Tuesday, August 23, 2011

beberapa soalan merepek yang tumpang lalu kat otak aku beberapa saat tadi

ASSALAMUALAIKUM..

tengok tajuk. baca dulu tajuk tu banyak banyak kali baru proceed baca entry. kenapa? takde apa. saja je nak suruh korang hafal tajuk tu. ngeh ngeh..

lately ni aku selalu jadi tukang basuh pinggan paling berwibawa kat rumah. pastu mulalah seorang demi seorang datang kat sinki tu sambil tersengih macam kerang tengik tak cukup oksigen sambil berkata, "eh, rajin angah basuh pinggan?" ok tu ayat sopan sikit. ayat kurang sopannya.... takde pun. saja nak bagi suspen. hahahahaha.. suspenlah sangat kan.

panjang berjelalah pulak mukadimah subuh aku ni. tapi belum habis lagi. hahahaha.. tadi time basuh pinggan, aku terfikir beberapa perkara yang agak bongekssss... dan yang seangkatan dengannya. nak tau apa dia?

  • KENAPA KACIP FATIMAH DIPANGGIL KACIP FATIMAH?
kenapa bukan kacip mak midah, kacip nek milah atau kacip si joyah? apakah sebab orang pertama yang jumpa herba ni namanya fatimah?



  • KENAPA PULAK TONGKAT ALI?
ni lagi satu. kenapa tak tongkat abu atau tongkat sakti?



  • KENAPA DIPANGGIL PISANG EMAS?
kenapa bukan pisang besi keluli atau pisang perak dan gangsa? ataupun pisang goreng?


  • KENAPA NAMA DIA SIPUT BABI?
kenapa bukan siput kucing atau siput kuda?


  • KENAPA SENGIH MACAM KERANG BUSUK?
kenapa bukan menangis macam kerang hangus terbakar rentung ataupun ketawa macam kerang baru keluar kuali?

gambar berhias


  • KENAPA...
kenapa korang baca jugak entry ni sampai habis? walaupun korang tau aku merepek meraban? hahahaha




itulah sedikit sebanyak kenapa dan mengapa dan apa dia persoalan mengarut merepek yang bermain bola takraw dalam minda aku.

lately ni entry aku banyak berunsur santai yang teramat a.k.a mengarut. kenapa? entahlah. dah benda tu yang duduk pusing kiri kanan dalam otak aku, aku bantai jelah taruk kat blog. hahaha..

maaf kalau ada yang ter'annoying'. sorry kalau ada yang tak suka dan temenyampah. aku cuma share apa yang berlegar dalam minda aku je.

peace yaww... assalamualaikum..



p/s: cuba korang jawab segala persoalan tu.
jawab cepat! aku nak tau jawapannya.
lalalalala~~

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

15 comments:

Bitter said...

whoaa..semuanya meninggalkan tanda tanya kepadaku?=.=" HAHA!

Freaky said...

kenapa saya lawat blog ini ? hahaha.. persoalan yang menarik :D

deeyamorten said...

@Bitter
haa.. jawablah kau. hahaha

deeyamorten said...

@Freaky
hahaha.. tq siggah :)

alin said...

erm3...taknak jawab leh? hehe..;)

entry terbaru;upin ipin penipuan orang yahudi???

Bitter said...

weh..gambar?? paham paham je lah kau line tenet aku yg tenat nih..wakaka

deeyamorten said...

@Bitter
oh den lupo. huhu

SweetSmileGallery said...

hahaha..u makes me smile tonite =)

deeyamorten said...

@SweetSmileGallery
i'm glad that i have make you smile :)

sergeant keroro said...

kenapa ye?? well, curiousity kills.

HAHAHA

deeyamorten said...

@sergeant keroro
curiosity kills a cat. not me. lalala :P

Mazri Khairil Mazri said...

kenapa????
kenapa???
hahhahhaha :p

Namee Roslan said...

hahaha, saya paling muskil yang siput babi tu!! hahah...xde macam hidung babi pun. bg saya trademark babi adalah hidung dia tu. so siput tu mana hidung oink oink ??

Syarlynna Sarawak said...

soalan last tu aku tau jawapan dia ape. siput babi tu datang dari omputeh cakap baby snail so dimelayukan jadi siput baby.
Org dok dengar-dengar siput baby jadi siput babi huax3

apemacam, ok tak teori gua :)

deeyamorten said...

@Syarlynna Sarawak
hahaha.. boleh tahan :)