Thursday, June 23, 2011

kita bersaudara..

ASSALAMUALAIKUM..




ha.. ni nak cerita sikit pasal persaudaraan ni. eh sebelum tu, hai semua!! apa khabar?sihat? dah makan? dah mandi? dah minum? dah solat? dah cuci baju? eh ok2 stop. banyak pulak dah soalan. macam yang semua orang dah tau kan, setiap orang islam itu adalah bersaudara. dan bagi saya semua kawan2 yang rapat dengan saya, saya dah anggap macam adik beradik saya. so, this song is dedicated to all of you guys. untuk semua yang baca blog ni. tak kiralah anda silent readder ke, follower ke, stalker ke, hacker ke, sleepwalker ke, tak kisahlah mana satu pun. pilih2. 2 pilihan seringgit ye.

sebenarnya saya nak buat entry ni semalam, tapi internet connection saya macam nak kena lambung laju2 je semalam. menyebabkan mood untuk mengupdate blog hilang entah ke mana. so, sorry guys sebab tak update for a few days. to be honest, saya agak kekeringan idea these past few days. bila ada idea, internet pulak buat hal. sepak laju2 nak?

eh2.. ya ALLAH, jauhnya melencong. ok back to the topic. kita semua ni bersaudara ye kawan2. so, diharap janganlah ada apa2 sengketa yang boleh memutuskan persaudaraan kita sesama manusia *ayat buku* ok? saya sayang anda. anda pun sayang saya kan? apa? tak sayang? ok fine. pergi main jauh2.

bak kata peribahasa melayu, air dicincang takkan putus. maksud peribahasa ni saya rasa semua tau kot. Perbalahan antara saudara mara tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula. tapi kan, anda pernah terfikir tak bahawa air kalau kita cincang memang takkan putus. tapi, bila air dah tukar jadi ais, ia akan jadi lebih senang untuk dipecah2kan. cuba kita apply dalam persaudaraan. kalau hubungan kita dengan saudara kita segar macam air, gaduh sikit2 tu biasalah kan? siapa yang tak pernah gaduh dengan kakak, abang atau adik dia, angkat tangan. eleh, ingat saya percaya? mesti pernah gaduh sekali or dua kali kan?

*cantik kan? ok caption takde kena mengena dengan tajuk entry*


kalau hubungan kita dengan saudara kita dah dingin beku macam ais batu, perkara kecik pun boleh jadi besar. contohnya, si polan A ni tak bagi si polan B ni hadiah hari jadi yang ke-100. so, keciklah hati si polan B ni. just because tak dapat hadiah hari jadi je. 10 tahun tak bertegur sapa, hanya disebabkan perkara yang sangatlah remeh. anda nampak tak kaitannya? kalau tak nampak, sila baca ayat kat atas tu banyak kali sampai faham. haha.. 

*ais umpama hubungan persaudaraan yang dingin beku yang mudah untuk dipecah2kan*


walaupun ais senang untuk dipecah2kan, tapi bila ia dah cair, ia tetap akan bercantum menjadi air, betul tak? so, samalah jugak dengan persaudaraan. walau macam mana pun kita gaduh, at the end, bila semua perkara dah selesai, kita tetap akan berbaik.

so guys, moral of the story, janganlah selalu gaduh2 dengan adik beradik, sepupu sepapat, anak beranak, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai, cindailah mana etc. etc. ok?

oh kita bersaudara,
kena selalu mengalah,
tak guna marah2,
nanti berbaik juga,
oh kita bersaudara,
tak guna gaduh2,
kerna air dicincang tidak akan putus.

oklah murid2. habis dah kelas bahasa malaysia untuk minggu ni. kita sambung minggu depan pulak untuk peribahasa yang lain pulak. haha.. ingat semua, jangan gaduh2. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum

*ukhuwah fillah abadan abada.. :)*


p/s: apa pendapat anda tentang entry ni?
leave your comments in the spaces provided ek?
tq..

p/s: blog saya berat tak?

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

No comments: