Saturday, September 24, 2011

random post.cerita rawak.

ASSALAMUALAIKUM..

hey hoo.. apa khabar semua pembaca setia blog aku? *ada pulak pembaca setia. huhu* maaflah ye nyah. aku dah lama tak update.

bukan sebab takde idea. tapi sebab kekangan masa.biasalah kan. student professionallah katakan. hiew hiew *tiru bella lim gelak*

ok baiklah. mari start. first of all, aku nak share video ni dengan korang,



wondering who is it? itulah encik fahrin :)



saja nak bagi korang halwa telinga. hiew hiew..



secondly, nak share dengan korang gambar sunset kat puncak alam yang aku snap before aku solat maghrib semalam. haa.. tadi halwa telinga kan? ni halwa mata pulak.






kualiti gambar tak bagus sangat sebab aku guna kamera dslr model sony ericsson je *kamera handphone je gamaknya...*



ok story seterusnya ialah aku nak bagitau korang bahawasanya aku dan kawan kawan yang satu course dengan aku kat puncak alam ni, semua takde kelas dari semalam, merangkap hari jumaat, sampailah hari isnin nanti. eh, jangan jealous ye. muahaha..





another story is, ok yang ni panjang sikit. sila pasang suis segala jenis deria korang untuk tumpukan perhatian kat cerita aku. kalau ada lagu terpasang sila padam dan tumpukan sepenuh deria pada cerita ceriti aku yang tak best ni. eh best ke, tak best ke, ada aku kisah? korang kena jugak baca. tak kira tak kira. muahahaha..


mungkin aku dah terbiasa dengan kelas yang tak ramai pelajar lelaki, plus lagi dengan cuti berbulan bulan bulan bulan tu yang membuatkan aku langsung tak jumpa kawan kawan lelaki aku yang selain daripada encik fahrin, maka, bila masuk sini, aku rasa sangatlah awkward bila berhadapan dengan student lelaki.



ini cerita betul tau. aku tak tipu. ok, maybe ada kawan kawan lelaki aku akan cakap aku tipu. sebab bila aku chat dengan diorang kat facebook, memang aku all out giloss. macam aku dengan kawan kawan perempuan aku di dunia realiti.


tapi kawan kawan lelaki aku yang lama tu lainlah cerita sebab aku dah lama kenal diorang. yang aku baru kenal ni? takes time jugaklah weyh nak biasakan diri bercakap dengan diorang. huhu.. so, kepada korang korang yang berkenaan, maaflah ye. nanti bila aku dah biasakan diri dengan korang nanti, korang taulah perangai sebenar aku. muahahaha..



sebab most kawan kawan aku cakap aku sengal. is it? yeah. i guess it is true. huhu..


alhamdulillah. sepanjang aku kat sini, aku takde lagi homesick. mungkinkah sebab parents aku tiap tiap minggu datang sini hantar pelukan lauk? eh mana ada ibu aku datang hantar lauk. ini tipu semata mata.


tapi yang pastinya, aku sangat senang nak adapt dengan housemates aku. sebab semua pun kepala senget macam aku jugak. in fact, bila aku duduk dengan diorang, memang boleh pecah rumah kitorang ni weyh! asyik ketawa je.




classmates? semua ok. tapi yeah. macam aku cakap tadi. aku masih belum biasakan diri dengan guys in the class. padahal 5 orang je pun. pfffttt...






apa lagi nak share dengan korang ek? erm......






oh and one more thing. aku tak sangka ada coursemate aku yang lelaki pun layan blog. hekhek.. sebab selalunya aku tengok masing masing takde muka blogger pun. oh yeah.. don't judge a book by it's cover ye deeya.


ayah su aku tanya macam ni kat aku semalam,

course kau ada lelaki? lembut lembut tak student lelaki?

aku pelik. kenapa ramai orang yang beranggapan male nurse is a sotong type man? kenapa? ingat kerja nurse ni asyik berlemah lembut je ke? well, of course lemah lembut itu perlu and in fact penting untuk kerjaya nurse ni. tapi, aku tak suka bila ada pihak yang menganggap profession nurse ni senang. it is not that easy okay people.


bagi aku, nurse is the hero instead of doctors. sebab doktor cuma merawat dan bagi ubat. tapi nurse yang care dan jaga patients sampai sembuh. ingat senang ke nak buat semua tu?



haih.. aiyook.. deeya dah emo. huhu.. maaf maaf.


ok before aku jadi lebih emo macam domo-kun, baik aku stop. huhu..





eh readers!! lupa nak cakap. aku rindu korang :)

adioss.. assalamualaikum.

p/s: panjang giloss entry kali ni.
huhu..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

1 comment:

Namee Roslan said...

hiih, tahank u for sharing! :D deeya pergi mana, busy study eh??