Friday, May 6, 2011

cross stich


ASSALAMUALAIKUM..

hari ni, er,, rasanya tak sesuai kot kalau guna perkataan hari ni. ok tukar2. kali ni saya nak bercerita tentang hobi saya selain daripada membaca. benda ni tak ramai yang pernah dengar. nak2 lagi dalam kalangan masyarakat muda sekarang ni. pendek katanya, remajalah ya.. so, saya nak berhikayat pasal cross stich ni, sebab nak cerita kat anda semua serba sedikit pasal cross stich ni.so, kepada sesiapa yang tak tahu tu boleh la baca,
kalau tak nak baca pun takpe. tiada paksaan okey?? *wink

waktu mula2 saya sebut perkataan cross stich pada kawan2 saya, ramai yang tanya saya macam ni,

"deeya, cross stich tu apokobondo eh??"

waktu tu, saya cuma akan jawab macam ni,

"ala, yang orang jahit2 pastu letak dalam frame pastu gantung kat dinding tu.."

hehe.. sebenarnya jawapan tu tak tepat. ada juga cross stich yang orang tampal pada baju, beg, sarung bantal, cadar etc. etc. tapi waktu tu kalau saya elaborate panjang lebar pun bukan mereka faham pun kan? so, i used the simplest example untuk bagitahu kat mereka. ok2, dari tadi mukadimah bila nak mula ni deeya oii?? ok jom start sekarang. tapi artikel di bawah ni adalah copy daripada artikel lain dalam internet. saya cuma tambah sikit2 je.. hehe

  • CROSS STICH TU APA?
Cross stich atau dalam bahasa ibundanya kristik juga dikenali sebagai tusuk silang. tusuk
silang adalah salah satu jenis sulaman yang memakai jahitan benang yang bersilangan (membentuk huruf X) di atas kain tenunan sejajar. Teknik jahitan membentuk huruf X disebut setik silang (tusuk silang), sehingga kristik popular dengan sebutan "tusuk silang".

Produk kristik berupa sulaman gambar-gambar untuk hiasan pakaian, perabot atau hiasan dinding. macam yang saya cakap tadi, tak semua cross stich ni dibuat semata-mata untuk hiasan dinding. ada juga yang buat baju, seluar, bla, bla, bla.. corak cross stich boleh didapati daripada buku, internet (zaman tok kaduk dulu mana ada internet kan.. ni saya tambah sendiri.. hehe), majalah, kedai jahit ataupun mengikut kreativiti sendiri.

Benang yang dipakai adalah benang sulam dari katun atau rayon. Jarum untuk kruistik adalah jarum tapestri berujung tumpul dengan mata jarum ukuran besar. maknanya, dia tak menggunakan jarum biasa yang kita guna untuk menjahit baju la. jarumnya ada diameter yang lebih besar dan surface area untuk mata dia lebih besar. kenapa? sebab mengikut kesesuaian kain yang dia gunala. kain yang digunakan untuk cross stich ni biasanya tebal dan berlubang2. plus, benang yang digunakan pun benang yang tebal. so, kalau guna jarum biasa, boleh ke masuk benang tu? ce cite cecite.. hihi

  • KAIN YANG DIGUNAKAN
Kain untuk kruistik adalah kain yang memiliki kotak-kotak (lubang-lubang) dalam ukuran yang sama, horizontal maupun vertikal. so that, hasil jahitan terlihat seperti pola-pola persegi dengan ukuran yang sama.

Jenis kain yang umum untuk kruistik adalah kain strimin, kain aida (aida!! kain kau!!), dan kain linen. Kain aida memiliki kotak-kotak per inci yang dapat dihitung: 8, 11, 14, 16, dan 18 kotak per inci. Satu kotak bererti satu jahitan yang membentuk huruf X. Jumlah helai benang untuk satu jahitan bergantung ukuran kain dan citarasa.

  • SEJARAH

Kruistik adalah salah satu bentuk tertua dari kerajinan sulam (kerajinan bordir), dan dapat ditemukan di seluruh dunia. Hasil kerajinan kruistik seperti pakaian yang dihias dengan kruistik, khususnya dari benua Eropah dan Asia dijadikan benda pameran di berbagai museum etnologi di seluruh dunia.
Kerajinan sulam sangat popular di kalangan rakyat Eropah Timur dan Eropah Tengah. Ciri khas kerajinan sulam mereka adalah pola geometri dan tusuk silang dua dimensi (bayang-bayang benda tidak dibuat) dengan benang hitam dan merah di atas kain linen.

Hasil kerajinan kruistik tertua yang diketahui orang di Amerika Syarikat adalah sulaman kruistik asal tahun 1653 yang disimpan di Pilgrim Hall, Plymouth,
Massachusetts.
Sulaman tersebut adalah hasil karya Loara Standish, anak perempuan dari Kapten Myles Standish.



* contoh cross stich yang dibuat kat atas kain aida..
Berkas:Stickmuster 1735.jpg
*hasil cross stich yang ditemui di Jerman pada tahun 1735





*hasil cross stich yang separuh siap yang dijumpai di rumah saya.. dipercayai pembuatnya sangat cantik dan lemah lembut.. :P
ok anda dipersilakan untuk muntah hijau sekarang.. hihi..


saya rasa bersyukur dengan gene ibu yang telah diturunkan kepada saya. (kenapa skema sangat ayat ni). actually, ibu saya sangatlah minat dengan benda2 kraftang
an ni waktu dia muda2 dulu. tapi sekrang, memang dia takde masa nak melayan cross stich bagai ni sebab dia sibuk dengan kerjaya dia. so, saya ambil alih bakat ibu tu.. hooray!! seriously, i feel really grateful sebab dapat peluang untuk mewarisi bakat ibu yang bagi saya sangatlah kreatif ni. hehe..

*yang ini hasil bakat ibu saya. ada banyak lagi kat rumah. tapi ni je yang tergantung di ruang tamu. yang lain semua dalam bilik ibu. hehe.. cantikkan?

ha.. maka dengan ini berakhir satu lagi hikayat 1200 malam. diharap anda semua yang tukang baca dan juga saya yang tukang copy paste ni mula memahami apakah cross stich sebenarnya. kalau tak minat pun at least adalah juga pengetahuan tentang benda ni. taklah nanti kalau orang tanya kita termangu2.. hehe.. oklah.. sekian dulu.. tata..

terima kasih sebab sudi baca celoteh kali ni..
syukran jazilan!! :)