Monday, September 5, 2011

kita berkenalan hanya dalam kelas darjah satu....

ASSALAMUALAIKUM..

ok awal awal aku warning, tajuk entry takde kaitan dengan isinya ye. haha.. aku taktau nak buat tajuk apa, so aku bantai jelah buat lirik sendiri berdasarkan lagu cinta muka buku sejarah yang si najwa latif nyanyi tu. huhu..

ada yang sedang bercinta dengan muka buku sejarah ni tak? hehe


makin dekat saat, detik dan ketika aku blah dari rumah ni, makin banyak hari kita beraya, makin aku malas nak menghapdate blog ni. haha.. maaflah ye. serious malas giloss nak menaip kat blog. ditambah lagi dengan ketiadaan idea, lagi bertambah kering kontanglah blog aku ni.

barang barang aku dah 90% siap dipack. cuma barang makanan je takde lagi. tapi bak kata ibu, rumah dekat, bila bila je ibu boleh datang hantar barang.

bak kata kawan aku, UNTUNGLAH RUMAH SEJENGKAL JE DARI UNI..

ni memang akal sejengkal


eh derr, bagilah aku peluang belajar dekat pulak. asyik belajar jauh je. hikhik.. nak merasa nikmat belajar dekat dengan rumah pulaklah. selalunya aku memendam rasa je bila tengok kawan kawan aku balik tiap tiap minggu.

after PMR dulu aku sekolah kat Muar. takdelah jauh sangat. tapi jauhlah jugak. nak balik tiap tiap minggu? memang berasaplah poket ayah aku. huhu..

lepas tu aku masuk matrik kuala pilah. again, takdelah jauh sangat. tapi disebabkan ada bukit putus yang terpaksa ku rintangi dalam perjalanan balik, baik aku batalkan hasrat aku nak balik tiap tiap minggu tu. nightmare aku dengar perkataan bukit putus. haha..

ado den donga cerito kek bukit putus tu ado pocong. botui ko? den tak ponah jumpo pun.

(aku ada dengar cerita kata kat bukit putus tu ada pocong. betul ke? aku tak pernah jumpa pun)


so, bila nak masuk degree nilah yang aku diberi chance untuk balas dendam balik tiap tiap minggu. muahahaha.. eh taklah every week kot aku balik. adalah dalam dua minggu sekali kot? ehehehe..

tapi insya ALLAH aku cuba meminimumkan jumlah aku balik dalam sebulan. kalau boleh sebulan sekali? cehh.. boleh ke kau tahan hawa nafsu nak balik rumah deeya?

apa apa pun, kepada yang dah nak sambung belajar tu, sama ada korang tengah orientasi, atau baru nak daftar hari ni, atau daftar esok *macam aku* atau daftar bila bila, good lucklah aku ucapkan.



belajar rajin rajin ye korang.

siapa yang ambik course nursing kat UiTM Puncak Alam? meh sini geng aku meh! haha..

oklah nak chow. nak mandi then sambung pack barang barang. tata korang.

kalau aku rajin aku updatelah lagi ye. kalau tak, maybe ini entry terakhir before aku choww ke puncak. menuju puncak!! LOL

adioss.. assalamualaikum..

p/s: selamat hari raya.
eh esok rayalah!! :P

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

4 comments:

sergeant keroro said...

haha, keroro asyik study jauh2. tapi best kot XD

Namee Roslan said...

hey hey..tapi bila tiap minggu boleh balik umah..nnti badan ni mengada takmau balik campus plak.hehe :)

Tea Dno said...

amboih.. yg kau lalu bukit putus kenapa? jalan baru kan ade.. ;p

Tea Dno said...

hhaahha.. selamat belajar ye.. :D