Thursday, June 30, 2011

Day 11: 5 facts about me

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! setelah sekian lama saya tinggalkan 30 days challenge saya, hari ni saya nak mula balik gara2 taktau nak update apa kat blog ni. hahaha.. hari tu punyalah semangat ajak semua orang join challenge ni. alih2, saya yang banyak ketinggalan. orang lain dah jauh ke depan, saya baru terkedek2 kat hari ke 11 ni. fuhh.. kesian tak? kesian tak? kesian tak?

eh2.. sebelum saya semakin mengarut, adalah baiknya kita teruskan dengan agenda hari ni. hehehe... 5 facts about me. sebelum tu, apa yang anda nak tau sangat pasal saya ni? hobi? makanan kegemaran? err, ok dahlah tu mengarut. jom proceed *dari tadi kata nak proceed, tak proceed pun. huhu*



SANGAT SUKA MENYANYI

kepada kawan2 yang kenal rapat dengan saya, mereka mungkin dah tau pasal ni. tapi actually, tak ramai yang tau asal ni. even family saya pun ada yang tak tau. saya suka menyanyi. tapi saya segan bila orang suruh saya menyanyi kat tempat awam. sebab suara saya tak semerdu dan selunak siti nurhaliza atau yuna atau yuni atau yuno atau yang sewaktu dengannya. saya lebih suka menyanyi bila saya sorang2 buat kerja rumah, study, masak atau apa2 jelah yang selain daripada berenang *boleh ke menyanyi time berenang?*



PEMALU

ops.. ye saya pemalu. pemalu dengan orang yang saya tak kenal atau tak biasa berbual dengan saya. tapi bila dah kenal, kecohlah dunia. haha.. tak percaya? tanyalah cik AIDA, SYAHIRAH, TEA, TUAN DAN MIRA *wey korang!! aku dah promote ni, belanja makan ek. :)* semestinya mereka akan cakap saya pemalu tak tau malu. kenapa? sebab mereka dah kenal lama dengan saya. dan saya dah biasa dengan mereka, maka, tanduk pun dah keluar meyh. hahahahahaha.. *evil laugh* 





SUKA KUCING DAN HAIWAN2 YANG COMEL :3
ok yang ni memang tak boleh nak dinafikan. biarlah orang nak cakap arnab tu pengotor ke, kucing tu ada aids ke, burung tu kurap ke, tak kisah3.. janji comel. dan saya sangatlah anti kepada orang2 yang suka buli kucing ni. rasa macam nak cekik2 je orang tu. kesian kucing tu tau tak? *emo tiba2*
kucing sape ek
*comel kan? :D*


CEPAT JUDGE ORANG MELALUI IMEJ LUARAN

ok2. yang ni tak bagus kan? saya selalu cakap kat orang "don't judge a book by its cover" tapi saya sendiri pun buat. haha.. contohnya, kalau nampak orang selekeh sikit, dalam hati mesti cakap ish, kenapa dia macam tu? selekeh bagai. kalau nampak orang pakai vogue2, hati mesti cakap, ish mesti berlagak dia ni. teruk kan? memang sejak kecik macam tu. kadang2 rasa horrible dengan diri sendiri sebab ada perangai macam tu. macam mana nak ubah? boleh bagi tips? please.. *separuh merayu* 
*caption sama dengan ayat kat gambar.. :D*

CEPAT RINDU KAT ORANG

ni lagi satu habit saya. saya cepat rindu kat seseorang walaupun pada hakikatnya dia tu musuh saya. hahaha.. pelik? memang pelik. sampai ayah saya pun cakap, "angah ni asyik nak rindu orang je. orang tu tak rindu dia pun. tak faham ayah dengan kau ni" ops, nak buat macam mana. dah hati ni pemurah sangat nak rindu orang tu, rindu orang ni, rindu family, rindu kawan2, rindu encik fahrin, eh2 abaikan yang akhir sekali tu ye. hehe..
*sekadar gambar hiasan ye.. hehe.. comel kan hearts ni? ngee..*


oh ok. dah sampai lima rupanya. fuhh.. siap dah cabaran hari kesebelas. hari keduabelas entah bila saya akan buat. wahh.. sungguh tak konsisten ye kau deeya. eh2, oklah. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..

p/s: maaf sebab entry kali ni agak tak kemas.
berterabur sana sini gambarnya kan?
segala kesulitan amatlah dikesali.. :D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

2 comments:

Tea said...

kau mmg. mula2 kenal terpikir gk cmne nk ajak berbual. msuk hari kedua dh start kepoh dah. hahaha. kau memang sukakan haiwan. tgk je kt kolej, kau siap bg kucing tu shelter lg ouh. tu sifat kau yg aku suka. :D

deeyamorten said...

hehehehehe...kucing tu comel doe... walaupun suke berak merata2.. hahahahahaahahaha... :D