Monday, June 27, 2011

senyuman awak mahal sangat ke?

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua! saya muncul lagi. dan menulis lagi. dan merepek lagi. dan melalut lagi. dan memenuhkan dashboard follower2 saya sekalian lagi sekali. hehe.. eh2 oklah. straight to the point. kali ni saya nak share a few thoughts about cashier yang tak friendly. cashier/penjaga kaunter/pelayan kedai makan/kasut/buku/kain etc. etc. yang tak friendly ni bukanlah bermakna bila anda datang nak bayar kat dia, dia diam je tak cakap apa2 sambil buat muka malu2 kucing. eh tak2.. bukan itu maksud saya dengan perkataan tak friendly tu.

cashier tak friendly ni means seorang cashier yang akan buat muka mintak kaki penampar bila dia tengah serve para pelanggan dia. saya sangatlah anti dengan sikap cashier yang macam ni. rasa macam nak sepak betul2 pun ada. rasa macam nak marah pun ada. senang cerita, kalau nampak muka cashier yang macam ni, boleh hilang mood terus untuk sehari tu. duhh~~ oklah maybe mereka penat kerja sehari. tapi apalah salahnya senyum sikit? senyum nipis pun takpelah. tak rugi apa pun kalau senyum wahai cik kak/abang. jangan dibuat muka taik masam tu.



anda pernah kena situasi macam ni? saya dah banyak kali jugaklah terkena macam tu. tapi yang saya paling ingat, waktu saya keluar outing dengan family saya kat pekan kuala pilah. ni kes masa zaman matrik dululah ni. saya outing sebab nak pergi cari kasut baru bagi menggantikan kasut kuliah saya yang dah jadi macam mulut buaya tu. ternganga seluas 120 darjah celcius. so, kami pun pergilah kat satu kedai kasut kat depan econsave ni. waktu tengah pilh2 kasut tu, ada seorang akak yang jual kasut tulah yang dok mengekor saya ke sana ke sini dengan muka masam mencuka dia tu. mula2 saya tak kisah lagilah kan. eh2, baca jelah situasi dialog kat bawah ni. susahlah nak terangkan guna ayat panjang.

saya: akak, nak kasut ni saiz 8.

akak tu: kasut ni dah takdelah dik. tinggal yang ni je. *dengan muka masam dan mata pandang tempat lain*

saya: kalau macam tu, bagi kasut nilah kak. saiz 8 ye.

maka akak tu pun panjatlah tangga sebab nak ambik kasut yang kat atas rak tu. tapi bila saya tengah try menery kasut tu, saya perasan sesuatu, lantas saya cakap kat ibu saya.

saya: ibu, kenapa kasut ni ketat sebelah ek?

ibu: biasalah tu. kaki manusia kan besar sikit belah kanan.

saya: tapi yang ketat ni belah kiri bu. ketat sangat pulak tu.

saya pun tanggal kasut yang ketat tu dan tengok saiznya. cuba teka akak tu bagi saiz berapa? saiz 4!! pergh... menyirap betul. sebelah kanan dah betul dah dia bagi saiz 8, sebelah kiri yang dia bagi saiz 4 tu apa kejadahnya? tak reti nak tengok nombor? ish.. rasa macam nak cepuk2 je akak tu. bila saya tanya kat dia kenapa macam tu, dia boleh buat muka tak bersalah sambil alihkan pandangan ke tempat lain pastu cakap, "kasut tu dah takde dah. tinggal tu je." *sambil menyusun2 kasut yang memang dah kemas tersusun kat atas rak tu.* kalau ikut hati time tu, nak je cakap kat akak tu macam ni, "hello akak! semua kasut takde saiz ke? nampak sangat malas buat kerja" tapi nasib baik iman dalam dada ni menggesa supaya saya bersabar. tapi lepas tu memang saya terus angkat kaki keluar dari kedai tulah. buat dosa je duduk lama2 dalam kedai tu.

fuhh.. teremo sekejap. haha.. memanglah ni cerita lama. tapi bila teringat balik rasa marah geram tu datang balik. haha.. last2 saya beli kasut kat kedai bata je. lagi senang. takde sakit2 hati, sakit jantung, sakit limpa, sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi etc. etc.

satu lagi kes melibatkan cashier pulak. kejadian ni berlaku kat giant dan baru je berlaku petang tadi. so disebabkan kejadian tulah saya timbul idea nak tulis pasal cashier yang tak friendly ni. akak tu masam je mukanya, pastu bila bercakap dengan customer dia buat muka. pergh.. geram2. ayah saya pun geram jugak dengan akak tu. ingatkan saya je yang emo. huhu..

so, pengajarannya kat sini, kepada para cashier/penjaga kaunter/penjaga tol atau apa2 jelah yang berkaitan, silalah murahkan senyuman anda ye? tak rugi apa pun kalau kita senyum. malah kita untung lagi. dapat pahala bersedekah. kan senyum tu sedekah? bukan tu je yang kita dapat, dapat mengurangkan kedut2 halus kat muka lagi, awet muda wa cakap sama lu. so, anda untung ke rugi kalau selalu senyum? lu pikirlah sendiri..

eh oklah. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum.

*senyum tak perlu kata apa2.. :D*


p/s: mungkin mereka tak senyum
sebab mereka penat kot.
ataupun tension ke, ataupun sakit
perut ke..
who knows kan? :D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

3 comments:

qudwa said...

agree sgt2 la weh...klu aq da lame aq sound org camtu...

cam kt trminal one...hamik kau...die trus g tpt len...wakakaka

aidamohdnazib said...

wakaka..kalau aku, sound direct..'kakak, mulut selain bercakap, mengumpat, mengata..guna dia buat apa??' HAHA!

deeyamorten said...

@qudwa: kau berani tegur direct.. aku xberanilaaa.. hahaha.. tkot kang dia panggil konco2 dia dtg serang aku... haha

@aida: nanti dia jawab, makan!!!! :D