best2 belake.

kalah blog alien XD

fahmie firas said...

pandai main guitar??
boleh ajar saya ni.
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

Tea Dno said...

terharu banyak2 nanti orang cakap aku gedik lah.. haha.. n_n

deeyamorten said...

@Tea Dno
== == =="

DaYaH JeLitA said...

yes saya ada!!!! hihihihi thanks taw awak :)