Wednesday, June 29, 2011

kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! hari ni nak cerita pasal peribahasa lagi sekali. eh2, sebelum tu, anda semua sihat? dah makan? dah mandi? dah minum? ada yang puasa tak hari ni? salam israk mikraj saya ucapkan kepada semua pembaca yang beragama islam. hari ni sunat berpuasa. so, eloklah kalau korang semua puasa.

*caution!! kartun ni takde kaitan dengan tajuk ek.. saja je nak letak sebab kartun ni menarik. hahahah*

eh2, balik topik!! balik topik!! peribahasa hari ni ialah kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. maksud peribahasa ni ialah tak akan  tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. dalam bahasa yang lagi senang, kalau kita tak berusaha, kita takkan dapat apa yang kita hajatkan tu.

contohnya, kalaulah si deeya *promote nama sendiri. haha* ni nak sangatlah kan dapat 4 flat, tapi dia berusaha ala kadar je. assignments semua tak buat. tutorial tak siap. melawan cakap cikgu. gaduh dengan roommates, classmates, checkmates, cek mek molek bagai. pastu pantang ada masa free, bergayut je kerja dia. tak study langsung. dalam pemerhatian anda semua, mungkinkah akan terjadi dia akan dapat 4 flat? *nyanyi ikut rentak lagu mungkinkah terjadi. spider nyanyi tau!!*



jawapannya, tak!! kecuali dia tukar jadi harry potter kejap and ubah result dia. tapi itu semua mustahil kan? semua benda yang kita hajatkan, perlulah disertakan dengan usaha. bak kata pepatah, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. eh2. dah masuk pepatah lain pulak. pepatah ni nanti kita kupas next week pulak ek. huhu.. tapi disebalik usaha, jangan lupa selitkan jugak doa dan tawakal ye. kalau usaha je, takde doa, tak guna jugak. betul tak?

so, kesimpulannya, semua hasrat dan azam kita yang kita nak capai, takkan tercapai kalau takde usaha dan kesungguhan. tak kiralah nak jadi jutawan ke, nak kurus ke, nak belajar memandu ke, nak buat kek ke, nak merompak ke *ok, yang ni jangan buat. siapa buat, aku pancung kepala* nak apa2 jelah. asalkan berkaitan dengan hasrat dan azam. alahh.. korang faham2 sendirilah. susah den nak terangkan satu2. 

*usaha + tawakal = kejayaan.. :)*

tapi, kalau korang dah berusaha dan bertawakal tapi tak dapat jugak apa yang korang nak, janganlah putus asa. ALLAH sayang korang tu. sebab tu dia uji korang. sabarlah. dan terus mara ke depan!! :D *semangat tiba2*

oklah guys. i'll end this here for now. chow.. tata.. assalamualaikum..

p/s: apa pendapat korang tentang
segmen peribahasa yang saya buat
tiap2 minggu ni? korang suka tak?
:D

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

12 comments:

al_hakim said...

usaha tangga kejayaan! lebih kurang la kan

Tea Dno said...

aku dh usaha bnyk tu, bnyk tu gk yg aku dpt. alhamdulillah. gudluck ek utk upu result nt. :D

join CHURPCHURP cepat-cepat jom!
dah join , jom lumba dengan aku kat Churp2race ..

deeyamorten said...

aah... lebih kuranglaa maksudnya.. :D

deeyamorten said...

tea: kau cakap pasal result ke ni? congrates!! :D

Tea Dno said...

haah, aku baca entry kau ni.. ade plk pasal tu kn.. nk jgk laa tinglkn komen.. hehe.. congrates utk kau gk..

deeyamorten said...

tiangkayu.. makcik tea... haha

Anonymous said...

series of peribahasa...wau hebat..wau2 hebat2...XD

deeyamorten said...

qudwa: eh2.. dah lama tak dengar sorak tuuuu... hahahahahaaha.. tak hebat mana pun kalau nak banding dengan org lain.. tq by the way.. :D

littledolphin said...

segmen peribahasa? cool! keep it up. ;)

deeyamorten said...

hana sudradjat: thank you!! :D

dwatyKNY said...

salam ramadhan...

PELOMBONG BITCOIN said...

teruskan usaha,,,