Thursday, June 16, 2011

mengait vs menaip

ASSALAMUALAIKUM..

hai semua!! saya harus mengaku bahawa tahap kemalasan nak menghapdate blog dah semakin meninggi. dush~~ and i hate that.. haha. anda nak dengar satu cerita tak? jeng3.. sebenarnya kan, saya dah 5 kali buat fan page blog saya ni. tapi 5 kali tu jugaklah saya delete fan page tersebut. kenapa? entahlah. rasa tak best je ada fanpage ni. huhu..

oh bukan isu fan page atau frying pan yang saya nak cerita kat sini. jom2 abaikan cerita kat atas tu and stay focus here *kat dalam kelas kau fokus ke deeya?* saya nak kongsi cerita dengan anda semua tentang pengalaman saya mengait dan menaip. bunyi macam lebih kurang je kan? macam bunyi duit 20 sen dengan 50 sen *sila abaikan kemerepekan ini*

saya sangat suka menjahit walaupun saya tak pandai pun nak menjahit baju kurung, baju melayu bagai ni. tapi kalau setakat buat jahit tepi sikit2 and buat small handcraft tu, insya ALLAH dalam bidang kepakaran saya *pakarkah?* dan saya berminat jugak dalam seni kait mengait ni. tapi saya baru je nak menuntut ilmu mengait. tak reti apa pun lagi. setakat buat step paling asas je yang saya tau. huhu..

selama ni, saya ingatkan mengait ni senang je. yela, saya selalu jugak tengok dalam tv, tengok mereka tu mengait senang je. kejap je dah siap. sekali bila saya try sendiri, amekau. susah jugak lah kan rupanya benda alah tu. auntie kedai jahit yang tolong ajar saya tu banyak kali pesan kat saya, "adik, you punya tangan tu jangan keraskanlah. susah mahu jahit. kasi lembut sikit itu tangan." fuhh.. perempuan bertangan keras ni kau suruh lembutkan tangan? sangatlah susah ye nak buat macam tu. mungkin sebab tulang saya dah cukup kalsium. tu lah sebabnya kenapa tangan tak nak jadi lembut *oh merepek lagi*

tak percaya tangan saya keras? cuba anda semua suruh saya menari tarian zapin. nescaya akan jadi macam tarian robot-tak-cukup-bateri-plus-skru-karat. bila balik rumah, saya masih dalam usaha nak mantapkan skill mengait saya. tapi hampeh je semua tu. skill saya tetap sama. tak berubah langsung. sampai dah nak rosak dah benang tu saya kerjakan. kalau saya mengait kat depan ibu saya, beliau akan berkata, "mengait ni, tangan kena lembut. baru jadi." again. lembutkan tangan? macam mana ni? tak taulah macam mana nak lembutkan tangan. keras kekung je tangan ni. fuhh.. agak disappointed dengan tangan yang macam kayu hoki ni *tapi tetap bersyukur sebab masih dikurniakan tangan. huhu*

so, dari situlah terbitnya satu idea untuk mengarang satu entry yang bertajuk mengait vs menaip ni. kenapa? sebab tangan saya nak menaip satu entry yang berkaitan dengan mengait. hehe.. i'll end this here guys. chow.. tata.. assalamualaikum..

*masih tak lepas2 lagi nak buat bentuk ni. ish.. padahal step dia senang je. hampeh betul*
*jealous dengan dia sebab dia pandai mengait. sobs..*
p/s: gambar2 yang tertera adalah
sumbangan encik google.
peace..

thanks for reading!!
ukhuwah fillah abadan abada..
:)

4 comments:

aidamohdnazib said...

erkkk..dah siap nanti pors dekat umah aku..HAHA!

deeyamorten said...

erk... aku pos benang n jarum je... kau buat sendiri... haha

Ini Mashi said...

Wahh... itu gmbr saye...hee... :D
*blogwalking*

deeyamorten said...

kucing itam: wahh.. yeke?? sila bangga skrg... hahahahaha....